Wednesday, December 31, 2008

Suara Pagi

Pewaris Perlu Bersopan Santun

KENYATAAN Timbalan Pengerusi Majlis Permaufakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun kononnya Pas bersikap pilih kasih kerana tidak mempedulikan usaha mereka untuk mengenengahkan masalah penduduk Melayu dan Islam, Masjid Tanah Melaka yang dicemari babi kurang tepat dan mengelirukan. Semacam kenyataan itu mahu memburukkan Pas saja. (Sila rujuk akhbar kroni hari ini ms 15).

Rahimuddin kesal kerana Pas boleh menyokong Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan tidak menyokong usaha mereka untuk membela nasib penduduk Melayu dan Islam di Melaka. Anggapan itu rasanya terlalu emosi dan tidak berpijak di bumi nyata dan bersifat 'akulah hero'.

Tanggapan ini timbul apabila para petugas Pas menghalang kehadiran rombongan Pewaris ke majlis Malam Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anajuran Gerakan Memansuhkan ISA (GMI) di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi malam kelmarin untuk menyerahkan memorandum. Majlis itu dihadiri sama Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

Jika diperhatikan senario yang berlaku Pewaris tidak boleh salahkan Pas. Cara Pewaris hendak menyerahkan memorandum bantahan itu tidak kena pada tempatnya. Pewaris bukan sepatutnya menyerahkan memorandum itu di tempat itu sebaiknya patut datang ke pejabat agung Pas di Jalan Raja Laut di mana di situlah tempat rasmi pemimpin tertinggi Pas berada. Ia harus dilakukan secara profesional.

Kedatangan Pewaris ke majlis itu seakan menganggu majlis berkenaan dan wajar kalau Unit Amal Pas menghalang mereka. Peristiwa sebelum ini mungkin menjadi pengajaran. Sekurang-kurang telah dua kali berlaku keadaan tidak menyenangkan sebelum ini yang melibatkan Pewaris.

Pewaris adalah golongan yang mahukan ISA dikekalkan manakala majlis itu dianjurkan oleh GMI yang menentang ISA. Jadi sangatlah tidak elok kalau Pewaris memasuki majlis berkenaan. Apa yang dilakukan Pewaris itu boleh dianggap menceroboh. Cara Pewaris itu seakan samseng dan tidak menggambarkan golongan Pewaris yang sepatutnya mewarisi sifat-sifat mulia, berhemah dan sopan santun cara orang Melayu. Ataupun apakah atau sifat apakah yang Pewaris mewarisi sebenarnya?

Saya yakin kalau Pewaris bersifat keMelayuan masuk bersalam, duduk bersopan santun, berbicara mengaturkan ayat, Pas atau sesiapa saja bersedia berkerjasama dengan Pewaris bukan saja setakat menerima memorandum. Misalnya apa kata kalau Pewaris melancarkan gerakan mengadakan demostrasi untuk menyatakan simpati kepada rakyat Palestin yang dibunuh Israel sehari dua ini dan mengundang sama Pas dan NGO lain, tentu mereka akan berduyun-duyun bersama Perwaris. Rasanya bukan saja setakat berdemonstrasi kalau diajak ke Gaza pun mereka ikut.

Makanya Perwaris harus melihat ke dalam dirinya, renung apakah perbuatan mereka itu tepat dan betul beradat atau biadap dan jangan ikut emosi. Apa lagi kalau dengan memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam Melaka itu Perwaris ada niat lain lagi-lagilah tidak patut.

Kalau Pewaris ikhlas nak bela nasib orang Melayu Islam Melaka itu, rasanya lebih mudah kalau Pewaris berjumpa dengan Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam dan menyampaikan memorandum itu atau minta calon Timbalan Presiden Umno itu menyelesaikan masalah babi yang makin bermaharajalela di negeri Hang Tuah itu!

Ali Rustam tentunya lebih berkuasa dan berpengaruh untuk mengatasinya berbanding dengan mana-mana pihak termasuk menteri di Kuala Lumpur. [wm.kl. 9:00 am 31/12/08]

4 comments:

  1. kalau HINDRAF pergi ganggu majlis org kata takpe..ini org islam sendiri bukan nak pegi ganggu pun nak minta tolong cakap kurang sopan??

    Ni siapa ajar??? HINDRAF ajar??

    ReplyDelete
  2. Perwaris ada agenda tersendiri dalam Isu babi ini..

    Memang betul dan saya bersetuju dengan pendapat MSO, sepatutnya Perwaris mesti pergi jumpa dengan Ketua Menteri Melaka untuk selesaikan masalah babi ini. Sebab perkara ini bidang kuasa kerajaan Negeri Melaka... dan juga Perwaris mesti pergi Jumpa Pemimpin Negara yang dok sibuk bela melayu iaitu Pak Lah & Najib. Mereka pemimpin melayu dan mereka selalu bercakap mengenai ketuanan melayu. Jadi mereka mempunyai kelayakan untuk selesaikan perkara ini sebab mereka ada kuasa.

    Oleh itu apa rasionalnya mereka datang ke Majlis PAS dengan dengan memakai Baju Pro ISA sedangkan waktu yang sama Majlis yang dihadiri oleh mereka adalah Majlis Anti ISA..

    Pada saya mereka datang dengan niat satu sahaja iaitu untuk membuat provokasi dan mencabar penyokong2 pembangkang.

    Note:
    Nama mereka pun hebat juga selain nama Perwaris mereka juga dikenali dengan nama "Badan Bertindak Babi"


    NH Shah Alam
    31/12/08

    ReplyDelete
  3. Saudara MSO,
    Saya rasa PERWARIS ada agenda tersembunyi iaitu untuk memburuk-burukkan PAS, maklumlah pilihanraya kecil Kuala Terengganu sudah dekat.
    Kalau betullah mereka ingin membela nasib penduduk berkenaan, kenapa tidak diserahkan saja Memorandum itu kepada Ketua Menteri Melaka. Ali Rustam mempunyai kuasa dan bertanggungjawab untuk membela nasib rakyat negerinya.
    PAS mahupun Pakatan Rakyat tidak mempunyai kuasa ke atas negeri Melaka.
    Agak melucukan bila mengenangkan tindakan PERWARIS ini. Hendak dikatakan 'bodoh' kebanyakan mereka adalah dikalangan profesional. Kalau pendidikan mereka setakat darjah enam, kita fahamlah dan boleh terima.

    Wasallam
    Rosdi

    ReplyDelete
  4. PERWARIS silap memilih tempat bergantung. sepatutnya PERWARIS pergi hantar memo ni kepada Ali Rustam. Tok Guru Haji Hadi bukan Ketua Menteri Melaka. Ketua Menteri Melaka ialah Ali Rustam. Beliau punyai kuasa untuk bertindak menghapuskan penternakan babi yang sedang bermaharajalela.

    Lainla kalau Ali Rustam pun dah termakan duit bawah meja hasil daripada penternakan babi tersebut.

    Perlu diingat, masalah bau busuk babi di Melaka ni menghantui orang Melayu sejak zaman sebelum merdeka lagi. Kebetulan pula Umno menguasai dan memerintah Melaka sejak zaman sebelum merdeka lagi. Jadi, apa yang Umno buat? Pemimpin2 Umno buat apa? Makan gaji buta?

    ikhlas,
    www.pemudakemehe1.blogspot.com

    ReplyDelete