Friday, March 24, 2017

Siulan Minali menyentakkan bebudak Pas

TAZKIRAH

Azmin Ali
1. Mulanya saya agak "geli geleman" untuk campur tangan mengulas mengenai tindakan beberapa Pemuda Pas kawasan di Selangor yang membuat usul supaya partinya memutuskan hubungan dengan PKR. Cadangan itu saya anggap cadangan kebudak-budakan oleh bebudak sahaja. Cadangan itu langsung tidak mencerminkan ianya datang dari rahang sebuah parti Islam yang sangat menghormati perpaduan dan silaturahim serta tidak berpandangan jauh. Cadangan itu lebih merupakan usul peribadi dan emosional.

2. Tetapi kerana bebudak itu nampak bersungguh benar dan disambut pula oleh ketua Dewan Muslimat yang sepatutnya menjadi ibu kepada budak-budak itu ikut sama membuat desakan itu, menjadikan tangan saya ringan untuk menulis sedikit, sebagai tazkirah untuk pagi Jumaat ini. Mudah-mudahan tazkirah rengkas tanpa "emvelop" ini memberi sedikit pencerahan.

Thursday, March 23, 2017

Antara Husam dan Takiyuddin: Siapa jantan siapa betina?T

ULASAN AWAL

Catatan: Sudah lama saya menyiapkan artikel pendeknya ini, pada 9 Februari lalu. Tetapi saya simpan dan tidak melepaskan dalam blog. Hari ini adalah dirasakan masa terbaik untuk melepas artikel ini. Ada dua sebab, pertama Presiden Amanah Mohamad Sabu menyebut Husam bakal diletakkan Amanah di parlimen Kota Bharu.

Kedua, malam tadi dalam ceramah di Cherang, Kota Bharu, Takiyuddin menyerang Husam agak keras juga. Wassalam. [23/03/17 2:15 pm)

Memetik maklumat Cikgu Wan Rahim Wan Abdullah, Setiausaha Agung parti agama (Pas), Takiyuddin Hassan akan kekal bertanding di parlimen Kota Bharu pada Piraum ke-14 nanti. Kata Cikgu Rahim, Takiyuddin sudah membuat jaminan itu untuk berhadapan dengan Husam Musa.

Takiyuddin Hassan
Husam Musa
Ada munasabah kalau Takiyuddin mengambil tanggungjawab itu. Sudah tentu keputusan pilihan raya lalu memberi keyakinan kepada anak kelahiran Sik, Kedah yang merantau mencari makan dan membina kerjaya di Kelantan itu untuk berasa yakin dapat mengekalkan kerusi berkenaan.

Khabarnya Takiyuddin juga sedia untuk menanti kunjungan Husam ke Kota Bharu.

Wednesday, March 22, 2017

Husam dihalau keluar Dewan kerana takut pendedahannya

ULASAN

Bentara siap untuk bawa Husam keluar.
Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan ke lima penggal ke 13 yang berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 23 Mac berakhir menjelang Zohor hari ini.

Persidangan kali ini dianggap sebagai persidangan terakhir untuk parlimen ke 13. Sebab itu beberapa orang Adun dari BN seakan mengucap sayornara kepada Dun Kelantan, dengan memohon kemaafan jika selama menjadi wakil dan berada dalam Dun itu melakukan salah dan silap.

Sunday, March 19, 2017

Dia ditolak jadi pemegang legasi ayahnya

ULASAN 

Inikah ahli parlimen P Mas?
Apabila ahli parlimen (Apar) Pasir Mas kalah dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Yang diPertua Pas Pengkalan Chepa, ramai yang teruja dengan memberi ulasan negatif atas kekalahan itu. Berbagai-bagai terjemahan dan tafsiran dibuat atas kekecundangan itu. Ada yang memberi gambaran Apar itu ditolak di kampungnya sendiri.

Ada juga yang menyifatkan kekalahan itu, ahli-ahli Pas di Pengkalan Chepa tidak mudah tersihir dengan salasilah ahli parlimen itu dari keturunan tokoh spiritual Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dia adalah satu-satu anak Nik Aziz yang begitu ghairah bermain politik dan ghairah pula untuk mengambil tempat ayahnya dalam persada politik seakan-akan mahu mengikuti jejak langkah ayahnya.

Saturday, March 18, 2017

Ceramah Perdana di Cherang belum cukup gugatkan Pas?

PEMERHATIAN

Sebahagian khalayak. Foto Pemuda Amanah.
Tiga hari saya balik ke Kelantan, bermula 15 hingga 17 Mac 2017. Balik khusus untuk meninjau dan melihat sendiri suasana politik di negeriku yang terkenal dengan minat dan gila politik yang tiada tolak bandingnya. Kebetulan pula pada tarikh itu kunjungan Dr Mahathir Mohamad ke Kelantan, selepas 73 jam Najib Razak ke Kelantan.

Monday, March 13, 2017

Nomini seorang Exco terima RM448,300 dari pekebun sayur?

MONOLOG PAGI

Kisah ini masih belum terbongkar lagi dan masih ramai yang tidak terperasaan walaupun ceritanya  ada disiarkan dalam sebuah media arus perdana. Kita tidak mahu membuat tuduhan dan hanya akan cuba mengupas terhadap apa yang berlaku atau dilaporkan itu. Itu sahaja. Sekiranya kisah ini tidak benar, atau merupakan andaian atau palsu anggaplah ia sampah. Syukur Alhamdulilah.

Kisahnya begini. Ohya kisah ini dipadankan daripada satu laporan polis ertinya ia bukan kisah kosong sebab laporan polis dianggap dokumen yang sah.  Sesiapa yang membuat laporan polis palsu ia boleh dikenakan tindakan dibawah akta tertentu. Jangan main-main.

Laporan polis itu dibuat oleh seorang pekebun, penanam sayur dari negeri Hang Tuah Melaka. Namanya saya rahsiakan untuk keselamatan dan maruahnnya. Dalam laporan polis itu beliau mengadu satu kejadian semacam "sendiket" yang menawarkan tanah kepadanya untuk dijalankan perusahaaan menanam sayur.

Sunday, March 12, 2017

Politik Kelantan: Menggorek harapan Umno terajui Kelantan

ANALISA (BHG 1)

Mustapa dan Ahmad ubah stail politik lama.
Tiga persoalan yang terpendam dalam minda umum apabila menjengok atau "merasar" (menganalisa sambil membayangkan) politik di Kelantan hari ini. Lebih tepat lagi mencari jawaban apa yang akan berlaku dalam Piraum ke-14 nanti. Persoalan paling popular ialah apakah Pas masih mampu mempertahankan kerajaan yang ditinggalkan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malaysia terlibat jual senjata dari Korea Utara?

KENYATAAN MEDIA

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub meminta Kerajaan Malaysia menjelaskan kepada rakyat negara ini dan masyarakat antarabangsa terdapat syarikat dan individu yang menjual senjata dari Korea Utara di negara ini.

Katanya masyarakat umum tahu Korea Utara adalah negara penyangak (rogue state) dimana hubungan diplomatik dan hubungan dagang harus ditangani dengan teliti dan cermat sesuai dengan beberapa konvensyen dan peraturan antarabangsa.

Beliau mendedahkan barangan berkenaan ada dijual di sebuah bangunan di kawasan Little India, Kuala Lumpur.

Saturday, March 11, 2017

Isu 136,272 pengundi tiada alamat di Selangor, Hashim kena bertanggungjawab

ULASAN

Inilah Hashim Abdullah.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Mohd Hashim Abdullah tidak boleh berasa dia tidak bersalah berhubung kes 136,272 pengundi di Selangor yang tidak mempunyai alamat, apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan kerajaan Selangor untuk menyoal balasnya berkaitan perkara itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mendengar rayuan semakan keputusan dibuat kerajaan Selangor memberi alasan untuk tidak membenarkan permohonan kerajaan Selangor memanggil Hashim, kerana Hashim tidak ada maklumat mengenai perkara itu.

Alasan itu betul, tetapi senario yang berlaku dalam daftar pemilih di Selangor itu jelas tempang menunjukkan kelemahan SPR dibawah tanggungjawab Hashim selaku pengerusi di mana atas maruahnya sebagai seorang suruhanjaya bebas beliau kena bertanggungjawab.

Friday, March 10, 2017

Ahmad Yakob malu besar di Kg Laut

KHABAR KELANTAN

Cikgu Rahim istyhar perang terbuka dengan Pas.
Sekiranya Ahmad Yakob tidak mengamalkan "sunnah" politik Najib Razak, politik tidak bermaruah dan tidak ada air muka, serta jika beliau berpegang kepada saksiah Islam yang dilaung-laungkan pasti apa yang berlaku di Kampung Laut, Kelantan malam tadi sudah cukup untuk beliau berfikir banyak kali dan mengambil keputusan berihat dari berpolitik.


Ini kerana peristiwa semalam cukup memalu dan mengaibkannya sebagai MB dan juga Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantan.

Thursday, March 9, 2017

Syed Azman lebih rasional daripada Hadi Awang?

BERITA PENYU

Adun Batu Burok Syed Azman Syed Ahmad Nawawi hari ini telah mengemukakan notis usul kepada Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu untuk mengkaji semula Enakmen Kesalahan Jenyah Syariah (Hudud dan Qisas) yang telah tertangguh pelaksanaan sejak 15 tahun lalu.

Notis usul itu telah diserahkan kepada Setiausaha DUN Terengganu jam 10:35 pagi tadi.

Syed Azman
Abdul Hadi Awang
Enakmen berkenaan diluslan oleh DUN Terengganu pada 7 Julai 2002 dan diperkenankan oleh Sultan Terengganu pada 2 September tahun yang sama. Ianya digezet pada 25 Oktober 2003 dengan mencatat ia berkuat kuasa pada 27 Oktober 2003. Perkara ini tercatat dalam dokumen TR.P 10/2003.

Wednesday, March 8, 2017

Renung jatuh bangun parti agama (Pas) Selangor

RENUNGAN SORE

Mari kita tinjau perjuangan parti agama (Pas) di Selangor khususnya penglibatan mereka dalam pilihan raya serta pencapaian dan prestasinya.

Parti itu mula mengambil bahagian dengan menyertai pilihan raya buat pertama kali dalam tahun 1959. Penyertaan parti itu dalam pilihan raya tersebut tidak membawa apa-apa hasil. Kosong. Mungkin juga ada calonnya yang yang wang pertaruhan. Bolehlah ia dianggap penyertaanya untuk merasai suasana pilihan raya dan untuk menimba ilmu.

Penyertaan parti itu dalam pilihan raya pada tahun 1964, juga tidak memenangi apa-apa kerusi, begitu juga pada tahun 1969.

Pada tahun 1978 dan 1982 parti agama itu tidak menyertai pilihan raya kerana pada masa itu Pas bekerjasama dengan Umno menyertai Barisan Nasional (BN).

Tuesday, March 7, 2017

Krisis diplomatik Malaysia - Korea Utara perlu dijelaskan kepada Dewan

SINGGUNGAN MALAM

Ketidaksegeraan Speaker Dewan Rakyat Pendikar Amin Mulia untuk memenuhi permintaan Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail (foto) untuk mendapat penjelasan kerajaan mengenai ketegangan hubungan Malaysia - Korea Utara menunjukkan Speaker tidak mempunyai kata pemutus berhubung hal-hal sepenting itu mengikut budi bicaranya.

Sikap Pendikar Amin itu menjelaskan kedudukannya sebagai Speaker yang bebas meleset sebaliknya menyerlahkan beliau masih terikat dengan nada dan arahan Perdana Menteri.

Seperti kata Dr Wan Azizah, Pendikar Amin mengambil maklum tetapi tidak dapat memutuskan bila masa untuk mengarahkan wakil kerajaan (PM) memberi taklimat berkaitan perkara itu. 

Pendikar Amin menjadikan ketiadaan Menteri Luar Anifa Aman sebagai alasan. 

Sunday, March 5, 2017

Hishamuddin eksploit lawatan Raja Salman untuk politiknya?

KOMENTAR

Keratan akhbar memuatkan tulisan Hishamuddin.
Panjang lebar, memakan ruang semuka penuh Hishamuddin Hussein menulis merakamkan pengalaman, keterujaan dan ulasan beliau mengenai kunjungan Raja Arab Saudi, Raja Salman ke Malaysia beberapa hari lepas.

Tulisan Hishamuddin itu dimuatkan dalam akhbar berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris, New Sunday Time keluaran 5 Mac, 2017.

Manakala dalam bahasa Melayu pula dalam Berita Minggu (?), pada hari yang sama. Kedua keratan akhbar itu dimuatkan dalam twiternya.

DAP dan Amanah lebih fokus jatuhkan BN

MENJOLOK MENTARI 

Sehingga tulisan ini diperbuat kedudukan parti-parti pembangkang yang berhajat untuk menentang BN dalam Piraum akan datang masih belum memutuskan pendirian mereka. Kerjasama menerusi Pakatan Harapan (PH) yang sudah digagaskan juga belum mendapat konsensus menyakinkan. Belum mantap.

Kalau ia boleh dianggap padu dan jelas hanya di antara dua buah parti sahaja, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah). Dua buah parti lagi, PKR dan PPBM masih berjerubu, ketidaktentuan hala tuju, sementara sebuah parti lagi (parti agama) sudah boleh di ignore.

Kedua-dua parti ini, DAP dan Amanah tidak banyak membuat kerenah. Mereka nampak kosentrek untuk berhadapan dengan BN walau apa pun akan berlaku. Kedua-dua parti ini tidak mengelirukan pandangan umum dan rakyat. Inilah gaya politik yang dimahui, tegas dan pantas.

Sementara dua buah parti lagi, PKR dan PPBM masih lagi belum kejap dan masih teraba-raba mencari jalan yang dianggap paling ideal. Kedua-dua parti ini umpama berada dalam guni yang diikat kemudian dicampak ke dalam gelap gulita. Strateginya tidak jelas dan kabur.

Saturday, March 4, 2017

Perjanjian Bangkok II belum termeterai?

ULASAN LEWAT

Ramli Musa dan Wahab menghimpit Hadi di Bangkok.
Saya ke Bangkok selepas dua hari presiden parti agama (Pas) Abdul Hadi Awang ke negara Gajah Putih itu pada 20 Februrari lalu. Saya ke Bagkok pada 23 Februari, bukan untuk menjejaki langkah dan perjalanannya, jauh sekali untuk mengintip apa yang beliau lakukan di Bangkok.

Tidak ada apa-apa keperluan pun untuk saya berbuat demikian. Apakah ada perjanjian Bangkok ke- II atau tidak?

Hendaknya jangan salah anggap dan politikan saya ke Bangkok, kalau saya mengisahkan sedikit apa yang berlaku di sana pada masa dan tarikh Hadi ke sana atau pun apabila saya mengkhulasahkan sedikit tentang suasana di sebuah hotel penginapannya.