Wednesday, February 4, 2009

Politik Tempoyak 3

Keputusan SPR Menimbulkan Prejudis

KEPUTUSAN diluar jangka yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam berhubung status Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changat Jering, Othman Jailu sedikiit sebanyak mencemarkan nama susuhanjaya berkenaan dan menimbulkan prejudis.

Keputusan itu secara tidak langsung menyapu catatan putih orang ramai terhadap apa yang berlaku di pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari lepas.

Di Kuala Terengganu tempoh hari sudah ada pujian dan sanjungan kepada SPR kerana berjaya melaksanakan pilihan raya secara bersih dan profesional. Walaupun tahap kebersihannya belum mencapai piwaian tahap suci, di mana kalau SPR itu umpama air ianya masih lagi belum boleh digunakan untuk berwuduk atau bertahrah, tetapi sudah ada tanda-tanda dan jaminan SPR akan lebih telus daripada era sebelum ini.

Misalnya pemecatan Pengurus pilihan raya kecil itu, yang menyalahgunakan kedudukannya kerana turut berkempen untuk calon BN satu tindakan boleh dipuji. Belum ada pengurus pilihan raya dipecat sebelum ini apa lagi menjelang dua hari mengundi. Itu satu sejarah!

Kehadiran Abdul Aziz Mohd Yusuf sebagai Pengerusi baru memberi harapan atau memperlihatkan ada ketelusan nyata kepada SPR. Beliau berusaha untuk menghakiskan daki noda yang meleket pada SPR selama ini.

Tetapi dengan apa yang berlaku semalam - mengistyharkan DUN Behrang dan DUN Changkat Jering tidak kosong ia menyebabkan timbul tangapan bahawa SPR membuka semula kitab lapoknya yang baca tersalah ejaan dan nahu dengan bertindak berat sebelah dan tidak adil. Keputusan SPR yang mengesahkan tidak ada pilihan raya di kedua kerusi itu menimbulkan pelbagai tanggapan buruk.

Ada yang mengatakan ianya sebagai tidak adil dan SPR tidak menghormati perlembagaan. Pihak DAP Perak terang-terang mengatakan SPR tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya dan melangkaui kuasa speaker apabila mengistyharkan kedua-dua kerusi berkenaan tidak kosong.

Apakah SPR khususnya Abdul Aziz Mohd Yusuf terpanggil untuk bersikap seperti Abdul Rashid Abdul Rahman sebelum ini? Beliau memberi alasan penolakan surat perletakan itu kerana meragui akan kesahihan surat yang diserahkan oleh speaker DUN Perak V Sivakumar. Persoalan yang boleh ditimbulkan di sini bila pula SPR berperanan mengesahkan surat-surat yang dihantar oleh speaker?

Impilikasi daripada keputusan itu menunjukkan SPR tidak menghormati dan tidak percaya kepada speaker DUN Perak. Parahnya lagi SPR juga tidak menghormati perlembagaan negeri Perak, Perkara 36(5) berhubung kekosongan sesutaun kerusi DUN di negeri itu. Keadaan yang berlaku itu juga menggambarkan speaker DUN Perak telah melakukan satu kesalahan besar, cuba menipu SPR?

Menurut Abdul Aziz, SPR membuat keputusan tersebut berdasaran kepada perundangan? Sekiranya sepaker menipu siapakah yang boleh mengesahkan spekaer V Sivakumar menipu? Apakah polis atau mahkamah sudah menegsahkan yang surat yang dihantarkan itu sebagai menipu? Belum ada mana-mana pihak polis atau mahkamah mengesahkan surat itu sebagai penipuan jadi bagaimana SPR boleh menggunakan budibicaranya sebagai 'palsu'?

Adalah tidak adil dan tepat kalau tindakan SPR itu kerana berpandukan kepada penafian kedua-dua Adun berkenaan yang membuat laporan polis mengatakan mereka tidak meletak jawatan? Apakah di sini tidak boleh dikatakan Jamaluddin Md Radzi dan Mohd Othman Jailu juga menipu? Malang sekali kalau SPR membuat keputusan ada andaian-andaian yang cenderong untuk memberi laluan kepada mana-mana pihak.

Saya sendiri faham bahawa SPR cuba mengelakkan berlaku sesuatu pembaziran dengan mengistyharkan pilihan raya berlaku di dua kawasan itu. SPR juga mungkin berpandukan kepada apa yang berlaku di Sarawak pada tahun 1982, Mahkamah Pesekutuan dalam kes berkaitan Presiden Parti Bersatu Sarawak (SUPP) Ong Kee Hui lawan angota parti Sinyiu anak Mutit,memutuskan surat diserahkan kepada spekaer itu tanpa tarikh itu bercanggah dengan kepentingan awam.

Mungkin berdasarkan keputusan sedia ada itulah SPR membuat keputusan terhadap surat pemakluman speaker Perak semalam. SPR takut apabila kes itu dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan kedua Adun berkenaan masih menjadi Adun berdasarkan kepada bukti seperti tadi sedangkan pilihan kecil sudah diadakan ia akan membazirkan wang rakyat.
Saya merasa bangga atas sikap SPR itu dalam menjaga wang rakyat. Tetapi apakah untuk memberi keadilan dan menunjukkan badan itu telus kita lebih perlu kawal wang rakyat? Bukankah wang rakyat diperuntukan membawa keadilan kepada semua?

Sepatutnya SPR mengisytharkan berlaku kekosongan dan adakan pilihan raya kecil di kedua-dua kerusi berkenaan. Samada ianya sah atau tidak biar mahkamah tentukan. Pembatalan dua pilihan raya kecil pernah berlaku di Kelantan pada tahun 1993 yang melibatkan DUN Sungai Pinang dan Limbongan. Di mana kedua Adunnya Wan Mohd Najib Mohamad dan Nordin Salleh yang diistyharkan sebagai hilangan kelayakan dikembalikan semula kerusi mereka.
(Cerita saya sudah ulas dalam posting terdahulu).

Biarlah mahkamah yang memutuskan dan SPR jangan sesekali bersikap lebih bijak daripada pemikiran orang lain. Apabila SPR membuat keputusan seperti semalam maka orang akan pertikaikan kewibawaan dan ketelusan susuhanjaya berkenaan. Kalau pun SPR ingin merubah sesutau bukan dengan kuasanya tetapi mestilah melalui mahkamah. Betapa pun betul tindakan SPR tetapi kerana ia tidak dibuat menerusi perundangan (mahkamah) maka SPR tetap diprejudiskan. [wm.kl. 10:30 am 04/02/09]

1 comment:

  1. Salam Bro MSO..

    Firstly selamat menyambut hari jadi yang ke......?

    Syabas dan tahniah daripada saya diatas ulasan yang cukup baik mengenai kemelut politik di Perak ini..

    Rakyat sedang menilai tindak tanduk dan kelakuan SPR dibawah Pengerusi Baru. Adakah pengerusi baru ini lebih teruk daripada Rashid? Wallahualam..


    -NH Shah Alam-

    ReplyDelete