[perhatian saya akan beri respon terhadap posting ini] KETERUJAAN dan minat orang ramai kepada Menteri Besar Rakyat Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin bukan saja dari kalangan ahli Pas diperingkat cawangan di Gua Musang ataupun Pas kawasan di Kuala Lumpur, tetapi ia juga turut menarik minat seroang professor di universiti tempatan.
Bagaiamana ahli Pas bawahan menerima Nizar sebagai hero begitulah juga professor berkenaan menerima Nizar sebagai pemuka baru dalam persada politik, khasnya politik Pas. Malahan professor itu lebih "ke depan" lagi meramalkan Nizar layak untuk jadi presiden Pas di masa akan datang. Dengan aset semulajadi yang ada kepada bekas MB Perak itu, kata profesor berkenaan Nizarlah type presiden Pas yang sebenarnya. Nampaknya professor mengkagumi penampilan Nizar!
Saya tidak terkejut kalau ahli Pas mula mengkultus Nizar Jamaluddin selepas meletusnya krisis politik tempoyak di Perak. Keberaniannya untuk turun ke gelanggang menjadi penentang utama kepada kehilangan kerajaannya (jawatan MB dan kerajaan Pakatan Perak) boleh ditabik lebih dari dua kali.
Calang-calang orang yang berani untuk melakukan apa yang Nizar lakukan. Senario yang berlaku di Perak itu bukan saja dengan UBN tetapi dengan Istana, dengan Raja Perak sendiri, dengan Sultan Azlan Shah. Nizar berjaya membawa semula watak-watak dalam cerita Melayu klasik seperti Jebat, ataupun watak-watak penentang kolonial di zaman moden seperti Tok Saga, Mat Kilau, Tok Janggut dan sebagainya.
Nizar seorang berani dan begitu yakin dengan apa yang dilakukannya. Berani kerana kebenaran. Dan yakin dia akan menang di hujung harinya kelak. Atas kapasiti dan budi itulah maka kini beliau menjadi pujaan ramai. Kegemilangannya di Perak menenggerhanakan seribu tokoh lain. Kalau Panglima Bukit Gantang masih hidup dan berlawan dengannya, panglima itu juga akan kalah di bandingkan dengan populariti Nizar. Mungkin orang Cina tidak ada menyokong Panglima Bukit Gantang, tetapi ada Cina yang menjulang keberanian Nizar.
Populariti Nizar juga mengatasi segala yang lain. Buktinya, dia kini mula mendapat pencalonan dari kawasan Pas untuk menakhtai jawatan Naib Presiden. Bererti kemunculan Nizar dalam sekelip mata bukan saja menyusahkan UBN Perak, menganggui tidur orang-orang dalam Istana di Kuala Kangsar, tetapi turut mencuri peluang tokoh Pas yang hendak bertanding jawatan Naib Presiden.
Saya mengira kalau Nizar menerima pencalonan dia akan menang dengan undi tertinggi. Nampaknya fenomena dalam hiburan turut berjangkit ke dalam politik, di mana orang popular mudah mendapat sokongan dan akan menguasai parti. Apa yang berlaku ke atas Asmawi Ani (Mawi) akan berlaku ke atas Nizar Jamaluddin. Kalau kerajaan Kelantan juga terliur mengundang Mawi apa lagi dengan ahli bawahan yang muda nampak kepada objek-objek yang aneh dan mudah memantulkan cahaya.
Tetapi apakah ada yang sedar di sebalik kehebatan Nizar ini bahawa cara Nizar itu tidak ubah seperti Pak Kadok yang menang sorak kampung tergadai? Nizar menjadi pujaan tetapi kuasa hilang! Nizar disokong oleh rakyat namun jawatan tidak ada? Inilah perkara yang perlu ahli Pas khasnya kena menilai dan merenungi ke atas tindak tanduk Nizar.
Ditimbulkan ini bukan bermakna menolak kehebatan Nizar, tetapi apakah maknanya dari konteks politik kalau kita menang, mendapat kepercayaan rakyat tetapi kuasa tidak ada dan masalah itu akan berlarutan dan menjadi satu liabaliti pula kepada masa depan Pas dengan pihak lain.
Ada sesuatu yang Nizar atau orang yang mengkaguminya mempelajari dan mengesan natijah dari konteks politik dengan apa yang berlaku. Pada saya Nizar seharusnya lebih bijaksana meletakkan keberanian dan popularitinya. Beliau tidak seharusnya berani membuta tuli seperti mana yang berlaku kini. Kesannya kini sudah mula dirasai akibat kerana kurang bijak itu Pas Perak kehilangan seorang berbakat besar sepertinya. Tidak mungkin lagi Nizar akan dapat kembali ke jawatan MB selagi Raja Perak yang ada kini masih menjadi raja.
Hakikatnya untuk melahirkan seorang Nizar lagi di Perak bukan mudah. Mungkin 20 tahun lagi belum terjamin. Sayangnya kelahiran Nizar itu tidak dibentuk dan dijagai serapi mungkin yang mana ianya bersifat sementara saja. Pemimpin yang lahir dari krisis biasanya sekejap saja auranya. Pemimpin yang sejati ialah yang lahir secara nature dan mempunyai track record perkhidmatan yang gemilang dan dapat diperhatikan rakyat.
Bila teringat Nizar maka teringatlah saya juga kepada bekas MB Terengganu Idris Jusoh di negeri penyu menangis itu. Idris Jusoh juga macam Pak Kadok, parti menang tetapi tidak dapat jadi MB. Idris Jusoh juga seorang yang bijak, tidak 'cap ayam', tetap 'cap lembu' jika dibandingkan dengan MB Terengganu kini, Ahmad Said yang dilabelkan sebagai tidak ada kelas. Tetapi apa sudah yang berlaku kini. Orang 'cap ayam' menjadi MB, manakala orang 'cap lembu' melopong mulut jaja kekuatan ke sana ke mari.
Tidak ada guna kalau cerdik tetapi tidak ada kuasa dan menyusahkan parti. Idris Jusoh bukan main lagi hebat, berani melawan Sultan Terengganu. Sampai ada orang yang menyokongnya menaikkan sepanduk berbunyi; Kami Nak Deris, Natang. Rakyat UBN pun bertepok tangan memberi sokongan, menjulang Idris bagaikan Panglima Hitam yang berjaya membunuh 40 lanun di lautan Cina selatan.
Hebat! Bagaimana pun istana tidak ikhtiraf keberanian itu. Apalah gunanya kalau istana tidak iktiraf, maka apa yang dilakukan itu sia-sia saja. Apakah kita cukup untuk melihat keberanian itu sekadar dicatat dalam sejarah? Apa hasilnya yang kita dapat dari kehebatan yang begitu? Tidak ada apa kecuali kita terus haus dan merasa terkilan dengan apa yang berlaku.
Baik bagi Nizar maupun Idris Jusoh keduanya mereka sudah tidak ada lagi dalam lipatan jiwa istana di Perak dan Terengganu. Kecualilah ada wali yang turun dari langit mendoakan untuk mereka sehingga membuka kamar hati Raja atau Sultan menerima mereka balik. Harapan itu sangat mustahil sekali ianya tidak ubah seperti mengharap hujan naik ke langit.
Justeru dalam hal ini Idris Jusoh masih bernasib baik kerana menteri besar Terengganu adalah kumpulan yang sama dengannya. Idris boleh perbetulkan kesilapan yang dilakukan dengan merendah diri menerima Ahmad Said sebagai MB. Saya rasa Ahmad Said masih bersedia untuk membuka pintu taubat kepada Idris Jusoh. Sebaliknya Nizar tidak mungkin kerana Zambry Abdul Kadir dari kumpulan lain.
Ingatlah, kemenangan tidak akan dicapai dengan keberanian semata-mata, sebaliknya kemenangan akan diraih apabila ia disusuli dengan ketulusan dan kebijaksanaan. [wm.kl. 5:20 pm 26/04/09]
Ada sesuatu yang Nizar atau orang yang mengkaguminya mempelajari dan mengesan natijah dari konteks politik dengan apa yang berlaku. Pada saya Nizar seharusnya lebih bijaksana meletakkan keberanian dan popularitinya. Beliau tidak seharusnya berani membuta tuli seperti mana yang berlaku kini. Kesannya kini sudah mula dirasai akibat kerana kurang bijak itu Pas Perak kehilangan seorang berbakat besar sepertinya. Tidak mungkin lagi Nizar akan dapat kembali ke jawatan MB selagi Raja Perak yang ada kini masih menjadi raja.
ReplyDeletesy tdk cukup masa utk komen terlalu panjang..tp saya rasa pas tidak hilang seorang pejuang bahkan menambah bilangan orang yang menyokong Pas...MSO mungkin tidak mengenali terlalu Rapat menganai Nizar...tidak perlu mempersoalkan apa yang akan berlaku pd masa hadapan...Sedangkan Nik Aziz pun pernah bercakaran dengan sultan..Mso kita hanya menuntut kebenaran..seorang yg berani adlh seorang pejuaang..tidak perlulah mempersoalkan kebijaksanaan beliau..adakah Tuan MSO terlalu bijak untuk menghakimi seseorang..
Nizar bukan lahir dr krisis..belaiau telah mengemudi perak dengan baik...ade sebab rakyat marah bila kuasa nya dirampas..
MSO tuan hanya pandai mengkritik orang yg tuan tidak berapa kenali...kadangkala ia amat menyakitkan hati membaca tulisan tuan..terlalu bias...klu nak cerita buruk semua manusia ada buruk nya..klu x tau ape2 lebih baik senyap..
Tuan MSO,
ReplyDeleteKata-kata tuan sekali lagi bersifat anti-klimaks dalam momentum pergerakan siasah hari ini. Tuan lah patut jadi Presiden PAS di atas kebijaksanaan yang tuan ada dalam selok belok bersiasah. Maaf !
Pada pendapat saya , nizar adalah anugerah allah kepada rakyat perak. Tak siapa menduga perak mendapat menteri besar dari parti pas. Dia akan jauh pergi kehadapan.
ReplyDeleteSaudara MSO.. izinkan saya komen dari kaca mata anak muda yg lahir dan membesar di Perak.... Ir Nizar memang seolah2 lahir dan bersinar dek kerana krisis rampasan kuasa di Perak... Tapi saya percaya, sedikit pun tidak terlintas di hatinya yg dia akan di pilih oleh Allah utk memimpin rakyat perak...
ReplyDeleteBagi kami generasi muda di Perak... beliau adalah satu icon baru perjuangan rakyat menuntut kebenaran... Oleh itu saya tidak bersetuju jika tuan MSO menyatakan yg Pas dan rakyat Perak kehilangan seorg pemimpin yg berbakat besar... Hakikatnya saya dan ramai lagi kawan2 segenerasi dgn saya sudah mula sedar dan celik politik, hanya kerana isu rampasan kuasa ini....
Realitinya mungkin benar pendapat tuan MSO yg sultan Perak tidak mungkin menerima IR Nizar sebagai MB lagi... tapi itu bukanlah keperluan utama kami... keperluan kami anak2 muda adalah seseorang yg blh dijadikan icon, contoh dan ikutan dalam perjuangan.. dan Ir Nizar adalah salah sorangnya..
Terus terang icon pimpinan politik saya sbg anak muda adalah DSAI, TGNA, DS Nizar, YB saifudin, YB salehudin Ayub, YB Yusmadi, YB Nik Nazmi. YB Nurul Izzah.. org2 inilah yg akan mewarnai pentas politik malaysia 10-20 thn akan datang....
Apapun moga saya dapat turut sama berjuang bersama2 mereka kelak demi agama dan negara kita..
salam semua,
ReplyDeleteds nizar adalah permulaan bagi pemimpin pas baru bagi slogan 'pas for all'. penerimaan rakyat berbilang kaum terhadap kepimpinanya menjadi bukti. sebelum ini belum ada pemimpin islam di perak yang dapat diterima oleh bukan islam sehebat nizar. insyallah akan banyak lagi pemimpin baru seperti nizar akan timbul. nizar elok diketengahkan diperingkat federal selepas ini. tuan mso pemikiran tuan masih lagi diperingkat pantai timur semenanjung, wallahualam.
spt gelas dengan air yg separuh ,ada yg nampak 1/2 penuh , ada yg nampak 1/2 kosong.
ReplyDeletebagi PAS , kemunculan MB Ir Nizar adalah satu bonus. siapa sangka , parti yg mempunyai kerusi tersikit dipilih sbg MB. Siapa sangka , imej PAS yg kekampungan dan anti-progresif ditukar dlm sekelip mata. Siapa sangka, pemimpin PAS kini menjadi ikon pujaan bukan melayu yakni Cina dan India yg tidak pernah berlaku sejak penubuhan PAS. Siapa sangka , selain Anwar dan TGNA , kita mempunyai seorang pemimpin PR yg hampir disukai oleh semua lapisan masyarakat berbilang kaum .
siapa sangka...........dan itulah Nizar.
Apakah PAS rugi ?? ya.. mungkin.. kerugian sebakul..tapi untung selori !!
Tuan MSO
ReplyDeleteMenang sorak, kampung tergadai. Bunyi macam hujah UMNO terutama di Perak dan Penang. Apa yang tergadainya? Dah 50 tahun cukuplah dah digadaikan oleh UMNO jahanam. Hilangnya kuasa MB Nizar tidak bermakna ia akan terus hilang dari arus perdana politik. Insya Allah, pada masa depan, beliau akan dianugerah kuasa PM oleh Allah Taala. Secara amnya, pada pandangan saya, beliau lulus cemerlang dalam ujian pertama krisis di perak. BERANI KERANA BENAR. BUKAN MEMBABI BUTA SPT KATA TUAN. Calang2orang boleh jadi sakit jiwa dan rebah dengan ujian yg dihadapi beliau.
Moga DS Nizar terus tabah dan istiqamah dalam perjuangannya. TAKBIR!!! ALLAHUAKHBAR
Bekas ahli UMNO 1986-1997
"Baik bagi Nizar maupun Idris Jusoh keduanya mereka sudah tidak ada lagi dalam lipatan jiwa istana di Perak dan Terengganu. Kecualilah ada wali yang turun dari langit mendoakan untuk mereka sehingga membuka kamar hati Raja atau Sultan menerima mereka balik. Harapan itu sangat mustahil sekali ianya tidak ubah seperti mengharap hujan naik ke langit."
ReplyDeleteKita berharap hanya kepada Allah, tapi Allah marah dan murka kepada orang yang berputus asa...
TuaN MSO...
ReplyDeleteMaafkan saya atas penggunaan bahasa yang sedikit kasar tadi...Saya agak kesibukan untuk mengulas mengenai tulisan tuan kali ini sehingga tersasar dari menggunakan bahasa yang sopan...Saya adalah peminat tegar Blog tuan...Saya hanya kadang kala sahaja memberi komen dengan menggunakan lebih dr satu Nickname...Jurang usia saya dengan Tuan adalah terlalu tinggi...Saya meminta maaf atas komen diatas tadi...
Teruskan perjuangan menjadi seorang penulis yang jujur dan tidak memihak...
suara emas
Salam pada MSO dan semua penjengunk blog ini,
ReplyDeletePada saya situasi Ir Nizar dengan Idris Jusoh adalah dua perkara yang berbeza. Dalam kes Ir Nizar, kuasa beliau dirompak secara tidak bermnoral oleh pihak pemerintah yang tidak adil Khususnya PM Malaysia pada hari ini. Tetapi Idris jusoh hanyalah tidak diterima oleh pihak istana untuk mengetuai kerajaan Terengganu atas rekod beliau sebagai menteri besar yang lepas.
Justeru, tindakan Ir Nizar untuk mempertahankan kuasanya hanyalah mewakili rakyat yang telah memberi amanah kepada beliau untuk meneruskan amanah tersebut hinggalah pilihanraya yg seterusnya. Pada saya tindakan beliau adalah sesuai dengan situasinya bukannya satu tindakan yang tidak/kurang bijak sebagaimana yang MSO nyatakan. Tindakan Ir Nizar itu hanyalah mempertahankan diri dan bukannya sama sekali menghina sultan Perak. Cumanya di Malaysia demokrasi kita amat jauh daripada takrifan demokrasi sebenar. Walaupun rakyat diberi hak mengundi tetapi akhirnya kuasa memilih pemimpin terletak di tangan mereka yang mempunyai kuasa seperti sultan. Bagi saya demokrasi style Malaysia ini tidak menjamin kepada pemberian hak kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.
Berbalik kepada ramalan MSO bahawa ada kemungkinan sultan perak tidak akan memilih beliau lagi sebagai MB pada masa akan datang, pada saya hanya pada Allah kita berserah. Sama ada akan di lantik atau sebaliknya semuanya ada hikmah yang tersendiri. Mana tau pada masa akan datang lahir lagi individu seperti Ir Nizar. Dan yang pastinya Ir Nizar telah memberi impaknya yang tersendiri terhadap perjuangan parti islam sebagai parti alternatif kepada semua kaum di Malaysia. Kehadiran beliau di persada politik dapat menarik minat kepada kaum Cina dan India untuk terus dekat kepada parti Islam yang mana kadang kala umat melayu pun allergic dengan perkataan "parti Islam".
Wallahu 'alam.
Sdr MSO,
ReplyDeleteUlasan tuan kali ini agak tersasar dan perbandingan tuan antara DS Ir. Nizar dan DS Idris juga tidak menepati persamaan personalitinya. Apalagi jika di ambil contoh lagenda Pak Kadok, terus tersasar.
Dengan ini saya melihat kemungkinan tuan kurang rehat atau stress semasa menulis.
Hari-hari saya ikutu tulisan tuan, apa yang saya harap, hasillah maklumat dengan sesuatu yang baik, berguna, bermenafaat dan berilmu pengetahuan.
Yang paling penting adalah sesuatu artikel yang jelas dari sedikit penyelidikan dan rujukan.
Maaf, wallahhuaklam.
Salam,
ReplyDeleteTuan MSO,saya sering membaca artikel tuan dan jarang sekali memberilkan komen tapi atas dasar apa kerana artikel ini menark saya untuk memberikan sedikit pandangan.
Adalah saya rasakan tidak adil memberikan perbandingan antara 2 bekas menteri besar ni..Atas hanya persamaan kerana penolakan istana maka mereka diberikan perbandingan bukan kerana jasa masing-masing semasa meraka menjadi menteri besar.
Amat besar saya rasa perbezaan dan sumbangan masing-masing kepada rakyat Perak dan Terengganu..Seperti kita ketahui bekas MB Terengganu jasanya memang cukup besar pada Terengganu hingga ada rakyat yang tiada air biarpun berbelas tahun UBN memerintah disebalik gah nya Mesjid Kristal yang Jumaat pun kadang-kadang tak cukup korum..Bagaimanapun icon anak muda Perak ini berbeza biarpun baru setahun menjadi MB maka populariti beliu dan sumbangan beliau amat bererti kepada Rakyat yang berpuloh tahun merempat dinegeri sendiri tanpa tanah yang sah..
Itu sahaja pandangan saya Tuan..Harap maaf jika terkasar bahasa dan apa-apa tersentuh tuan...Wassallam
Waksab.blogspot.com-DariMindaKU
Assalamu 'alaikum,
ReplyDeleteTn Hj MSO dan rakan-rakan pembaca Blog sekalian,
DS Ir Nizar tidak 'gagal', insya Allah. PAS tidak rugi, insya Allah. Islam tidak tumbang, insya Allah.
'Saya' dapat memerintah bukan segala-galanya. Itu bukan matlamat. Itu adalah alat. Matlamat satu sahaja, Allah redha dengan kita.
TGNA pernah kata, "kalau UMNO sanggup ubah perjuangan mereka kepada Islam, hari 'ni jugak kita bubarkan PAS!" Kenapa seorang pejuang Islam seperti TGNA sanggup kata begitu? Kerana Tok Guru faham, yang mana alat, yang mana matlamat.
PAS hanya alat! Islam adalah matlamat! Jika melalui PAS akhirnya orang DAP boleh terima Islam, orang UMNO berubah perjuangan kepada Islam... Walaupun PAS tidak memerintah, MATLAMAT sebenarnya telah pun dicapai... Kecuali penyakit 'kibr' menguasai hati orang PAS sehingga merasa, HANYA dan HANYA mereka sahajalah yang boleh dan layak menegakkan Islam atas muka bumi Malaysia ini... wal-'iyaazubillah!
Ingat! Apabila Monggol meranapkan Baghdad, segala harapan seolah telah hancur! Malah untuk bermimpi atas kemenangan Islam juga seperti menjadi satu dosa! Tapi, apa yang disaksikan oleh sejarah? Sejarah mengajar kita, betapa benar Allah adalah Maha Kuasa. Dan agama ini adalah agama Allah!
Suatu yang kelihatan amat mustahil... Islam akhirnya telah bangkit dan a'laa! Kalimah Allah telah menjadi 'ulyaa... malah Allah lakukan dengan cara yang paling tidak termasuk dek akal manusia... Dengan mudah, Allah telah jadikan kaum yang membantai Islam dna khilafah Islamiah ketika itu, maka kaum yang sama Allah telah limpahkan hidayah, sehingga mereka pula yang menjadi pejuang dan penegak agama!
Allahu Akbar! Walillahil-hamd!
sangFaqir
diam - diam ubi berisi, satu peribahasa yang saya rasa sesuai untuk DS ir Nizar. kalau tiada rampasan kuasa, maka rakyat tidak akan tahu kelebihan ir Nizar. malah bagi saya rampasan ini telah menjadi satu promosi atau iklan yang cukup hebat bagi pakatan rakyat dalam meraih undi yang banyak dan menambah penguasaan di lain - lain negeri di bawah pentadbiran BN. dan jika berlaku lagi rampasan kuasa di negeri - negeri lain dibawah pentadbiran PR, kempen undi PR pasti akan menjadi begitu rancak dan yang mungkin tinggal untuk BN pada pilihan raya umum akan datang hanyalah sabah dan sarawak.
ReplyDeleteTuan MSO,
ReplyDeleteTulisan-tulisan tuan banyak yang berbentuk 'nujum'. Sehingga saya rasa tuan menentang aspirasi rakyat. Tapi, saya meminati tuan atas keberanian tuan menegur meskipun TGNA.
Dalam posting ini, saya rasa amat wajar kalau tuan sendiri memberikan cadangan tuan yang terbaik, daripada tuan memberikan komen sebegitu, dan menoktahkan perenggan itu seolah-olah tuan sendiripun tak tahu apa yang tuan dah ulaskan.
Maaf kalau terkasar.
tuan,
ReplyDeletesaya tidak dapat lupa tuan siarkan gambar kemenangan pertama DSAI di permatang pauh.
kemenangan yang menjatuhkan PAS di Permatang Pauh sehingga hari ini.
dan orang yang sama ini juga telah melagakan ahli PAS dan mengelirukan penyokong PAS tentang perjuangan Islam.
sedih, ramai ahli kita sudah tidak berusrah atau tidak pernah menyertai usrah. ada yang tidak kenal buku apa ertinya saya menganut Islam.
sedih tuan.
harap tuan terus berjuang membersihkan PAS daripada pejuang Islam tiruan.
-Ahli PAS sebenar, bukan ideologi pakatan rakyat yang menglirukan-
saya harap tuan MSO berikan satu penulisan yang lebih jitu dan bukan sekadar lepas batuk di tangga tanpa buat analisa yg mendalam...Ia tidak baik kerana boleh menjatuhkan kredibiliti tuan sebagai penulis...tulisan tuan kadang kala agak kabur...mungkin pembacaan tuan hanya tertumpu pada bidang polik tanpa mengambi berat mengenai ilmu yg lain..
ReplyDeletesuara emas
Salam MSO,
ReplyDeleteBrengsek kepada blogers yang memberi komen pada posting ini (tidak termasuk saya)...
Inilah kebodohan dan kelayuan minda orang PR berpolitik,,, bila kena batang hidung sendiri menyalahkan MSO, MSO tulis apa yang hakikat sebenar,,, bukan masalah kenal atau tidak,,, berpijaklah dibumi nyata,,, wahai pencacai PAS @PR.
Teruskan MSO dengan laporan bias tuan terhadap PR... bukan dengan bias kita tidak menyokong,,, kadang-kadang dengan bias kita boleh tersentak tari lamunan...
Saudara telah membuat perbandingan ditahap yang bodoh. Mana kan sama Idris Jusoh dengan Nizar. Di Terengganu Idris Jusoh vs Ahmad Said (kedua-duanya UMNO-BN). Bukan kes rampasan kuasa berlainan parti. Di Perak Nizar vs Zambry (PR dan BN). Mana ada persamaan. Kes rampasan kuasa oleh UMNO-BN terhadap kerajaan PR. Banyakkan lagi membaca dan menambak ilmu pengetahuan saudara, lepas itu baru komen. Jangan buat orang keliru!...
ReplyDeleteIni komen dari Al Hussyen yang dikirimkan. Terima kasih.
ReplyDeleteMSO : Nizar seperti Pak Kadok?
Saya rasa terpanggil apabila membaca entri MSO yang bertajuk 'Hero yang tiada Kuasa'. Antara lain dia berkata tentang Nizar :
Tetapi apakah ada yang sedar di sebalik kehebatan Nizar ini bahawa cara Nizar itu tidak ubah seperti Pak Kadok yang menang sorak kampung tergadai? Nizar menjadi pujaan tetapi kuasa hilang! Nizar disokong oleh rakyat namun jawatan tidak ada? Inilah perkara yang perlu ahli Pas khasnya kena menilai dan merenungi ke atas tindak tanduk Nizar.
Ditimbulkan ini bukan bermakna menolak kehebatan Nizar, tetapi apakah maknanya dari konteks politik kalau kita menang, mendapat kepercayaan rakyat tetapi kuasa tidak ada dan masalah itu akan berlarutan dan menjadi satu liabaliti pula kepada masa depan Pas dengan pihak lain.
Saya tidak berhajat untuk mengulas panjang tentang anggapan MSO yang menyifatkan Nizar seperti seorang Pak Kadok ; disamping mengakui kehebatan Nizar.
Nizar pernah menyatakan bahawa apa yang diperjuangkan olehnya bukanlah kerana mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar; tetapi kerana menjaga amanah rakyat yang dipertanggungjawabkan keatas bahunya. Jauh sekali untuk menonjolkan diri supaya dilihat hebat dimata manusia.
Seorang yang rapat dengan Nizar pernah bertanya kepadanya, mana yang lebih disukainya, menjadi seorang Menteri Besar atau sebagai mana dahulu sebelum ini; sebagai seorang usahawan?
Nizar menjawap yang beliau lebih suka menjalankan perniagaannya sebagaimana dahulu daripada menjadi seorang MB .Tetapi oleh kerana jemaah yang mahukannya menjadi MB, maka beliau terpajksa menerimanya dan tiada pilihan lain.
MSO musykil dan bertanya “apakah maknanya dari konteks politik kalau kita menang, mendapat kepercayaan rakyat tetapi kuasa tidak ada.”
Dan persoalan itu lah sebenarnya yang rakyat Perak mahukan ianya diberikan jawapan yang sebenarnya.
Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya , dimana “mereka yang kalah , tidak mendapat kepercayaan rakyat tetapi kuasa ada”.Perkara sebegini yang amat janggal tetapi bagaimana ianya boleh berlaku dalam negeri yang mengaku mengamalkan sistem demokrasi.
Inilah yang rakyat Perak mahu perbetulkan dan akan terus diperjuangkan demi keadilan dan kebajikan rakyat keseluruhannya.
Saya amat kagum diatas kecekalan dan ketabahan Nizar dalam memperjuangkan untuk mendapatkan semula hak rakyat. Kemampuan Nizar bertahan dalam menghadapi segala cabaran sehingga kini amat membanggakan.Calang-calang orang sudah tentu lama tersungkor . Apa yang dilakukan Nizar adalah usaha yang bersinambungan dan pastinya akan diteruskan oleh generasi selepasnya hingga keadilan dipulihkan.
Kita semua perlu memberikan semangat dan dorongan agar Nizar terus memperjuangkan hak rakyat untuk mendapatkan keadilan.Mendapatkan kuasa daripada suara rakyat yang bersamanya.
MSO juga mengatakan ,"Kecualilah ada wali yang turun dari langit mendoakan untuk mereka sehingga membuka kamar hati Raja atau Sultan menerima mereka balik,"
Apakah MSO terlupa tentang wujudnya malaikat Jibrail yang tugasnya menyabut nyawa tidak kira apa pangkat dan kedudukan ; samada Sultan atau rakyat biasa?
Apakah mungkin MSO akan bermurah hati menghuraikan kepada kita , rakyat Perak tentang rahsia kemenangan sebagaimana yang dikatanya :
“Ingatlah, kemenangan tidak akan dicapai dengan keberanian semata-mata, sebaliknya kemenangan akan diraih apabila ia disusuli dengan ketulusan dan kebijaksanaan
MSO tentunya lebih bijak daripada Pak Kadok. Kita tunggu penjelasannya tentang 'apakah ketulusan dan kebijaksanaan yang dimaksudkan' oleh MSO.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSy rasa pelik Nizar disamakan dgn Pak Kadok ... pd pandangan sy rakyat Terengganu yg jadi Pak Kadok menang sorak KG tergadai.
ReplyDeletesejak 2000-2008 wang royalti minyak berjumlah RM15.47 bilion tapi yg rakyat TRG dapat melalui UMNO cuma Rm6.7 bilion. Malah bekas MB Idris Jusoh X tahu jumlah sebenar Kerajaan TRG patut dapat.
Saya setuju dengan tulisan saudara MSO. Namun ada sesuatu yang tidak saudara tulis, iaitu; hasil daripada pengorbanan DS Nizar itu, politik M'sia telah dan akan terus berubah. PAS (kalau bukan keadilan sistem Islam) diterima oleh masyarakat bukan Islam terutama Cina dan India. Saya percaya DS Nizar telah menilai beliau akan tidak akan lagi diterima Sultan untuk menjadi MB. Namun beliau memilih untuk berkorban demi perkembangan PAS ini. Saya tidak tahu, siapa lagi akan bersikap seperti beliau. 50 tahun lagi, beliau akan terus disanjung dan dijadikan ikon seperti kita hari ini menyanjung Tok Janggut, Abdul Rahman Limbung, Mat Kilau, Dato' Bahaman dan pejuang-pejuang lain.
ReplyDeletesalam kepada penjenguk
ReplyDeletekepada pengomen yang taksub, sudah-sudah la tuh taksub, taksub dinilai sebagai BUTA oleh sesetengah orang. antara BUTA dan CELIK kan ada bezanya?
komen tentang PAS:
naiknya PAS di PRU lalu dek kerana kesatuan mereka dengan PKR dan DAP, jadi kena lah sedar tang yang ini... PAS diterima oleh bukan islam disebabkan mereka berada dalam kesatuan PR.
saya bersetuju dengan MSO, "tangan yang menggerakkan Nizar"