Wednesday, March 17, 2010

Gelagat Gila Di Parlimen

Ahli Parlimen Kera Dalam TV3

SAYA tidak pasti apakah Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyaksi atau tidak Buletin Utama TV3 sekejap tadi yang menyiarkan sedutan gelagat serkas ahli parlimen di dalam parlimen hari ini. Kalau baginda lihat apakah agaknya perasaan baginda? Kelmarin semasa menyampaikan titah ucapan merasmikan sidang parlimen baginda menasihati supaya ahli parlimen menjaga tata tertib dan kelakuan.

Apa yang dipamerkan oleh TV3 sekejap tadi seolah sengaja untuk memberi tahu kepada Yang Dipertuan Agong dan seluruh rakyat negara ini bahawa itulah hakikatnya. Suasana dalam parlimen lebih teruk dari pasar ikan. Ahli Dewan bukan saja melalak dan melaung macam kera kena belacan tetapi ada yang menjerit-jerit macam terkena histeria atau gila babi.

Perangainya lebih buruk daripada budak lapar susu dan gelagat mereka tidak melayakkan mereka untuk duduk di kerusi empuk dalam parlimen. Terasa sia-sia sahaja rakyat memilih mereka untuk berada di situ.

Semuanya ia bermula apabila seorang ahli parlimen yang baru menjadi bebas dan menang atas simbol PKR mengecam Anwar Ibrahim habis-habisan. Ahli parlimen itu mendedahkan bagaimana Anwar memperdayakan beliau dan ahli parlimen PKR lain berhubung dengan projek 16 September untuk mengambil alih kerajaan.

Sungguh tidak malu dan tidak ada maruah ahli parlimen itu, menang atas parti PKR kemudian membelah penasihatnya. Kalau benar kita jujur, ikhlas dan ada intergriti letak jawatan dan masuklah ke parlimen untuk membelasah Anwar atas kekuatan diri sendiri bukannya menempel dengan hak dan kuasa orang lain.

Pendedahan yang dikira di luar konteks itu dan tidak menyentuh titah ucapan Yang Dipertua Agong menyebabkan Anwar bangkit mempersoalkannya. Anwar kurang senang dengan apa yang diucapkan oleh ali parlimen berkenaan yang dianggap melampau dan cuba menghinanya dan juga merendahkan martabat parlimen.

Ketua pembangkang itu cuba meminta laluan bagi menjawab apa yang diperkatakan ahli parlimen berkenaan tetapi tidak diberikan peluang. Kecewa dengan apa yang berlaku Anwar bertindak meninggalkan Dewan. Wajar kalau Anwar mengambil sikap itu kerana semangat bermesyuawarah yang sepatutnya dipraktikan dalam parlimen tidak ada lagi. Tidak ada guna beliau melayan gelagat beruk dan kera kerana gelagat itu juga boleh berjangkit kepadanya.

Ketika inilah juah menjuah dan memperli Anwar kedengaran macam dalam pasar. Beberapa ahli parlimen khasnya BN jadi sudah tidak siuman lagi kerana melihat ketua pembangkang sudah dibalun secukupnya oleh ahli parlimen dari utara itu. Perasaan kemanusiaan dan profesional sebagai seorang ahli parlimen langsung tidak ada lagi.

Ikhlas saya kata saya malu melihat gelagat dan aksi yang ditunjukkan itu. Tidak kira siapa yang melakukan samada ahli parlimen pembangkang atau pun parti UBN. TV3 juga satu hal, sudah gila sehingga tidak tahu lagi untuk menilai mana news value yang menempati cita rasa orang Melayu Islam atau pun tidak. Kalau TV3 juga masih waras ia tidak menyiarkan sedutan seperti itu kerana ianya hanya memalukan. Iya... memalukan.

Usahlah kita cuba nak meniru laporan bebas melampau media massa barat berhubung sikap biadab dalam parlimen. Padan patutlah sebab apa yang disiarkan itu turut sama ditonton oleh kanak-kanak. Bagaimana kita hendak membentuk mereka menjadi insan yang menghormati orang, timbang rasa dan kasih sesama sendiri kalau perangai pemimpin mereka macam tahi buruknya.

Tidak kelihatan pula dalam sedutan itu ada ahli parlimen Cina yang bangkit melalak dan melaung. Semua yang bangun adalah para penyokong kerajaan terdiri dari ahli parlimen Melayu saja. Nampaknya Melayu kalau melanyak Melayu memang hebat dan nombor satu. Maaflah! [wm.kl. 8:30 pm 17/03/10]

28 comments:

  1. Apa yg berlaku dan dipertontonkn oleh TV3, memang cukup memalukan.Sebagai rakyat Malaysia dan beragama Islam, perkara seumpama itu, tidak wajar berlaku. Cukup sedih dan hiba rasanya. Malu terhadap anak anak yang sama menonton.Didoakan agar UBN akan kecundang pada PRU akan datang, Insya'allah....

    ReplyDelete
  2. Malu memang malu tapi kebenaran hendaklah iketengahkan, sampai bila kita hendak dibohongi dan dipermainkan.

    Sebagai rakyat Malaysia yang tidak dapat duduk didalam dewan Rakyat kami semua ingin mengetahui kebenaran. Apa yang nak ditakutkan, kalau ianya fitnah DSAI boleh menyaman DSZ kan selama ini DSAI mengunakan kesempatan menyaman siapa sahaja yang menghentam beliau.

    Kalau nak difikirkan jika TV3 tidak mendedahkan semua ini adakah rakyat mengetahui kebenaran yang berlaku selama ini.

    ReplyDelete
  3. Cencaluk saya nak jelas sikit apa-apa kenyataan dalam parlimen tidak boleh disaman. Parlimen ada imuniti. Sebab tu wakil rakyat yang pengecut akan bercakap dalam dewan saja dan bila disuruh ulang diluar mereka tidak mahu. Saya jamin kalau sesetengah apa yang diucap di dewan itu diulang di luar dewan banyak ahli parlimen kena saman sesama sendiri. Hendaknya undang-undang ini dimaklum oleh semua pejenguk blog saya. Wassalam.

    ReplyDelete
  4. Salam Sdr MSO,

    Setuju pendapat kalau benar wakil rakyat itu berintegriti & mempunyai kakuatan sendiri. Letak jawatan dan bertanding semula di kawasan yang sama atas tiket BEBAS.

    Tetapi tidak berani pula...

    ReplyDelete
  5. Kalau selama ni Anwarlah yang secara berterus mencacai kesana kemari mengondem orang disesi-sesi kononnya ceramah. Tak cukup itu keliling dunia memburukkan negara (marahkan nyamuk kelambu dibakar) kamu tak nampak ke salahnya. Pada itu lagi jahat. Sekali-sekali biarlah kami tahu apa yang dia buat. TV3 sebenarnya memenuhi aspirasi rakyat macam saya yang banyak tak tau cerita dalaman.

    Sporting sikitlah. Tembelang kamu nak sorok. Keburukan orang diolah dan dihias untuk dihidang kepada orang ramai (saya tak mau guna "RAKYAT"). Now he gets his bloody nose dah eloklah tu. Jangan bela sangat.

    ReplyDelete
  6. mso

    Ahli Parliment itu kenalah play safe bukan pengecut sebab dia tak banyak duit macam Anwar. Jadinya parliament is the best platform dimana anda bebas untuk bersuara. Manakala Anwar menggunakan keuatan wangnya untuk memperkecilkan orang lain.

    oner

    ReplyDelete
  7. Maaflah tuduhan macam Guruh ini saya rasa tak membangun minda dalam kita berbahas. Soal anwar banyak duit itu tuduhan, saya juga tidak suka kalau ada orang kata Najib atau Rosmah terlibat dengan kematian Altantuya, sebab ia tuduhan. Marilah kita bercakap hal-hal yang berfakta saja.
    Saya publishkan ini bukan niat tak baik tetapi untuk menjawab sebab komen atau persoalan begini di masukan ke dalam ruang komen.

    ReplyDelete
  8. molek sungguh ayat hujung tu, Nampaknya Melayu kalau melanyak Melayu memang hebat dan nombor satu. Pas siang malam melanyak pemimpin umno tu melayu jugak lah..

    ReplyDelete
  9. Salam tuan,
    Mohon nak link kan artikel ini dengan blog kami.

    ReplyDelete
  10. Kepada mereka yang tidak melihat sendiri siaran langsung perbahasan berkenaan secara penuh diharap jangan keluarkan sebarang komen yang boleh menampakkan kebodohan anda. TV3 hanya mengambil sebahagian daripada sesi perbahasan tersebut. Jika anda tonton sesi tersebut sejak dari mula anda akan lebih jelas. Harap Maklum.

    ReplyDelete
  11. Assalam Tuan MSO,

    Saudara cencaluk dan guruh ni agaknya tahu mengucap ke tak??kalau tahu mengucap siapa rasul dia agaknya!!Rasul umat islam sehingga tahun 2010 ini adalah Muhamad saw,baginda mengajar umat islam jangan sekali kali menghina dan mengaibkan sesama kita di khalayak ramai,kebanyakkan AP yang beragama islam sekarang memang tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak ada sedikit pun mencontohi akhlak rasullah saw.Saya tidak taksub kepada mana mana pemimpin,samada dari pas,umno atau keadilan,jika mereka mempunyai akhlak yg baik itulah pemimpin kami,.Untuk pengetahuan saudara cncaluk dan guruh...tv3 tu dah jadi tv3suku dan bila musim Pru mengambang dia jadi gila babi pula,jika saudara taksub sangat dengan tv3suku tuu bermakna mental anda sama level denganya.kalau anda masih tak nampak yang tv3suku tu sakit mental,tunggu saja waktu masuk solat mahgrib...masa tu lah drama melayu bersiri di siarkan,.Wassalam.

    ReplyDelete
  12. salam tuan...izinkan saya komen diruang blog tuan...

    nampaknya org bodoh telah memperlihatkan diri mereka disini...siap ada yg puji lg..

    utk yg puji tv3...
    adakah dgn siaran diparlimen "separuh" & "dipotong"..
    anda sudah menjangkakan jawapanya..??

    kpd mereka2 yg mengangap tv3 inspirasi berfikirlah guna otak...

    adakah dgn membaca buku "sparuh" muka surat anda sudah boleh menjangkakan penghujung sesebuah cerita..??

    jgn nampakkan kebodohan anda disini...

    ReplyDelete
  13. Ajar rakyat supaya berfikir kelas pertama / kelas dunia. Nampaknya sesetengah Ahli Parlimen sendiri pemikirannya kelas tiga pun tak lepas. Buruknya perangai macam malaun.

    ReplyDelete
  14. sy dah lama x tngok tv 3/4...media propaganda umno/bn no wahid!...baik tukar kpd nama tv umno lagi bagus...sudah terang lagi bersuluh!
    nak cakap pun buang masa je...inilah standard demoKERAsi terpimpin ala umno/bn...media dikawal sepenuhnya...rakyat cuma ada medium ceramah...itu pun dikawal polis n fru...sesak nafas bila memikirkan nasib parti pembankang d bumi m'sia...semoga umno/bn cepat berkubor!...umno/bn boleh menipu 1x tapi tidak berkali2...rakyat sudah sedar...org asli pun dah pandai berdemo...tunggu sajalah masa kejatuhan umno/bn...

    ReplyDelete
  15. tuan MSO. fokus tuan. fokus. soalan saya simple sahaja.

    1) betul tak betul anwar hantar tien chua pi taiwan kejar ahli parlimen BN?
    2) betul tak betul anwar rancang pengambil alihan kerajaan pada 16 september supaya ahli parlimen BN lompat parti?
    3) betul tak betul anwar janji yang 16 september, pakatan akan ambek alih tampuk pemerintahan sampai 90% rakyat PERCAYA?

    ReplyDelete
  16. Apabila kantung dah penuh...!! Tanggungjawab mesti ditunaikan...!! Begitulah si Zahrin bekas UMNO Tanjung dan PKR bayan baru..!! Yang jelas skrip dah ada ditangan...!!

    ReplyDelete
  17. Anak Kuala...adakah anda mengambil sedutan drama balun membalun, lanyak melanyak sesama melayu hari ini atau anda telah mengikuti perkembangan lanyak- melanyak sesama pemimpin melayu ini sejak bertahun-tahun lamanya?

    Boleh ke anda perolehi berita yang seimbang melalui media cetak dan elektronik yang dikuasai oleh BN dari dulu hingga kehari ini?

    Apa yang anda lihat hari ini cebisan drama buat rakyat Malaysia terutama melayu yang teraba-raba mencari kebenaran pembela bangsanya.

    Secara zahirnya, Anwar tak ubah seperti peliwat, pendusta yang sebenarnya. Tetapi jangan lupa, Allah juga memberi anugerah akal pada kita supaya kita tidak setaraf dengan binatang.

    Apakah dengan drama diParlimen hari ini akan mengubah pemikiran rakyat kearah BN secara total hari ini? Bagaimana pula dengan segala kepincangan yang tidak lagi terhitung yang tidak dapat diselesaikan secara adil oleh BN akan dapat menjinakkan pemikiran rakyat yang berakal?

    Jika kita ingin berhujah tentang politik dengan nafsu sendiri, aku percaya kita diambang perang saudara jika pembangkang menang lebih 2/3 dari kerusi Parlimen. Tetapi jika kita berhujah berlandaskan kesyukuran kita diberi anugerah oleh Allah dengan kelebihan dan akal yang sempurna, hujahan kita mewakili rakyat yang terhimpit maka kita diberi ganjaran yang lumayan oleh NYA.

    Cebisan drama hari ini tidak lain selain dari cubaan terakhir Najib untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinannya.

    Pasti ada yang melenting dengan kenyataan diatas terutama dari penyokong Umno khususnya. Tetapi hakikatnya didalam memilih pemimpin didalam Umno boleh berlaku rasuah atau lebih enak didengari oleh situli iaitu politik wang, rasuah juga boleh berlaku diluar Umno apatah lagi disaat kritikal begini bila rakyat mula bangun memihak pembangkang tidak kira siapa. Itulah hakikatnya.

    Aku setuju dengan pendapat MSO dan AuthorFethal bila menyentuh soal Intergriti dan berbahas secara minda. Jika benar ingin memperjuangkan nasib rakyat...letak jawatan perjuangkan nasib rakyat dengan kemampuan sendiri bukan diatas platform orang lain yang memberi peluang pada kita.

    Kita bukannya bodoh sebagaimana pemikiran bodoh mereka fikirkan.

    ReplyDelete
  18. Sebagai pemerhati yang rasional kita sepatutnya tidak taksub kepada satu pihak sahaja. Tetapi memang benar paparan TV3 itu amat memalukan. Di sinilah nanti rakyat yang rasional akan beralih kepada media alternatif. Sudah tentu ledakan hebat teknologi maklumat akan dapat mengatasi rating media arus perdana. Sdr MSO, teruskan...

    ReplyDelete
  19. Assalamu alaikum tuan. 1. Ahli parlimen yang menyerang Anwar tu memang tak ada intergriti.

    2. Jika dia ada intergriti dia pasti tidak meninggalkan parti yang telah memberi tempat padanya.
    3. Dia juga tidak mensia-siakan para pengundi yang mengundinya kerana pasti para pengundi mengundi mereka kerana parti yang diwakilinya.
    4. Sebenarnya tindakan melompat ini merupakan kemuncak kepada tiada intergriti apatah lagi maruah.
    5. jadi, sekadar menyerang Anwar tu cuma bunga-bunga tahi ayan yang busuk yang menjadi bahan solek mereka.
    6. Kalau yang melompat tak ada intergriti, pihak yang berusaha memujuk pelompat itu lebih-lebihlah tak ada intergriti.
    7. Pihak yang meraung semalam dua kali lima dengan pihak yang mnyiarkan berita tersebut lah.
    8. "Melayu melanyak Melayu memang hebat". Itulah dia Melayu haprak.

    ReplyDelete
  20. Kpd Kadilogi, saya nak jawab sikit saja untuk tidak memesongkan pemahaman sdr dalam topik dan mesej yang ingin saya sampaikan dalam posting ini. Apa yang sdr perkatakan dan tanya itu betul. Tapi itu bukan persoalan di sini, persoalannya gelagat buruk ahli parlimen tatkala menghentam Anwar. Kalau dengan tindakan Anwar yg sdr katakan itu sebagai binatang atau sebagainya maka apakah yang lain hendak jadi binatang? Strategi Anwar itu salah satu psywar yang dilakukan di luar Parlimen, bukan dalam Parlimen. Parlimen sebagai dewan tertinggi harus dijaga daripada dicemar gelagat manusia yang tidak ada moral dan berkaki lebih daripada empat. Saya tegaskan ini tidak terkecuali siapa melakukannya, semasa Gobakrishan berlaku baidap dalam Dewan dulu pun saya kritik. Mahfuz Omar menyampuk menteri bercakap saya kritik. Kita mahukan politik yang bermoral, berintergriti... kalau perangai ahli parlimen macam hantu, macam mana harapan itu akan terpenuh. Agak susah juga untuk kita mengdisplinkan pemikiran manusia termasuk sesetengah penjenguk log ini. Wassalam.

    ReplyDelete
  21. Assalamu alaikum tuan.
    "Nampaknya Melayu kalau melanyak Melayu memang hebat dan nombor satu."

    MEngambil semangat ayat tuan dalam baris terakhir posting berkenaan "gelagat gila dalam parlimen" ini, saya mengambil kesempatan untuk meluahkan kecewa saya terhadap sikap Orang Melayu hari ini.

    Selama ini saya tidak berkesempatan untuk mengikuti rancangan Aduan Rakyat tetapi entah macam mana semalam lebih kurang jam sembilan lebih sedikit saya membuka siaran tv3 dan terpampang di skrinnya rancangan yang mencerita keadaan kubur yang tidak terurus di Sungai tua berkedudukan di jalan utama ke Ulu Yam. Berdasarkan laporan tersebut, keadaan kubur itu amat menyedihkan sehingga ia dikatakan tidak lagi selamat untuk diziarahi dan sudah tidak berupa kubur lagi.

    Laporan itu juga menyatakan bahawa pihak Majlis Perbadanan Selayaang tidak lagi menyelenggara kubur kubur lagi dan 16 kubur yang telah tidak diselenggara lagi.

    Menurut pegawai Jabatan Agama islam Selangor yang dihubungi pula menyatakan sekiranya pihak Majlis Perbadanan Selayang tidak lagi menyelenggara kubur tersebut maka tugas tersebut harus diambil alih oleh pihak masjid yang berkenaan.

    Setelah mengikuti laporan tersebut, saya berfikir sendiri kenapa perkara-perkara yang berkaitan dengan umat Islam seperti masjid dan kubur ini sering menjadi bahan perbalahan sehingga tergamak memanggil setesen tv untuk menyiarkannya. Berkenaan isu kubur ini khususnya, bukankah Islam telah mendidik umatnya melalui apa yang dipanggil "fardu kifayah". Fardu kifayah adalah suatu kefarduan atau kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepada umat Islam dan kepertanggungjawaban ini akan hilang atau lupus setelah ada sebahagian dari umat Islam yang menunaikannya. Kini, pemahaman dan penghayatan fardu kifiyah itu seolah tidak lagi wujud dalam hati umat Islam sehingga kubur pun telah tidak terurus dangan baik.

    Apakah semangat fardu kifayah ini sudah dilupai sama sekali oleh penduduk atau qariah masjid berkenaan? Apakah pihak masjid melalui jawatankuasanya tidak boleh mengurus keadaan anak qariahnya sehingga akhirnya gagal melaksanakan kefarduan kifayah ini? Di mana kerja sama anak qariah dalam meimarahkan masjid sehingga perkara seperti ini boleh timbul? Semua ini menjadi persoalan dan menggambarkan betapa rapuhnya persaudaraan sesama kita umat Islam.

    Menuduh jawatankuasa masjid pentingkan jawatan dan gila kuasa seperti yang dinyatakan oleh Raja Anuar semalam hanya sebenarnya memperlihatkan bahawa tidak ada keharmonian dalam qariah tersebut. Kita memang tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku tetapi berdasakan laporan tersebut yang menunjukkan pertelingkahan berlaku antara Raja Anuar dengan pihak masjid di depan Karam Singh Valya amat memalukan kita walau pun bukan kita yang terlibat dalam isu berkenaan.

    Satu lagi, bukankah kita orang Melayu ada semangat gotong-royong. Jadi, di manakah semangat itu di kawasan tersebut? Apakah kerana masyarakat pinggir bandar seperti Sungai Tua ini telah begelar "golongan menengah" maka semua nilai-nilai murni agama dan bangsa harus diketepikan dan hanya melihat kepentingan sendiri sahaja yang utama. Lantas, apabila berlaku sesuatu masalah di sesuatu tempat dan kawasan maka stesen tv dipanggil untuk menyelesaikan masalah. Apakah kita tidak sedar bahawa tindakan menyiarkan perkara tersebut tidak langsung memberi kebaikan lebih-lebih lagi dalam isu seumpama ini yang menjatuhkan maruah kita sendiri. Stesen tv atau akhbar mungkin boleh mennyelesaikan masalah tertentu tetapi ia tak kan mungkin dapat menyelesaikan semua masalah bahkan ia mungkin hanya akan menyerabutkan keadaan dan memalukan umat keseluruhannya. Jadi, laporan itu hanya lebih untuk melanyak sesama Melayu.

    ReplyDelete
  22. Bukan kera, bang, tapi AP syaitan. Cakap lain buat lain.

    ReplyDelete
  23. Saya setuju dgn Pak MSO, parlimen adalah dewan tertinggi yang perlu dihormati. Ahli Parlimen yg ada maruah seharusnya tidak menggunakan parlimen sebagai medan utk menghentam peribadi org lain. Sepatutnya Zahrain mengunakan peluang berucap utk mengemukakan isu-isu yg membawa faedah kepada negara atau rakyat yang diwakilinya, bukannya merapu memuaskan dendam sendiri dan akhirnya menampakan diri yang tidak berkualiti sebagai ahli parlimen.

    ReplyDelete
  24. Assalamualakikum...

    Memang ada segelintir MP tak kira dari blok mana kadangkala dilihat dangkal dalam mengawal tatasusila atau emosi sewaktu di dlm P'men.

    Sungguhpun begitu, MP kita masih lagi berhemah sebenarnya jika nak dibandingkan dgn sidang dewan di luar negara yg sampai berbaling kasut atau bergocoh seperti berlaku di Taiwan suatu masa dulu.

    Permainan emosi oleh MP ini sebenarnya dilihat tidak lebih dari sekadar ingin mewujudkan persepsi buat rakyat dan bukannya utk menunjukkan siapa benar atau siapa salah.

    Tq

    ReplyDelete
  25. Nampaknya ruangan komen MSO jugak telah berjaya melahirkan satu lagi "Parlimen" ala-Malaysia.. Tahniah kepada semua "YB-YB" yang memberi komen samada komen "bodoh" mahupun komen "pandai"... Tahniah MSO.. Tahniah...

    ReplyDelete
  26. Tuan,
    Apa sangatlah nak diharapkan dengan semua ahli parlimen negara Malaysia hari ni. Berapa ramai yang pedulikan nasib rakyat, yang berjuang untuk rakyat, yang bawa hal rakyat keparlimen?
    Ada ke ahli parlimen yang betul-betul berjuang untuk rakyat? Yang berjuang untuk parti, ramai la. Untuk rakyat berapa ramai?

    ReplyDelete
  27. Assalammualikum W.B.H.
    MP tu lebih baik letak jawatan, serah kembali pada rakyat untuk menentukan wakil mereka..

    ReplyDelete
  28. masalah utama masyarakat Malaysia hari ini kebanyakannya tak tahu malu.dan kalau ada yang tahu malu pun,pasti malu tak bertempat.contohnya,macam YB yang guna simbol parti untuk masuk parlimen.

    ReplyDelete