KENYATAAN
Penasihat Umum KeADILan, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa partinya sesekali tidak mengkhianti prinsip tahalul syiasi dan menganggap tuduhan itu sebagai satu yang tidak adil dan tidak wajar kepada partinya.
"Saya mengulangi kenyataan Presiden KEADILAN bahawa KEADILAN tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik walaupun ada pihak yang mentohmah KEADILAN dengan tohmahan yang tidak adil dan tidak wajar," katanya dalam satu kenyataan rengkas mengulas tindakan parti agama memutuskan hubungan politik dengan Keadilan.
Berikut adalah kenyataan penuh Anwar Ibrahim yang dikirim ke blog ini.
Saya merujuk kepada keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang membatalkan tahaluf siyasi dengan KEADILAN. "Saya mengulangi kenyataan Presiden KEADILAN bahawa KEADILAN tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik walaupun ada pihak yang mentohmah KEADILAN dengan tohmahan yang tidak adil dan tidak wajar," katanya dalam satu kenyataan rengkas mengulas tindakan parti agama memutuskan hubungan politik dengan Keadilan.
Berikut adalah kenyataan penuh Anwar Ibrahim yang dikirim ke blog ini.
Saya tetap menghargai sikap pimpinan PAS termasuk Almarhum Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Almarhum Dato' Fadzil Noor dan Tuan Guru Dato' Seri Hadi Awang sejak 1998 yang menjalin kerjasama erat.
Saya faham ini adalah keputusan pimpinan PAS. Namun, saya musykil kerana alasan yang diberikan tidak tepat, terutama dalam kaitan dengan RUU355. Ternyata pimpinan PAS tidak meneliti kenyataan saya dan Presiden KEADILAN yang menghormati hak Tuan Guru Dato' Seri Hadi Awang dan mengusulkan supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan.
Malah Dato' Sri Najib Razak lah yang menegaskan bahawa Kerajaan UMNO-BN tidak akan membawa Rang Undang-Undang Pindaan Akta 355 (RUU355) sebagai urusan kerajaan, yang bermakna RUU355 akan terkubur. Anehnya UMNO tidak dipersalahkan kali ini.
KEADILAN ternyata telah berusaha dan menzahirkan segala daya untuk mengekalkan muafakat politik tersebut. Permuafakatan politik tersebut digarap dan dibangunkan demi cita-cita membawa perubahan yang lebih baik buat rakyat Malaysia.
Saya mengulangi kenyataan Presiden KEADILAN bahawa KEADILAN tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik walaupun ada pihak yang mentohmah KEADILAN dengan tohmahan yang tidak adil dan tidak wajar.
Matlamat KEADILAN adalah jelas iaitu untuk menewaskan UMNO-BN yang kleptokrat dan perasuah, dan terutama kerana mengkhianati rakyat yang semakin dibebankan dengan sara hidup yang kian meningkat.
Perkembangan ini mengaitkan kedudukan Kerajaan Negeri Selangor. Saya yakin Sdra Dato' Seri Azmin Ali terus menerajui Negeri Selangor berdasarkan mandat penuh rakyat dan khidmat rakyat yang dicurahkan selama ini.
Anwar Ibrahim
13 Mei 2017 [wm.kl.10:29 13/05/17]
Politik lebai-lebai cap bulan ialah menerkam kail yang dipasang umno. Bila yang sana diterkam, yang ada ditangan terpaksa dilepaskan.
ReplyDeleteAlasan boleh dicari untuk menunjukkan mereka konon setia bertahaluf siasi dgn PKR, dan kononnya PKR yang buat hal.
Lebai-lebai ni fikir otak kitaorang berfikiran selapis macam otak diorang... sorry la lebai-lebai!!
Semoga PH akan lebih kuat..sepatutnya PAS bole mengambil pengajaran dr penderaan BN terhadap PAS dulu..BN & part komponen yg permainkan RUU 355,tp PAS bole berterima kasih pulak pd BN..
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteSiapakah yg dikira mempunyai nilai BIAS yg sgt tinngi menumbangksn BN sejak 2 dekad akhir ini? Siapakah yg bersungguh2 sampai ter-hegeh2 utk membentuk alternatif kpd Bn? orang itu adalah penghuni sementara Sg Buloh!!! dialah org yg cuba menyediakan platform utk PAS dan DAP mencapai matlamat sama iaitu menewaskan BN... sesuatu yg tak terlintah dlm perkiraan PAS mahupun DAP!!! maka adalah sangat lekeh alasan Dato Hj Hadi dan rakan2 sewaktu dgn nya menyatakan PKR telah mengkhianti PAS, malah sebaliknya berlaku. Rujuk pertindihan calon semase PRu tetapi perkara ini tidak dibesar2kan.
Malang sekali apabile kenyataan2 dari golongan pemimpin PAS yg bertentangan dgn kenyataan... statement yg menyatakan "tak mungkin Najib sebodoh itu sehingga menyimpan duit sebanyak RM2.6billion" dan apabile tuan badan mengakui sendiri memang ade RM2.6b melalui account pribadinya, dimanakan pemimpin PAS ketika itu....??? sehingga kini, dimanakah pendirian mereka semua berkenaan masalah negara... harus diingati, masalah sosio-ekonomi bkn sekitar zina dan arak semata2 shj... jangan begituntaksub dgn RUU seolah2 dgn adanya RUU dgn sendirinya bereskan sebahagian besar masalah negara!!!
dan apabila golongan pimpinan PAS lebih cenderong memilih jalan yg LEBIH memudaratkan semua, maka dgn itu terselah siapakah dikalangan kite yg sedang mengkhianati....