Bekas Syaikul Arqam Kembali Ke Rahmatulah
LEWAT jam 5:00 petang tadi saya menerima email dari pejenguk blog Merah Tinta, memaklumkan khabar dukacita bekas pemimpin agung jemaah Darul Arqam yang diharamkan, Ashaari Mohammad telah meninggal dunia jam 2:10 petang tadi di hospital pakar Ipoh Perak.
Sementara itu menurut salah seorang bekas menantunya yang dihubungi, jenazah Ashaari akan dibawa ke kampung kelahirannya di Pilih, Rembau Negeri Sembilan. Manakala sekejap tadi saya dimaklumkan oleh salah seorang pengikutnya jenazah Ashaari kini masih dalam perjalanan ke Pilin.
Menurut pengikut itu, Johari Murad jenazah Ashaari akan dikebumikan esok, di Pilin. Bagaimana pun beliau tidak dapat memastikan pukul bersama. Persiapan untuk upacara pengkebumian dilakukan malam ini.
Ashaari uzur sejak beberapa tahun ke belakangan ini tetapi masih boleh meneruskan perjaungan dakwahnya ke serata negara. Beliau sering mengadakan ekspedisi ke seluruh negara dengan melawati rangkaian perniagaanya.
Ashaari dilahirkan di 1939 di Kampung Pilin Negeri Sembilan. Berketurunan Boyan. Beliau menubuhkan jemaah dakwah Darul Arqam bersama beberapa orang kawannya sekitar tahun 1969. Jemaah berkenaan diharamkan pada tahun 1994 oleh Pusat Islam kerana mendakwa aurad Muhammadiah yang menjadi amalan Allahyarham sebagai sesat.
Sebelum menubuhkan Arqam sebagai gerakan dakwah, Ashaari pernah menyertai Pas dan bergiat dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Beliau meninggalkan Pas kerana tidak bersetuju dengan beberapa pendekatan yang diambil oleh parti berkenaan.
Beliau meninggalkan tiga isteri dan puluhan cucu serta cicit serta ribuan para pengikut dan murid. Catatan kenangan saya bersamanya akan menyusul kemudian nanti. [wm.kl 8:20 pm 13/05/10]
Al-Fatihah Abuya.Moga kau selamat di sana.sesiapa yang ada pengalaman peribadi bersamanya tak akan mudah2 menilai beliau.Setiap manusia itu ada baik dan buruknya.Moga Tuhan ampunkan dosa kita semua.Pak Sayuti.Kalau berpeluang bertemu kaum keluarga abuya,harap dapat kirimkan salam takziah saya pada mereka.
ReplyDeletealfatihah......semoga roh nya dicucuri rahmat..pemergian nya tidak diduga..kehilangan nya tiada ganti ...daripadaNYA kita datang, kepadaNYA juga pulang....
ReplyDeleteAl Fatihah untuk Ust Ashaari Mohammad. Perginya satu kehilangan besar buat umat islam yang gigih berjuang. Masih ingat lagi bait-bait lagu sunnah berjuang. "Sudah sunnah orang berjuang, mengembara dan berkelana, miskin dan papa jadi tradisi, berenggang dengan anak dan isteri ........" terlalu menyentuh perasaan. Al Fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat.
ReplyDeleteAlfatihah buat Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad!
ReplyDeleteSaya bukan bekas ahli Arqam tetapi pernah beberapa kali mengikuti rakan ke tarbiah anjuran al-Arqam. Walaupun Al-Arqam telah diharamkan tetapi saya tetap kagum dengan kepimpinan Almarhum ust. yg telah mencetuskan bebrapa budaya positif yg amat besar kepada umat islam di malaysia, nusantara & mungkin dunia; samada kita sedar atau tidak. Contoh terbaik adalah amalan menutup aurat. Jika kita memerhatikan gambar2 lama (sebelum dan awal tahun 70an) amat sukar utk lihat gambar perempuan menutup aurat sepenuhnya (ustazah saya dulu pun pakai selendang saja). Namun Al-Arqam telah membudayanya tuntutan menutup aurat dengan purdah. Sesiapa yg mengikuti bagaimana Al-Arqam bermula, pasti melihat bagaimana mereka ditohmah, dicerca & dikeji dengan teruk sekali, sehingga kecoh dengan kisah hantu kum-kum (pada saya ianya adalah penghinaan kpd golongan berpurdah itu) namun mereka tetap mempertahankannya. Alhamdulillah, sedar tak sedar tidak lama selepas 'mengutuk' itu, umat Islam negara ini mula tersedar yg menutup aurat itu sememangnya suatu kewajipan di dalam Islam tetapi tidak diamalkan dengan serius kecuali di dalam solat. Selepas itu (hingga kini)kita dapat melihat umat Islam negara ini telah mengamalkan pakaian menutup aurat (pelik pulak tengok kalau ada org Islam tak tutup aurat). Kesedaran ini seterusnya merebak ke seluruh pelusuk nusantara terutamanya Indonesia, Thailand, Brunei dan Filipina.
Begitu juga budaya bermuamalat. Pada saya, Al-Arqamlah pencetus kepada produk halal Islam di Malaysia. Dulu siapa peduli ubat gigi halal atau tidak, tapi Arqam dah keluarkan ubat giginya mereka sendiri. Begitu juga sabun, mee dan pelbagai produk keperluan harian umat Islam. Saya percaya, pada ketika itu bukanlah keuntungan sebagai matlamat utama mereka, tetapi sebagai mengambil tanggungjawab Fardu Kifayah ke atas umat Islam negara ini. Begitu juga, Al-Arqam memulakan revolusi hiburan alternatif dengan memodenkan nasyid bertaraf padang pasir. Dulu siapa tak kenal dengan Nadamurni dengan vokalis hebatnya Arwah Ustaz Asri (kemudian Rabbani). Lirik2 nasyidnya begitu menusuk kalbu sehingga bisa menitiskan airmata keinsafan, disamping kelunakan vokal penasyid2nya. Setelah diharamkan Al-Arqam, penasyid2 membawa diri masing2 maka wujudlah pelbagai kumpulan nasyid hebat seperti Rabbani, Raihan dan Hijaz (kalau tak silap saya bekas Al-Arqam semua ni) sehingga mampu menyaingi populariti artis Malaysia.
Saya tidak mahu menyentuh isu Aurad Muhammadiah yg menyebabkan pengharaman gerakan ini kerana saya kurang arif mengenainya, tetapi jika dilihat secara lahiriah Al-Arqam memang telah melakukan jasa yang besar kepada umat Islam negara ini. Pendekatan Al-Arqam mentarbiah amat saya kagumi. Sesungguhnya kejayaan Al-Arqam ini bukanlah kejayaan kecil untuk kumpulan ini sahaja, tetapi ianya kejayaan kita semua menegakkan banyak syariat Allah. Bukannya mudah hendak mengubah fikiran dan cara hidup masyarakat yang 'kental' dengan tradisi seperti umat melayu ini, tetapi berkat kegigihan gerakan Al-Arqam meng'islah' akhirnya kita banyak tersedar tentang banyak kelalaian kita yg lalu.
Kejayaan sesuatu gerakan atau organisasi itu pastinya bergantung kepada kebijaksaan & kekuatan pemimpinnya, di dalam hal ini pujian harus diberi kepada pemimpin gerakan ini iaitu Almarhum Ustaz Ashaari.
Semoga Allah mengampuni segala dosa beliau & memasukkannya di dalam golongan orang yang soleh, ameen.
Setuju dengan afbiba, Al-Arqam mencetus fenomena baru konsep "islam is the way of life" secara menyeluruh pada awal 70an dimana zaman tu.. halal haram tidak difahami secara menyeluruh di kalangan melayu. Zaman tu.. makan di kedai cina bukan islam tu selamber je... tapi babi x makan la.. makan benda lain la.. barang2 keperluan asas.. semuanya cina punya...kicap sos..dan macam2 lagi..kesedaran penggunaan barang halal tu x menyeluruh.. Al-Arwam mencetus bnyk benda dari ekonomi, pendidikan,kesihatan dan macam2 bidang yg perlu dikelolakan oleh orang islam untuk menampung kebanyakan keperluan pengguna islam yang perlu kepada produk yg halal. Orang yang menolak al-arqam dulu, pada saya bukan lah dia tak islam sepenuhnya dan tak tahu secara mendalam konsep "islam is the way of life" tu,tetapi orang2 tersebut mempunyai sifat egois dalam pendirian dan tidak boleh menerima sesuatu yg bertentangan dengan apa yg selera mereka.
ReplyDeleteRasul pernah bersabda "Kalau kita tak mampu mengamal,menyampaikan atau menyebarkan sunnah ku jangan lah kau halang atau ganggu atau cerca pula orang lain yg buat"
So.. kepada sesiapa yg masih tak tahu Apa itu Darul Arqam dan hanya tahu AlArqam itu kumpulan ajaran sesat di malaysia.. research la sikit.. jangan tengok drama ajaran sesat kat tv je pastu buat justification...
Al Fatihah buat Abuya....
Dan takziah buat seluruh keluarga.