Friday, October 21, 2011

Ilusi Sabtu

Jangan Ulangi Sejarah Gaddafi

MUAMMAR GADDAFI telah menempati apa yang diikrarkan; dia akan mempertahankan kekuasaanya sampai mati. Dia bersumpah kepada dunia tidak akan menyerah kalah dan akan melawan pemberontak yang ditulangi Nato - Yahudi – Amerika sampai ke titisan darah terakhir dengan apa cara sekali pun.

Keberanian dan kebencian kepada Zionis – Amerika terserlah, dalam keadaan runcing diktator padang pasir itu masih bermadah dengan mengatakan kuasa Barat (Amerika) akhirnya akan masuk ke karung sampah juga kandati ketika itu karung mautnya sudah ternganga.

Gaddafi benci Amerika kerana negara Zionis itu tidak habis-habisan mencaturkan kejahatannya ke atas negara-negara di dunia ini. Sebenarnya dendam itulah menjadikan dia berjaya kemudian gagal.

Ikrar Gaddafi akan mati dalam medan perang itu terbuktikan semalam 20 Oktober, tarikh sama apa dihadapi Abdul Aziz Bari dari majikannya, UIA. Beliau pamit kepada dunia dalam usia 69 tahun di tangan askar pemberontak yang berjaya memberkasnya yang cuba bersembunyi di dalam sebuah culvert ... lowong air. Menyaksikan video bagaimana dia diberkas kemudian menemui malaikatmaut menyayatkan hati... ia memberi gambaran dan kebenaran kekejaman berakhir dengan kekejaman. Itulah keadilan Ilahi.

Gaddafi digiring bagaikan binatang, disepak diterajang... beliau pula kedengaran menjerit dan melolong dan merayu, “jangan tembak, jangan tembak” serya menyebut Allahuakbar... Allahuakbar. Makin kuat lolongan dan jeritan rayuannya makin kencang kedengaran peluru yang melutup di hujung senapang. Para pemberonta bertindak laksana serigala yang lapar berbulan-bulan lamanya. Dipercayai Gaddafi mati disebabkan buakan dan ledakan rasa terlalu geram orang atas perbuatannya selama 42 tahun lalu.

Sejarah kejayaan manusia Gaddafi agak menarik juga. Kalau dikenang kepada sejarah dan latar belakang masa kecil, sepatutnya dia mati dalam keadaan terhormat dan akan dikenang sebagai seorang pahlawan moden Libya. Memerhati cita-citanya membina kekuasaan kerana ingin menghapuskan kuasa Barat yang menjajah negaranya. Ambisi itu sesuatu yang baik dan mulia.

Malangya selepas dia mendapat kuasa dan sokongan rakyat dia persia-siakan peluang keemasan itu. Kuasa barat yang jahat itu diganti dengan sistem pemerintahan ciptaanya sendiri “demokrasi ala Gaddafi” yang hampir sama kekejamannya dengan apa dilakukan Zionis.

Gaddafi asalnya seorang anak miskin berbangsa Bedui, tinggal nun jauh di kampun Sitre kampung di mana dia kembali kepada Allah. Asal kampung balik kampung!

Seorang pegawai tentera yang berani dan berfikir jauh dari pegawai lain. Dia menggulingkan Raja Idris dalam usia 27 tahun. Boleh dikatakan regim Gaddafi adalah regim yang mengakhiri pemerintahan beraja di Libya.

Asal niatnya untuk menghapuskan pemerintah beraja dan menghalau penjajah adalah jihad. Mungkin kekejaman kerajaan beraja dan kolonial membuatkan dia menjadi 'anjing gila' seperti mana kata Ronald Regan untuk membebaskan perhambaan itu. Atas tujuan itu juga beliau mendapat sokongan rakyat.

Tetapi ketempangan yang berlarutan apabila Gaddafi terus dengan gaya hidupnya sendiri yang jauh merenggangkan dia dengan kehidupan rakyat yang relatif menderita dan tertekan. Beliau hidup secara bermewah, menggalakkan tindakan-tindakan sadis ke atas seteru dan musuh politiknya tanpa opolegetik.

Banyak kalau hendak diceritakan mengenai Gaddafi termasuk kisah menarik yang tidak disebut sebelum ini, umpama beberapa aktiviti sosial dan kebajikan agama. Misalnya beliau pernah berdawah kepada 200 orang jelitawan Itali dan memberikan mereka sebiji seorang al Quran. Beliau telah memperdaya para modeling itu menghadiri majlisnya walhal beliau mengambil kesempatan mendakwah modeling itu.

Selain itu puluhan buah masjid dan bantuan kewangan untuk pengembangan agama Islam disalurkan. Bantuan kewangan juga diberikan kepada pemberontak dan juga pejuang pemisah seperti di Selatan Thai dan Mindano Filifina.

Gaddafi yang diidolakan oleh pengakumnya sebagai "Musailamah" abad ini juga seorang pemikir dan pembaharu agama. Pemahaman agama serta pentafsiran beliau ke atas berberada adat dan ritual agama sungguh mengkagumkan dan mengejutkan para ulamak sunah. Dia seorang yang hyper agama. Cuma kesilapannya ialah terlalu berani melakukan perubahan tanpa diringi dengan budaya setempat. Seperti mana projek Buku Hijaunya yang meruakan blue print politiknya yang menolak demorkassi Barat begitulah juga modernnya pandangan beliau mengenai sesuatu hal dalam agama.

Itu sebahagian daripada tindakan Gaddafi yang tidak membabitkan kekejaman fizikal yang mungkin difikir oleh dunia. Ada juga buah fikiran Gaddafi khasnya mengenai agama menjadi perbahan dan renungan dunia.

Apapun dengan nasib menimpa diktator itu ia perlu diambil iktibar khasnya oleh kalangan penguasa, raja-raja atau pun pemimpin politik. Apa dilalui Gaddafi akan juga diterima sama oleh penguasa atau pemimpin politik yang tidak peka dengan kehendak rakyat. Kalau mereka tetap berdegil memperkecil suara dan tuntutan rakyat maka itulah natijah akhirnya.

Kalau rakyat sudah mengamuk kerana kehendak mereka tidak dipenuhi, naluri mereka ditekan, mereka akan bangkit menentang. Rakyat tidak akan kenang dan mudah cair dengan jasa-jasa sebelum ini. Subsisi, one-off atau pun segugusan janji insentif akan dilupakan begitu saja. Hendaknya pemimpin politik Malaysia tidak akan menuggu saat akhir untuk melayan kehendak rakyat serta memperbetulkan tindakan zalim dilakukan atas nama demokrasi yang telah lama melukai hati rakyat.

Tindakan ke atas Aziz Bari contohnya adalah satu pengsekongkolan tekanan yang kontras dengan kehendak golongan akademik. Tindakan seperti itu seharusnya tidak diambil atas alasan apa sekalipun. Tindakan sebegitu bercirikan diktartor apa dilakukan Gaddafi.

Seharusnya UIA atau pun penguasa politik mencari helah lain dan bukan cuba menunjukkan kuasa kuku besi untuk mengajar Aziz. Dalam kes Aziz Bari sebaiknya UIA menarik balik tindakan itu dan memperakui kesilapan. Untuk menghalalkan apologetik itu carilah helah lain. Misalnya ia boleh diselesaikan sempena kunjungan kempen pemimpin negara ke kampus itu pada 25 Oktober ini. Jangan tiru perangai Gaddafi, nasihat untuk Mat Maslan! [wm.kl.11:00 am 22/10/11]

2 comments:

  1. Salam pak mso..

    pembetulan ejaan utk calbert tu, ejaan sebenar dalam b.i ialah 'culvard' dan ore kelantan memanggilnya sebagai 'kalbok'..tu je..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, tetapi dalam kamus dwi bahasa, dieja sebagai "culvert" bukan "CUVARD".

    ReplyDelete