Thursday, October 9, 2008

Celoteh Murai 7

Murai Tidak Gedebe Tapi Bukan Penakut

MURAI sungguh rasa terharu atas sokongan moral yang diberikan oleh penjenguk blog ini kepada Murai ekoran 'perbalahan' Murai dengan ahli Parlimen itu. Banyak yang tertanya-tanya apakah sebab musababnya maka Murai beralih angin. Bagi mereka yang sudah tahu sebab-sebabnya menasihati Murai supaya terus mengkritik dan menengurnya atas dasar amanah dan tanggungjawab.

Mereka merasakan sikap ahli Parlimen itu tidak kena kerana seolah seperti kacang lupakan kulit dan tidak tahu menghormati orang dan merasakan dia saja yang betul dan berhak berkata-kata penuh profesional!

Dalam komentar berbagai-bagai itu ada yang dihantar langsung ke dalam blog dan ada yang dikirimkan secara personal ke dalam email dan telefon bimbit Murai. Kira-kira lebih 300 komentar berkaitan isu ini. Tidak berniat pula untuk Murai menyiarkan komentar dan kritik 'tumpang sekaki' terhadap ahli Parlimen itu. Kerana bahasa dan kutukannya keras dan melebih-lebih sangat. Ada yang mendedahkan hal-hal lebih personal ahli Parlimen itu yang diluar pengetahuan Murai sendiri dan kalau didedahkan memalukan banyak pihak!

Dalam pada itu ada juga yang menyeru saya bersabar dalam melayan kerenah orang politik seperti ahli Parlimen itu.

Bagaimana pun yang Murai agak rasa terharu ialah apabila ada yang mengungkitkan jasa dan budi kecil Murai kepada ahli Parlimen itu. Menurut seorang pengomen berasal dari Kampung Sedang Pasir Mas, Murailah yang berusaha mengangkat dan memberi ruang kepada ahli Parlimen itu untuk membolehkan dia bertanding atas lambang parti Pas.

Menurut perhitungannya kalau bukan kerana Murai yang gila-gila menyokongnya mungkin Pas Pasir Mas sukar untuk melayan ahli Parlimen berkenaan. MSO lah yang beriya-iya membawanya (ahli Parlimen itu), jadi MSO jangan menyesal!" tulisanya.

Di sini ingin Murai jelaskan, Murai tidak mahu komen hal itu. Itu atas pentafsiran masing-masing. Mungkin kerana Tuhan telah menentukan demikian bahawa Pas memberi laluan kepadanya dan dia akan menang besar. Dan bukan saja Murai berjasa dan berbudi dengannya, ahli Parlimen itu juga pernah memberi sambal daging Kg Laut dan RM1000 kepada Murai semasa Murai hendak berangkat ke Makkah menunaikan haji.

Seorang pengomen menerusi email pula menceritakan banyak hal mengenai ahli Parlimen itu. Katanya ada risalah yang dikeluarkan ahli Parlimen itu dan diedarkan, diletak di tangga masjid pada hari raya lalu. Bersepah. Risalah itu menjelaskan mengenai sikap serta perbalahan pendapat ahli Parlimen itu dengan Pas.

Panjang lebar pengomen itu menghuraikan tujuan, maksud serta erti risalah berkenaan. Tidak perlu rasanya Murai memperpanjangkannya. Kalau Murai ulas dan analisa akan jadi lain pula. Namun apa yang boleh disimpulkan masalah ahli Parlimen berkenaan seperti Murai bimbang sudah ke peringkat parah. Kalau tidak parah kenapa sampai keluarkan risalah seperti itu? Namun dia tidak pernah nampak dan mahu mengerti apa yang Murai risaukan itu adalah demi kebaikannya.

Seorang pengomen berasal dari To Uban dalam DUN Chetok pula lebih emosi lagi apabila melahirkan rasa kesal kerana mengundi ahli Parlimen itu dalam pilihan raya lalu. Beliau merasa kecewa dengan tindak tanduk ahli Parlimen itu yang mana disifatkan sebagai seperti anjing terjempit yang dilepaskan. Sampai nak pergi minta taubat dekat Makkah, ini sudah teruk dan betapa jijiknya dosa ahli Parlimen itu kepadanya.

Manakala seorang pengomen lain pula menghantar SMS ringkas yang cukup menyengat. Katanya kenapa malag nasib MSO, selepas bergaduh dengan Husam bergaduh pula dengan ahli Parlimen itu. Murai jelas, Murai ada prinsip dan prinsip ini tidak boleh dikikisbuangkan. Kalau kawan hatta sesiapa saja Murai lihat tidak betul dan tidak benar, Murai akan tidak malu alah untuk memperkatakan yang benar dan mengkritik mereka. Dan Murai juga tidak akan merasai rugi kehilangan kawan seperti itu.

Murai menceritakan ini semua adalah untuk perhatian ahli Parlimen berkenaan. Sekiranya beliau tidak berubah sikap, ambil penganjaran mungkin sokongannya dalam pilihan raya akan datang merosot. Kalau dalam pilihan raya dulu menang dengan majoriti hampir 9,000 kemungkinan akan turun sampai 19 undi saja.

Dalam perkembangan lain ingin Murai ceritakan di sini bagaimana tidak profesionalnya ahli Parlimen berkenaan dan masih mengamalkan stail kampung. Malam semalam seseorang telah datang menemui Murai bertanyakan fasal Murai dengan ahli Parlimen itu, apa yang tidak kenanya. Dia mengaku dia disuruh oleh ahli Parlimen itu datang berjumpa saya atas tujuan ingin mengetahui masalah sebenarnya.

Apa yang Murai terkilan dan rasa sikit naik angin ialah apabila utusan itu ada menyebut fasal ahli Parlimen itu menyebut dia banyak hulubalang (orang gedebe) di kawasannya. Murai dapat faham bahawa kata-kata ahli Parlimen itu berunsur ugutan dan ingatan kepada Murai. Kenapa ungkitkan soal hulubalang?

Kalau sungguh ahli Parlimen itu berkata demikian seperti mana dituturkan oleh utusannya itu, Murai sikit pun tidak hairan. Murai juga beranak dan tumpah darah di Pasir Mas. Kampung Murai hanya sejengkal saja dengan Golok. Dan kalaulah cara itu untuk menghentikan Murai daripada berkicau mengenainya Murai sedikitpun tidak merasa gerum.

Sangatlah naif politik seseorang ahli politik itu kalau mahu menggunakan kekuatan fizikal sebagai modal untuk meraih undi ataupun menakutkan seseorang. Ahli politik yang profesional, matang akan beradu kekuatan dengan menggunakan minda dan hujah. Main lengang, betis, batang langsat dan sebagainya adalah politik orang pengecut!

Cara itu menyebabkan Murai akan jadi terus berkicau dan berkicau mengikut rentaknya. Apa salahnya kalau ahli Parlimen itu datang berjumpa sendiri dengan Murai. Kalau sebelum ini boleh datang sampai ke rumah.... honkan kereta Mercedesnya... berkali-kali, kenapa tidak sekarang! Apakah semasa haprak sanggup datang dan kini setelah bergelar ahli Yang Berhormat yang menang atas lambang orang merasakan diri tinggi dan besar!

Orang tidak akan menghormati kepada pangkat dan kedudukan seseorang. Orang hormat kepada budi pekerti dan akhlak seseorang. Orang juga tidak takut kepada ugutan, ancaman dan sebagainya. Tetapi orang takut dan hormat kalau kita merendah, berdiplomasi dan bertolak ansur demi kebaikan. Tirulah resam padi dan jangan tiru resam lalang!

Sebenarnya malas Murai nak layan hal-hal seperti ini lagi. Buang masa dan merugikan ruangan saja. Benar juga kata seorang pengomen, usahlah membuang masa dengan menulis hal-hal berkenaan ahli Parlimen itu lagi, Murai diperlukan untuk berfikir mengenai agama, bangsa dan tanahair. Biarlah ahli Parlimen itu dengan labu-labunya...!

Untuk maklumat Murai tidak menyebut namanya kerana Murai sudah berjanji tidak akan menulis namanya lagi dengan tangan Murai sehinggalah sampai saat untuk berbuat begitu semula. Dan kepada pengomen semua diucapkan berbanyak terima kasih.

Murai: Bukan gedebe tetapi tidaklah penakut sangat!

3 comments:

  1. Selamat Pagi CIkgu.

    OOHH main ugut-ugut pulak. Dato' Him dah nak guna orang gedeber pulok. Dah lah kita semakin 'jeleber' tak payah guna orang gedeber.

    Ambo nak cadangkan kepada dato' Him kalau dia atau orang-orang gedeber dia membaca komen pengundi di Pasir Mas ini. :-

    1) Dato' paduka Ibrahim Ali (Dulu ada orang sebut Dato' Padan Muka Ibrahim Ali) buka blog jawab dalam blog

    2) Tok Him Ibnu Ali hantar komen dalam blog MSO. Kita sama-sama pakat-pakat baca dan godam.

    3) Tok Him lebih baik banyak membuat JASA daripada membuat DOSA dalam politik ni.

    4) Kami orang PAS yang bukan saja memberikan ruang, peluang, tenaga kepada Ibrahim Ali, tak rela dunia akhirat jika Ibrahim terus dengan tradisi melompatnya.

    Kau Pikirla Brahim.......

    ReplyDelete
  2. support pak MSO...

    berahim ali xpayah laa guna taktik crook filem tamil nak serang MSO. bukan ke awak tu kental jiwa?? bangga ditahan ISA, mengaku xpernah kesal ditahan ISA (check laa hansard parlimen, siap kutuk OKU bukit gelugor menangis kena ISA!), xkan laaa nak lawan MSO kena pakai samseng kampung dusun. bacul sangat tuuu!!

    apa2hal pon, saya makin bosan dgn retorik pak him dalam parlimen. ready laa nak kena "lauk" dgn rakyat Pasir Mas dlm PRU 13.

    long live Pak MSO.

    ReplyDelete
  3. ...sememangnya ambo dah agak pasal brahim ni, tapi apa nak buat kita taruh perasangka baik serupa pemimpin kita jugak. tunggu dan lihatlah berahim masa tidak akan undur kebelakang,....ambo masih ingat berahim bakar tayar di kota bharu dulu depan SUK.....naik atas leger dok beleber sakan..

    ReplyDelete