Showing posts with label Yahaya Sulong. Show all posts
Showing posts with label Yahaya Sulong. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Yahaya Sulong Kembali Ke Rahmatullah

BALESUNGKAWA                                                                                                              

Pelawak veteran yang popular di tahun 70-an Yahaya Sulong, 84 telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 6:00 petang tadi. Beliau meninggal di hospital Kuala Lumpur akibat sakit tua. Tidak pula diketahui bila Allahyarham dimasukkan ke hospital. 

Kenangan bersama Yahaya.
Kebetulan selepas Zohor tadi saya bertanya kepada Dr Wan Suhaimi Wan Daud mengenai perkembangan Yahaya takut-takut beliau ada maklumat mengenainya. Bulan lepas saya mengunjunginya untuk menyampaikan sedikit bantuan berupa wang tunai yang disedekah oleh rakan-rakan Facebook saya bagi meringankan bebanannya untuk melunasi tunggalkan sewa rumah. 

Beliau dan isteri Anisah bergembira menerima kedatangan saya bersama isteri dan anak-anak. Beliau berkali-kali bertanya siapa saya, saya hanya menjawab saya adalah peminatnya. Memang beliau tidak pernah mengenali saya dan kami tidak pernah bersua.

Insya-Allah sekejap lagi saya akan ziarah jenazahnya di Sentul. Menurut maklumat jenazahnya akan dikebumikan di kampung halamannya di Telok Intan esok. Saya bersama keluarga dan rakan-rakan Fb mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Al Fatihah. [wm.kl.9:04 pm 06/02/13]

Tuesday, December 18, 2012

Rakan FB Saya Sumbang Untuk Yahaya Sulong

 LAPORAN LEWAT                                                                                                        

Baru sekejap tadi saya menziarahi seniman dan pelawak Datuk Yahaya Sulong di kediamannya di Flat Bandaraya Sentol Baru Kuala Lumpur. Kedatangan saya bersama keluarga disambut dengan penuh mesra  oleh Pak Ya bersama isterinya Alisah Ali. Turut berada sama di rumahnya ialah cucu perempuan berumur kira-kira lapan atau 10 tahun.

Wang dari rakan Fb diserahkan kepada Pak Ya.
Tujuan kunjungan ziarah itu untuk menyampaikan derma yang dihulurkan oleh oleh rakan Fb saya yang dibuat dua tiga hari lepas. Punggutan yang bertujuan untuk menjelaskan bil sewaan unit Flat  itu yang tertunggak sebanyak RM800.00. Alhamudlilah masalah dihadapi Pak Ya dan isteri telah selesai. Dalam tempoh 42 minit saya diuar-urakan di Fb sebanyak RM860 dijanjikan oleh rakan-rakan Fb.

Sebenarnya masalah itu selesai sehari selepas berita mengenai kesusahan dihadapi pelawak itu disiarkan di media massa. Semasa saya mengunjunginya untuk memberi tahu hasrat saya dan janji rakan Fb untuk membantu, salah seorang rakan Pak Ya yang bertugas di DBKL sudah pun mengatasi masalah Pak Ya.

Ketika saya tiba pagi itu Pak Ya sedang bersiap untuk ke pejabat DBKL menanti kawannya menjemput untuk tujuan menyelesaikan tunggakan. Apabila saya datang bersama Dr Wan Suhaimi Wan Daud menyatakan hasrat dan keikhlasan kawan-kawan Fb, kegembiraan diwajahnya terbayang dan beliau menitiskan air mata mendengar hajat itu.

Isteri saya menyerahkan hamper untuk Pak Ya.
Kerana masalah itu selesai, jadi bolehlah Pak Ya menggunakan wangn derma rakan-rakan Fb saya sebanyak RM1,000 untuk membeli ubat-ubatan dirinya dan juga isterinya. Isterinya, Datin Alisah menghidap kanser paru-paru. Sepanjang hari Alisah terpaksa bernafas dengan bantuan wayer yang disumbat ke lubang hidungnya dari paru-paru.

Menurut Pak Ya, akibat kanser menyebabkan isterinya memerlukan sejenis susu khas di mana peruntukan untuk itu saja sebanyak RM71.00 bagi satu tin untuk dua hari. Bayangkan berapa sebulan untuk membeli susu?

Dr Wan Suhaimi juga turut mengulur sedekah.
Dan kedatangan saya bersama isteri dan dua orang anak tadi, sekali lagi mengharukan Pak Ya. Sekali lagi air matanya berlinangan. Isterinya, Alisah tidak habis-habis mengucapkan terima kasih dan syukur. "Allahuakbar, allahuakbar... terima kasih banyak...," katanya sambil mengesat air mata dan berdoa spontan untuk kemurahan rezeki kami (rakan Fb juga).

"Sama-sama Datin, apa yang saya buat ini hanya usaha kecil saja, ia adalah sumbangan dari rakan-rakan Fb saya yang ikhlas untuk membantu. Jadi saya bagi pihak mereka semua menyampaikan sedikit bantuan ini.. dan berdoa semoga Datuk dan Datin sihat.." balas saya.

Di sini juga sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan semua yang sudi menghulurkan bantuan untuk Pak Ya. Bukan saja Yahaya, tetapi saya juga terharu dengan budi baik dan bingkasan rasa simpati rakan-rakan semua. Biarlah sumbangan kita kecil tetapi ia memberi erti besar kepada pelawak itu.

Sementara itu berbagai pihak juga turut membantu mengatasi masalah Pak Ya. Antara mereka terawal selain daripada rakan Fb saya, ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang turut menghulurkan derma sebanyak RM1,000. Khabarnya Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Rais Yatim juga ikut sama menghulurkan bantuan berupa jaminan untuk menjelaskan sewaan untuk setahun.

Menurut Pak Ya tetamu istimewa iaini Raja Perlis juga akan ke rumahnya. "Raja Perlis juga hendak datang," uajarnya memberi tahu hasrat raja berkenaan penuh gembira. Semoga dengan kunjungan Tuanku Raja Perlis nanti kesulitan dihadapi Pak Ya akan selesai, setidak-tidaknya tidak ada lagi selepas ini laporan media massa memberitahu beliau dalam kesusahan dan menghadapi apa-apa kesulitan yang memerlukan bantuan.

Mengakhiri catatan ini seiringan dengan azan Asar berkumandang di radio, saya sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan Fb saya (fan page) khasnya atas sumbangan dan ketinggian daya prihatin anda semua. Saya bukan apa hanya menjadi mediator saja bagi membantu insan yang dalam kesusahan. Moga Tuhan akan melapangkan ruang lahad para penderma kelak.  [wm.kl.4:36 pm 18/12/12]