SUDAH terang lagi bersuluh NGO yang bernama Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang berusia setahun jagung dan ditubuhkan atas aspriasi bekas PM, Mahathir Mohamad akan diserap ke dalam Umno atau Barisan Nasional bagi membolehkan NGO itu menjadi satu lagi komponen BN.
Alasan untuk meminda perlembagaan BN itu tentulah atas semangat untuk menyuburkan komponen berkenaan bagi menjamin ianya relevan dan diterima umum. Bagaimana pun kalau dibaca makrifatnya tujuan pindaan itu tidak lain dan tidak bukan untuk menghalalkan BN (sebut Umno) menerima mana-mana mereka yang menderhaka kepada komponen itu atau Umno sebelum ini.
Apakah pindaan itu dibuat semata-mata membolehkan Presiden Perkasa dalam penajaan itu menyertai BN bagi menyokong Umno semula? Kalau itu tujuannya Najib tidak payah bersusah payah dan banyak berhelah untuk meminda perlembagaan BN, terima saja Ibrahim sebagai ahli Umno, selesai.
Lagipun sudah lama Ibrahim buat-buat tersalah SMS ke Rosmah Mansor dan dibalas oleh Rosmah dengan mesra sekali. Satu masa Rosmah terus call dan bercakap langsung dengan Ibrahim. Kejadian ini Ibrahim yang bagi tahu. Juga, Umno sebagai parti yang tidak mementingkan soal intergiri boleh menerima apa saja menjadi ahli hatta orang yang menderhaka kepada Melayu dan anti agama. Penerimaan Ibrahim macamlah gayung dengan geluk, kata orang Kelantan.
Penerimaan Ibrahim sebagai ahli Umno tidak menjadi isu dan dipertikaikan lagi. Kalau pun perlembagaan Umno menghalang mana-mana ahlinya yang derhaka dari menyertainya semula, ia tidak menjadi masalah kalau Umno bersedia menerima Ibrahim. Tidak ada siapa hendak menghalang dan mempersoalkannya. Malah orang, khusunya pihak pembangkang merasa mujur dengan keputusan itu. Penerimaan Ibrahim sebagai ahli BN dan Umno menyembuhkan satu penyakit dalam politik negara.
Lagipun kesungguhan Ibrahim menghentam dan melanyak pembangkang hari ini lebih hebat daripada orang Umno sendiri. Tenguk di Kelantan perjuangannya untuk menyekat pembayaran tunai hasil minyak dan gas di Kelantan lebih hebat daripada Mustapa Mohamed dan Awang Adek Hussein. Orang lain tidak pernah terfikir untuk membawa isu itu ke mahkamah, tetapi Ibrahim telah bersedia berbuat demikian.
Beliau juga sudah dijadikan burung ketut oleh Umno Kelantan untuk dijadikan umpan ceramah. Malangnya si burung ketut bernama Ibrahim kini sudah tidak dianggap ganjil dan pelik lagi oleh orang Kelantan maka ceramah yang dihosnya tidak mendapat sambutan. Sebab apa, sebab orang sudah cukup kenal dengan si ketut ini serta lagu-lagu dan siulan sialnya.
Katanya kalau kerajaan Kelantan tidak membawa ke mahkamah kes tuntutan royalti minyak, beliau sendiri akan membawanya bagi mahkamah menentukan apakah Kelantan berhak atau tidak menerima wang tunai berkenaan. Begitulah serius ala-ala tololnya Ibrahim untuk merangkul dan menjilat semula Umno sanggup meludah ke sejadah Nik Aziz, orang yang mengsyadahkan semula politiknya yang terpesong dulu itu.
Dalam hasrat Najib dan BN untuk menerima orang-orang yang telah memberi libaliti kepada partinya itu, BN atau Najib boleh merangkul sekali menerima ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkefli Nordin, ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim, atau sesiapa yang sewaktu dengan mereka itu.
Kewujudan mereka ini di laman politik pembangkang yang memberi ruang kepadanya menjadi MP itu menyerabutkan. Kalau orang ini sudah diterima Umno ia boleh menenangkan keadaan pembangkang.
Sekali lagi ditegaskan kalau itu agenda Najib di sebalik hasrat hendak pindaan perlembagaan BN itu tidak usahlah dilakukan kerana ia mungkin akan memberi kesan lain dan menghabiskan boreh saja.
Parti-parti komponen lain yang redikal dan sukar untuk menerima sikap ultra Melayu seperti Ibrahim mungkin akan membantahkan. Presiden MCA, Ong Tee Kiat telah pun menyuarakan rasa hati kecil di mana cadangan itu akan dikaji secara mendalam terlebih dulu.
Jadi lebih baik bagi Najib menerima Ibrahim ke dalam Umno diam-diam, agar tidak mengusik hati komponen lain yang tidak dapat menerima perangai Ibrahim yang rencam itu. Jangan pula mengharap untung seguni rugi berkarung-karung.
Atau kalau Umno sendiri sukar untuk menerima nama Ibrahim Ali dengan pendirian politik munafiknya itu tukar sahaja Ibrahim kepada nama lain. Atau nama asalnya semasa budak-budak dulu iaitu Mustapa (Setopa) boleh diguna pakai. Ramai orang tak tahu bahawa nama lain bagi Ibrahim di kampung ialah Setopa. Kalau pergi ke Pasir Pekan, Bunuhan atau pun Tumpat sesetengah orang tua tidak kenal kalau sebut Ibrahim Ali, tapi kalau sebut Setopa anak Tok Gawa Ali baru mereka kenal.
Rasanya nama Setopa elok kebetulan ketua Umno Kelantan juga bernama Mustapa. Biarlah Setopa anak Tok Gawa Ali menolong Setopa anak Setawa di Kelantan. Perhatian: Posting ini dilarang dicut page untuk dimasukkan ke mana-mana blog pengumpul. [wm.kl 9:30 am 24/02/10]
Syabas tuan..dengan posting terbaru ini, rakyat yang tidak tahu kisah belakang tabir dan latar belakang manusia bergelar 'salentia' ni akan lebih arif, lebih kenal dan lebih lumat dengan batang tubuh bernama Ibrahim Ali @Setopa anak Tok Gawa Ali.Kisah sms dengan Rosmah Mansor juga akan menjadi sindiran jika khabar yang dikatakan oleh Ibrahim Ali itu tidak betul...Macam-macam kisah yang melibatkan salentia ni tuan dapat bongkar..hebat,hebat.
ReplyDeleteTeruskan dengan siri pendedahan ini tuan semoga rakyat lebih tahu duduk perkara yang sebenar.Kebenaran walaupun teramat pahit akan menang jua akhirnya kerana kebenaran tidak pernah tewas dengan kebatilan cumas mungkin lewat tetapi tepat pada masanya...lewat pada yang tidak sabar dengan ujian tetapi tepat pada masa untuk mereka yang faham dengan dugaan di dalam perjuangan menegakkan kebenaran...
tengok si BRAhim ali ni pun..dah banyak kali dah menenggek UMNO..nak masuk UMNO balik ke..well KuLi mcm dah nak out dari BN kan.. hahah
ReplyDeleteheran..camane la orng PAsir Mas sanggup mengundi die ni.. heii
orang kampung saya ada nama setapa memang dah gila dan tersohor sebab dulu kalau ada taik atas jalan tak dok taik orang lain dah kalau bukan setapa.
ReplyDeletetapi orang gila ni tuhan wi dia jauh pada penyakit.tak pernah lagi saya tengok org gila deman.
setapa ni kalau bab duit,cerdik dia dgn orng lain.dia reti beza mana kecik dgn besar.kalau dia kata upah rm2 selagi tak bagi tak berganjak dia...
lebih kurang setapa bos sebut tu..
Ibrahim Ali nak bawa kes royalti minyak ke mahkamah? Silakan....
ReplyDeleteTetapi dia kena ingat, kalau dia buat begitu, jangan balik lagi ke kelantan. Baik dia jual semua harta benda dia dan berpindah dari kelantan. Kerana saya rasa itulah sentimen SETIAP rakyat kelantan jika dia berbuat begitu.
Kita orang kelantan ni sama-sama tahulah bila kita marah kat sesiapa. Bukan bayang je kita tak nak tengok, bau pun kita tak nak terhidu....hehehehe
kalau benarlah bn terima stopa anak tok gawa ali jawab dia gak
ReplyDeletebn wat kerja paling tolol di abad ke 22.
org umno kelate pun benci 'ulat taik' ko berahing ali ni nak royak buih.Tapi tak tau lau, umno pusat pandang ko berahing ali ni lagumano..ada pakai gapo pun tak tau la tok heng ni...umno pusat minat sgt2 ko dia.tapi alik kita hak memang tak berehi jok mulo lagi ko tok heng anak tok gawa ali ni gak, kita dok dgn pegangan kita la.tak degih dah, pegang kemah kemin.Kot-kot mano pun tok heng ni bukan mcm orang klate dah...puak kelate bai umno [ pasir mas terutamanya ] dan penyokong pakatan khususnya,..jual bundle pun tak beli dah.bukan menghina tapi nak royaknya dahsyatnya penentangan anak kelate dgn sikap munafik dia tu..dengar ko dia kecek sebelum mene dlm pru12 dulu gak..umno ni macam putus sedaro dah.Dendam kesumat ko umno ni, bawak mampuh la org kato tetapi tu la org politik ni, tak leh pegang buku lasung nah.Kecek lain, buat lain.Benar kata Tn MSO..jangan peduli apa yg org kata ko kita tetapi pedulikan apa org buat ko kita...bereheng ali buat byk perkara salah ko kita..jadi kita kena peduli la dgn peranga dia...benar juga kata siti mahani tu, kalau umno terima setopa anak tok gawa ali ni, bn buat kerja paling tolol dalam abad ke-22, abad ke-22 tak sapa lagi tapi bn buat tindakan terawal tolol dah untuk menyambut abad ke-22...,bijakkkkk...bijak
ReplyDeleteNape pulok tuka jadi kucing gambo tu?
ReplyDeleteSalam tuan MSO & Semua Pembaca,
ReplyDeletesaya tak la kenal sangat dengan peribadi dan latarbelakang Ibrahim ali ni, tapi sempat la jugak ikuti serba sedikit perjalanan politik beliau sejak dari tahun 90 an dulu. Sebelum ini, sebagai seorang yang masih mentah dalam politik, saya lihat beliau merupakan seorang tokoh politik kelantan yang lantang bersuara terutama isu rakyat bawahan.
Namun begitu, banyak juga isu-isu panas terutama akhir 90an yang dicetuskan oleh beliau, yang akhirnya menjatuhkan beliau daripada arena politik. Yang paling saya masih ingat ialah perarakan replika burung (petalawati) yang pernah didalangi beliau pada 2004 dulu. Saya yang masih budak hingusan pada ketika itu sudah dapat merasakan bahawa perarakan replika itu adalah kerja orang paling bodoh.
Lawan beliau bukan saja daripada kalangan parti pas, tetapi semua parti termasuk umno. Namun apabila beliau hajatkan sesuatu, lawan akan bertukar menjadi pujaan. Beliau sangup melakukan apa sahaja asalkan hajatnya tercapai hatta terpaksa mencium dan jilat anggota mana sekalipun pada badan pujaannya.
Sekarang nampak gayanya beliau sedang berusaha untuk menambah lagi dosanya kepada rakyat Kelantan. Jangan ingat semua ‘melayu mudah lupa’.
Mungkin beliau sedang leka tentang apa itu makna ‘harga diri’
Nampaknya masih tak mahu berubah……………….
Nazwandi,
ReplyDeletekawe rasolah tu gambar setopa yang terbaru. setopa ni boleh berubah-ubah bentuk,semetar jadi oghe, semetar jadi kucing, semetar lagi mungkin jadi selipar pulok...
Abe ti, lepas ni tolong gok bongkar kisah stopa tok gawa ali ni jenis laki takut bining, ambo raso abang ti ada mogo tu...
ReplyDelete