tag:blogger.com,1999:blog-6581756336597371243.post879723861982628731..comments2024-03-24T06:21:22.441+08:00Comments on .: Mana yang lebih tulus di antara Unity Government dengan Konsensus Nasionalmohd sayuti omarhttp://www.blogger.com/profile/07315672977294393791noreply@blogger.comBlogger4125tag:blogger.com,1999:blog-6581756336597371243.post-21612608797480003182014-02-16T23:43:42.189+08:002014-02-16T23:43:42.189+08:00Alhamdulillah satu kupasan yang terang dari seoran...Alhamdulillah satu kupasan yang terang dari seorang yang saya rasa tahu peel di hadapan dan belakang tabir pimpinan politik kita semasa ini.

Kalau Pak MSO tidak lupa, saya pada komen sebelum ini ada meminta Pencerahan dilakukan berkenaan usaha ini supaya orang ramai yang jauh dari Koridor Politik Malaysia ini dapat sedikit sebanyak mendapat cerita alternatif, selain dari membaca paper dan mendengar berita.

Cuma Pak MSO, saya mendapati sekarang dalam bab politik ini terutama orang muda, benar benar miskin dengan satu sikap yang cukup penting iaitu sikap berlapang dada. Dengan orang yang tak disetujui, lagi tertutup hatinya, paling takut diselimut perasaan benci tak tentu hala.

Bila kurang sikap berlapang dada pada pandangan, pendirian berbeza, maka jadilah apa yang sedang berlaku dalam parti kita sekarang ini.

Berkenaan konsensus nasional yang diulas Pak MSO, saya mempunyai pengamatan yang ada berbeza. Dahulu cepat orang berang dengan UG kerana kita sedang berkeyakinan penuh akan memenangi pilihanraya. Bak kata Dato Husam kita, UMNO sedang nazak mengapa nak dihantar ambulan pula.

Kerja kerja Konsensus ini pun tak lah sebenarnya seperti dikata, dibuat terang bederang di hadapan orang. Ada kerja dalam gelap juga. Bagi kita yang tahu, kita belapang dada, berikan peluang pada beberapa orang dalam PKR itu dahulu.

Berjumpa di London itu dah yang kemudian sangat. New york, jakarta, Jalan Duta semua ini saksi saksi usaha murni ini. Takkan lah Dato Seri akan umum jemputan untuk Konsensus ini melainkan sudah ada beberapa perkara awal diperhalusi dan dipersetujui.

Sekali lagi tak usah kita mendahului mereka. Kalau nak membuka cerita, nanti ada pula yang bengkak hati di sini sana. Cukuplah yang Termeloh itu meluahkan rasa. Hahaha

Sekali lagi, terima kasih Pak MSO.

ryzalhttps://www.blogger.com/profile/14309404248459872366noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6581756336597371243.post-5545359605370432902014-02-16T15:31:49.305+08:002014-02-16T15:31:49.305+08:00Teman sangat bersetuju dengan tulisan Sdr MSO.
D...Teman sangat bersetuju dengan tulisan Sdr MSO.

Dalam dua tulisannya yang terbaru, satu mengenai UG dan satu lagi mengenai perjuangan ketuhanan PAS, AP Temerloh itu saperti mahu "mengeneng" kepada Anwar Ibrahim dan PKR. Tingkahlaku memuji diri dan parti sendiri ini teman kira sangat bertentangan dengan etika Pakatan Rakyat (PR). Ia merupakan sebahagian drpd anasir perpecahan yang sedang menghantui PR pada waktu ini.

Sebenarnya, perbezaan yang besar di antara UG dan KN adalah dlm nama kedua-duanya.

Mana-mana Unity Government tentunya bermaksud sebuah pemerintahan yang didasarkan kpd penyatuan dua atau lebih parti yg berbeza siasah poitik mereka. Dlm konteks UG PAS, ia pd asalnya adalah di antara PAS dan UMNO, iaitu di antara 2 buah parti Melayu Islam terbesar di negara ini. Dalam artikata lain, ia bermotifkan perpaduan Melayu atau perpaduan Islam dan bertentangan dgn falasafah berbagai kaum yang diperjuangkan olh Barisan Alternatif yg kemudiannya ditukarnama kepada Pakatan Rakyat.

UG jg bermaksud kerajaan campuran yg tidak brbeza jauh dr Barisan Nasional. Cumanya, krjn campuran di bawah UG adalah di ant PAS dan UMNO sementara BN adalah kerajaan campuran berbagai parti. Olh itu, tidak salah jika kita katakan idea UG itu bukanlah idea yg original tetapi percikan dari BN.

Selain itu, apabila kita katakan kerajaan perpaduan atau campuran, maka tidak adalah lagi pembangkang di kalangan parti-parti yang berpadu atau bercampur. Segala tugas kerajaan adalah tanggungjawab brsama parti-parti itu dan jika terdapat apa-apa yg tidak baik dalam perjalanan pemerintahan atau perlaksanaan dasar kerajaan, kepertanggungjawabannya terletak di riba parti-parti tersebut.

PAS bergegas cuba melibatkan PKR & DAP bersama hanya setlh idea UG itu menjadi pengetahuan umum. Tingkahlaku PAS itu membawa persoalan sama ada PAS benar-benar mmpersetujui politik brbilang kaum atau sekadar bermuslihat politik.

Konsensus Nasional brbeza dgn UG pada konsepnya krn ia tidak menghendaki sebuah kerajaan campuran ditubuhkan pd saat perlaksanaannya. Pembangkang dan Kerajaan masih lagi asing-asing. Ia hnyalah satu penyelesaian kepada masalah-masalah besar negara saperti perpaduan kaum, isu Allah, pendatang tanpa izin, gejala-gejala sosial, pengurusan kewangan dan ekonomi negara termasuk hutang negara dan jurang pendapatan yang luas, dl2l yg dihasilkan bersama olh Kerajaan & Pembangkang yg duduk di sebuah meja bulat. Perlaksanaan penyelesaian bersama itu masih lagi tanggungjawab Kerajaan & Pembangkang boleh mengkritik perlaksanaan tetapi tidak penyelesaian yg diusahakan bersama melainkan jika Kerajaan telah menyeleweng dari penyelesaian yang dipersetujui.

Negara sebenarnya sudah pun mempunyai sebuah KN walaupun skopnya terhad kpd soal perhubungan kaum. Ia diberi nama Kontrak Sosial dan x melibatkan sebuah kerajaan campuran.

Ada kemungkinan sebuah kerajaan campuran jg akan dicadangkan di bwh KN apabila ia difikirkan perlu tuk melaksanakan penyelesaian bersama kpda masalah-masalah besar negara yg diberi nama KN itu. Namun, berbeza dengan UG, ia bukan sesuatu yg mesti, dan boleh dipersetujui atau pun tidak oleh rakan-rakan di dalam PR dan juga mereka-mereka di dalam BN.

Sebagai rumusan, UG dan KN adalah sangat berbeza dan teman heran napa AP Temerloh itu perlu seolah -olah mendabik dada dengan mengatakan TGHA dah 5 tahun ke depan dgn UGnya berbanding Anwar dgn KNnya skrg. Beliau jg seolah-olah mau mengatakan bahawa orang-orang yang menentang UG, termasuk Mursyidul Amnya sendiri, sebagai ketinggalan zaman. Tidakkah tingkahlakunya itu boleh dianggap sebagai mencari fasal atau menitik perpaduan PR spya retak. Malangnya, Pimpinan PAS Pusat tidak memandang tingkahlaku spt ini sbg memudaratkan kesepakatan di ant parti-parti PR malah boleh dilihat sbg melindung atas nm perjuangan ketuhanan PAS dan demokrasi.Triana Wedding Belles - Weddings and So Much Morehttps://www.blogger.com/profile/13148894906478393421noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6581756336597371243.post-48095605398925031622014-02-15T15:19:52.937+08:002014-02-15T15:19:52.937+08:00Tuan,
Ambo ado jugok baca beberapa tulisan AP dar...Tuan,

Ambo ado jugok baca beberapa tulisan AP dari Pahang ni. Apabila kita teliti kepimpinan beliau semasa dalam Pemuda PAS, kesimpulan ambo gini jah- ni lah penyakit yang menimpa s3g3lintir orang PAS termasuk pemimpin dari puak faqeh ugama. Mereka berada di alam khayalan mereka sendiri yang terpisah dengan realiti yang ada didepan mata. Termasuklah perasan yang mereka sahaja yang bijak dalam serba serbi. Orang lain semua 3/4. Kalau dalam politik,merekalah yang paling ampuh. Merekalah pakar strategi no.1 dalam dunia.

Jika masih ada dikalangan orang PAS masih berair mulut, dok mimpi UG siang malam dalam senario politik hari ini - mereka ini sebenarnya sedang mabuk air ketum kerana gagal memahami politik Najib adalah politik tipu atah darat. Dok dey 2 lekoq PAS akan kena tipu hidup-hidup.

Juga k3fahaman mereka t3ntang watak UMNO BARU boleh dikatakan kosong dan mereka tidak mempunyai IQ untuk memahami bahawa ideologi UMNO BARU adalah pragmatisma - iaitu gapo hok kita bol3h tipu orangramai itulah ideologi kita ( UMNO BARU). Dari sebuah parti melayu/Islam mereka tukar menjadi PARTI BUMIPUTRA SEMATA UNTUK MEWUJUDKAN FIX DEPOSIT BARU DISABAH DEMI MENG3KALKAN KUASA.

Ambo malah nak ulas pasal rekonsiliasi nasional yang dicadangkan oleh Anwar dan dit3rima oleh Najib.Puok2 ni memang tidak m3mpunyai keupayaan nok faham pong.

Hakikatnya Najib seperti biasa be4setuju kerana hendak lepaskan t3ngkoknya yang tersepit parok.T3kt8k biasa Najib je - nak tipu atah darat.

Berbalik kepada sikap AP dari Pahang yang perasan ni - kini telah wujud dikalangan anak muda PAS yang berpendidikan ugama secara formal telah dijangkiti oleh p3nyakit yang sama. Ini satu f3nomena yang merbahaya kepada PAS dimasa hadapan. Kita lihat bagaimana kotor permainan mereka semasa pemilihan PAS yang lalu. Juga bagaimana helah-helah ala UMNO digunakan oleh golongan ini didalam P3muda PAS hari ini.

bat8https://www.blogger.com/profile/07719974079232163981noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6581756336597371243.post-55005042515088012832014-02-15T10:08:32.585+08:002014-02-15T10:08:32.585+08:00As salam...
ulasan yang memuaskan...harap MP Teme...As salam...
ulasan yang memuaskan...harap MP Temerloh membaca ulasan ini dan selidik balas mana yang lebih kurang

wasalamAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/11366905933852430726noreply@blogger.com