Showing posts with label Musa dan Anwar. Show all posts
Showing posts with label Musa dan Anwar. Show all posts

Friday, February 8, 2013

Musa Hassan Telah Berjumpa Anwar: Untuk Apa?

SESUDAH SUBUH                                                                                                             

Ada maklumat bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan telah menemui Anwar Ibrahim beberapa hari lepas. Musa sebelum ini telah menarik samannya terhadap Anwar berhubung satu laporan polis dibuat Anwar kononnya Musa telah melindungi fakta dalam siasatan ke atas satu kes membabitkan Ketua Umum PKR itu.

Penarikan balik saman oleh Musa tanpa atas kehendak bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebaliknya atas kerelaan Musa menimbulkan pelbagai tanda tanya. Ada yang berpendapat Musa menyesal dengan perbuatannya terhadap Anwar semasa menjadi seorang pegawai polis yang penuh berkuasa dulu.

Tuesday, October 16, 2012

Apa Sebab Musa Tarikh Balik Saman Ke Atas Anwar?

SUSUPAN PETANG                                                                                                                  

Keputusan bekas IGP Musa Hasan menarik balik saman malu terhadap Anwar Ibrahim mungkin tidak mengejutkan kerana ia adalah perkara biasa saja, tetapi tidak begitu bagi saya. Iya semacam ada sesuatu perkembangan baru di antara kedua-dua bekas IGP dan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Musa dan Anwar: Berdamai?
Musa menyaman Anwar kerana berhubung insiden peristiwa "mata lebam" di mana Musa dikaitkan sebagai turut terlibat dalam peristiwa tersebut dan dituduh menyembunyikan beberapa fakta dalam proses penyiasatan peristiwa berkenaan. Ekoran itu menyebabkan Anwar bertindak membuat laporan polis terhadap Musa dan Peguam Negara Abdul Ghani Petail.

Alasan Musa untuk menarik saman itu kerana berlaku salah faham oleh pihak defeden (Anwar) berhubung kedudukannya ketika itu, dan beliau menerima untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Perbicaraan kes itu sepatutnya berlangsung hari ini, sebaliknya penyelesaian di luar mahkamah dicapai. Keputusan itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad  di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari.

Tiada sebarang kos dikenakan oleh mahkamah untuk mana-mana pihak atas penyelesaian itu.

Mungkin penyelesaian sebegitu biasa berlaku dalam mana-mana kes mahkamah di dunia tetapi kes di antara Musa dengan Anwar ini seakan ada kesitimewaanya dan sedikit unik. Yang menjadi persoalan kenapa semudah itu kedua pihak khasnya Musa untuk menerima penyelesaian itu? Kalau Anwar yang menarik ia mudah untuk difaham tetapi ini Musa?

Jika diikutkan senario, pihak Musa yang bersungguh untuk menyaman Anwar kerana Anwar dikatakan telah memburukkan reputasinya menerusi laporan polis bersama Ghani Petail. Tetapi apabila Musa Hasan sedia menarik balik saman itu ia agak anih sedikit dan menimbulkan tanda soal dalam minda?Apakah sebelum memutuskan untuk saman Anwar, Musa tidak membuat penyelidikan dan kajian mendalam?

Di sini tidak perlu diulas panjang lebar mengenai perkembangan ini. Atas semangat Islam eloklah kalau ada perdamaian di antara mereka. Bagaimana pun kita tunggulah apakah perkembangan selepas ini. Persoalan apakah ada natijah atau pun cerita lain disebalik penarikan balik saman itu akan terdedah juga di hujung waktu nanti. Mungkinkan Musa sudah insaf?

Yang jelasnya Musa yang selaku penyaman kenapa bersedia untuk menarik semula saman berkenaan? Bukankah dengan bertindak demikian orang akan menganggap Musa hangat-hangat tahi ayam atau tersalah membuat perhitungan. Moral di sebalik penarikan itu menjadikan Anwar dianggap dipihak yang benar. Dan saya tetap mempercayai tempuan tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada mengada?  [wm.kl. 5:42 pm 16/10/12]