Yang Pelik-Pelik Di Negeriku
BANYAK peristiwa dan kisah berlaku semalam terlepas dari coretan saya. Semuanya pelik-pelik. Antaranya mengenai kisah beruk terlepas dan tuannya yang masih membisu, kisah Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Fakhry kena tahan polis dan Tengku Anis yang mendakwa terpaksa berlindung di HUSM kerana 'takutkan' polis. Semua cerita itu sedap berlaka untuk diulas. Saya percaya penjenguk blog saya ternanti-nati untuk mengetahui perkembangannya.
Peristiwa sehingga Raja Perempuan itu sampai mencari perlindungan di hospital menarik dan kalau tidak salah ingatan saya ini kejadian kali pertama dalam sejarah perajaan Kelantan dalam tempoh lebih 300 tahun. Kenapa sampai begitu sekali. Apa sudah jadi dengan istana Kelantan.
Begitu juga penahanan atau penangkapan Tengku Fakhry sesuatu yang mengejutkan. Ini juga kjes pertama dicatat berlaku di Kelantan. Apakah masalahnya? Semoga apa yang berlaku itu akan terhurai juga sedikit masa nanti. Beruk berhenti mengamuk dan tuan beruk akan berani bersuara setidak-tidaknya mengakui beruk itu pernah dipeliharanya kalaupun tidak mahu mengulas apa yang diperkatakan oleh beruk berkenaan.
Dan kisah bloger yang turun minyak masih juga berterusan. Tidak pasti apakah esok akan ada pendedahan baru. Semalam pihak SPRM menasihati bloger berkenaan supaya tidak banyak bercakap kerana percakapan (pendedahan maklumat) itu boleh menganggu kerja SPRM. Pada saya ia disengajakan kerana tujuan bloger berkenaan ialah untuk menimbulkan kegemparan. Nak tunjukkan dia ada menyimpan banyak rahsia. Dalam masa sama beliau mengharapkan dengan kegemparan itu membolehkan orang membuat berbagai andaian dan spekulasi yang semuanya memburukkan Pas Kelantan. Tujuannya? Fahamlah sendiri...
Kenapa saya kata begitu, kalau beliau benar-benar mempunyai fakta yang kuat di mana kes yang didedahkan itu melibatkan Pas beliau tidak menguar-uarkan setiap tindak tanduknya. Tujuan ialah beliau ingin memburukan indvidu-individu tertentu sahaja.
Untuk makluman dini hari tadi sebaik menyiapkan bahan dan editorial Siasah saya bergegas ke LCCT untuk terbang ke Kucing. Jadi masa dalam perjalanan itu tidak ada kemudahan. di Kucing baru sekarang terjumpa cyber cafe (CC) dan boleh mencatat serba ringkas.
Sebenarnya saya dalam perjalanan ke Sibu untuk meninjau suasana pilihan raya kecil yang akan diadakan 16 Mei nanti. Hari penamaan calon ialah, 8 Mei. Pilihan raya ini agak penting dan memberi signifiken tersendiri khasnya kepada Pakatan Rakyat. Kekalahan tipis Pakatan di Hulu Selangor dua minggu lalu menjadikan semangat penyokong Pakatan berkobar untuk menebus kekalahan itu. Apakah berjaya? Saya akan cuba tinjau dan melihat peluang itu besok atau selama berada di Sibu. Pagi-pagi esok akan menaiki boat ekspres menuju ke Sibu.
Di LCCT tadi saya bergabung dengan rombongan dari Jeli Kelantan. Nampaknya Pas kawasan Jeli di bawah pimpinan the giant killer 1998, Apandi Mohamad menunjukkan minat tinggi untuk menyertai - membantu pilihanya raya berkenaan. Pas Jeli mendahului Pas lain yang berangkat secara kumpulan. Setakat ini belum ketemu mana-mana rombongan Pas dari mana-mana kawasan dari Kelantan.
Dalam rombongan itu semua pemimpin di semua peringkat ada. Setiausaha Kawasan, Ketua Pemuda, Muslimah dan berberapa orang ahli jawatankuasa. Mereka akan berada di Sibu selama seminggu. Menurut Apandi rombongan kempen itu akan memberi tumpuan kepada kawasan kampung dan bumiputera. Kehadiran Pas Jeli ini juga menunjukkan Pas kawasan itu mendokong sepenuhnya semangat kerjasama politik menerusi Pakatan Rakyat, kerana di pilihan raya itu calon DAP akan bertanding.
Esok kalau ada kemudahan internet akan saya cuba laporkan serba ringkas yang boleh. Jadi untuk malam ini tidak ada apa-apa posting selepas ini. Harap maklum dan maaf. [kcg 7:40 pm 05/05/10]
Assalamu alaikum tuan. Tahniah dan terima kasih kerana berada di Satawak dan akan ke Sibu esok. Rasanya Pilihanraya Kecil P212 Parlimen Sibu ini merupakan pilihanraya kecil di bumi Borneo yang pertama akan menjadi perhatian seluruh penggemar dan pengikut politik bahangnya pastinya akan amat dirasai sampai ke semenanjung; dari Perlis sampai ke Sabah. Sebelum ini kalau berlaku pilihanraya kecil di Sabah atau Sarawak ia tidak dipedulikan sangat di Semenanjung malah ada yang memperdulikan pun. Ia hanya diketahui hanya disebabkan promosi untuk menjual BN di TV 1, 2, 3, 7, 8 dan 9. Tapi, kini segalanya telah berubah. Kita di Semenanjung pun sebenarnya telah merasai bahang PRK di Sibu itu.
ReplyDeleteBagi saya, sebab utama kenapa ia menjadi panas sampai ke Semenanjung adalah kerana pengaruh Pakatan Rakyat yang telah begitu merata di Malaysia ini. Ini melambangkan betapa Pakatan Rakyat memang hampir menjadi alternatif kepada BN dan harapan itu bukan lagi main-main lagi. Walau pun kalangan media cuba menenggelamkan Pakatan Rakyat dengan pelbagai gelaran seperti pakatan pembangkang, kerajaan pembangkang (pelik di Malaysia ni, kerajaan pun boleh pembangkang) dan barisan pembangkang namun hakikatnya Pakatan Rakyat memang telah diterima oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Hasilnya, BN memang tidak senang duduk dengan semua pilihanraya kecil walau pun kawasan itu sebenarnya adalah kawasan "fix deposit" UMNO-BN.
Sebenarnya pilihanraya di sibu ini telah tehalang bukan kerana Laut Cina Selatan sangat ttapi batasan kewanganlah yang menghalang pekerja dan penyokong Pakatan Rakyat dari Semenanjung untuk ke sana. Dari semangat, kita cukup pasti yang hati penyokong Pakatan Rakyat sama ada dari PAS, PKR mahu pun DAP memang tidak ingin ketinggalan untuk menhadiri perarakan calon dan bekerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Apakan daya kuta terhempit oleh wang untuk ke Sibu. Insya Allah Sibu akan menjadi medan yang mengubati luka kita di Hulu Selangor. Buat Tuan MSO selamat membuat laporan dan kami memang menunggu-nunggu laporan tuan.
Membaca kisah pergolakan istana Kelantan..jelas, pihak tertentu cuba mengeruhkan keadaan.Ada agenda tersembunyi bila pihak media arus perdana seperti telunjuk lurus kelingking berkait, cuba memasukkan jarum..niat mereka hanya satu, utk mewujudkan kegelisahan kepada rakyat terbanyak. Apa pun saya tabik springg kepada YTM Tengku Mahkota kerana setakat hari ini, baginda tidak memberi ruang kepada mana2 media atau wartawan utk mendapatkan komen dari baginda.YTM Tengku Mahkota cukup bijak menangani suasana.Baginda terus memimpin Kesultanan Kelantan dgn cara dan gayanya yg tersendiri.Tidak meletakkan diri baginda dalam situasi yg mencetuskan kemelut yg sengaja dimainkan oleh dalang2 yg ternyata dpt dibaca tujuan dan matlamatnya.
ReplyDeleteSalam MSO
ReplyDeleteSatu demi satu kejadian menimpa negeri yang digelar serambi mekah ini. Tidakkah tuan terfikir bahawa kerahmatan, keberkatan dan sakinah dari Allah SWT telah dicabut dari negeri Kelantan ini semasa dibawah payung sebuah parti yang kononnya memperjuangkan islam....