Saturday, April 14, 2018

Kerajaan sementara Kelantan perlu hormati konvensyen

Abu Talib Othman
SELEPAS SUBUH

MALAM tadi saya berjumpa dengan bekas Peguam Negara Abu Talib Othman semasa sama-sama bertahlil kesyukuran sempena hari ulang tahun Tengku Razaleigh Hamzah di rumahnya. Dikesempatan itu saya sempat bertanya beliau berhubung bidang kuasa atau pun peranan kerajaan sementara (caretaker) yang wujud sekarang ini apabila parlimen dibubarkan.

Apa yang ingin diketahui berhubung cadangan kerajaan sementara Kelantan untuk memanggil mesyuarat bagi meluluskan kontrak pemberian kawasan balak.

Seperti mana dikesani Adun Salor Husam Musa, Ahmad Yakob akan memanggil mesyuarat itu pada 16 Mei. Dua permohonan kawasan balak telah diterima untuk mendapat kelulusan MB itu.

Tindakan Ahmad itu dibantah oleh Husam kerana perbuatan itu dianggap salah dan Ahmad dan kerajaan sementaranya tidak ada kuasa lagi untuk meluluskan apa-apa kontrak yang melibatkan kewangan.

Kelulusan seumpama itu wajar dihentikan kerana ia boleh membebankan kerajaan dibentuk selepas pilihan raya kelak.

Lantas itu Husam mengingat dan menasihat Ahmad agar tidak memanggil mesyuarat tersebut atau menghentikan niat berkenaan.

Teguran Husam menerusi satu surat terbuka kepada MB Kelantan itu dan hantar salinan kepada penasihat undang-undang negeri Kelantan.

Berkebetulan berjumpa dengan Abu Talib malam tadi saya menanyai hal ini kepadanya untuk mendapat pandangan.

Jelasnya, kerajaan sementara dari segi konvensyen tidak boleh membuat apa-apa perintah atau pun meluluskan apa-apa perkara berkaitan dengan kewangan. Itu yang diamalkan. Konvensyen ini diterima diamalkan di negara luar.

Bagaimana pun dari segi perlembagaan tidak ada apa-apa larangan dan halangan untuk kerajaan sementara membuat apa-apa keputusan walaupun melibatlkan kewangan.

Bagaimana pun tekan beliau dari segi konvensyen ia perlu dihormati dan jika kerajaan sementara masih membuat apa-apa tindakan melibatkan kewangan ia dianggap salah. Apakah kita menghormati konvensyen berkenaan?

Sebagai sebuah kerajaan sementara apa yang mereka boleh lakukan hanya menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab dari segi pentadbiran semata-mata. Mereka boleh mengurus pentadbiran sementara dibentuk kerajaan baru.

Apa dapat difaham dan disimpulkan daripada penjelasan Abu Talib itu kalau kerajaan sementara Kelantan ingin juga meneruskan hasrat mereka meluluskan kawasan balak, jelas ianya telah melanggar konvensyen berkenaan. Makanya jika Ahmad dan kerajaan semantara ingin dihormati, eloklah beliau membatalkan hasrat untuk meluluskan permohonan itu yang dijangka 16 April.
Walahu'alam. [wm.kl.6:38 am 14/04/18]

2 comments:

Unknown said...

Saya kira peringatan husam itu bagus bagi mengingatkan orang yang sedia cerdik...bukan calang2 org yg di beri peringatan itu iaitu MB sementara dan penasihat undang2 yg saya kira amat maklum akan hal bidang kuasa caretaker government ini dan segala hal konvensyen yg terlibat...amat mudah mencipta persepsi dengan meletakkan tanda soal dihujung, bijak dan selamat tp itu semua mudah dibaca oleh pembaca cendekiawan...wasalam

unkwon said...

kita besangka baik dlu... mgkin mb sekadar berbincang bukan bagi kelulusan... kita tunggu...