Friday, February 29, 2008

Enekdot Politik

Membaca Kelicitan Annuar Musa

PAPAN tanda gergasi seperti di bawah ini banyak didirikan di tempat-tempat strategik di Kelantan. Papan tanda ini adalah rayuan Umno untuk mendapatkan satu undi untuk parti itu menguasai Kelantan bagi menumbangkan Kerajaan Islam Pas Kelantan.

Perkataan sebenarnya di papan tanda ini berbunyi "Satu Undi Untuk Kelantan", bagaimana pun versi di bawah ini perkataan itu sudah dipindah menjadi "Satu Kerusi Saja Untuk Kelantan".


Apakah maksud Annuar Musa meluruskan telunjuk meminta satu undi itu sebenarnya beliau meminta satu kerusi saja untuk Umno Kelantan, iaitu kerusi untuk dirinya sendiri?

Annuar tentu gembira dan bahagia kalau permintaan dipenuhi rakyat Kelantan. Biarlah 58 kerusi lain dilepaskan kepada Pas. Satu kerusi Parlimen sudah cukup untuk Annuar menjadi Menteri selepas pilihan raya akan datang. Jelas telunjuk itu lurus tapi keliking tetap berkait!

Di sinilah politik dan kebijaksanaan Annuar dalam mencari kesempatan dalam pilihan raya ke-12 ini. Apakah permainan "cas keting" masih berlaku! [wm.kl 8:00 pm 29/02/08]

Berita Terkini

Khairy Main Ganas di Rembau?
Budaya Pemuda Tahan Lasak Diamal Semula

BUDAYA barbarian yang diamalkan oleh Pemuda Tahan Lasak Umno di tahun 1960-an dihidupkan semula oleh Pemuda Umno era Islam Hadhari hari ini. Pemuda Tahan Lasak Umno tahun 1960 bertindak kejam terhadap parti pembangkang terutamanya Pas di Kelantan.

Banyak penyokong dan ahli Pas menjadi mangsa penapar tawar, penapar Jepun, lutut Siam, ugutan dan dipukul oleh Pemuda Tahan Lasak Umno. Mereka bersikap demikian kerana terdesak apabila sejak awal lagi mereka merasakan ditolak oleh rakyat. Walaupun Pas ketika itu menghadapi ugutan dan serangan Pemuda Tahan Lasak Umno, namun berkat semangat dan iltizam memperjuangkan Islam Pas tetap juga menang di Kelantan.

Nampaknya budaya itu kini hidup kembali dan diamalkan pada pilihan raya ke -12 ini. Apakah Umno kini sudah benar-benar terdesak dan akan kalah?

Laporan yang diterima dari Rembau sekejap tadi memberi tahu perbuatan tidak gentlemen sudah pun bermula. Bendera dan banting Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah dicabut dan dibuang sekurang-kurangnya di lapan lokasi.

Ianya dipercayai dilakukan oleh Pemuda Umno dibawah skuad Gempur Pemuda BN yang dikepalai Khairy Jamaluddin.

Mengulas mengenai kejadian itu calon PKR Parlimen Rembau, Badarul Hisham Shahrin (Cikgu Bard) perbuatan gnaas itu tidak sedikit pun melemahkan semangatnya dan para penyokong PKR khasnya dan pembangkang amnya.

Bahkan menurutnya keganasan itu menjadikan beliau dan rakan-rakan menjadi tambah bersemangat dan lebih bersedia menghadapi apa saja 'permainan' Khairy.

Menurut pelapor itu, cikgu Bard sebagai juga sebagai berkata keganasan dan perbuatan menyalahi peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sebagai tanda-tanda awal kekalahan Khairy Jamaluddin yang bertanding di situ.

Cikgu Bard dipetik sebagai berkata, kalau Umno dan Khairy berada dalam keadaan selesa di Rembau mereka tidak akan bertindak di luar batas dan peri demokrasi begitu.

Manakala dalam perkembangan lain, beberapa orang yang tidak dikenali telah turun membantu calon PKR di Rembau itu.

Bebagai bentuk bantuan dihulurkan kepada Cikgu Bard termasuk ada yang menghadiahkan beberapa ekor lembu untuk disembelih bagi mengadakan kenduri. Keganasan yang dilakukan oleh skuad Gempur BN itu sedikit sebanyak memberi simpati kepada PKR dan Cikgu Bard.

Perkembangan di Rembau itu agak menarik memandagkan inilah kali pertama menantu Perdana Menteri (Khairy) menguji kekuatan dan pengaruhnya. Apa-apa yang tidak baik berlaku ke atas Khairy ia boleh membantutkan usahanya untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda Umno.

Apa lagi takdir beliau kalah angan-angan untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda secara automatik selepas pilihan raya ini hanyut begitu saja. Laporan selanjut secara terus dari Rembau akan dimuatkan selewat-lewatnya esok. [wm.kl 4:00 pm 29/02/08]

Pembuka Mata

Pengaruh Pas Di Kuala Krai Kembali Seperti Tahun 1999
Kedudukan Dr Hatta Selesa

SEORANG penjenguk blog Merah Tinta MSO bertanyakan kenapa saya tidak melapor perkembangan calon Pas parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli. Nampaknya penjenguk ini penyokong kuat kepada Bendahari Agung Pas itu. Perlu diterangkan di sini bukan saya terlupa apa lagi melupai tokoh rakyat itu tetapi disebabkan tidak 'dan tangan' maka tidak ada apa-apa laporan mengenainya.

Sebenarnya selepas penamaan calon hari itu masa perjalanan pulang saya bercadang untuk singgah di Kuala Krai menjenguk dan bertanya khabarnya, namun kerana plan perjalanan berubah pulang ikut Lebuh Raya Timur Barat, maka melepaslah.

Pun begitu saya sudah berhubung dengan Dr Hatta sewaktu perjalanan pulang sehari penamaan calon. Saya ketika itu masih mati-mati mengira dia bertanding Pasir Puteh. Tidak tahu hingga ke saat akhir selepas berhubung dengannya baru tahu dia tercampak ke Kuala Krai.

Di Parlimen Kuala Krai Dr Hatta berhadapan dengan seorang akadmik bernama Che Musa Che Omar. Regu ini tidak berapa berat untuk dihadapi oleh Dr Hatta. Rakyat tidak begitu mengenali Che Musa sebagai seorang aktivis ataupun ahli politik seperti mana Dr Hatta.

Dr Hatta jauh lebih berwibawa dan sesuai untuk diangkat rakyat menjadi wakil mereka di parlimen memandangkan pengorbanan dan jasa Dr Hatta dalam menjuarai beberapa isu penting untuk rakyat seperti protes harga minyak, protes kenaikan harga baran dan protes kenaikan tol.

Perkembangan di Kuala Krai buat masa ini adalah baik. Ada tanda-tanda kekuatan Pas seperti tahun 1999 sudah kembali semula. Perubahan yang Pas lakukan ialah apabila menurunkan semula bekas Adun Manik Urai, Ismail Yaacob (Pak Su Wil). Kehadiran semula Pak Su Wil ini dikira akan dapat mengawal anak-anak muda ataupun veteran parti yang setia dengannya yang pada pilihan raya 2004 lalu bertaburan kerana Pak Su Wil tidak bertanding.
Keadaan ini akan dapat membantu memperkuatkan Dr Hatta.

Dalam pada itu sudah pasti rakyat Kuala Krai akan mengingatkan apa yang pernah berlaku dan dilakukan oleh wakil rakyat mereka sebelum ini. Seorang wakil rakyat BN di Kuala Krai telah dituduh mempunyai hubungan sex dengan pembantu rumahnya berasal dari Indonesia.

Seorang ahli pemuda Umno yang mendedahkan skandal berkenaan telah ditangkap dan disiasat oleh polis. Pemuda berkenaan tidak didakwa sampai kini kerana untuk menyelamatkan Umno Kelantan Krai dan Umno Kelantan.

Isu ini sedikit sebanyak akan membuka mata pengundi Kuala Krai dan mereka akan memilih calon yang benar-benar bersih, berjuang untuk rakyat dan sanggup keluar masuk lokap kerana membela rakyat.

Insya-Allah kepada peminat Dr Hatta saya akan memberi laporan terkini mengenai beberapa hari nanti. [7:30 am 29/02/08]

Thursday, February 28, 2008

Enekdot Politik

Kalau Sudah Jatuh Hati.. Apa Saja Dilakukan.

KALAU seseorang itu sudah mengkagumi seorang pemimpin dan menjadikan dia sebagai idola, maka ia sanggup melakukan apa saja. Memakai baju berwajahkan pemimpin berkenaan adalah sesuatu yang biasa dilihat. Untuk membuktikan yang penyokong itu menyayangi dan setia ia akan 'membawa' roh pemimpin itu ke mana sahaja dalam berbagai versi dan citarasa.

Bagaimana pun berlainan dengan apa yang tertera di baju yang dipakai oleh pendokong utama Tengku Razaleigh Hamzah ini. Apa yang dipamirkan bukan wajah Tengku Razaleigh sebaliknya satu wording yang cukup menimbulkan tanda tanya.

Wording di baju pendokogn ini berbunyi "Gua Musang Pilih Parti Ku Li" apa maksud sebenarnya? Apakah Ku Li adalah sebuah parti. Anihnya di atas perkataan itu tertera gambar dacing yang menjadi lambang Barisan Nasional.

Apakah yang hendak disampikan bahawa Tengku Razaleigh itu lebih besar daripada BN khasnya di Gua Musang? Atau Tengku Razaleigh sebenarnya sudah tidak percaya kepada BN lagi? Ataupun BN sudah pun tidak mahukan Tengku Razaleigh lagi. Begitukah?

Pemakaian perkataan pada baju pendokong ini menimbulkan berbagai pentafsiran. Bagaimana pun yang jelas dan nyatakan bahawa bekas Menteri Kewangan tahun 1980an itu masih menjadi idola dan sanjungan pendokong setia ini. [wm.kl 28/02/08]

Berita Lewat

Calon PKR Parlimen Wangsa Maju
Wee mesra dan mudah diterima

MALAM tadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong turun berkempen dan beramah mesra dengan penduduk di sekitar Wangsa Melawati, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Walaupun Wee adalah orang baru di Wangsa Maju namun kerana kehebatan dan tarck recordnya dalam politik khsus semasa menjadi ahli Parlimen Bukit Bintang menyebabkan beliau tidak perlu banyak diperkenalkan.

Semalam semasa berceramah memperkenalkan dirinya dan juga menyatakan misinya sekiranya beliau dipilih menjadi ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee menjelaskan sekiranya rakyat mahukan perubahan mereka harus memilih pembangkang.

"Kita akan membawa perubahan termasuk sistem perundangan, pentadbiran yang pada masa ini begitu buruk dan teruk sekali, serta membela nasib rakyat yang tertindas di bawah kerajaan hari ini," kata Wee. Wee anak Kelantan yang fasih berdailek Kelantan merupakan seorang peguam terkemuka.

Penduduk Wangsa Maju nampaknya berpuashati dan menyakini Wee mampu menjadi jurucakap rakyat yang baik.

Turut sama berceramah untuk Wee ialah Aktvis Utama Warga Prihatin Malaysia (Prima) Abdul Muluk Daud yang lebih dikenali dengan nama pena Dharmala NS. Antara lain Dharmala menjelaskan sudah sampai masanya rakyat membuat pilihan secara terbuka dan bebas serta tidak terkongkong kepada sesuatu sistem pentadbiran saja.

Kira-kira 200 hadir pada ceramah malam tadi. [wm kl 5:00 28/02/08]

Wednesday, February 27, 2008

Catatan Perjalanan 4

Angin Perubahan Melanda Kedah

MENJELANG Asar kami mula memasuki ke negeri Kedah Darul Aman. Suasana di Kedah agak berbeza dengan di Perak. Pemandangan di Gerik tidak menyeronokkan! Perang poster tidak begitu hebat. Orang Gerik masih belum memulakannya lagi barangkali.

Mungkin orang Gerik menjadi tawar hati apabila Menteri Besar Perak, Tajol Rosli Ghazali menangis berjam-jam bukan kerana hendak mempertahankan kerusi Melayu, (Parlimen Gerik) kepada Melayu tetapi kerana hendak menyerahkan kerusi itu kepada Cina.

Memasuki beberapa kampung Kerunai hingga ke sempadan kawasan pilihan raya Baling iklimnya berlainan. Di sini - di kiri kanan jalan dipenuhi bendera. Perang poster sudah bermula.

Paling nyata dan menonjol ialah poster bulan yang sesekali disulami dengan bendera PKR. Ada angin perubahan sedang melanda di kawasan ini. Pas juga sudah membuka pos-pos pilihan raya mereka. Gambaran ini juga nampak jelas apabila sesekali bendera Pas berkibar atas lori atau van.

Gelombang anti BN

Keberanian lori dan van memasang ini memberi petunjuk gelombang anti BN jelas. Suasana yang daring beginilah berlaku sewaktu pilihan raya 1999 dulu.

Pemandangan seperti ini berterus ke kawasan Sik. Melihat kepada gambaran awal ini Pas ada harapan untuk merampas semula kedua kerusi parlimen ini seperti mana tahun 1999 dulu.

Umno meletakkan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Othman Desa di Parlimen Sik. Manakala Ketua Putra Umno, Abd Azeez Abdul Rahim di Baling. Pertukaran (si manis) Mashitah Ibrahim dengan Abd Azeez menjadi sebutan umum. Orang merasakan walaupun Mashitah tidak menunjukkan pretasi baik selama menjadi ahli Parlimen, namun latar belakangnya sebagai akademik Islam lebih menarik dan sesuai untuk Baling.

Kata orang Baling kalau pun Mashitah tidak dapat memberi khidmat memuaskan sekurang-kurangnya orang Baling merasa senang bila menatap wajah Mashitah berbanding wajah Abdul Azeez.

Kehadiran Abd Azeez di situ seolah-olah Ketua Putra Umno itu teringin sangat untuk menjadi ahli Parlimen bukannnya untuk memberi khidmat kepada rakyat Baling. Alasan mereka kalau benar Umno mahukan wakil rakyat yang boleh memberi khidmat kepada rakyat mereka seharusnya meletakkan anak tempatan.

Pertemuan Abd Azeez dengan bekas Imam Besar Masjid Negara, Taib Azmuddin begitu kontras sekali.

Begitu juga pengimportan Othamn Desa dari Kepala Batas ke Sik hanya untuk memberi peluang kepada Othman menjadi ahli Parlimen demi mengukuhkan kedudukan politiknya. "Kalau dia mahu membela rakyat Sik kenapa sekarang baru datang," soal seorang penduduk di sebuah kedai mee rebus di Sik. Rumahnya bukan di Baling tetapi di Putrajaya, Wilayah Persekutuan.

Cemas dan lemas

Apa yang berlaku di Sik dan Baling itu rupanya memberi gambaran ke seluruh suasana dan suhu politik di Kedah buat masa ini. Di Alor Star orang Umno sendiri mengakui yang kedudukan Kedah hari ini cemas dan mungkin Umno akan lemas seperti tahun 1999.

Katanya daripada 15 kerusi Parlimen enam kerusi dikatakan berada dalam keadaan telor di hujung tanduk. Kerusi itu ialah; Jerlun, Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Sik, dan Baling.

Kerusi-kerusi ini Umno menyifatkan ianya dalam keadaan merah atau kelabu.
Di Jerlun Umno meletakkan anak Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir yang akan berentap dengan Setiausaha Dewan Ulama Pas, Ustaz Idris Ahmad (foto bawah).

Ada cerita menarik mengenai Mukhriz di Jerlun ini. (Akan dicerita kemudian).

Dalam pilihan raya lepas kerusi ini dimenangi oleh BN dengan majoriti antara 319 hingga 7,300 undi.

Beberapa pemerhati politik baik yang cenderong kepada BN maupun Pas mengakui, kejayaan BN lepas menguasai kerusi-kerusi berkenaan ialah ekoran persempadanan semula kawasan pilihan raya. Mereka yakin majoriti yang besar itu tidak akan berulang. Bahkan kalau angin perubahan berlaku ia akan terlepas ke tangan Pas.

Bagaimana pun satu perkara yang perlu diawasi oleh pihak pembangkang, jentera BN masih belum digerakan sepenuhnya lagi. Peruntukan katanya belum diturunkan ke bahagian dan segala 'prasarana' pilihan raya yang ada kini adalah atas belanja persendirian.

Adalah dijangka menjelang lima atau tiga hari mengundi, BN akan lambakkan wang dan dikala inilah suasana akan berubaah. Sekiranya suasan yang ada hari ini kekal, sudah pasti pembangkang mampu menguasai enam kerusi Perlimen berkenaan. Kalau itu berlaku bermakna pembangkang sekali lagi akan dapat menafikan majoritit 2/3 BN di DUN Kedah Darulaman kalau pun tidak berjaya membentuk Kerajaan. BERSAMBUNG...[wm.kl. 8:00 pm 27/02/08]

Catatan Perjalanan 3

Apandi Pikul Tugas Berat di Jeli

DARI Machang perjalanan di teruskan ke Jeli. Di Jeli perlawanan merebut kerusi parlimen itu berlaku satu lawan satu antara Menteri Pengajian Tinggi, Mustapa Mohamed dengan Yang Dipertua Pas Kawasan Jeli, Apandi Mohamad (foto bawah).

Perlawanan mereka berdua dikira menarik kerana keduanya pernah menang dan pernah kalah. Apandi pernah menang tahun 1999 mengalahkan Mustapa dan dianggap sebagai giant killer kerana berjaya menewaskan Mustapa yang ketika itu adalah Menteri Pembanguan Usahawan.
Bagaimana pun dalam pilihan raya 2004 Mustapa berjaya merampas balik kerusi itu. Kejayaan Mustapa itu bagaimana pun tidak megejutkan dan sudah dijangka kerana menjelang pilihan raya 2004 telah berlaku pemindahaan sempadan kawasan pilihan raya yang rata-rata memihak kepada Umno. Mustapa juga pada masa itu mengeksploitasikan segala kemudahan dan agensi Kerajaan.

Berbakti

Siapa yang tidak membantu Mustapa pada masa itu. Semua korporat dan ahli perniagaan, pegawai Kerajaan dan sebagainya membantu dan berbakti kepadanya.

Mulanya saya tidak menyangka Apandi akan diturunkan Pas untuk berhadapan dengan Mustapa pada 8 Mac ini. Maklumlah kesnya belum selesai. Saya secara peribadi lebih suka kalau Apandi tidak bertanding di mana-mana kerusi. Umno yang terdesak sudah pasti akan menjadi kesnya sebagai isu. Kesnya pula sengaja tidak diselesaikan kerana untuk dijadikan modal dalam pilihan raya.

Kenapa saya mengatakan begitu kerana bekas wakil rakyat yang menghadapi kes sama seperti Apandi sudah lama dilepas dan dibebaskan. Penyelesaian kes Apandi itu adalah semata-mata untuk dijadikan modal dan benteng mempertahankan Mustapa saja.
Ketika dihubungi petang kelmarin Apandi berada di Kuala Balah. Beliau juga sibuk macam Saifuddin dan Alwi Che Amat menemui dan melayan pengundi dari segenap jerung dan rantau kampung.

"Anta tunggu ana, ana nak jumpa juga anta walaupun sekejap," begitulah mintanya bersungguh.

Seakan ada perkara mustahak yang beliau hendak sampaikan menyebabkan saya tidak tergamak untuk meneruskan perjalanan.

Sambil menantinya kami ambil kesempatan meninjau di sekitar Jeli. Kawan saya beriya untuk melihat pembangunan yang dibawa oleh Mustapa Mohamed ke Jeli yang dikatakan sungguh mengkagumkan itu. Gah pembangunan di Jeli sampai ke Kuala Lumpur.. Setengah menyifatkan Mustapa sebagai Paramesewara yang membuka Melaka tahun 1404.

Jasa dan pembangunan



"Ini salah satu jasa dan pembangunan yang dibawa oleh Mustapa," kata saya sambil menunjuk ke arah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang terletak dipingir jalan.

"Jasa apa, Ti... ini bukan duit dia, duit Kerajaan. Kalau Pas jadi Kerajaan dan memerintah Malaysia, Pas juga akan buat kerana ia tanggungjawab Kerajaan," kata kawan saya sedikit marah dan memperbetulkan persepsi silap itu.

"Mana boleh kita hendak katakan ia jasa Mustapa, ini jasa Kerajaan," balas pula kawan seorang lagi menyokong pendapat kawan yang satu itu. Saya hanya mendiamkan diri.

Tiba-tiba kawan itu memberhentikan kereta dengan mengejut. "Tu... tu... itu pembangunan yang dibuat oleh Mustapa, you tangkap gambar masuk dalam blog..." Kawan itu teruja melihat sebuah rumah kayu usang yang terletak dipinggir jalan. Keadaanya macamlah pondok nelayan yang baru dibedal tsunami. Sambil menggeleng kepala katanya inikah rumah rakyat di kawasan menteri?

"Rumah ke... atau kandang kambing...?" tanya yang seorang lagi. Saya tersenyum dalam hati... sambil menjawab bukan kandang kambing, tapi rumah. Sebab saya cukup kenal rupa kandang kambing... ianya ternyata lebih canggih dan mahal harganya dari rumah rakyat Jeli itu.

Kami berjumpa dan bersembang dengan Apandi di sebuah warung di Lakota. Beliau sampai dengan sebuah pajero tua. Dalam tilikan saya Apandi juga seorang yang simple tidak suka glamor. Cara hidupnya cara orang kampung. Disebabkan karektornya itulah maka rakyat Jeli khasnya orang Pas mengharapkan beliau bertanding.

Orang luar



Setengah rakyat Jeli lebih suka Apandi jadi wakil mereka daripada Mustapa, walaupun Mustapa juga asalnya orang kampung nun jauh di Bachok. Banyak orang tidak sedar yang Mustapa bukan berasal dari Jeli. Mustapa juga orang luar. Beliau tidak boleh bertapak di Bachok kerana tidak diterima oleh Umno di situ.

Begitu melihat wajah Apandi hati saya terus menjadi sebak. Beliau sepatutnya tidak bertanding. Tetapi kerana arahan parti beliau terpaksa meluapai risiko yang bakal menimpa ke atasnya. Di sinilah menyerlahkan Apandi seorang yang ikhlas dan akur kepada kehendak partinya. Beliau mengadaikan dirinya semata-mata memenuhi kehendak parti. Beliau tidak akan melarikan diri dalam saat-saat parti memerlukannya. Inilah pemimpin bertanggungjawab!

"Macam mana keadaan (peluang) haji di sini?" tinjau kawan saya.
"InsyaAllah ada peluang, tetapi kena kerja kuat sikit, maklumlah lawan menteri," balas Apandi ringkas dan merendah diri. "Nampaknya Mustapa telah menggunakan siswa untuk berkempen di sini," sambung Apandi.

"Berkempen tak pa, tetapi jangan jadi pengundi," balas kawan yang seoraang lagi. Mungkin beliau bermaksud dan bimbang kedatangan siswa ke Jeli itu adalah sebahagian pengundi hantu.

Sementara menurut maklumat lain Mustapa kini dalam keadaan terdesak dan sangat bimbang. Katanya ada usaha dalaman Umno sendiri mahu memastikan Mustapa tersingkir. Mungkin perkembangan dan maklumat inilah sedikit sebanyak membantu dan memberi semangat kepada Apandi untuk berhadapan dengan Mustapa.

Apakah Apandi berjaya mengulang kejayaan tahun 1999?
Anak bekas Tok Imam Jeli berkelulusan Juruukur Tanah (Surveyor) itu tidak segera menjawab tetapi menjelaskan senario pilihan raya kali ini tidak sama dengan tahun 2004. "Sama-samalah kita tengok nanti, ana tidak nak cakap apa-aapa. Segalanya terserahkan kepada Tuhan," ujarnya penuh keinsafan dan tawaduk! BERSAMBUNG [ipoh 5:00 pm 26/02/08]

Tuesday, February 26, 2008

Catatan Perjalanan 2

Saifuddin Disenangi Rakyat

SEBAIK melewati kawasan parlimen Ketereh saya menghubungi calon PKR parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail untuk mendapat sedikit maklumat berhubung perkembangan dan peluangnya di Machang.

Beliau juga seperti Alwi Che Amat, sibuk. Ketika dihubungi tengah hari kelmarin beliau baru lepas bertemu dengan seseorang di Kota Bharu kemudian bergegas pulang memasuki ke kawasannya di Machang.

Kami menunggunya di hadapan sekolah Sains Labok selepas beliau meminta agar kami menantinya di situ. Kedua kawan saya itu; Kamal Amir Kamal Hijaz dan Najib beriya untuk berjumpa Saifuddin bagi memberi semangat dan mengucapkan selamat berjuang.

Kami bertemu di sebuah warung di hadapan sekolah Sains Labok. Lebih satu jam kami bersama Saifuddin berbagai cerita dan perihal politik Machang diperkatakan. Dari risk risik itu tampaknya calon PKR itu tidak ada masalah di Machang setakat ini dan beliau juga nampak ceria. Walaupun calon BN telah menimbulkan isu orang luar tapi beliau diterima dengan baik
oleh penduduk Machang.

Ini dapat dibuktikan sebaik beliau melangkah masuk ke warung itu beberapa pelanggan yang sedang minum semuanya bangun dan bersalam dengan beliau. Begitu juga mereka yang ternampaknya di kedai itu masuk dan berpelukan dengannya. Seolah Saifuddin sudah dikenal sejak bertahun lalu.

Diundang

"Saya gembira Ti, nampaknya rakyat menerima saya. Hari-hari saya diundang untuk menemui rakyat. Yang sedapnya, bukan orang Pas, tetapi orang Umno.. siap dengan menyediakan jamuan laksa dan nasi dagang lagi.." begitulah kata Saifuddin puas suatu masa kepada saya bila saya bertanya mengenai keadaannya di Machang.

Jadi isu beliau orang luar yang ditaburkan BN tidak berbekas dan tidak pun masuk ke dalam kepala pengundi di Machang. Orang Machang seolah tidak lagi merasakan menantu cikgu Musa sebagai orang asing.

Saya yakin isu orang luar itu tidak menjadi masalah kepada bekas Adun Lunas, Kedah itu. Rakyat Machang bukan sehari mengenali Saifuddin. Kepopularitinya sebagai tokoh muda yang petah dan bijak berpidato menggunakan fakta dan angka menjadikan beliau terkenal bukan saja di Machang tetapi di mana-mana saja. Nama Saifuddin sangat seninonim dengan pemidato yang berkualiti dan bisa mempersonakan pendengar.

"Macam mana, Pak cik, dengan Saifuddin ni, orang kata dia orang luar. Bolehkah dia menjadi wakil rakyat di sini?" saya mengajukan pertanyaan itu kepada salah seorang pelanggan di warung berkenaan sekadar mahu mengujinya.

"Tak pa Encik, orang luar pun kita terima. Kalau orang dalam tetapi sekali setahun tak jumpa tidak guna...buat gapa," belas pelanggan berkenaan.

Pelanggan itu menempelak ahli Parlimen BN, Sazmi Miah yang katanya selepas menang dulu tidak pernah nampak batang hidung. Sazmi dikatakan jarang balik ke Machang dan banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur. Rumahnya juga di Putrajaya. Beliau balik ke Machang bila ada menteri atau timbalan menteri datang ke Kelantan.

Perkara itu diakui sendiri oleh tuan warung berkenaan yang mengaku hanya sekali saja Sazmi menjejak kaki ke kedainya iaitu ketika hendak mengundi empat tahun lepas. Selepas itu dakwanya beliau tidak pernah lihat wajah Sazmi sehinggakan mungkin sudah tidak kenal. "Mungkin kalau dia datang, saya tidak kenal lagi bagaimana wajahnya," katanya.

Soal orang luar dan orang dalam ini sebenarnya tidak timbul. Saifuddin bukan baru di Machang. Beliau sudah tinggal di situ sejak tiga tahun lalu. Isterinya adalah orang kampung Alur Hijau, Machang. Beliau juga lebih dikenali sebagai menantu cikgu Musa, bekas Bendahari Pas Machang.
Memerhati apa yang berlaku dan dilihat sendiri di dalam warung berkenaan, jelas Saifuddin tidak asing di Machang dan diterima umum. Tidak hairan kenapa kalau orang ramai mudah terpikat dengannya sebab wataknya yang mudah mesra dan cara hidupnya yang simple. Tidak sombong dan tidak berat tangan untuk bersalam dengan sesiapa saja.

Selain itu peranannya dalam membantu agensi kebajikan di Kelantan atas panggilan atau kehendak Tok Guru iaini menguruskan dana pendidikan, Tabung Tok Kenali dan penyaluran wang Kifalah kepada warga emas dan armalah menyebabkan bukan saja rakyat Machang tetapi rakyat Kelantan seluruhnya mengenali Saifuddin sebagai Pegawai Kebajikan Kelantan. Itulah ikon Saifuddin di Kelantan, lebih menonjol daripada beliau sebagai ahli politik.

Senario yang ada hari ini menampakkan harapan Saifuddin di Machang adalah cerah. Calon parlimen BN, Sazmi harus bekerja keras dan terpaksa menggunakan taktik-taktik luar biasa untuk menafikan Pegawai Kebajikan Kelantan itu. Atau tidak mustahil juga selepas ini Sazmi akan melapazkan janji kepada penduduk Machang akan senantiasa berada di dalam kawasan kalau dipilih sebagai ahli Parlimen. BERSAMBUNG ke Catatan Perjalanan ke 3 [penang 3:00 am 26/02/08]

Catatan Perjalanan 1

Dari Jeli Ke Jerlun.
Turunkan Poster Annuar

SELEPASA selesai menyaksikan proses penamaan calon di Kelantan kelmarin saya berhajat untuk terus pulang ke Kuala Lumpur. Banyak kerja yang perlu disiapkan di sana sebelum turun semula ke Kota Bharu hujung minggu sehingga selesai pembentukan Kerajaan baru Kelantan.

Dua kawan menganggu jadual perjalanan saya bila mana mereka pelawa untuk pulang bersama menerusi Lebuh Raya Timur Barat.

Beriya-iya benar kawan itu mahu saya bersama mereka untuk menyaksikan perkembangan di beberapa buah negeri di Utara.

Katanya ada kejutan besar yang akan berlaku di Kedah dan Penang. Kedua negeri itu bakal dirangkul pembangkang kali ini. Saya kurang percaya dan yakin dakwaan itu?

Atas kepercayaan hukum alam politik Malaysia akan berubah dalam tempoh 10 tahun sekali, tekannya pilihan raya kali ini akan mengalami perubahan besar. Hanya kurang setahun untuk genap 10 tahun selepas pilhan raya 1999.

Sebaik berlepas meninggalkan hotel penginapan saya menghubungi Alwi Che Ahmad, calon BN di DUN Kok Lanas. Ingin mengetahui perkembangan di parlimen Ketereh dan kedudukannya di Kok Lanas. Alwi yang juga Ketua Penerangan Umno Kelantan tentu banyak mengetahui perkembangan politik Kelantan.

Sayang ketika dihubungi beliau dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk menghadiri mesyuarat. Awang Adek Hussin yang diangkat menjadi Pengarah Pilihan Raya Umno memanggil mesyuarat tergesa-gesa. Jadi tidak dapatlah bersembang dan bergelak ketawa dengan bekas ahli Parlimen Ketereh dan bakal menjadi TMB Kelantan itu!

Tinjauan di Kok Lanas dibuat secara rambang dan tanpa mendapatkan penjelasan fresh daripada Alwi. Ia dibuat dari atas kereta saja. Dari pemerhatian kepada poster dan bendera, keadaan di Ketereh seimbang. Cuma di dataran KADA, situasi berpihak kepada Annuar Musa.

Banyak gambar, poster dan banting mengenai Annuar Musa memenuhi di sekitaran Dataran berkenaan. Gambar terbesar dan utama menjadi bahan kempen juga turut berdiri tegak di situ.

Gambar yang bertemakan "Satu Undi Untuk Kelantan" mempamirkan Annuar berdiri berlatar belakang gambar Abdullah Ahamd Badawi sambil menununjukkan jari ke atas. Sebenarnya gambar itu harus dibuang dan digantikan dengan gambar Awang Adek.

Mungkin poster itu mulanya relevan kerana Annuar diangan-angankan untuk menjadi MB. Tetapi setelah beliau digugurkan dan diganti dengan Awang Adek, elok gambar itu diturunkan. Gambar itu sudah menjadi penyakit kepada Umno. Seharusnya gambar Awang Adek yang dibangunkan di seluruh Kelantan... BERSAMBUNG [alor star 11:10 am 26/020/08]

Terjahan Rasa

Para Brua Sedang Cari Pengundi

BARU sekejap tadi saya menerima satu email daripada penjenguk blog Merah Tinta. Mesej dan maksud email ini sama dengan satu panggilan yang saya terima semalam. Ia menceritakan bagaiman taktik dan teknik pihak tertentu untuk menawan Kelantan.

Kata pemanggil itu nama anaknya telah dipindah ke Kok Lanas, di Kelantan. Sebelum ini nama anaknya ada dalam daftar pemilihan di Wangsa Maju. Beliau yang kesal dengan kejadian itu meminta saya mendedahkan dalam blog untuk menjadi bahan renungan bagaimana pihak berkenaan sanggup melakukan apa saja untuk menang.

Saya telah mendedahkan tektik ini sejak berbulan lalu lagi. Tektik ini bukan itu saja memindahkan nama pemilih ke Kelantan, tetapi paling buruk dan kejinya mereka sanggup membeli atau mencari orang untuk dibayar agar mengundi di Kelantan atau negeri yang pembangkang boleh menang.

Untuk yang dibeli ini tidak payah guna kad pengenalan sendiri, sebaliknya akan dibekalkan dengan kad pengenalan baru.

Sebagai imbalannya mereka akan diupah dengan jumlah tertentu.

Email yang dihantar oleh oran bernama Roslan Samson ini membuktikan bahawa gerakan mencari dan membeli orang untuk mengundi di Kelantan sedang giat dijalankan. Diperturunkan email berkenaan tanpa edti,

Assalamualaikum,

Saya mohon maaf jika tulisan saya menguris hati kawan-kawan tapi inilah kenyataan yang terjadi pada isteri saya petang semalam. Begini ceritanya, Petang semalam lebih kurang jam 2 ke 3 ptg, macam biasa isteri saya melayan tetamu yang makan tengahari di kedai saya di Restoran AAA (bukan nama sebenar) di Kajang.

Kemudian, datang tiga org lelaki lingkungan umur 20-30 tahun. Seperti biasa isteri saya akan menghampiri setiap pelanggan utk menulis harga makanan yang diambil. Biasalah setiap hari dia akan berbicara, bertanya khabar dan sebagainya.

Tiba-tiba salah seorang lelaki itu bertanya.”Akak nak buat duit tak? Katanya.

“Buat duit? Macam mana?”Tanya isteriku.

“Kami tengah cari orang ni, kalau akak nak buat perubahan le!’ sambung mereka bertiga.

“Apa cerita ni’? tanya isteriku ingin tahu lebih lanjut.

“Begini akak, kami ni ditugaskan untuk mencari seberapa banyak orang yang sanggup pergi ke Kelantan pada 8 Mac nanti untuk mengundi BN. Setiap orang kami akan bayar antara RM 300 atau RM 00, tengok lokasi.Kalau akak nak buat duit boleh le kami uruskan. Bayaran akan dibuat dalam bas semasa nak bertolak”.Terang mereka bertiga.

Melihatkan lelaki bertiga ini jauh lebih muda dari isteriku lalu beliau menjawab”minta maaf le dik, akak ni bukan tak nak duit tu…tapi kalau adik nak ajak akak menipu…adik silap orang…duit yang akak cari ni nak buat makan anak-anak..kalau duit menipu macam ni akak tak maul ah. Kalau adik offer akak RM1000 pun akak tak mau..Akak tak mau gadai maruah dgn hanya RM300..akak tak mau jadi hantu”

Mendengarkan kata-kata isteriku begitu mereka terdiam dan kemudian salah seorang itu berkata” Alamak kita Tanya salah orang ni”

Isteriku jadi rungsing dan tak tentu lepas kejadian tu, sebab isteriku memang tak berapa yakin sangat dengan cerita-cerita pengundi hantu sebelum ini.

Kebetulan pula petang semalam wakil dari YAYASAN TEKUN MALAYSIA ( Skim pinjaman utk peniaga kecil yg diuruskan sepenuhnya oleh kerajaan UMNO/BN.Pegawai pengurus adalah ahli UMNO) datang utk mengutip bayaran mingguan. Untu kepastian apakah benar cerita budak bertiga tadi, isteriku bertanya pada pegawai ini.

Dengan nada berbisik ”Betul, akak nak tolong ke? Kalau akak nak saya boleh uruskan. Kami nak bawa banyak ni..Akak nak cari orang pun boleh..nanti saya bagi komisen..tapi jangan bising-bising” Cerita pegawai ni.

Lalu isteriku menjawab lagi” Kenapa buat macam ni…Takkan nak menipu pula kalau nak menang pilihanraya. Issh akak tak naklah.Tak mau akak duit macam ni. Kalau setakat RM300 atau RM500 kejap je akak belanja dah habis..tapi undi yang akak bagi tu sampai 5 tahun…EEee tak naklah akak.

Pegawai tu beredar dgn muka tersipu-sipu…

Saya balik dari kerja terus ke restoran lebih kurang jam 7 ptg…Sampai je kat kedai isteriku terus menceritakan kejadian yang berlaku…Dalam hati aku rasa cukup bangga dengan apa yang isteri aku buat. Aku bangga kerana dia tidak mudah termakan dengan umpanan RM300-RM500 untk 5 tahun pemerintahan. Tahniah isteri tersayang.

Cerita diatas bukan rekaan tapi kenyataan yang nyata berlaku pada isteri tercinta, harap kawan-kawan guna sebagai tauladan dalam mencari kebenaran, dimanakah letaknya kewibawaan pemenang jika hasilnya dari pertolongan undi hantu yang dibawa khas dalam program”JOM Kelik Ngundi-Pade Dah”. Dimanakah letaknya demokrasi yang diagung-agungkan oleh media massa ? Nampaknya pilihanraya ini bakal menyaksikan banyak penipuan. Selamat mengundi.Time for Change.
Roslan Samson...

Monday, February 25, 2008

Berita Semasa

Bekas Orang Kuat Pemuda Umno Bantu Pas

KEMUNCULAN bekas orang kuat Pergerakan Pemuda Umno tahun 80-an, Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz di pentas ceramah Pas di Kampung Galok, Chetok malam tadi mengejutkan kira-kira lebih 2,000 yang hadir.
Ceramah itu merupakan ceramah pertama dalam kempen pilihan raya bagi calon Pas DUN Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman dan calon Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali.

Kehadiran Kamal Amir secara mengejut itu memberi peluang kepada pendengar untuk mengetahui isu-isu semasa dan juga pergolakan dalam parti Umno dewasa ini.

Kamal Amir yang kini aktif menggerakan NGO - Masyarakat Prihatian Malaysia (Perima) juga merupakan seorang wartawan terkemuka Utusan Melayu era tahun 80-an dan kini merupakan seorang bloger tanah air yang popular.

Dalam ceramah ringkasnya tadi Kamal Amir menyeru dan memberi peringatan kepada orang Kelantan supaya tidak mudah terpedaya dengan janji-janji Umno untuk menyalamatkan Melayu dan Islam.

"Saya harap adik kakak jangan mudah percaya dengan janji Umno di bawah pemerintah Abdullah Badawi kerana perjuangan Melayu di tangan Umno (Abdullah) hari ini sudah musnah dan hancur," ujarnya.

Menurut Kamal berbagai kepincangan berlaku di dalam Umno dewasa ini di mana ia memberi tanda-tanda Melayu sudah hancur dan Umno gagal menjadi parti yang memperjuangkan bangsa dan Islam seperti mula-mula ia ditubuhkan.

Kamal Amir yang juga merupakan kawan baik Ibrahim mengakui inilah kali pertama beliau menaiki pentas ceramah Pas kerana sudah tidak tahan dengan apa yang berlaku dalam Umno dewasa ini. "Saya sudah geli denga Umno ini adik kakak," katanya disambut tepukan gemuruh dan laungan takbir.

Kamal Amir yang bercakap kira-kira 20 juga mengingatkan orang Melayu Kelantan agar mempertahankan Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz kerana Kelantanlah satu-satu negeri yang menjadi benteng kepada agama dan bangsa Melayu.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Mas, Ustaz Ismail Nuh, Ibrahim Ali, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman serta kepimpinan semua dewan-dewan Ulama, Pemuda dan Muslimah Pas Kawasan Pasir Mas.

Turut memberi ceramah ialah Exco Dewan Pemuda Pas Pusat, Ridhuan Mohd Nor.

Sementara itu pada majlis itu juga Ismail Nuh merayu semua pengundi agar memberi sokongan kepada Ibrahim Ali yang bertanding atas tikit Pas.

Beliau menjelaskan pengudurannya daripada mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas telah dibuat sejak dua tahun lagi. "Saya telah jelaskan kepada pimpinan Pas kawasan mengenai hasrat saya ini bahawa pada pilihan raya ini saya tidak akan bertanding di mana-mana kerusi," jelasnya.

"Saya ingin jelaskan di sini saya ikhlas mengenai pengunduran ini dan berharap supaya para pengundi memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Paduka Ibrahim Ali," ujarnya disambut takbir.

Ismail juga berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya dan orang ramai menolak apa-apa dakyah mengenai tindakan Pas memberi laluan kepada Ibrahim bertanding di kerusi Pasir Mas. [alor star 8:00 pm 25/02/08]

Berita Lewat

Ke Mana Ahmad Awang?

MUNGKIN kerana terlalu ghairah menumpukan kepada pertarungan tokoh-tokoh hebat, nama seorang lagi Naib Presiden Pas, Ahmad Awang dilupai sehingga selepas selesai pencalonan baru orang tertanya-tanya di mana bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) itu bertanding.

Puas saya membelek senarai calon yang bertanding di dalam beberapa akhbar dan juga menelitinya dari beberapa protal berita termasuk di Harakahdaily, namun tidak terjumpa nama Ahmad Awang.

Selepas mencari dalam senarai salon Pas Perak, saya meneliti senarai calon Pas di Terengganu, Selangor atau Pahang. Namun nama Ahmad Awang tidak ada. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya Pas Perak.

Apakah beliau memang tidak bertanding ataupun akhbar atau media massa sengaja tidak mahu mendedahkan nama Naib Presiden Pas itu? Kalau Ahmad tidak bertanding kenapa dan apa salah dan gerangannya.

Apakah beliau mengambil pendekatan sama dengan bekas Timbalan Presiden Pas, Hassan Shukeri, yang tidak bertanding dalam pilihan raya dan kemudian dilantik menjadi Senator? Apa Ahmad juga akan dilantik senator sekiranya Pas memenang mana-mana negeri dan membentuk kerajaan negeri dalam pilihan raya akan datang.

Apakah ketidakcukupan kerusi untuk diserahkan kepada beliau? Mungkin ada sesuatu yang tidak kenal maka tokoh di barisan ketiga dalam hiarerki Pas itu tidak diturunkan pada pilihan raya kali ini. Beliau juga merupakan Naib Presiden yang mewakili golongan ulama dalam Pas.

Keciciran ini sedikit sebanyak boleh menimbulkan persoalan di kalangan orang ramai. Wajar juga kalau Pas membuat penjelasan kenapa Ahmad Awang tidak diletakkan bertanding di mana-mana kerusi. MENYUSUL tinjuan di Kedah. [alor star 9:00 pm 25/02/08]

Penjelasan

Borang Tok Guru Tidak Silap, SPR Subahat
Selamatkan BN

BERHUBUNG catatan di bawah tajuk "Penamaan Calon" yang dipostingkan semalam ada sedikit penjelasan. Bahawa apa yang dilaporkan nama Tok Guru Nik Abdul Aziz juga tersalah tulis dalam borang pencalonan adalah tidak benar. Pencadang kepada Tok Guru merangkap peguam penal, Nik Bahrum Nik Abdullah menjelaskan laporan itu tidak tepat.

Dalam posting komenter yang dihantarnya kepada blog beliau menjelaskan tidak ada apa-apa kesilapan terhadap borang pencalonan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Sebelum ini difahamkan bahawa bantahan ke atas kesilapan borang lawan Tok Guru Nik Aziz, Dr Nik Zain Nik Omar tidak diterima dan kononya ada kompromi kerana borang Tok Guru juga berlaku kesilapan kecil.

Persoalannya kalau tidak ada kompromi seperti mana yang dikatakan itu mengapa Dr Niik Zain boleh atau dibenarkan juga bertanding sedangkan kesalahannya jelas iaitu dikatakan tidak menanda tangani borang penamaan calon. Apakah yang berlaku sebenarnya kompromi antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan Dr Nik Zain?

Jika berlaku kompromi demikian maka jelas lagi bersuluh SPR bersubahat menyelamatkan kerusi Chempa daripada dimenangi Pas secara percuma. [kb. 10:30 am 25/02/08]

Sunday, February 24, 2008

Susupan Senja

Pas Jangan Lalai Atas Keaiban Umno
Update

HARI ini rakyat Kelantan masih belum membuat pemilihan dan penghukuman baik ke atas Umno atau Pas Kelantan. Masanya masih belum tiba. Tanggal 8 Mac adalah tarikh keramat bagi rakyat Kelantan membuat pemilihan. Rakyat Kelantan akan membuat perhitungan kepada Umno atau Pas Kelantan.

Bagaimana pun nasib Umno agak malang kali ini di Kelantan. Sebelum rakyat membuat perhitungan sebenar dan menghukum Umno atas kesalahan dan sebab-sebab yang rakyat Kelantan saja yang tahu, parti itu telah menghukum dirinya sendiri.

Disebabkan kejahilan ataupun kerana terlalu ghairah untuk menawan Kelantan menerusi calon Menteri Besar barunya, Awang Adek Hussin menyebabkan Umno ditimpa keaiban demi keaiban gara-gara diri sendiri.

Ada dua keaibahan yang sukar dilupakan oleh Umno sepanjang sejarah kewujudannya di Kelantan. Pertama ialah apabila dua orang calonnnya untuk kerusi Parlimen menarik diri disaat-saat akhir daripada bertanding.

Dua calon itu ialah seorang profesor bernama Abdullah Sudin yang bakal diletakkan di Pengkalan Chepa untuk berhadapan dengan bekas TMB Kelantan, Abdul Halim Abdul Rahman.
Belum tiba ke pusat penamaan calon profesor berkenaan telah menarik diri.

Yang anihnya lagi, katanya tokoh akademik itu tidak tahu menahu pun yang beliau akan dipilih menjadi calon Umno di Parlimen Pengkalan Chepa. Beliau sendiri katanya tidak pernah menyertai Umno atau menjadi ahli Umno. Ketika namanya diumum beliau dikatakan berada di luar negeri.

Profesor itu juga katanya lebih baik dan mesra dengan Pas. Pernah memberi sumbangan idea akademiknya kepada kerajaan Kelantan.

Demikian juga penarikan diri calon Umno untuk Parlimen Pasir Mas, Abdul Halim Ahmad (foto) untuk berhadapan dengan Ibrahim Ali sesuatu yang pelik dan ganjil. Beliau yang merupakan seorang kakitangan kerajaan dan memegang jawatan sebagai Pengelola Istana amat mustahil kalau sanggup memperlakukan namanya begitu rupa.

Dua kejadian itu menyebabkan ada yang mempersoalkan kenapa begitu pandir sekali Umno, mengumumkan nama seseorang tanpa mendapat izin dan memberi tahunya.

Sepatunya sebagai parti profesional, Umno harus pastikan sebelum membuat keputusan sepenting itu kerana ia melibatkan maruah Umno dan BN. Apa yang berlaku itu telah menjejaskan setidak-tidaknya semangat orang Umno.

Kejadian satu lagi ialah bagaiaman calon BN di DUN Kijang, Mustopha Ahmad dibatalkan pencalonannya kerana masih bankrup. Gara-gara kelalaian ini menyebabkan calon Pas, Wan Ubaidah Omar menang tidak bertanding.

Sekali lagi kalau kejadian itu tidak disengajakan ia menunjukkan betapa bodohnya Umno dalam soal ini. Sebagai parti pemerintah tidak sepatutnya soal-soal seperti itu berlaku.

Bagaimana pun secara poeribadi saya keliru berhubung apa yang berlaku di Kijang itu. Apakah begitu pandir sekali Umno sehingga tidak membuat penyelidikan (reserch) terhadap calon-calonnya.

Bukankan setiap bakal calon Umno mesti melalui berbagai tapisan, polis, BPR, jenayah dan bankrupsi. Umno boleh lakukan siasatan ini walaupun tanpa hari kerja. Mereka boleh periksa menerusi komputer dan result samada seseorang itu bankrup atau tidak dapat diketahui tidak sampai lima minit?

Mengenang ini timbul di kepala saya apakah kemenangan Ubaidah itu disengajakan. Ianya taktik Umno untuk melenakan Pas. Pas pasti sekali merasa gembira yang amat sanggat dengan kemenangan 1 - 0 itu. Umno mengharapkan Pas menjadi syok sendiri dan leka.

Boleh dikatakan apa yang berlaku di Kijang itu Umno mahu mengasyikan Pas, mahu melalaikan Pas. Bila Pas sudah lalai dengan kemenangan itu maka saat itulah Umno akan terus menyerang Pas dari dalam secara senyap penuh stratigis. Apakah begitu?

Tegasnya apa yang berlaku itu - penarikan calon dan kelalaian calon Umno itu memberi kesan moral yang besar kepada Umno. Pun dalam pada itu kepada Pas jangan senang dengan takdir itu sehinggakan ia mendatangkan musibah yang akhirnya memusnahkan kegembiraan Pas yang sedikit itu dengan kesedihan yang panjang! [kb 8:00 24/02/08]

Enekdot Politik

Tabik Untuk Amid
Kemuliaan Di Sebalik Saiz Kecil Seorang Pejuang
SUKADUKA, keperitan dan tribulasi dalam mengharungi gelombang politik yang berlaku dan diterima Abdul Hamid Abdul Aziz boleh dijadikan contoh dan iktibar oleh orang politik dan mereka yang gilakan politik.

Takdir politik yang menimpa atau ditimpakan ke atas dirinya dalam politik sungguh menyayukan. Mungkin kalau orang lain sudah lama bertindak meninggalkan parti ataupun merajuk dan menggulung bendera perjuangan kerana tidak sanggup mengesat air mata kedukacitaan apabila diri merasa dikecewakan. Tetapi kerenah itu tidak berlaku ke atas Abdul Hamid dan ia seolah tidak pernah dikenalinya.

Abdul Aziz Abdul Hamid sudah tiga kali gagal untuk menempatkan dirinya sebagai salah seorang calon Pas dalam pilihan raya. Namanya disebut-sebut sejak pilihan raya umum ke-10 lagi sebagai orang yang kemungkinan akan dicalonkan sebagai calon Pas di kerusi DUN Tendong.

Pada pilhan raya ke-11 namanya sekali lagi turut disebut akan disenaraikan untuk bertanding di DUN Tendong. Bagaimana pun apabila sampai saat hari penamaan calon namanya tiba-tiba hilang begitu saja dan seolah dirinya tidak pernah wujud dalam DUN Tendong.

Dalam pilihan raya ke-12 ini sekali lagi beliau seolah dipermainkkan. Kali ini apa yang dialami Abdul Hamid benar-benar mencabar wibawanya. Betapa tidak beliau yang menjadi Penyelia DUN Tendong sudah turun padang sejak tiga tahun lalu menyusun dan mengemaskan jentera parti tiba-tiba dialpakan begitu saja.

Wang ringgit dan tenaga yang dilaburkan tidak payah dicerita. Apa yang malangnya dikala namanya memuncak disebut-seut bakal diletakkan bertanding di Tendong, tiba-tiba sekali lagi namanya merudum dan nama lain yang melayang datang menggantinya. Nama Abdul Hamid yang sudah pun terdampar dihati rakyat tiba-tiba seperti dihilangkan begitu saja.

Bayangkan dalam keadaan beliau sudah bersiap sedia untuk menjadi calon, tiba-tiba namanya ternafi begitu saja. Paling menyedihkan lagi penggugurannya tidak diberi tahu awal-awal setidak-tidaknya untuk tidak mengejtukan para penyokongnya. Abdul Hamid tahu akan nasibnya menjelang 72 jam sebelum tiba hari penamaan calon.

Bagaimana pun kegagalan dan pengguran namanya itu tidak menjadi masalah kepadanya. Tangisan tidak akan pecah dihati orang bernama Abdul Hamid kerana semata-mata kerana tidak dicalonkan. Beliau lebih percaya dan menyerahkan diri kepada parti. Tidak ada niat untuk beliau mengkhianati perjuangan dan partinya.

Hakikat ini jelas apabila pada hari cukup memilukan Abdul Hamid iaitu hari pengumuman nama calon-calon Pas bagi kawasan Pasir Mas pada malam Sabtu lalu oleh Yang Dipertua Pas Pasir Mas, Ismail Nuh, Abdul Hamid hadir seperti orang yang tidak merasai apa-apa kelukaan dan seakan dia juga datang untuk mendengar namanya disebut sebagai calon.

Malam itu beliau selamba saja dan sedikitpun tidak menampakkan kemuraman. Duduk bersebelahan dan bersalam dengan 'orang-orang' yang mungkin mencandangkan agar namanya digugurkan. Lebih menakjukkan Abdul Hamid menerima baik calon yang mengganti tempatnya, Mohamad Daud Mohamad.

Ketika saya mengunjungi pejabatnya di Tendong tengah malam semalam, Abdul Hamid tanpa berbaju dan hanya berkain pelikat berseorangan masih menyiapkan kerja-kerja terakhir sebelum proses penamaan calon keesokkannya. Mulanya saya fikir beliau menyepikan diri kerana kecewa, tetapi apabila melihat borang pernamaan calon berselerakan atas mejanya baru saya mengerti dan mengenali siapa dia Abdul Hamid sebenarnya.
Rupanya belau sedang mengisi dan menyemak borang pencalonan Mohamad Daud Mohamamd orang yang menggambil tempatnya di Tendong. Beliau diberi tanggungjawab itu kerana pengalamannya cukup luas dalam hal itu. "Maaf saya tidak dapat nak ajak makan sebab nak semak borang Ustaz Mat," katanya tanpa mengangkat muka.

Saya terkaku melihat dan mengenang Abdul Hamid yang tidak sedikit pun ugah itu. Lama jadi termagu agak lama mengenangkan nasib yang dilalui Abdul Hamid. Saya tidak tahan untuk memandang wajahnya. Cuma jauh di sudut hati saya berbisik..." Mid tak mengapa sabarlah, mungkin Allah akan qodakan segala kesalahan anta (dalam politik) dengan ketulusan dan kesucian hati anta dalam perjuangan...! Semoga. [kb.kel 4:45 pm 24/02/08]

Penamaan Calon

Keadaan Seakan Memihak Kepada Pas!
Update

SELEPAS jam 12: 00 tengah hari tadi selesailah proses penamaan calon bagi kesemua 45 kerusi DUN dan 14 kerusi Parlimen di Kelantan. Kini semua calon-calon yang disahkan bertanding masuk ke tahap kedua iaitu berkempen bagi memastikan kemenangan masing-masing.

Lebih besar dari itulah kedua parti Pas dan Umno akan berusaha bermati-matian untuk menguasai Kelantan.

Mereka (calon) kini mulai sibuk bukan lagi mencari pelobi ataupun penawar agar diri dicalonkan tetapi bagaimana mengatur strategi untuk menawan hati rakyat agar memilih mereka. Dalam pada itu calon dan seluruh jentera pilihan raya masing-masing akan sibuk dengan tugas masing-masing.

Rasa terkilan, sedih dan hiba kerana tidak dicalonkan juga sudah pun reda. Kini semua sepakat dan bersatu hati untuk memenangi parti masing-masing. Rasa nak marah, nak protes dan sebagainya juga yang sebelum berkobar-kobar sudah tidak meruap lagi. Baguslah itulah pejuang sejati yang tidak akan mengkhianti perjangan.

Pendeknya tempoh 12 hari merupakan tempoh yang cukup kritikal bagi calon dan juga jentera pilihan rayanya. Dua belas hari masa berkempen itu adalah penentu segala-gala perancangan yang dibuat sejak empat tahun lalu.

Meskipun gambaran pada proses penamaan calon yang berakhir sekejap tadi tidak dapat dijadikan petunjuk dan ukuran sahih mengenai parti mana yang kuat dan bakal menguasai Kelantan namun sedikit sebanyak ia boleh diterima pakai untuk membuat analisa awal. Suasana, semangat dan juga kekuatan pasukan berarakan mengiringi calon itu boleh dijadikan petanda.

Dalam pengamatan saya di pusat penamaan calon di Pasir Mas serta beberapa kawasan lain yang dilaporkan, ia menunjukkan pihak Pas mempunyai sedikit kelebihan berbanding Umno. Para penyokong Pas begitu bersemangat sekali untuk menang kali ini. Pas nampaknya membuat lonjakan awal. Kekalahan mereka pada tahun 2004 lalu seperti mahu ditebus pada 8 Mac kelak.

Dalam pada itu beberapa kejutan kecil juga berlaku pada penamaan calon kali ini yang mana ia memberi suntikan semangat kepada Pas. Calon Pas bagi kerusi DUN Kijang Wan Ubaidah Omar telah diumumkan sebagai menang tidak bertanding apabila calon BN dibatalkan kerana bankrup.

Apa yang berlaku kepada lawan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sedikit mengejutkan dan Pas bakal memperolehi kerusi Chempaka yang ditandingi Nik Aziz secara percuma bila mana borang berlaku silap teknik kepada borang pencalonan Dr Nik Zain Nik Omar. Katanya Nik Zain tidak mennda tangani borang pncalonannya.

Maruah Nik Zain dan Umno seluruhnya diselamatkan dengan sedikit kesilapan di sebelah Nik Axiz bilamana borang MB itu juga berlaku kesilapan. Nama yang ditulis di borang katanya tidak sama dengan nama yang tertera di dalam kad pengenalan.

Selain itu kehadiran dua calon bebas di kerusi Parlimen Rantau Panjang dan DUN Gual Periok juga menarik perhatian dan menjadikan pilihan raya ke-21 ini nakal ditulis dalam diary buku Suruhanjaya Pilihan Raya. Sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena di situ sehinggakan tampil calon bebas. Calon bebas berkenaan dikatakan Bebas yang akan menganggu undi BN.

Perarakan beberapa calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan juga menarik dan memberangsangkan terutamanya untuk kerusi Pengkalan Kubur Tumput, Kelantan. Calon PKR pilihan penduduk Penguhulu Mat Hassan dikatakan diarakan kira-kira 3,000 para penyokongnya yang bergabung dengan penyokong Pas berbanding dengan pengiring Umno seramai kira-kira lebih 1,000.

Beberapa tempat yang dijangka menjadi tumpuan di Kelantan selain Pasir Mas, ialah Bachok, Kuala Krai dan Kota Bharu. Di Pasir Mas, buat pertama kali dalam sejarah Pas Kelantan telah memberi laluan dan kebenaran kepada Ibrahim Ali bertanding atas tikit dan lambang Pas.

Sejarah ini dicipta kerana ia merupakan strategi Pas untuk memenangi kawasan berkenaan yang mempunyai satu parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN). Sejauh manakah taktik dan strategi ini memberi kesan baik sama-sama kita tunggu selepas 8 Mac kelak. Cuma apa yang dapat dikatakan di sini sekiranya strategi berkenaan berjalan lancar dan berkesan, kemungkinan kesemua kerusi DUN di Pasir Mas akan dimenangi oleh Pas di samping Ibrahim akan menang mudah di kerusi Parlimen.

Sehingga kini tidak ada apa-apa maklumat lanjut atau lain-lain perkembangan yang mengejutkan yang diterima berhubung proses penamaan calon hari ini. Laporan seterusnya akan disampingkan dari masa ke semasa menerusi blog ini! [kb. 1:50 pm 24/02/08]

Saturday, February 23, 2008

Catatan Lewat

"Kelu Kelek" Politik Kelantan

MSO

KETIKA dalam perjalanan ke Kota Bharu petang semalam (21 Februari), seorang kawan menghubungi memberi tahu Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika itu sedang mengumumkan calon-calon Pas di kediaman Menteri Besar (yang tidak pernah didiaminya) iaitu JKR 10, Kampung Sireh, Kota Bharu.

Kawan media itu bertanya kenapa saya tidak ada. Katanya pengumuman itu semacam tidak lengkap apabila saya tidak ada sama bergelewatan di JKR itu.

Biasa katanya saya akan turut hadir sama dan tidak pernah ketinggalan dalam majlis-majlis Pas apa lagi majlis sepenting kelmarin. Namun tahun ini nampak lain macam sikit, desahnya. Apakah anta sudah merasakan Pas akan kalah!" katanya kawan itu.

Asthrafirullahuazim... ke situ pula. Pas tidak akan kalah kata saya sebab Allah akan membantu perjuangan Islam sejati. Masakan Allah membiarkan perjuangan agamaNya. Lagipun calon MB Umno yang diperkenalkan kelmarin mampu ditandingi oleh calon MB Kelantan dari Pas bila-bila masa dan di mana saja. Siapalah Awang Adek Hssin dalam kancah politik Kelantan!

Dalam pada itu juga saya sudah berseloroh yang saya sudah tahu calon-calon Pas di setiap kawasan baik DUN dan Parlimen. Begitu juga dengan calon-calon dari Umno. Bukan itu saja tahu juga siapa yang mengatur dan mencaturnya. Siapa yang menjadi tangan ghaib yang mengangkat tangan Nik Aziz untuk ambil orang itu dan orang ini sebagai calon Pas.

Tidak bersalah

Siapa? Tanya kawan itu tiba-tiba jadi berminat. Dia tu ke.... usiknya. Sapa? Tekan saya. Saya tidak mahu kawan itu menuduh orang yang tidak bersalah dan tidak berdosa. Tidak... bukan dia....jelas saya serius. Habis siapa? Entahlah.

Sepanjang perjalanan saya kira soal calon sudah selesai. Saya membayangkan yang tidak dapat menjadi calon pun sudah menangis dan bergatang air mata gugur. Manakala yang sudah tersenarai pula sudah berangan-angan untuk jadi YB atau terus menjadi YB. Yang mencatur pula akan merasa bangga kerana percaturan yang dibuatnya berjaya, selepas ini mereka akan mengutip hasil mashyulnya.

Baguslah kalau begitu. Pas harus tenang dan bersiapa sedia. Semua pihak harus berkerjasama untuk berhadapan dengan BN dan Umno. Jangan dendam mendendami atau mengkhianati antara satu sama lain. Kali ini BN beriya benar hendak tawan Kelantan, sampai bapa mertua berpakat dengan menantu (Abdullah Ahmad Badawi dengan Khairy Jamaluddin)! Cita-cita BN ini saya dedahkan sejak berbulan dulu lagi sebagai warning kepada Pas Kelantan.

Telefon masuk lagi silih berganti memberi tahu perkembangan dari masa ke semasa mengenai Kelantan tanpa diminta. Semua panggilan itu menganggu konsentrasi saya untuk membuat analisa pilihan raya di Kelantan kali ini. Saya sudah tidak menghitung siapa yang harus bertanding dan digugurkan lagi tetapi mahu tengok kekuatan dan wibawa calon masing-masing. Dari sini nanti dapat dibuat analisa atau 'ramalan' parti mana yang bakal memerintah Kelantan.

Panggilan dari Pasir Puteh melaporkan bahwa pergolakan akibat perebutan calon di situ sudah selesai. Sudah ada kompromi di kalangan yang bertentangan. Alhamdulilah. Itulah yang kita mahu sebenarnya. Bergaduh untuk mencari kebaikan dan bukan untuk berdendam kemudian memusnahkan impian rakyat - yang akhirnya jadi semua 'ssaja... adalah tidak elok.

Lewat jam 9:00 malam saya sampai di Pasir Mas untuk melihat apa yang berlaku di Pasri Mas. Almaklumlah ... di sini Ibrahim Ali yang akan bertanding sebagai calon bebas dan menggunakan lambang Pas. Khabar mengatakan di sini ada pergolakan dan bantahan sedikit sebanyak mengenai strategi itu menarik minat saya untuk memberi tumpuan agak jitu. Kalau itu berlaku ia menjadi masalah dan semua pihak tidak untung.

Tetapi Alhamdulilah sebaik saya memijak kaki di padang Mini Stadium Pasir Mas kebetulan nama Ibrahim Ali disebut sebagai calon Parlimen Pasir Mas. Orang yang mengumumkan ialah Yang Dipertua Pas Pasir Mas, Ismail Nuh, yang juga bekas ahli Parlimen Pasir Mas dan pernah bertempur dengan Ibrahim dan menjadi ahli Parlimen Pasir Mas selama dua penggal.

Selepas pengumuman itu kelihatan keduanya berpelukan antara satu sama lain, pelukan ala Arab. Tanpa disedari air mata saya membekak di birai mata kerana seronoknya melihat dua hamba Allah yang sebelum ini berada di sudut berbeza namun hari ini boleh pula duduk atas pentas yang sama untuk menuju mardhatilah.

Ada masalah

Sebagai pemerhati saya merasa lega. Nampak tanda-tanda yang Parlimen Pasir Mas akan kembali ke tangan Ibrahim, di mana saya kira haknya memandangkan sudah banyak budi dan jasa yang beliau tumpahkan di situ. Petanda itu menyebabkan saya rasa Pas tidak ada masalah mengenai calonnya kali ini. Pas akan berhadapan dengan Umno dalam keadaan bersiap sedia dan penuh semangat.

Apa lagi terdengar selepas itu desas desus mengatakan calon Umno yang akan berhadapan dengan Ibrahim, dikatakan kurang berminat. Beliau yang katanya pandai-pandai dicalon Umno untuk mengugatkan Ibrahim bercadang untuk menarik diri. Ada pihak lain juga melarang dan marah kepada calon berkenaan.

Desas desus ini sekali lagi memberi gambaran Ibrahim akan melalui jalan mudah - walaupun belum selamat di Pasir Mas.

Setelah menyaksikan pengumuman calon di Pasir Mas dalam keadaan cukup harmoni, tiba-tiba masuk panggilan dari Rantau Panjang yang memaklumkan berlaku kekecuhan di majlis pengumuman calon yang diadakan di pejabat Pas di Lebuh Raya Rantau Panjang - Pasir Mas.

Menurut si pemanggil itu pengumuman calon Parlimen Rantau Panjang ditangguhkan. Berlaku rebut merebut pembesar suara ketika majlis itu berlangsung. Satu kumpul katanya tidak mahu kepada calon wanita yang dibawa atas restui Yang Dipertua Pas Kawasan itu Abdul Fatah Haron untuk bertanding di kerusi Parlimen. Mereka mahukan calon lain. Nama yang disebut ialah Sabri.

Sebagai menenangkan keadaan, Ketua Dewan Ulama Pas, Muhammad Daud Iraqi yang ditugaskan mengumumkan calon itu mengambil keputusan bijak menangguhkanbya. Jadi nama calon Parlimen Pas tidak diumumkan malam tadi walaupun di media massa hari ini sudah menyebut nama Wan Zailah... bekas Senator. Adalah dipercayai sehingga kini calon Parlimen bagi pihak Pas masih belum dimuktamadkan.

Namun apa yang diketahui jam 3:00 petang ini semua calon-calon Pas termasuk Ibrahim Ali akan menerima watikah perlantikan daripada Nik Aziz di Pusat Terbiah Islamiah (Putik), Pengkalan Chepa. Laporan akan menyusul selepas ini termasuk kedudukan calon Parlimen BN di Pasir Mas serta cerita bagaimana calon BN di Pengkalan Chepa menghilangkan diri kerana enggan bertanding. .
BERSAMBUNG... [kb, kel 2:12 pm 22/02/08] P/s disebabkan akses internet di Kelantan tidak baik maka gambar-gambar terkini tidak dapat dipostingkan buat masa ini.

Thursday, February 21, 2008

Ulasan Khas

BN/Umno Sudah Umumkan Calonnya di Kelantan

KALAU pengumuman calon itu boleh diambil kira dan mempunyai markah didalam pilihan raya maka Umno/BN Kelantan sudah memperolehi satu mata meninggal Pas di belakang. Umno telah pun mengumumkan kesemua 57 calon-calonnya lewat pagi tadi.

Pengumumna itu dibuat oleh 'bekas bakal' MB Kelantan, Annuar Musa di rumahnya di Bukit Marak Kelantan, bukannya di Pejabat Barisan Nasional atau Umno Kelantan.

Pas sehingga menjelang Maghrib ini masih belum selesai mencaturkan calon-calonnya untuk diturunkan. Beberapa pindaan terakhir bagi menyesuaikan dengan lawannya (Umno) dikatakan masih dilaukan. Ketika laporan ini ditulis para calon Pas dikatakan sedang berkampung di kediaman Menteri Besar di JKR 10, Kampung sireh.
Pas begitu cermat dalam menentukan calon-calonnya kali ini mungkin bagi mengelakan peristiwa tahun 2004 berualng lagi. Untuk Parlimen Rantau Panjang dan Jeli masih belum diputuskan lagi. Masih lagi dalam keadaan "rokrak".

Seperti mana yang diwar-warkan Annuar sebelum ini yang mana 70 peratus calon BN adalah muka baru. Nampaknya warwaran itu hampir benar. Ada beberapa muka baru yang dikemukakan terdiri dari berbagai profesional tua dan muda.

Antara muka baru yang mungkin memberi rangsangan ialah seperti Asyraf Wajdi Dasuki, penulis jemputan dalam Utusan Malaysia yang diletakakan bertanding parlimen Tumpat. Asyraf Wajudi adalah anak kepada Dasuki Ahmad orang lama Umno Kelantan yang juga dikenali sebagai berlatar belakangkan ustaz.

Kehadiran Asraf Wajdi adalah untuk memberi gambaran bahawa calon Umno kali ini terdiri daripada orang muda yang berpendidikan agama dan intelektual.

Yang lain, ialah dua orang profesor, Prof Che Musa Che Omar di Parlimen Kuala Krai dan Prof Abdullah Sudin di Pengkalan Chepa.

Seorang lagi muka baru ialah bekas Pengawai Daerah Pasir Mas, Abdul Halim Ahmad. Kesediaan Abdul Halim menjadi calon Umno mungkin menimbulkan kejutan kerana sebelum ini beliau dianggap Pegawai Kerajan yang tidak berparti. Semasa remajanya beliau dilihat jinak dengan parti Berjasa pimpinan Muhammad Nasir.

Muka baru juga dari kalangan Pemuda Umno. Mungkin calon ini atas kehendak dan insan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Mereka ialah Rosdi Ismail (Bunut Payung) dan Mohd Affandi Yusuf di Parlimen Rantau Panjang. Ada kombinasi intelektual dalam Pemuda di mana ada yang berpendidikan sekular dan ustaz.

Perubahan lain tidak begitu mengejutkan. Pertukaran kerusi antara Annuar Musa dengan Alwi Che Amat sudah diduga awal-awal lagi. Annuar meninggalkan kerusinya Kok Lanas kepada Alwi selepas usaha re-branding - pemulihannya di Kelantan tidak berjaya.

Annuar menyerahkan tanggungjawab untuk menguruskan Kelantan kepada Alwi sekiranya BN menang di Kelantan.

Selain pertukaran kerusi Ketereh dan Kok Lanas itu, perubahan juga berlaku di Parlimen Pasir Puteh di mana Che Min Che Mat dipindah ke Limbongan. Manakala kerusi Parlimen Pasir Puteh diserahkan kepada Adun Selising, Amran Mamat.

Paling mengejutkan sedikit ialah keistimewaan yang diberikan kepada Awang Adek Hussin untuk bertanding di dua kerusi, di DUN Perupok dan Parlimen Bachok. Tindakan itu ialah bagi persediaan untuk melantik Timbalan Menteri Kewangan itu sebagai Menteri Besar Kelantan.

Kesimpulan calon-calon yang dikemukakan BN serta strategi yang dilakar tidaklah begitu mengejutkan kerana apa yang diura-urakan itu sudah dibaca sejak awal-awal lagi. Kelemahan dalam percaturan Umno Kelantan itu ialah apabila Annuar Musa tetap juga ikut sama bertanding sedangkan beliau dilihat membawa penyakit kepada Umno Kelantan. BESOK akan diulas pula calon-calon Pas. [wm.kl. 7:25 pm 21/02/08]

Wednesday, February 20, 2008

Berita Menggemparkan

Kecuh Politik Terengganu
Gelombang Biru Makan Tuan!

PENGUMUMAN atau berita paling mengejutkan hari ini ialah mengenai keberanian Umno/BN Terengganu yang menggugurkan beberapa penyandang (wakil rakyatnya) yang selama ini dianggap popular dan menjadi ikon Terengganu khasnya di Parlimen.

Dua orang tokoh popular Terengganu yang digugurkan ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Abdul Rahman Bakar, Rosli Mat Hassan dan Tengku Putra Tengu Awang.

Abdul Rahaman tidak disenaraikan untuk bertanding semula mempertahankan kerusi parlimen Marang, Rosli Mat Hassan di parlimen Dungun dan Tengku Putera di parlimen Hulu Terengganu. Kerusi itu dimenangi mereka pada pilihan raya 2004 lalu.

Paling mengejutkan pengguguran Abdul Rahman dikenali sebagai Giant Killer kerana berjaya menewaskan Prsiden Pas, Abdul Hadi Awang dalam pilihan raya ke-11 lalu. Pengguguran itu bermakna Umno Terengganu di bawah pimpinan Idris Jusoh langsung tidak menghargai jasa dan budi Abdul Rahman.

Tidak perecaya

Sebelum ini sudah berhembus berita mengatakan Abdul Rahman bakal digugurkan namun berita itu dianggap sebagai angin lalu sahaja. Siapa pun tidak percaya memandangkan prestasi Abdul Rahman sebagai timbalan menteri sedikit sebanyak membanggakan rakyat Terengganu dan tidak mungkin beliau digugurkan.

Melihat kepada komtimen Abdul Rahman dengan tugasnya pemerhati meramalkan beliau bakal dilantik menjadi mentei penuh sekiranya beliau berjaya mempertahankan kerusi Marang 8 Mac kelak. Pengundi Marang sebenarnya sangat mengharap Abdul Rahman dilantik menjadi menteri penuh untuk berhadapan dengan pengaruh Abdul Hadi.

Begitu juga dengan Rosli dan Tengku Putera. Kedua mereka adalah dianggap sebagai pemimpin peringkat nasional yang mewakili Terengganu. Rosli antara ahli Parlimen yang latang menyuarakan kepentingan rakyat di Parlimen manakala Tengku Putra pula pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Kewangan.

Tindakan berani Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Idris Jusoh itu menunjukkan perjudian dan keyakinannya tanpa tokoh-tokoh hebat itu Terengganu dapat mengekang pengaruh Pas yang semakin pulih dan kian mendapat kerpercayaan semua rakyat akhir-akhir ini.

Dalam pada itu pemerhati berpendapat pengguguran itu terpaksa dilakukan Idris walaupun tokoh itu menjadi ikon Terengganu di Kuala Lumpur. "Saya kira tindakan Idris itu ialah kerana ingin menjaga kedudukan politiknya. Mereka itu digugur kerana mereka dianggap sebagai pencabar kepada politiknya," kata seorang pemerhati politik Terenggannu.

Beberapa muka baru yang diperkenalkan juga dilihat tidak mampu membantu Umno Terengganu mengekalkan Kerajaan pimpinan Idris berusia empat tahun itu sebaliknya mereka dilihat kroni Menteri Besar Besut itu.

"Saya tidak faham dengan tindakan Idris itu, beliau napaknya begitu berani bermain dengan ombak. Saya bimbang gelombang biru yang dicipta empat tahun lalu akan memakan dirinya kali ini," ujar seorang tokoh politik veteran Terengganu yang tinggal di Kuala Lumpur.

Beliau kesal dengan keputusan Idris itu bagaimana pun menghormatinya kerana kuasa menentukan calon terletak di tangan Idris selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Sementara itu dipihak Pas menerima penyenaraian calon Umno hari ini serta pengguguran tiga tokoh utama Umno itu sebagai rahmat kepada mereka. Atas kertas hari ini peluang Prersiden Pas Abdul Hadi Awang untuk menduduki semula kerusi Marang sangat cerah. Calon yang diturunkan menggantikan Abdul Rahman Bakar, ialah Ahmad Ramzi Md Zubir, Sertiausaha Politik Menteri Besar Terengganu yang suatu ketika dulu dikatakan berlagak samseng dengan seorang penulis buku politik. [wm kl 8:50 pm 20/02/08]

Enekdot Politik

Tok Guru dan Orang Utan

SESUATU yang tidak beres akan menganggu pemikiran. Menjadi lumrah penulis kalau ada yang tidak lengsai maka sukarlah untuk ia melakukan kerja-kerja lain. Apa lagi mengenai idea atau pun bila ada sesuatu topik yang menarik, ini menyebabkan tumpuan untuk melakukan kerja lain hilang.

Ketika inilah penulis akan bangun tengah malam, ataupun tidak lelapkan mata untuk menyudahkan kerja-kerja (gangguan idea) itu. Atau juga akan marah bini dan herdik anak-anak yang tidak tahu menghormati kerja bapa/suaminya sebagai seorang penulis atau akan membiarkan hidangan kesejukan berjam-jam.

Semalaman, sebenarnya sejak kelmarin lagi kepala teringat kepada bedalan Tok Guru Nik Aziz kepada orang Umno yang menyifatkan orang Umno sebagai Orang Utan. Perumpamaan itu sungguh menyakitkan orang Umno... aduh Saliha...tajamnya bidalan itu.

Mendengar bedalan itu terus tersemin dalam kepala saya wajah Najib Razak, Tengku Adnan Mansor, Nazri Aziz, Zakaria Mat Derus, Zahid Hamidi, Shahidan Kassim, Rosmah Mansor, Hamid Othman, Adnan Yaacob dan ramai lagi.

Melenting habis pemimpin Umno dengan bedalan atau perumpaman itu kerana tidak rela dan tidak sanggup mereka disamakan dengan Orang Utan. Orang juga tetapi Orang Utan! Orang Utan dalam konotasi biasa ialah haiwan yang menyamai manusia tetapi tidak manusia. Warnanya hitam, mulut besar dan pongek juga besar!

Mungkin ada benarnya juga kata-kata Nik Aziz... Tokguru itu. Dalam konteks politik orang Umno tidak mengira sangat soal undang-undang dan peraturan. Mereka gasak saja ikut sedap mereka. Tindakan tidak bertamdun inilah dikesalkan.

Umno mengajar orang Melayu berpolitik tanpa ada nilai dan maruah. Berpolitik ikut sedap godam sahaja. Berpolitik sehingga melampau batas adat dan agama. Politik petingkan diri sendiri dan kroni serta sanggup melakukan apa saja asalkan menguntungkan mereka.

Sebenarnya kalau hendak dikira, Orang Utan lebih baik daripada manusia seperti itu. Meskipun tidak ada akal fikiran, tidak bersekolah dan jauh dari tamadun mengikut acauan manusia, namun Orang Utan tetap ada peraturannya sendiri. Mereka hormati peraturan dan tabiat semujadi yang mereka warisi daripada datuk nenek mereka turun temurun.

Ini bermakna Orang Utan lebih mulia daripada mereka yang tidak mengikut peraturan. Yang bertindak untuk perut semata-mata. Atau pun yang berpolitik seperti 'kucing timbus tahi' atau pun yang tidak tahu bertanggungjawab dan sanggup berbohong secara kering-kering. Sanggup menuduh dan menunding jari ke arah orang lain selepas ianya melontar kerikir.

Sebenarnya anologi atau pun bidalan Mursyidul Am PAs itu bukan valid dalam skop Umno saja tetapi ia boleh diterima pakai dalam skop yang lebih luas lagi. Barang kali juga di dalam Pas pun ada manusia ataupun ahli politiknya yang bersifat macam Orang Utan itu.

Maknanya apa yang boleh difahamkan bahawa sudah ada perangai-perangai Umno di dalam Pas. Sudah ada pemikiran ataupun pengamal teori-teori matlamat menghalalkan cara di dalam Pas. Meniru budaya Umno dan juga belajar berhipokrasi macam Umno. Tegasnya kalau pun tidak ada ibu dan bapa Orang Utan dalam Pas, tetapi sekurang-kurang anak Orang Utan yang cacat tetap ada dalam Pas! Walahualam.... [wm.kl 6:30 am 20/02/08]

Tuesday, February 19, 2008

Susupan Senja

Senarai Calon Umno Kelantan Dipindah Tiga Kali

MSO
UMNO Kelantan juga kalut dalam menentukan calon-calon yang akan diturunkan dalam pilihan raya 8 Mac kelak. Khabarnya separuh daripada 22 wakil rakyatnya yang menang dalam pilihan raya lalu digugurkan. Manakala 70 peratus calon yang diseneraikan adalah muka baru termasuk beberapa orang Ketua Pemuda Bahagian. Salah seorangnya Ketua Umno Kota Bharu, Rosmadi.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Annuar Musa dikatakan menggunakan formula tersendiri untuk menyenaraikan calon BN kali ini. Mana-mana calon yang pernah tewas dalam pilihan raya lalu tidak disenaraikan lagi.

Selain itu Annuar juga mengambil keputusan unpopular menggugurkan lima ketua bahagian termasuk yang menang dalam pilihan raya lalu.

Yang digugur

Mereka ialah Hashim Shafin (Tanah Merah), Zaid Ibrahim (Kota Bharu), Dr Nik Zain Nik Omar (Pengkalan Chepa) dan Abdul Rahim Abdul Rahman (Pasir Mas). Hashim dan Zaid menang dalam pilihan raya lalu.

Formula yang dipakai Annuar ini katanya menimbulkan bantahan dan tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu terutamanya mereka yang menang seperti Hashim Shafin dan Zaid serta beberapa wakil rakyat yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang. Juga ada dakwaan mengatakan penguguran itu tidak adil kerana mereka menang dalam pilihan raya lalu. Sekaligus pengguguran ini juga melanggar formula yang Annuar sendiri gunakan itu dan secara automatik menafikan kebolehan mereka.

Para penyokong Zaid Ibrahim dikatakan sudah bersiap sedia untuk melakukan protes. Adalah dipercayai perisitwa yang berlaku menjelang hari penamaan calon pilihan raya empat tahun lalu akan berulang kembali di mana ribuan penyokong Zaid mengamuk apabila nama Zaid tidak disenaraikan. Gara-gara protes itu akhirnya nama Zaid disenaraikan semula.

Manakala pengguguran Zaid di parlimen Kota Bharu membolehkan Pemangku Ketua Bahagian Kota Bharu, Fatmi Che Salleh di senaraikan untuk mempertahankan kerusi parlimen Kota Bharu.

Tanah Merah juga bergolak

Begitu juga khabar yang diterima dari Tanah Merah. Penyokong Hahim Shafin yang tidak berpuas dengan desas desus itu sudah mula bertindak. Bagaimana pun kemungkinan Hashim Shafin dikekalkan agak cerah berbanding Zaid sekiranya protes itu berleluasa dan diambil kira.

Dalam pada itu Umno dikatakan sudah tiga kali menyerahkan senerai kepada Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi. Hebat! Senarai pertama diserahakan kira-kira sebulan lalu sewaktu Abdullah mengunjungi Kelantan.

Senarai kedua pula ditunjukkan kepada Najib ketika Timbalan Presiden Umno itu ke Kelantan dua minggu lepas. Manakala senarai ketiga yang dikira muktamad untuk diputuskan oleh Abdullah diserahkan lewat petang ini atau selewatnya pagi esok.

Apa yang menariknya dalam ketiga-tiga senarai itu kedudukan orang yang bakal memainkan peranan utamanya (bakal MB) sering kali berubah-berubah. Dalam senarai pertama Annuar dikatakan telah cuba meletakkan tokoh lain untuk dilantik menjadi Menteri Besar sekiranya Umno menang.

Nama beliau 'digugurkan' dan beliau akan beralih ke kerusi Parlimen. Dalam senarai kedua pula beliau dikatakan meletakkan semula namanya di DUN Kok Lanas untuk membolehkan beliau menjadi MB.

Bagaimana pun kedudukan itu kekal beberapa hari saja kemudian berubah dan sekaligus tokoh yang bakal dilantik menjadi MB juga berubah dalam senarai ketiga. Awang Adek Hussin dikatakan akan diturunkan ke DUN dalam pilihan raya akan datang dan diura-urakan untuk dilantik menjadi MB.

Kedudukan Annuar dalam senarai terakhir ini masih belum pasti apakah beliau langsung tidak bertanding atau akan bertukar kerusi dengan kawan sepamainannya Alwi Che Amat, di mana Alwi akan diturunkan ke DUN Kok Lanas dan Annuar ke kerusi Parlimen Ketereh.

Terdengar juga desas desus Alwi bakal dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar (TMB) sekiranya Umno menang.

Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin dijaja bakal menjadi MB kerana beliau mempunyai hubungan baik dengan istana manakala Annuar ternafi untuk menjadi MB apabila hubungan beliau dengan istana yang meletus sejak 10 tahun lalu dikatakan masih belum pulih.

Menyimpul berhubung perkembangan di dalam Umno itu, parti itu juga kekok dalam mencaturkan calon-calonnya untuk menentang Pas pada 8 Mac hadapan. [wm.kl. 7:25 pm 19/02/08]

Berita Lewat

Syabas Pas Perlis Kerana Negeri Terawal Umum Calon

PAS Perlis nampaknya mendahului Pas negeri-negeri lain yang muncul sebagai negeri pertama mengumumkan senarai lengkap calon-calonnya. Perkembangan ini menunjukkan Pas Perlis memang bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke -12 dan memberi tentangan sengit kepada BN.

Mungkin Pas Perlis bersemangat untuk membuat persediaan awal memandangkan kepada kemelut di dalam Umno yang masih belum selesai. Tiga tokoh utama Umno Perlis, Radzi Sheikh Ahmad, Azmi Khalid dan Shahidan Kassim dikatakan bercakaran sesama sendiri.Masing-masing cuba menunjuk hero dan dalam masa sama cuba menjatuhkan antara satu sama lain.

Kena pada tempatnya kalau Pas perlis mengambil kesempatan ekoran kemelut itu. Mungkin pilihan raya ini merupakan peluang terbaik untuk Pas Perlis sekurang-kurangnya menafikan majorii 2/3 BN di DUN Perlis kalaupun tidak buat pertama kali dalam sejarah menguasai Perlis.

Perlis mempunyai 15 kerusi DUN dan tiga Parlimen. Pas meletakkan calon di 12 kerusi DUN dan dua Parlimen.

Calon-calon Parlimen Pas ialah Dr Haron Din (Arau) dan Zolkharnain Abidin (Padang Besar).

Sementara kerusi DUN pula Dr Haron Din (Chuping), Mohd Ali Puteh (Mata Air), Wan Kharizal Wan Khazim (Santan), Abdul Rashid Abdul Rahman (Bintong), Mohd Anuar Tahir (Sena), Osman Abdullah (Kuala Perlis), Ahmad Tajuddin Salleh (Kayang), Yaakob Adenan Fadzil (Pauh), Abu Bakat Ali (Tambun Tulang), Che Nordin Ahamad (Guar Sanji) Ahmad Adenan Fadzil (Simpang Empat) dan Hashim Jasin (Sanglang).Penurunan Timbalan Mursyidul Am Pas di kerusi Chuping itu mungkin sebagai persediaan untuk dilantik menjadi Menteri Besar sekiranya Pas berjaya membentuk kerajaan di Perlis. [wm.kl 19/02/08]

Monday, February 18, 2008

Analisa Berita

Nurul Izzah Sesuai Tentang Khairy

KEHANGATAN suhu pilihan raya umum ke- 12 turut dirasai oleh Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar. Ibu beranak satu itu tidak dapat pisahkan lagi dirinya daripada perjuangan. Ada angan-angan nampaknya tersemat di kepalanya untuk ikut semua bertanding apabila beliau tidak mengiyakan apa yang disebut oleh bapaknya yang membayangkan beliau tidak akan bertanding.
Beberapa hari lalu Annuar menjelaskan anak sulungnya itu tidak akan bertanding dalam pilihan raya 8 Mac nanti. Mungkin Anwar fikir belum masa lagi untuk Nurul Izzah berbuat demikian.

Namun hari ini Nurul Izzah dalam nada lain menyatakan mengenai dirinya terserah kepada pucuk pimpinan.

Jika diukur kepada pengalaman yang dipunggut Nurul Izzah, di mana dia adalah antara orang yang memperjuangkan reformasi dan pembebasan ayahnya, beliau sudah boleh diturunkan untuk menguji sejauh mana keampuhan pengalamannya.

Apabila Nurul Izzah menyatakan dia bersedia bertanding, jelas beliau beriya untuk berlatih berpolitik dalam pilihan raya kali ini. Kata-kata itu dengan sendiri menafi atau memberi isyarat kepada bapanya yang beliau sudah bersedia.

Menguji kekuatan

Persoalanya kini di kawasan manakah sesuai untuk Puteri Reformai itu menguji kekuatan dan popularitinya. Sebelum ini ada laporan mengatakan beliau bakal diletakkan bertanding di Wangsa Maju (kampung saya!) atau Lembah Pantai.

Ada alasan dan hujah kenapa kawasan Wangsa Maju ditunjukkan kepada Nurul Izzah. Wangsa Maju kawasan pinggir bandar di mana mempunyai kompilisi pengundi antara cerdik dan tidak berapa cerdik. Maksudnya pengundi yang taksub kepada Umno dan pengundi yang terbuka dan bersedia memilih selain daripada Umno.

Di lihat kepada pola pengundi kalau Nurul Izzah bertanding di Wangsa Maju ia bakal memberi cabaran hebat kepada calon BN. Kawasan ini mempunyai peratus pengundi Melayu 52.70% berbanding dengan Cina 38.30% dan India 8.00%. Dulu Wangsa Maju adalah kerusi Umno tetapi terlepas kepada MCA gara-gara pemimpin Umno Bahagian ini lebih menjaga kedudukan diri daripada kepentingan parti (Melayu).

Suasana dan fakta ini menguntungkan Nurul Izzah. Sudah pasti mereka yang kecewa dan kesal dengan Umno manakala orang Cina yang tidak dapat menerima politik kronisme MCA akan menunjukkan protes mereka dengan menyokong Nurul Izzah.

Hal yang sama juga berlaku di Lembah Pantai. Peratus pengundi Melayu di sini 53.20%, berbanding dengan Cina 25.73%. Kompilasi pengundi cerdik dan kurang cerdik boleh diambil kesempatan oleh Nurul Izzah. Lemah Pantai juga dikenal sebagai antara kawasan yang mempunyai penyokong reformasi yang kuat pada tahun 1998 dulu.

Bagaimana pun di sini saya ada cadangan untuk Nurul Izzah melatihkan dirinya. Apa kata kalau beliau bertanding menentang Naib Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin di mana saja. Nurul Izzah dikira layak untuk beradu tenaga dan kekuataan dengan Khairy. Kalau Khairy mempunyai aset sebagai menantu Perdana Menyteri, Nurul Izzah pula mempunyai aset sebagai anak bekas TPM Malaysia.

Kalau Nurul Izzah bertemu dengan Khairy ia seperti ruas bertemu dengan buku. Atau Khamis bertemu dengan Jumaat! Saya percaya keduanya mempunyai peminat dan penyokong masing-masing. Pertemuan mereka juga boleh dijadikan kayu pengukur menilai sejauh mana populariti kedua orang yang menjadi idola mereka, Khairy (Abdullah) manakala Nurul Izzah (Anwar).

Sekiranya desas desus mengatakan Khairy akan turun belajar berpolitik di Rembau Negeri Sembila, tidak menjadi masalah kepada Nurul Izzah untuk mengikuti Khairy Jamaluddin di situ. Pasti kalau Nurul Izzah berlawan dengan Khairy ia akan menjadi legasi yang tiak terlupa kepada pilihan raya ke - 12 khususnya untuk generasi sebaya mereka. [wm kl. 8:30 pm 18/02/08]