Tuesday, January 13, 2009

Dari Kuala Ke Kuala 4

Betulkah Ada Anggota Polis Kena Ceret Beret?

SEORANG wakil rakyat dari Kelantan yang datang bertugas membantu kempen pilihan raya Pas untuk calonnya Abdul Wahid Endut menyatakan kesedihannya mengenangkan nasib anggota polis yang dikerah bertugas mengawal pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu menghadapi masalah setengahnya ada ceret beret.

Kata Adun berkenaan ini kerana penempatan sementara yang dikhaskan kepada polis tidak begitu sempurna di mana kekurangan prasarana seperti tempat membuang air besar, tidur dan sebagainya yang tidak selesa.

Apa yang malang katanya ada beberapa anggota yang mengalami ceret beret dan sakit perut.

Keadaan penempatan polis khasnya di Batu Buruk juga katanya tidak ubah seperti penempatan khemah pelarian Viatnem yang pernah wujud di negeri ini tahun-tahuan 70-an dulu. "Keadaan mereka tidak ubah seperti pelarian Viatnem," ujar Adun berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan polis sudah menjadi 'mangsa' yang tidak sepatutnya berlaku semata-mata untuk mengawal pilihan raya kecil berkenaan.

Adalah diharap semoga Syed Hamid Albar yang semalam kelihatan muncul di sebuah hotel di bandaraya Kuala Terengganu ini memastikan dakwaan ini benar atau tidak untuk menjaga kesihatan polis.

Jumlah anggota polis kini dikatakan sudah melebihi 6,000 anggota. Kehadiran begitu ramai anggota polis menyebabkan pihak Pas telah membuat berbangai anggapan negatif sehinggakan menterinya terpaksa memberi penjelasan dan meminta agar menghormati tugas polis.

Syed Hamid menteri yang bertanggungjawab perlu memastikan agar apa yang dibimbangi Pas dengan kehadiran begitu ramai anggota polis tidak menimbulkan kekeruhan dan merosakan keyakinan orang ramai kepada pada proses demokrasi.

Dalam pada itu ada maklumat menyatakan kedudukan BN kini dalam keadaan tertekan dan tidak mustahil bagi menjamin kemenangan BN akan menggunakan tektik dan strategi yang tidak terjangkau oleh Pas. [gk.kt 8:15 pm 13/01/09]

4 comments:

  1. pembetulan dari dewan bahasa
    cerek berek = ceret beret

    ReplyDelete
  2. mmg sengaja eja cerek beret ke atau tak reti ejaan yang betul ? or tu sbnrnya ada maksud yang tersendiri hehehe

    ReplyDelete
  3. pembetulan dari dewan bahawa
    ceret beret bukan cerek beret

    ReplyDelete
  4. Salam, tidak sangka ramai ahli bahasa yang tentunya pejuang bahasa Melayu yang kental membaca blog ini, terima kasih. Kesalahan ejaan tidak dapat dielakkan kerana itulah kelemahan saya sejak dari dalam perut ibu lagi. Kepada penjenguk yang membuat teguran dan pembetulan diucapkan terima kasih.
    Sikit untuk pengetahuan kesilapan-kesilapan yang tidak mungkin disengajakan itu disebabkan beberapa faktor yang kalau diterang tidak akan diterima dan bukan alasannya. Yang jelas ialah kelemahan dan kesikapan semulajadi.
    Walaupun sudah diperbetulkan ejaan namun ia tetap silap. Dengan ini diperbetulkan sekali lagi.

    ReplyDelete