Thursday, July 9, 2009

Pukul Memukul

Giliran Cikgu Rahim Pula Bermain Politik

CIKGU Wan Rahim Abdullah, salah seorang geng “Tiga Abdul” yang popular pada tahun 90-an, dikenali sebagai seorang yang licit dalam berpolitik. Beliau tidak suka menonjol dan banyak berkerja secara senyap. Namun sikap ini bukan menunjukkan dia seorang yang lurus dan mudah untuk dipercayai.

Secara harfiah sikapnya nampak terbuka dan pandai mengawal emosi. Kalau dia marah kepada seseorang, marahnya dipendamkan dalam perutnya saja, ia tidak mungkin padam sampai ke bila-bila.

Bila beliau ditanya kenapa Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak turun ke Kuala Krai dan Manik Urai, beliau menjawab dengan berlapik dan merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi Awang yang menjelaskan kepada wartawan mengenai ketidakhadiran Nasharudin pada hari penamaan calon kerana Nasharudin ada urusan lain.

Wan Rahim (foto) nampaknya tidak berani memberi pandangannya sendiri atau mendedahkan secara jujur maklumat yang beliau ketahui. Kenapa beliau mengelak dengan berpegang kepada jawaban Abdul Hadi yang beretujuan menjaga maruah Nasharudin itu? Saya tidak fikir kalau Presiden Pas itu tidak tahu apa-apa keputusan Pas Kelantan.

Anih juga kenapa dalam kes Nasharudin ini cikgu Rahim turut mengelak seperti mana Fatah Haron. Tidak mahu berkata benar dan memperakui apa yang berlaku. Apakah itu model politik Tiga Abdul?

Sikap ini menyebabkan ‘kehebatan” Wan Rahim sebelum ini dikenali sebagai seorang terbuka boleh dipersoalkan. Saya tidak percaya kalau Wan Rahim sebagai Penasihat JPN Kelantan tidak mengetahui apa yang berlaku. Naif sangatlah dunia politiknya. Tidak layaklah beliau memegang jawatan itu kalau hal itu pun tidak diketahui.

Kenapa tidak mahu dedahkan perkara yang sebenarnya. Bukankah telah dikaji dari semua sudut Nasharudin tidak memberi apa-apa bekas kepada pilihan raya kecil Manik Urai? Jadi kenapa perlu menutup apa yang berlaku. Katalah secara terang-terang bahawa Nasharudin tidak dibenarkan menghadiri diri di kawasan pilihan raya itu pada sepanjang pilihan raya berlangsung kerana ianya tidak diperlu. Tak payah memutar belit kata-kata macam orang mabuk.

Nasharudin telah menjadi mangsa pendekatan ‘lokaliti’ yang diperkenalkan oleh jentera pilihan raya Pas untuk pilihan raya kecil berkenaan. Walaupun beliau ahli parlimen Bachok dan timbalan presiden Pas, tetapi beliau dilihat tidak memberi guna kepada orang Kuala Krai dan Manik Urai. Kehadirannya dirasakan memberi libaliti kepada Pas dalam pilihan raya itu. , Begitulah pada tilikkan jentera yang dinasihati oleh cikgu Rahim.

Kalau kita yakin dengan apa yang kita pegang, kenapa tidak mahu berterus terang dan bertanggungjawab ke atasnya? Kenapa bersikap munafik? Katakan saja. Jangan ajar ahli-ahli Pas menjadi munafik sama seperti kita. Jangan ajar rakyat juga menjadi munafik. Pas sebagai parti Islam dan badan dakwah tidak elok kalau pemimpinnya ‘klu klek’.

Di sini ingin saya jelas daripada apa maklumat yang saya tahu, keputusan menghalang kehadiran Nasharudin itu dibuat pada 25 Julai oleh Badan Perhubungan Pas Kelantan. Mesyuarat itu dihadiri oleh semua ketua-ketua kawasan termasuk cikgu Rahim dan Fatah Haron berserta dengan ketua-ketua dewan dan juga pesuruhjaya dan naib pesuruhjaya Pas. Mesyuarat hari itu tidak dipengerusikan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Katanya orang yang memberi ilham untuk menghalang Nasharudin hadir ialah orang yang hari ini yang mengakui tidak mengetahui hal yang berlaku ke atas Nasharudin itu sendiri.
Hasil keputusan itu Pas Kelantan telah menghantar tiga orang wakil menemui Nasharudin dan memaklumkan mengenai larangan itu. Wakil itu ialah Adun Perupok, Omar Mohamad, Adun Lanas, Abdullah Yaacob dan Adun Demit, Mohammad Mustafa. Jelas bukan?

Jadi untuk apa, baik Fatah atau cikgu Rahim hendak berdolak dalih dan mengelak dalam soal ini. Cuma belum dipastikan apakah keputusan mesyuarat itu diperincikan kepada Tok Guru ataupun tidak? Apakah Setiausaha Badan Perhubungan Pas telah menjelaskan mengenai keputusan itu atau pun tidak kepada Tok Guru.Atau keputusan itu dilaksanakan tanpa pengetahuan Tok Guru atau Tok Guru diberikan maklumat salah?

Di sini kita tidak mahu mempersoalkan apakah tindakan dan halangan itu bijak atau sebaliknya, tetapi apa yang dikesalkan ialah kenapa Pas harus bermain politik sesama sendiri. Kenapa harus mengajar ahli sesuatu yang tidak telus. Dalam ceramah pemimpin Pas acap kali mengatakan dan mengajar ahli dan penyokong supaya berkorban dengan ikhlas, taat kepada pemimpin, jangan bersifat munafik, tetapi apa yang dilakukan pemimpin sendiri di belakang pentas berbeza sama sekali.

Yang menjadi persoalannya kini apakah orang yang berbohong kerana bermaksud hendak memalukan pemimpin lain dalam parti layak menjadi pemimpin? Apakah Pas perlu tenaga dan kepimpinan orang sebegini. Kalau perkara sekecil begini boleh dibohongi apatahlah hal-hal lain yang lebih besar bersangkutan pentadbiran negeri, makinlah dibohonginya.
Harapnya Tok Guru Nik Aziz dapat membuka kitab-kitab mengenai pentadbiran Islam bagi memutuskan perkara ini dan janganlah mempercayai hidup-hidup apa yang disampaikan tanpa membuat semakan terlebih dahulu. [wm.kl. 11:20 am 09/07/09]

6 comments:

  1. Salam Tuan MSO..,

    Saya tak sedih atas kepayahan yang ditanggung Ust. Nasharuddin.

    Saya hanya sedih apabila pemimpin jemaah Islam ini berpolitik secara kotor sesama mereka.

    Kalau dah yakin keputusan tak benar Ust. Nasha tu berkempen di Manik Urai..., kenapa tiba-tiba menjadi dayus untuk menyatakan kepada ahli-ahli.

    Pemimpin mesti ada ilmu terhadap sesuatu isu...., membuat keputusan berdasarkan ilmunya..., dan akhir sekali mesti berani mempertahankan dan menjelaskan keputusan yang dibuat berdasarkan ilmu tersebut.... Mereka sepatutnya berasa bangga menyatakan kepada kita "TIMBALAN PRESIDEN PAS TIDAK DIBENARKAN BERKEMPEN DI MANIK URAI KERANA BOLEH MENJEJASKAN PELUANG KEMENANGAN PAS".., kerana itulah ilmu dan kepercayaan mereka sebelum ini.

    Saya lebih respek cara Dr. Mahathir berpolitik dari mereka-mereka ini...

    ReplyDelete
  2. i nak tunggu wan rahim buat patung TGNA? tentu pahala lebih besar dari poster!!!!!
    marah kekalahan husam dan calon2 anak didik TGNA, terus jadi meracau!

    ReplyDelete
  3. Sdr MSO, kalau dihalusi setiap YB-YB PAS dari Kelantan, majoriti hanya dari jenis cap ayam saja. Saya pernah berada dalam mesyuarat dgn majoriti dari mereka. Nampak ajer bayangan Tok Guru, terus jadi kecut, walhal sekejap tadi berbual bagai nak rak.

    Bukan nak memperlekeh, tapi berapa orang YB-YB PAS Kelantan yang betul-betul alim dan warak? Berapa orang dari mereka yg pandai bersyarah? Sikit-sikit ada program parti, WAJIB panggil Tok Guru untuk resmi atau bagi ucaptama. Kalau YB2 selain Tok Guru yg hadir, pasti lengang dan sunyi dari hadirin.

    Ust.Nasha berupaya menarik 'crowd' utk ponyokong PAS hadir program parti. saya sendiri pun, kalu mana2 program kerajaan negeri Kelantan atau parti, selain dari Tok Guru, saya pasti tak hadir, buat habis duit minyak jahhh...

    Cikgu Rahim dan Fatah Harun dah nyanyuk dah.Jawapan yg mereka berikan mengenai Ust. Nasha, menggambarkan sekeru otak mereka dah longgar. Pengundi mereka sendiri pun dah jemu dgn mereka. tok percaya cuba tanya.

    ReplyDelete
  4. SALAM, supir

    Kerana majoriti YB2 hanya dari jenis cap ayam saja itulah yg menyebabkan Kelantan kekal di bawah penguasaan PAS betul tak..?!.kalau pengundi mereka dah jemu tak mungkin PAS AKAN KEKAL DI KELANTAN HINGGA KINI....tak perlulah mengutuk mereka dengan kata2 yg tidak elok..kalau betul mereka tidak baik (nyanyuk, otak longgar) ..kenapa anda pun ingin menjadi seperti mereka..sepatutnya anda mendoakan kan kebaikan untuk mereka...lebih baik mengambil sikap tidak bias kepada mana2 pihak...

    ReplyDelete
  5. Salam. Anggaplah ini ujian dalam berjamaah. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Mungkin Allah ingin menyingkirkan mana-mana anasir yang tidak baik dalam jamaah. Jgn jadikan kekalutan ini sebagai ruang untuk tidak bersama jamaah. Ya Allah yang membolak-balikkan hati-hati manusia, tetapkan kami dalam iman dan jamaah islam. amin.

    ReplyDelete
  6. ana setuju dgn idea fugaz dan citarasa pedas.... ilmu politik berbeza dengan ilmu2 lain. boleh diertikan sebagi poli + tektik = banyak cara dlm merealisasikan kuasa.
    mengamal politik berbeza dengan amalan2 lain...dlm sirah islam kita ada peristiwa hijrah, uhud, hudaibiyah, khandak, fath makkah, sahifah madinah,perang zaman abu bakar dan umar, politik zaman uthman dan ali, perang jamal dan siffin, majlis tahkim....perana muawiyah, amr ibn 'as, kisah karbala dan banyak lagi... itu semua adalah sejarah teladan buat kita muslimin kemudian. kalau kes2 dalam jemaah Pas vs Umno, Pas vs BN, Pimpinan sesama pimpinan Pas....itu kan politik. sewajarnya kita lebih beraqal untuk membanding dan memaafkan beberapa ketelanjuran atau muslihat dalam politik. sebenarnya politik yang tidak "lillah" atau ala-kuffar dan memetingkan nafsu...adalah lagi teruk dan menyesatkan...kita sewajarnya tahu sirah dan memohon agar berada di bawah rahmat dan lindungan Allah sakmo.

    ReplyDelete