Saturday, November 18, 2017

Syabas Anwar, Zahid dan Najib mengajar seni politik yang jilah

ULASAN PERISTIWA

Najib dan Zahid bersama isteri masing-masing menziarahi Anwar.
Kita senang dan gembira apabila perdana menteri Najib Razak bersama isteri Rosmah Mansor dan Zahid Hamidi bersama Hamidah Khamis datang menziarahi Anwar Ibrahim di hospital. Gambar kunjungan mereka tular di media sosial disaksikan puluh ribu pasang mata. Ramai orang seronok melihat gambar itu termasuk juga saya.

Sesiapa yang cintakan perdamaian dan hidup secara bersaudara, mengalu-alukan politik demikian. Sepatutnya persahabatan mengatasi sempadan politik walaupun perbezaan politik itu diperlukan apabila satu pihak dilihat berlaku kejam dan menzalimi rakyat.

Semua orang seharusnya berpolitik demi kebaikan bangsa dan negara.

Memerhati kepada gambar kunjungan orang nombor satu dan nombor dua negara itu, mungkin ada kesengajaan kerana mahu mendapat  nilai politik (political mileage). Bagaimana pun kesediaan mereka memberi simpati kepada Anwar itu patut dihormati.

Biarlah keikhlasan mulai tumbuh dalam jiwa orang politik di mana kerana aksi-aksi mereka selama ini (selepas berbeza parti) telah banyak memberaikan persaudaraan rakyat.

Mungkin orang seperti Anwar, Dr Mahathir Mohamad, Najib Razak dan Zahid memahami seni politik. Mereka tahu mana yang halal, makruh dalam politik, tetapi tidak dengan rakyat di bawah yang menerima apa jua isyarat dan ucapan mereka sebagai dogma politik.

Rakyat di luar sana melihat aksi mereka secara mentah tanpa boleh memisahkan emosi dengan hakikat kehidupan. Apabila mereka didedahkan dengan kejahatan pemimpin, maka itulah yang mereka terima, walhal pendedahan itu, kritikan itu sebahagian daripada permainan politik Mechiavelisme yang bertentangan dengan kepercayaan agama.

Dan berkenaan kunjungan Najib dan Zahid itu, rakyat di bawah juga kena belajar memahami politik. Kena pandai menilai serta membaca seni politik. Sepatutnya teladan yang dilakukan pemimpin itulah juga yang perlu dipraktikan oleh rakyat di bawah dengan sesama mereka.

Rakyat harus sedar dan menerima "padan patut" apa-apa sahaja kritikan pemimpin sesamanya. Kalau pemimpin boleh kunjung mengunjungi, minum teh bersama di antara satu sama lain, kenapa tidak dengan kita rakyat dan pengikut di bawahan ini. Malahan sepatutnya rakyat lebih terbuka daripada mereka kerana dari segi kepentingan diri rakyat tidak dapat apa.

Saya timbulkan ini bukan kerana apa, ada sebahagian orang politik yang termakan dengan seni politik pemimpin mereka menggunakan ayat-ayat Allah, semangat nasionalisme melarang daripada berkawan atau mencurigai dengan pihak lain. Kesan daripada berpolitik secara itulah menyebabkan berlaku bukan sahaja perbalahan tetapi pulau memulau.

Politik yang sebegini seharusnya tidak diperlukan lagi dan sudah out of date dan lapok.  Ia patut dinyahkan jauh dari lubuk hati kita.

Justeru, adalah penting dan mustahak jika pemimpin mahu membina ukhwah di kalangan rakyat, mengajar rakyat pintar memintas maslahat politik, maka insiden atau pun kunjungan seperti Najib dan Zahid itu dilakukan.

Saya yakin kalau semua pemimpin bersifat terbuka dan bijak berpolitik seperti mereka, maka rakyat dibawah tidak mudah kabur dan keliru dengan politik sebenarnya. Kita boleh bermain politik seperti mana bermain bola sepak secara profesional. [wm.kl7:25 pm 18/11/17]

8 comments:

  1. Adakah perbuatan mencuri wang yang jelas ada bukti dan di malaysia disembunyikan bukti dibawah OSA sebagai satu budaya politik?

    ReplyDelete
  2. Masih ramai yg taksub dengan politik kepartian sehingga terbelenggu dengan emosi kebencian & kedengkian

    ReplyDelete
  3. Semua orang gembira NAJIB dan Zahid lawat Anwar... Alhamdulilah... disitu ada keikhlasannya.. sungguh manis... tiada istilah MAKAN DEDAK... tiada nista akan pertemuan ini.... Alhamdulilah... semuanya menyanjung.. tanyalah ahli komentar ruang ini... Tetapi kenapa yee... huduh sangat bunyinye semasa NAJIB melawat HJ HADI satu ketika dahulu... macam2 buruk .. nanah.. hanyir dihenburkan.. bukan saja hj hadi malah semua kaitan dengan haji hadi terpalit... komentar tuan pun amat berbeza... tak apalah ALLAH tu maha kaya dan maha adil dalam penilaiannya... tidak menjadi pelik jika MULUT sama MEMUJI dan MULUT sama MENGKEJI atas PERKARA yang sama...

    ReplyDelete
  4. Sekadar menziarahi,ambil gambar paparkan dlm tweeter tunjuk pada rakyat?Pemimpin-Pemimpin politik jenis ini bijak menipu rakyat dan mengambil kesempatan di atas sentimen emosi rakyat(khususnya Bangsa Melayu).

    ReplyDelete
  5. Merujuk kepada komen Adnan Ripin, seingat saya ..tidak ada komen negatif saya apabila Najib melawat Haji Hadi. Mungkin saya terlupa, moleknya kalau boleh dikirim ke sini komen saya itu untuk dinilai kembali. Dan jika tiada bermakna sdr tersalah dalam membuat penilaian kepada saya. Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini lah masalahnya...berhadapan dgn penyokong tegar...bukan soal kebaikan atau kebenaran dah...semua nya lebih kepada 'positif pada aku...negatif semuanya pada kamu...maka jgn sentuh aku....'

      Delete
  6. Apabila pemimpin² utama bertemu, rahsia atau didedahkan, ia ada significan, ada percaturan, ada signal dan petanda yang dihantar..

    Jika distilahkan kepada prasangka tuntutan ugama atau budaya, keutamaan harus diberi terlebih dahulu kepada akhlak dan amanah mereka dan bukannya lakonan sesaat dua.

    Dalam perwatakan harian, kita fokus pada yang punya jawatan dan kuasa, mereka sedang mencorak..

    ReplyDelete
  7. bg aku tak iklas...sbb masa eksiden.. anuar masuk hospital... nape tak dtg ziarah... nak pru baru nak dtg...takpelah..makcik2 dan pakcik2 felda dan kg2 boleh caya lah... org bandar..?.kirim salam..

    ReplyDelete