Saya Tak Mainlah Superimpose...
BERHUBUNG dengan posting sebelum ini yang memaparkan gambar Ibrahim Ali dengan Anwar Ibrahim ada seorang penjenguk mempertikaikan gambar berkenaan. Menurut penelitiannya secara saintifik dan mengakui dia sebagai seorang ahli grafik, katanya gambar itu adalah super impose.
Beliau persoal lengan Anwar lebih besar lengan Ibrahim Ali. (Memanglah lengan Anwar lebih besar dari lengan Ibrahim sebab Anwar nak lengankan Brahim - he he).
Beliau kesal kerana saya telah memperalatkan kecanggihan IT untuk menipu penjenguk blog ini, katanya. Beliau juga mempersoalkan gambar saya dengan Nik Aziz. Barang kali penjenguk ini dengki kerana dia tidak dapat untuk merakam gambar sedemikian.
Saya ucap terima kasih atas pemerhatian dan penelitian penjenguk blog ini. Saya sangat terkilan kalau ada apa-apa maklumat atau fakta yang tidak berfakta. Saya tidak tahu kalau ada penjenguk yang berfikiran seperti kebanyakan bloger hantu yang kreatif dalam membuat super impose.
Bersama ini saya sertakan beberapa keping gambar termasuk yang saya postkan dalam blog ini bagi menjelaskan kekeliruan dan kekemetotan otak penjenguk berkenaan.
Untuk pengetahuan penjenguk blog ini saya tidak suka bermain dengan gambar superimpose malahan kerja itu saya mengutuknya. Apa yang saya siarkan dan tulis adalah berdasarkan fakta dan bukan ilusi sekadar untuk suka atau mengelirukan orang.
Saya berharap penjenguk otot kemetot itu dan yang lainnya yang cuba menyamakan saya dengan blogger hantu lain membuat kajian ke atas beberapa keping gambar yang saya sertakan ini. Daya mencabar kalau terbukti ianya superimpose hadiah berniat wang jutaan ringgit akan diberikan. Rebutlah...
Untuk makluman gambar ini bersama puluhan yang lain saya rakam sewaktu Ibrahim Ali dan ribuan orang menanti kepulangan Anwar dari luar negeri pada 25 Mei 2005. Mungkin pada tarikh itu penjenguk yang mengakui pakar dalam fotografi itu masih belum lahir lagi! Untuk pengetahuan juga gambar Ibrahim dalam keadaan lebih dhsyat dari ini pun ada dalam simpanan saya, ianya asli bukan superimpose. [d'kota kl 8:30 pm 29/03/10]
syabas tuan mos!!!
ReplyDeleteitulah kutu-kutu 'brahak' yang cuba ingin memburukkan keadaan.
dasat otak sembab melahirkan pemikiran lembab..
Salam Pak MSO,
ReplyDeleteMereka yang menuduh Tuan tersebut memang jenis otak lembab tetapi mengaku pandai. Mereka ini sebenarnya tidak mengenali latarbelakang tuan seorang penulis yang terkenal dan berani sejak sekian lama berdasarkan kebenaran dan fakta. Dia ingat tuan sama dengan bloger2 upahan yang suka menulis mengikut perasaan sehingga melakukan perkara2 diluar etika dan adab.
Teruskan menulis untuk kebenaran walau pun pahit.
ya, tuan teruskan dengan kebenaran yang tuan ingin dedahkan
ReplyDeleteagaknya ahli grafik tu belajar dari prof. kangkung kot ?