Monday, February 22, 2010

Celoteh Murai 62

Salentia Belajarlah Menjadi Manusia

MURAI memang tidak boleh mendengar orang menyebut nama Salentia maka jadi gatal tanganlah nak menulis dan menjawabnya. Semalam Murai terbaca nama Salentia dalam akhbar. Dia mempersoalkan mengenai kes liwat Anwar Ibrahim yang dijaja dalam ceramah. Salentia tidak mahu dan tidak suka kes liwat itu dijadian bahan ceramah.

Menurut pengetahuannya apa yang dilakukan itu ia adalah contempt of court. Lantaran itu dia suruh Menteri Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan ke atas Anwar dan juga mereka yang 'menceramahkan' perbicaraan kes berkenaan.

Murai hanya mencebek mulut mendengar cadangan Salentia itu. Betapa dia ni seorang yang merasakan dia saja pandai dan serba tahu. Bongkok, sombong dan merasa bijak. Walhal apa yang dia katakan hampas semuanya. Kadang-kadang Pak Pandir lebih cerdik dan jujur darinya. Bukan saja orang tidak mahu mendengarnya lembu bodoh pun akan lari bila terserempak dengannya. Dia ni juga jenis nampak selut di cuping kain orang tetapi tak nampak lumpur yang penuh di kaki seluarnya.

Murai nak tanya Salentia sikit apakah dia sedar dan apakah hukuman yang beliau boleh jatuhkan ke atas apa yang berlaku ini. Murai pun tidak setuju kalau kes liwat Anwar dijaja ke hulu ke hilir. Apa tidaknya menjaja seluar dalam, tisu sapu jubur atau tilam, sesuatu mengotorkan. Ia adalah perbuatan orang-orang yang tak bermoral yang layak dilakukan oleh orang seperti Salentia saja.

Tetapi tahukah Salentia apa yang dimainkan oleh akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3, RTM dan sebagainya itu. Hampir tiap malam mereka menyiar dan mendedahkan hasil perbicaraan kes berkenaan. Apakah tujuan media cetak dan eletronik itu lakukan semua itu. Bukankah ianya untuk memalu dan mengaibkan Anwar?

Bukankah begitu? Dan apakah yang dibuat oleh media massa itu bukan perbuatan menjaja keaiban orang lain? Kalau kita bercakap dalam konteks agama sudah pasti apa yang dilakukan media massa itu sudah bercanggah dengan syariah Islam.

Jadi kalau media massa terlebih dahulu menjaja kes liwat Anwar siang dan malam kenapa Salentia boleh diamkan diri. Kenapa tegur dan nasihatkan media massa berkenaan dan kenapa hanya persoalkan di sebelah Anwar saja. Kenapa menjadi syaitan bisu atas perbuatan hina dan celaka orang lain kepada Anwar. Kalau Salentia hendak jadi bebas yang profesional, jadilah bebas yang benar-benar profesional.

Biarlah kalau Salentia tidak mahu menyokong Anwar atas kepercayaanya mengenai sikap rendah moral Anwar, tetapi usahlah bersikap berat sebelah. Janganlah menjadi munafik. Kalau nak tegur, tegurlah semua biar adil dan saksama. Sebagai manusia apa lagi mengakui Islam, belajarlah bersikap adil sikit. Berterima kasihlah kepada Tuhan yang menjadikan kita sebagai manusia. Bezakan sifat dan sikap kita selaku as nas dengan haiwan nunatik?

Murai teringat satu maksud firman Allah. Manusia ini dijadikan dari segumpal darah berasal dari setitik mani. Manusia dianggap makhluk yang paling mulia. Tetapi kalau manusia itu tidak tahu membawa dirinya dia akan bertukar menjadi mahkluk yang lebih hina dari binatang. Apakah Salentia sudah sampai ke tahap yang disebutkan Allah itu menukarkan darjat dirinya kepada taraf binatang berkaki empat?

Kepada Salentia, Murai ingin sebutkan kalau kita bersedia jadi perkakas dan sanggup jilat punggung orang, jangan marahkan orang lain kalau orang lain tidak sanggup dan tergamak buat kerja apa yang kita buat. Orang lain masih ada maruah tidak seperti anda. Tahap dan mutu seseorang itu berbeza. Dalam konteks ini Murai nampak perbezaan kualiti kemanusiaan Salentia dengan Anwar Ibrahim sejauh langit dan bumi.

Kalau Anwar negarawan Salentia hanya budak kampung cabuk yang baru mengenali botol dan besi buruk dalam longgokan sampah.

Murai: Belum pernah terjumpa makhluk sejahat Salentia di dunia Malaya ini.

7 comments:

  1. Tuan MSO

    Salentia ni kita semua di kelantan dah tahu siapa? Ibarat kata - kalau nak bagi free pun si salentia ni orang tak mahu. Orang sanggup upah lagi agar jangan ditawarkan burung salentia ni kepadanya.

    sebagai jenaka, izinkan ambo modified cerita ular dan keling yang famous kat kelantan. Antara ular, keling dan salentia ni, yang mana kita "katok" dulu?

    clue - kalau katok ular dulu, salentia akan tipu keling agar katok diri sendiri dulu. Lepas tu, salentia akan katok kedua-duanya pulok: ular dan keling. Dia sorang je hidup! Jadi siapa kita "katok" dulu?hehehehe....


    bat8

    ReplyDelete
  2. Hahaha sangat setuju dengan MSO, aku mula2 baca news berkenaan tu, terasa nak gi buat report polis terus.. sbb pak brahim kata "sapa2 yang terjumpa orang2 yg menjaja cerita berkenaan kes tersebut boleh buat report polis" - tapi saya x jadi nk buat report sebab buang masa ja, sebabnya maksud pak brahim tuh sangat jelas merujuk kepada penjaja sebelah pihak sahaja, kalu utusan,berita, dan macam2 pihak lagi menjaja tak pa..

    Salentia dgn Pak Brahim nih memang sependapat lah... atau Salentia dan pak brahim ni sama ja, beza daari lughah saja.

    ReplyDelete
  3. salam pak mso,
    teman tertanya2 juga apa maksud "salentia". Bila dicari2 maknanya, rupa2nya "Salientia" adalah bermaksud katak atau spesis ampibia yang mempunyai ekor pendek. Jika itu la maknanya, faham la teman, binatang ini suka duduk di dalam tempat, lubung atau lubuk yang lembab dan kotor (kalau tak basuh 2 hari memang kotor). Lubung atau lubuk itu la habitat yang sesuai untuk survival anak cucu berkembang. Lubuk itu segala2nya. Andai berlaku kemarau, lubang dan lubuk akan kering, Salientia akan berpindah ke tempat yang sesuai untuk memanjangkan hayat dan kitaran kehidupannya....itula Salientia

    ReplyDelete
  4. Selentia tu nama manja untuk manusia yang memang tidak mengenang budi.Dahlah tidak mengenang budi, mencaci pulak yang menabur budi.Usahkan nak membalas budi..budi yang diterima pun semacam angkuh kerana mengaku dia berkuasa dengan pengaruhnya sendiri.Bila pulak si salentia ini ada prinsip dan pendirian?..dia memang dijadikan begitu.Hidup penuh dengan ampu dan bodek.Menjilat tu tak dapat nak komen la.Cuma orang yang nama manjanya salentia ni kalau dibuang ke laut pun jerung takut nak makan takut perutnya meragam dan cirit birit kerana seluruh tubuh dengan nama manja 'salentia' tu sudah dipenuhi kotor dan najis yang begitu beracun.Kalau mati nanti pun, pokok yang ditanam di atas kuburnya pun mungkin akan mati beragan kerana tanahnya tidak subur dan penuh asid...itulah kisah ringkas berkenaan batang tubuh bernama salentia..itu nama manjanya.Macam rasuahla..nama manjanya komisen.huhuuuu...

    Cuit tapi mencubit.Ketuk tapi laju..

    ReplyDelete
  5. Biarlah kalau Salentia tidak mahu menyokong Anwar atas kepercayaanya mengenai sikap rendah moral Anwar, tetapi usahlah bersikap berat sebelah. Janganlah menjadi munafik

    Petikan perenggan ke-8

    rasa nak buat pembetulan..janganlah jadi munafik.
    pada saya bukan munafik dah salentia ini tapi kira bapak segala munafik dah...

    ReplyDelete
  6. Salam sejahtera buat MSO...

    Apa nak jadi si salentia ini??? Saya rasa jika nak tunjukkan contoh manusia paling korap maruah dan harga diri di zaman ini dan di negera ini...itu lea dia salentia...yang tuan MSO maksudkan...

    Dulu ada juga rasa kesian dengan kejangkalan fikirannya...tapi bila dia cuba nak sesatkan semua orang Melayu..saya dah rasa teramat meluat dgn tingkah lakunya...

    Mudah2an ada rasa nak bertaubat hujung umurnya..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum Tuan,

    Saya adalah genarasi yang baru sekali layak mengudi pada pru yang lepas dan saya tidak kenal hamba allah yang bernama ibrahim ali ini.Saya hanya mendengar dan melihat statement beliau yang menghasut secara bahaya dalam media arus perdana yang berat sebelah.Dari pengamatan saya dan rakyat yang segenerasi dengan saya hamba allah yang bernama ibrahim ali ini sangat membahayakan keharmonian rakyat malaysia yang berbilang kaum.Tuan,saya pasti jika hamba yang bernama ibrahim ali ini jika termasuk dalam golongan hamba yang pro pembangkang sudah pasti hamba ini akan di ISA kan oleh kerajaan.Oleh kerana hamba ini pro umNOK maka terselamat lah dia.Tuan,,,generasi saya yang mewakali anak anak muda malaysia ingin mencadangkan kepada Tuan mso untuk membuat ruangan undian dalam blok tuan dengan tajuk:IBRAHIM ALI WAJIB DI ISA KAN setuju atau tidak?.Sekian terima kasih kerana membaca tulisan saya ini.wassalam....

    ReplyDelete