Perak Punya Dua Menteri Besar
AGENDA berjalan seperti mana dirancangkan. Petang tadi Adun Pangkor, Zambry Abdul Kadir telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru di hadapan Raja Azlan Shah di istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Usaha rakyat untuk menghalang majlis angkat sumpah itu tidak berjaya.
Rakyat yang terdiri dari penyokong kerajan Pakatan Rakyat berusaha menghalang majlis angkat sumpah itu dengan mengadakan perhimpunan berhampiran istana dan masjid kerana mereka masih beranggapan Nizar Jamaluddin masih sah sebagai MB. Itulah usaha rakyat.
Rakyat mungkin sedar mereka tidak akan mampu menghalang keampuhan institusi itu namun mereka mencuba juga demi mempertahkan hak yang mereka fikirkan benar.
Semua itu dilakukan kerana marah, tidak puas hati dan kecewa dengan apa yang berlaku.
Tunjuk perasaan yang dihadiri ribuan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat selepas menuanaikan solat Jumaat di masjid Ubudiah itu berakhir dengan semburan gas pemedih mata oleh FRU.
Menurut saksi mata seramai lapan orang penunjuk perasaan ditangkap. Polis menyembur air masuk ke dalam masjid dan ada yang pengsen. Saksi berkenaan yang juga merupakan jemaah solat Jumaat memberi tahu ada makmur yang cuba menunjukkan protes kepada Sultan Perak dengan tidak mengaminkan dosa khas untuk Sultan yang dibaca oleh khatib.
Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah bagi negeri Tempoyak kerana mempunyai dua Menteri Besar. Seorang MB yang diikhtiraf oleh rakyat dan seorang MB yang dilantik dengan cara yang disifatkan sebagai rampasan kuasa.
Perlantikan Zambry Abdul Kadir tidak diikhtiraf oleh parti Pakatan Rakyat. Sekejap tadi di Petaling Jaya Majlis Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, DAP dan PAS telah mengadakan sidang akhbar khas di pejabat PKR yang diketuai oleh Penasihat PKR Anwar Ibrahim, Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presien Pas, Nasharuddin Mat Isa.
Kenyataan yang mengandungi tiga perenggan yang diedarkan kepada wartawan itu berbunyi;
Pemimpin Pakatan Rakyatan menyatakan rasa kesal terhadap tindakan biadab rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap YAB Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau. Kami mengutuk sekras-kerasnya tindakan tersebut
Kami akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini. Kami masih berpendirian bahawa YAB Datuk Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.
Pada ketika ini berbagai reaksi seang ditunjukan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krissi di Perak ini. Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalah gunaan kuasa oleh Barisan Nasional. Kami menggesa kepada semua agar bertindak secara aman dan tertib. Kami merayu pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru hara.
Sementara itu dalam perkembangan lain Pengerusi DAP, Karpal Singh bercadang untuk memfailkan saman ke atas Sultan Perak kerana perlucutan jawatan Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan Artikel 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri.
Menurutnya keputusan Sultan Perak itu boleh dipersoalkan di mahkamah undang-unang.
Perkembangan yang berlaku hari ini meletakkan pergolakan politik di negeri Tempoyak itu semakin meruncing dan belum ada tanda-tanda ianya akan reda walaupun BN sudah berjaya melantik menteri besar barunya. [wm.kl 6:45 pm 06/02/09]

Saya sebagai rakyat perak tidak mengangkat tangan "amin" semasa doa untuk sultan dibacakan semasa sembahyang jumaat tadi.
ReplyDeleteSalam Tuan Haji MSO...
ReplyDeleteMaafkan saya andai apa yang akan saya coretkan di sini mungkin agak kasar pada pendapat sesetengah pembaca. Sebagai rakyat biasa, saya merasakan agak terkilan dengan situasi yang berlaku khususnya di negeri di Perak dan amnya di negara kita.
Apa yang dapat saya katakan bahawa Melayu tidak akan bersatu seperti yang diharapkan andainya tidak ada perasaan hormat terhadap orang lain. Kejadian di Perak seharusnya menjadi iktibar kepada semua pihak bahawa hidup ini ibarat roda yang mana bila-bila masa sahaja kita boleh jatuh atau naik.
Kepada pemimpin-pemimpin tertentu di dalam BN janganlah mudah menyatakan bahawa orang lain menderhaka. Lihat dulu siapakah yang lebih menderhaka sama ada YAB Nizar atau pemimpin tertentu di dalam BN. kalau tuan haji masih ingat hilangnya kekebalan raja angkara siapa. Kalau bukan angkara pemimpin-pemimpin BN. Bertukarnya cuti hujung minggu dari Jumaat dan Sabtu ke Sabtu dan Ahad di Johor hingga menimbulkan kemarahan segelintir besar golongan tua di Johor angkara siapa, kalau bukan angkara pemimpin-pemimpin BN (Kalau nak tahu lebih lanjut tanya orang-orang tua kat JOhor dan hingga ke hari ini masih ada yang marah dengan pemimpin tersebut).
Berapa banyak tanah di Johor yang tergadai terutama tanah rezab Melayu kepada orang Singapura kalau bukan angkara pemimpin BN. Sebenarnya banyak lagi perkara angkara pemimpin BN yang boleh dikategorikan sebagai penderhaka yang tidak perlu dinyatakan di sini jika dibandingkan dengan tindakan YAB Nizar. Apa yang saya sedih ialah dikala negara kita menghadapi kemelesetan ekonomi di mana ramai di kalangan rakyat di negara kita terlibat dengan VSS atau diberhentikan kerja, pemimpin BN sibuk berpolitik bagi menetukan survival politik mereka dan tidak memikirkan masalah rakyat.
Masalah kenaikan harga barang yang sehingga kini tidak dapat diatasi langsung tidak dipeduli.
Betul juga kata sesetengah rakan saya bahawa jika pemimpin yang kita lantik dari kalangan anak bangsawan ataupun dengan kata lain anak orang kaya, mereka tidak akan memperdulikan masalah rakyat.
Kadang-kala terbetik dalam fikiran saya sampai bilakah situasi seperti ini akan berakhir. Jika perkara ini dilakukan oleh Anuar Ibrahim pemimpin BN menyatakan bahawa pihak PR tidak ada etika dan moral. Bagaimana pula dengan apa yang dilakukan oleh BN terhadap PR, adakah ianya beretika dan bermoral? Mudahnya bagi BN memperbodohkan rakyat. Dan akhir kata sekali lagi kemaafan andai apa yang saya coretkan di sini menyinggung perasaan. sekian terima kasih.
msmuri...
Papar, Sabah.
sultan masih belum terlambat sekiranya sultan benar-benar sayang dan mengambil berat Rakyatnya sultan sepatutnya menbubarkan dUN kembalilkan kuasa kepada rakyat....
ReplyDeleteRakyat masih mengangap sultan sebagai bapa.....Sebagai bapa tidak salah kadang-kadang kita terpaksa beralah dengan anak demi kerhormanian keluarga kita.............
Sultan Perak mesti berhati2...orang melayu sekarang bukan macam zaman Demang Lebar Daun atau Tuah-Jebat dulu..Sudah ramai yang beranggapan institusi beraja hilang relevannya..Cuba tengok dan contohi Raja Bhumibol Adulyadej, sekurang-kurangnya nasib rakyat difikirkan dan demokrasi perlu dihormati.
ReplyDelete