Tuesday, December 17, 2013

Kampung Temboro yang perlu dimalui (Bhg 3)

CATATAN MUSAFIR                                                                       


Menjelang Maghrib kami memasuki ke kampung yang menjadi destinasi, Kampung Temboro terletak di Kacamatan Karas, Kabupaten Magetan Jawat Timur. Kota terdekat dengan kampung ini ialah Madiun yangf berjarak kira-kira 30km.

Dari orang dewasa sampai kanak-kanak tutup aurat.
Mungkin kerana perasaan yang berbuak-buak untuk mengetahui apa yang ada di kampung itu menyebabkan, sebaik saja kami melewat satu gapura kecil menandakan kami sudah bermukim di kampung itu, satu perasaan halus menyelinap ke dalam diri.

Terasa macam berada dalam satu daerah asing. Mungkin kalau mereka yang mempercayai kepada makhluk halus boleh dikatakan jin atau para halimunan telah menyusup masuk ke pembuluh saya. Bulu roma merinding dengan tiba-tiba. Saya menganggap itu ada kesen psikoligis saja kerana berada di sebuah perkampungan yang dianggap bening dan tenang.


 Sebenarnya perasaan itu wujud secara psikologis sahaja, Saya tidak pasti apa yang berlaku kepada kawan saya, Drs Zainuddin dan anak buahnya, Khuzaiman. Mungkin bagi mereka tidak mengalami apa-apa perubahan dari dalam diri secara mendadak. Ariff, mutawif kami.. apa lagilah..ia sudah biasa sebab kampung itu tempat kediamannya sejak lebih 10 tahun lalu.

Ariff ini asalnya Pelembang pulau Sumatera datang berkelana di Temboro untuk bermujahdah dan menggali ilmu di Jawa Timur. Beliau merupakan seorang anggota Tabligh.

Pemandangan di sebatang jalan waktu Maghrib.
Begitu terlihat penduduk kampung itu berjalan hilir mudik kerana hari menjelang Maghrib, yang semuanya berpakaian menutup aurat ingatan kembali ke sesuatu masa lampau menerjahkan ke dalam diri. Begitu melihat beberapa gerombolan kaum wanita yang berpurdah hitam, bak gagak, dan lelaki yang bermotosikal atau berjalan kaki memakai kopiah dan jubah, tiba-tiba terkenang kepada keadaan di Sungai Penchala di zaman kehebatan Darul Arqam dahulu.

Orang luar datang dengan bas untuk solat di masjid di pondok.
Sungai Pencahala di zaman kegemilangan dan kehebatan Darul Arqam itu, menjadikan kampung sebuah perkampungan unik dan tersendiri menjadikan ia menjadi kunjungan tetamu dari luar negara untuk memperlihat perkampungan Islam tersendiri. Satu segi Sungai Pencahala menjadi daya tarikan pelancong kepada orang asing khasnya mereka yang ingin mengkaji cara Islam berkomuniti.

Bagaimana pun sayang disebabkan kerana kesilapan baik dari pihak Arqam sendiri dan juga kebencian kerajaan yang ketika itu Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri yang melihat dari teropong sempitnya terhadap Arqam, akhirnya jemaah yang dipimpinan Asaari Mohamad itu yang menjadi model kota Islam di negara ini dihancurkan pada taun 1996, dua tahun sebelum Mahathir membunuh kerjaya politik Anwar Ibrahim.

Permandangan di kampung Temboro ini tidak ubah permandangan di perkampungan Arqam yang telah dihrakmkan itu. Dilihat dari segi lahiriahnnya semua golongan dari kanak-kanak sampai kepada orang dewasa menutup aurat. Tidak ada seorang pun yang berkepala 'goleng' atau 'bolos'. Keadaan kampung mereka serdahana saja, tetapi tertib, kemas dan tersusun. Ia menyerlahkan sebuah perkampungan Islam - yang mempraktikan syariah Islam.

Suasana kampung ini yang tenang, damai dan dilihat ada keberkatan inilah yang saya maksud kenapa saya menjudulkan catatan ini; Kampung Temboro yang perlu dimalui. Maksudnya negeri-negeri yang mengakui mereka obses (ghairah) kepada Islam, memperjuangkan Islam sejak berdekad tetapi tidak sampai 10% elemen ini terpapar, harus malu dengan apa yang dicontohi oleh pendudukan kampung ini.

Ambillah aspek penutupan aurat ia tidak memerukan wang atau belanja yang banyak. Sepatutnya kewajiban ini sudah lama terlaksana di negeri-negeri berkenaan. Penguatkuasaanya bukan saja di kalangan puak dan jemaah sendiri tetapi seluruh penduduk kampung dan negeri seharusnya menutup aurat. Apabila kita telah menjadi kerajaan menjadi tanggungjawab kerajaan menguatkuasakan penutupan aurat di kalangan rakyat. Apakah disebabkan hanya menerima Islam separuh dan corak kehidupan lain separuh maka ia tidak bisa berbuat?

Sesuatu yang berlaku di kampung ini mungkin boleh diambil sebagai contoh dan formula bagaimana untuk memastikan penutupan aurat berkuat kuasa. Katanya, peringkat awal dahulu pendudukan kampung itu sama dengan penduduk di tempat lain juga. Liar dengan agama dan tidak mempedulikan kepada dosa-dosa kering. Tetapi setelah wujudnya kesedaran dakwah yang digerakkan oleh pondok pesentran Al Fatah (Temboro) itulah baru ia berubah sedikit demi sedikit sehingga ke tahap hari ini.

Tidak ada guna kita memperjuangkan huhum hudud atau mendakwa kita negara Islam yang dimalui oleh negara-negara Arab tetapi soal penutupan aurat perkara paling mudah dan simple pun tidak boleh dilaksanakan. Paling memalukan bukan saja rakyat yang bolos, tetapi sesetengah pemimpin mengakui Islam, isterinya sendiri bolos.

Pengembangan syariat di kampung ini amat terasa sekali dan kelainannya juga. Ada getaran kerohanian hebat di kampung ini mungkin kerana ia sudah kesekian lama dinaungan dengan doa dan bacaan ayat-ayat Quran oleh ribuan sentri Tafdzufnya.

Saya sempat meninjau ke sebuah pasar terletak dipinggir jalan utama kampung berkenaan, tersimpang sedikit dari jalan utama membawa ke kampung itu. Keadaan pasar itu, samalah dengan pasar-pasar lain, berselerak dan kotor. Tetapi ada sudut lain yang menarik berlaku dalam pasar ini. Selain ia diletakkan papan tanda doa untuk membeli belah, urusan membeli belah di pasar itu juga mengikut kaedah Islam ada akad mengenai jual belinya. Melihat ini teringat saya kepada sesetengah urusan niaga di Kelantan yang melakukan akad dalam urusna jual beli.

Suasana dalam pasar, kecil tetapi tertib dengan Syariat.
"Saya beli barang ini dengan harga yang sudah dibayar", kata pembeli dan dijawab oleh penjual,"saya jual barang ini dengan harga yang telah berbayar." Begitu indah dan cantik sekali urusan jual beli begitu kerana ia memenuhi kehendak syariat. Jual beli itu ikhlas dan penuh keredhaan. Sayang hal ini yang menjadi satu budaya dan tradisi jual beli di Kelantan tetapi tidak lagi diberikan galakan.

Papan tanda doa untuk masuk pasar.
Sedar atau tidak sedar hanya di Kelantan sahaja masih ada urusan jual beli berakad begitu, di mana penjual melapazkan barangan jualan dan pembeli menerima barangan belian mereka. Satu perkara lagi perkara kecil tetapi memberi signifiken besar kepada urusan jual beli di Kelantan dan ini juga menandakan betapa Islam itu menyerapi ke dalam kehidupan orang Kelantan (perniaga) ialah mereka akan mensedekahkan barangan jual mereka kepada pembeli. Sedekah yang kecil tetapi mempunyai nilai besar di sisi Tuhan ini adalah identiti Islam orang Kelantan.

Misalnya kalau mereka menjual etok atau kacang selepas disukat mereka akan menjemput etok dan kacang sejemput, kemudian dimasukkan ke dalam kelosong yang sudah disukat itu, sambil berkata ini; "ini sedekah". Ertinya nilai bersedekah itu menjadi nilai amalan para peniaga di Kelantan sejak lama dahulu.  Dan sekali lagi saya hendak sebutkan nilai-nilai kecil yang murni ini sudah jarang dan bukan perkara disebut-sebut lagi atau pun menjadi galakan di Kelantan pada muasir ini.

Kerajaan negeri melalui agensi tertentu lebih suka mengadakan karnival atau festa atau pun seminar perniagaan peringkat dunia dengan mengutamakan keuntungan dan membina networking yang melampaui benua tanpa mempedulikan nilai-nilia kecil dan seni perniagaan yang dituntut Syariat seperti soal akad dalam urusan jual beli dan bersedekah itu tadi, tidak menjadi perhatian lagi.

Kembali ke Temboro, kebetulan tidak sampai 15 minit kami sampai ke kampung itu azan Magrhib dikumandang. Dari beberapa penjuru terdengar azan Maghrib menandakan terdapat beberapa buah surau. Selepas berhenti sekejap di kedai dan juga rumah kediaman Ariff, kami dibawah melalui jalan utama menuju ke Pondok Pesteran Al Fatah yang terletak kira-kira 1.5km dari jalan utama. Pondok inilah menjadi pusat perkampungan berkenaan dan menjadi magnetik yang menanrik para ahlilah dan juga pelancong dari seluruh dunia.

Untuk ke kawasan pondok itu kita melalui sebatang jalan serdahana. Kiri kanan penih dengan kediaman pendudukan dan juga kawasan pengajian anjuran pondok berkenaan. Suasana rumah dan komuniti di kiri kanan jalan ini sudah memberi gambaran sebenar kepada pengujung akan keistimewaan dan keunikan kampung berkenaan. Kita akan dapat menyaksikan satu komuniti yang begitu tinggi semangat untuk mendaulatkan hukum Allah.

Kehidupan mereka penduduk kampung rata-rata sederhana. Kebanyakan bekerja kampung dengan mengusahakan sawah, kerjaan tangan, menternak lembu, kambing, ayam dan juga ikan air tawar. Perniagaan mereka lebih digunakan untuk keperluan sendiri. Sebilangan anak-anak mudah yang tinggal di luar lokasi Temboro berkerja kilang tebu yang terletak tidak jauh dari kampung berkenan. Motosikal menjadi kenderaan utama untuk penduduk kampung dan juga sentri pondok keluar masuk ke kawasan luar. Bersambung. [wm.kl.10:57 17/12/13]

No comments: