Friday, February 5, 2010

Marah Petang

Untungkah Melayu Serang Guan Eng?

BERBAGAI pihak dan puak yang menamakan diri mereka NGO itu dan anu telah mengadakan bantahan dan tunjuk perasaan di Pualau Pinang sehari dua ini. Tunnjuk perasaan hari ini dikira terbesar. Mereka berbuat begitu kerana membantah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan bersikap kurang ajar kerana membelakang dan menyisihkan Melayu.

Kritikan terhadap Ketua Menteri yang disayangi pemimpin Pas itu juga dibuat ahli Parlimen PKR yang menjadi rakan Lim Guan Eng sendiri. Macam-macam ditala ke arah Guan Eng termasuk diktator, chauvenis dan bersikap macam komunis. Ini satu tuduhan keras dan berat.

Anih bagi saya kalau benar Guan Eng komunis, chauvenis dan diktator kenapa ia masih dihormati dan disayangi oleh rakannya bernama Pas. Pelik? Pas sebagai parti Islam tidak mungkin dapat menerima komunis ataupun mereka yang bersikap diktator.

Sesiapa pun tidak dapat menerima kalau ada diskriminasi kaum di negara ini. Apa lagi kalau diskriminasi itu dilakukan ke atas Melayu. Melayu yang merasakan mereka tuan negara ini akan terhina kalau mereka dipermain dan dinjak-injakkan.

Di sini saya tidak bermaksud berpihak ke mana-mana pihak dalam soal ini. Bukan menyokong tindakan berbagai NGO termasuk yang berpejabat di KL mengkritik dan mendesak Guan Eng itu dan bukan bersimpati berlebihan kepada Guan Eng. Kalau itu benar, bukan saja NGO berkenaan tetapi seluruh orang Melayu termasuk dari Sabah sana harus bangkit mendesak Guan Eng.

Saya nak tanya sekalian orang yang mendesak Guan Eng dan mengkritik beliau. Apakah benar Guan Eng bersikap kurang ajar dan tidak membela nasib Melayu? Saya rasa bukan saja saya, tetapi orang lain juga mahu melihat bukti-bukti apa yang dikatakan itu. Elok senaraikan apakah bentuk pengabaian terhadap orang Melayu dan jangan hanya tahu menuduh dan melolong mengatakan DAP mengabaikan Melayu.

Kita tahun DAP memerintah Pulau Pinang belum sampai tiga tahun. Sebelum ini negeri itu diperintah orang Cina menerusi parti Gerakan. Apakah selama 35 tahun lalu nasib Pulau Pinang terbela? Dan apakah pengabaian dan pilih kasih oleh Gerakan boleh dimaafi dan diamkan saja?

Kalau boleh untuk bersikap adil, NGO yang membantah Guan Eng kemukakan statistik mengenai kedudukan orang Melayu Pulang Pinang baik dalam pemilikan hartanah, pendapatan, pengangguran dan sebagainya. Bandingkan juga kehidupan orang Melayu semasa 35 tahun Gerakan memerintah dengan DAP yang baru dua tiga tahun ini.

Senaraikan jumlah orang Melayu di Pulau Pinang telah berpindah ke tanah besar sejak 35 tahun lalu dan bandingkan dengan jumlah yang ada hari ini. Ataupun orang Melayu di Pulau Pinang sudah tidak berpindah lagi kerana semuanya sudah tiada?

Kemukakan juga apakah keuntungan yang diraih orang Melayu sewaktu Gerakan dan apakah pula kerungian yang dialami orang Melayu sejak DAP memerintah. Sebut sekali nilai. Kalau pun nisbahnya berbeza disebabakan perbezaan tempoh tidak mengapa, yang penting sebut dan kemuakakan untuk dijadikan bukti.

Adalah tidak adil kalau hanya mengatakan Guan Eng, kejam kalau setakat gerai peniaga Melayu dirobohkan. Apakah selama 35 tahun dulu Majlis Bandaraya Pulau Pinang tidak pernah meroboh gerai orang Melayu? Apakah sejak 35 tahun lalu tanah wakaf milik umat Islam tidak terusik dan berkurangan sejengkal pun.

Kalau data-data dan bukti ini dikemukakan rasanya ia lebih adil dan menarik. Orang Melayu seluruhnya boleh bertindak jauh dari itu kalau nasib kaum mereka di pulau itu terbiar. Janganlah pula nasib malang orang Melayu disebabkan pemerintahan Gerakan selama 35 tahun hendak diletakkan atas belakang DAP.

Saya tidak membela DAP, tetapi mahu lihat keadilan dan realiti. Orang Melayu dan orang bukan Melayu perlu bersikap terbuka dan bertindak berlandaskan fakta dan keadilan. Kalau setakat hendak melepaskan buakan nafsu ia tidak ada guna. Kalau bakar kertas dan topeng pemimpin ia merugikan harta benda saja. Kalau api terkena jari, ia melecur tidak tentu fasal. Maksud yang dhendak dicapai tidak ke mana pun.

Kepada NGO yang lantang itu saya bimbang tindakan mereka akan dilebelkan sebagai ekstrem oleh kaum muda Cina. Realiti di Malaysia kena ingat bahawa kuasa negara ini memerlukan perkongsian dengan Cina. Apa juga yang perlu diketahui apakah kecaman ke atas Guan eng dan DAP itu turut disertai sama kalangan Cina?

Kalau orang Cina diam dan tidak ikut sama menyokong ibarat kata desakan itu tidak lebih seperti anjing kudung menyalak bukit saja. Telinga berkibas ekor terkedik-kedik, bukit tidak runtuh suara hilang ditelan angin lalu. Kerja-kejra bodoh seperti itu elok dihentikan dan carilah kaedah lain kalau pun orang Melayu Pulau Pinang inginkan kuasa di negeri itu.

Cara Melayu menyerang Guan Eng saya tidak nampak ia berjaya kerana masyarakat Cina di Pulau Pinang menolak cara itu dan mereka lebih memerhati sejauh mana kemampuan Guan Eng. Orang Cina lebih terbuka dan bersikap demokratik dan bukannya emosi bodoh! [wm.kl. 6:45 pm 05/02/10]

10 comments:

  1. yaa Guan Eng zalim sebab beri peruntukan kpd pendidikan islam , Guan Eng zalim kerana terlalu jimat duit negeri sampai tak jadi hutang ngan federal. Guan Eng zalim kerana tender terbuka byk yg dapat kat melayu bukan kat cina .... hish hish.. zalim sungguh guan eng nii

    Dibawah ini ialah bukti bukti yg Guan Eng nii zalim tahap firaun , komunis tahap ChinPeng.. War-warkan kpd segenap lapisan masyarakat terutamanya orang melayu


    Hasil negeri

    Walaupun Barisan Nasional yang kalah dalam Pilihanraya Umum 2008 cuba untuk menaburkan fitnah bahawa Pakatan tidak mampu tadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat akhirnya dapat melihat sendiri bagaimana cekapnya pemerintahan dibawah Pakatan.

    Pada 2007, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja Kerajaan bertukar kepada Pakatan belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

    Bagi Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.


    Pada 2008 peruntukan untuk hal-ehwal Islam yang dibuat oleh Kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008 Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

    Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini.

    Kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.


    Pada 2008, 78 Kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga. Satu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

    Pada 2009, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

    Pada tahun yang sama, projek yang diberi kepada Kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu 6 Syarikat.

    ReplyDelete
  2. ngo ni sapa dia pak mso....takkan tau kot...1 malaysia tau sape dok belakang ngo ni..mcm spr,sprm,pdrm...
    depa ni pak mso kat wartawan amanu akan belasah guan eng mintak perjelas mengapa 'jahanamkan'org melayu...ayat ni basi dah...minta perjelas...media sape pegang..nak keluar tv sorry la, kalau keluar pun muka je ade,suara bisu....3 saat pulak tu...kalau menteri be end..siap program khas 60 minit bersama menteri...pak mso ...depe ni sorry la nak guna data2 tu...demo je tau...dulu kata 'bukan budaya kita'..la ni...sudah tukar ka

    ReplyDelete
  3. salam mso,
    satu komen saya... kaum cina lebih suka jika bangsa dia jadi pemerintah ...jadi tidak timbul soal orang cina masih suka lim guan eng, mso celik la mata luas2.... mso saja yang suka guang eng...

    ReplyDelete
  4. Kebelakangan ini terdapat kenyataan yang aneh. Dulu masa BN berkuasa dikatakan demonstarasi bukan budaya kita. Mahasiswa UiTM tidak boleh adakan demonstrasi. Selepas 4 negeri jatuh ke tangan pembangkang dan kegagalan merampas Kelantan, demonstrasi seolah-olah jadi budaya. Lebih memalukan, ada para demonstran bersongkok dan berkopiah putih sewaktu menyertainya dan ada kalanya dilakukan selepas solat dan berdoa memohon kepada Allah agar diberikan kebajikan di dunia dan akhirat. Agaknya demonstrasi itu sebahagian kebajikan yang sepatutnya ditunjukkan kepada kalangan bukan Islam. Siapakah sifu dalam hal ini agaknya?

    ReplyDelete
  5. Salam 1 malaysia pada semua,
    kalau benar apa yang ditulis oleh sdr 'thethinker', memang benar zalimlah guan eng.memang melayu sepatutnnya mengutuk guan eng kerana mengambil berat akan kebajikan orang melayu.memang guan eng 'tolol' di kacamata melayu kerana memberikan peruntukan yang lebih besar kepada institusi Islam,memang 'komunis' lah guan eng kerana mengeluarkan tender terbuka kepada semua yang pastinya orang melayu mendapat menafaatnya.saya sokong 100% supaya orang melayu jangan mengundi PR dalam PRU akan datang kerana telah terbukti bahawa orang melayu merupakan satu bangsa yang paling bodoh dan bebal atas dunia.kerana habuan 2-3 ringgit,orang melayu sanggup buat apa saja,termasuk menjadi murtad. itulah tandanya bahawa bangsa melayu adalah satu bangsa yang paling BANGSAT ATAS DUNIA. sorry to say la Pak MSO, saya juga orang melayu,kekadang saya rasa malu menjadi orang melayu.tapi kesemua ini hanya dirujuk kepada melayu UMNO sahaja.

    ReplyDelete
  6. Salam..

    Untuk komentar di atas..

    Projek kontraktor kelas apa yang org melayu telah dapat..A,B,C,D,E,...Z

    Sila nytakan degan jelas. Jangan hanya pandai bermain dengan angka yang tertulis dia atas kertas sahaja.

    ReplyDelete
  7. Orang yang menggambarkan LGE sebagai komunis ialah orang yang tiada kuasa. Masa beliau menjadi Ketua PKR Negeri dulu tak timbul perkara ini. Kenapa selepas jawatannya digugurkan maka beliau berbunyi yang negatif sahaja tentang LGE?

    Ini lah sifat orang kita, masa cinta semua indah hatta kentut pun wangi, tapi bila dah berpisah segala yahg wangi pun jadi busuk sebusuknya....

    Ini lah sandiwara dunia.


    * NH Shah Alam *

    ReplyDelete
  8. aku nampak si salientia yang disebut MSO atau pekatak yang disebut oleh TT. aku heran dia ni mai dok sibuk buat apa? negeri dia kena naya dengan pusat dia buat donno saja. pi la berkawan dengan KuLi kalau pun takmau dengan TGNA.

    ReplyDelete
  9. Si Ibrahim Ali ni memang orang gila glamour... Dia akan syok sendiri bila melihat orang akan ikut apa yang beliau buat.

    Brahim alkataki ni orang yang tiada pendirian dan sememangnya jenis lalang. Kalau sesiapa yang ikut perkembangan hidup brahim ni dari menara gading dan ke politik memang brahim ni jenis tak boleh pakai. Beliau akan menyokong siapa sahaja yang beliau boleh cari makan untuk membuncitkan perutnya..

    Apa yang beliau tak kata mahathir, Mustafa mamat, awang adek, anuar musa hatta kepada TGNA dan Anwar Ibrahim. Tapi bila dah terdesak orang2 ni dicium buntutnya.

    Betapa jijiknya politik Ibrahim Ali ni. Negeri sendiri tak dibela, dok sibuk dengan P.Pinang buat apa? Hampir 35 tahun BN memerintah P.Pinang dan selama itu lah orang melayu P.Pinang merempat di negeri sendiri. Mana Mu ketika itu wahai brahim dan orang2 yang sewaktu dengannya? Mu tak nampak ko?

    Kalau mu nak jadi jaguh sangat, tolong buat rundingan dengan kerajaan pusat dan supaya beri royalti minyak kepada Kerajaan Kelantan yang sah dipilih oleh rakyat. Jangan bagi duit hasil minyak tu kepada Ketua Bahagian UMNO. Ini bukan duit mak bapak UMNO.....


    * NH Shah Alam *

    ReplyDelete