Perpaduan Melayu Umno - Pas Dah Jadi Macam Tahi
SEBENARNYA rasa mual dan loyak mengenai cerita perpaduan Umno dan Pas sudah melonjak ke atas halkum saya. Jika ditahan ia sudah pasti akan menjeluak keluar. Sudah muak benar saya mendengarnya. Mungkin saya seorang yang tidak boleh berbasa-basi lama mengenai sesuatu, mudah muak dan loya. Orang lain di luar sana mungkin gembira mendengar lagu perpaduan ini terus dinyanyikan.
Bukan saya tidak setuju kalau Pas dan Umno duduk sekali, apa lagi bertanding atas satu lambang demi kekukuhan politik orang Melayu, sangat bersetuju. Kalau Umno dan Pas boleh sepakat membahagikan kerusi dalam pilihan raya akan datang lagi bagus. Tetapi apa boleh buat perkiraan dan nafsu orang politik tidak sama dengan nafsu kita. Orang politik mempunyai berbagai perhitungan diluar perkiraan kita dan sanggup melakukan apa saja aksi yang tidak terfikir oleh kita.
Kini pun tengkuk merasa loya. Tetapi apa boleh buat sebagai penulis kena tulis juga, kena ulas juga setidak-tidak ia boleh mengurangkan rasa loya. Banyak orang tidak faham mengenai tabiat penulis sebegini. Iya, kalau benci kenapa ditulis! Mungkin selepas ini saya tidaka akan manulisnya? Mungkin!
Berbagai manusia bercakap mengenai perpaduan Melayu. Biasalah keadaanya. Yang digambarkan, Umno inginkan kepada perpaduan manakala Pas menolaknya. Bermati-matian para pemimpin Pas menyatakan menolak ajakan Umno itu sampai ada yang terputus urat semereh. Iya lah... macam tolak orang menyuakan bangkai babi atau anjing ke dadah. Menjinjkkan.
Umno pula saya kira tolol amat di sini. Tahu Pas tidak mahu kenapa disuakan lagi anak anjing dan anak babi bernama perpaduan itu. Buang saja la ke laut habis cerita. Pas tidak akan merasa berdosa selagi musibah besar terhadap Melayu tidak akan berlaku. Begitu juga dengan Umno tetap akan merasakan parti itulah relevan dan penyelamat Melayu walhal keporak perandaan Melayu hari ini disebabkan Umno.
Saya sudah lontarkan pandangan sebelum ini. Angan-angan untuk menyatukan Melayu tidak akan terjadi kalau tidak diheret sama Anwar Ibrahim. Kalau tak percaya Umno boleh mencubanya. Pas akan ikut saja ke mana Anwar pergi. Pas tidak ada kekuatan sendiri. Semua orang tahu sesetengah pemimpin Pas merasakan kekuatan parti itu terletak ditangan Anwar. Sekali lagi diulang, tak percaya cubalah.
Tetapi Umno tidak akan berbuat begitu. Baru sekejap tadi Najib Razak menolak siniskal orang ramai mengatakan orang Melayu sudah meluat kepada Umno. Maaflah saya tidak selera untuk mengulas isu perpaduan Melayu lagi. Kepada saya, ia sudah menjadi najis, malahan lebih busuk daripada itu. Bercakap mengenai perpaduan Melayu dalam konteks Umno dan Pas menghabiskan masa saja.
Saya yakin Melayu boleh berpadu bila bangsa ini ditimpa mala petaka besar, semisalnya perang dan seumpama dengannya. Cuma perpaduan pada masa itu sudah terlewat. Kata-kata yang didakwa sebagai menjadi azimat Hang Tuah; takkan Melayu hilang di dunia akan terjadi sebaliknya. Melayu akan hilang di dunia.
Alasan saya mudah saja. Bangsa Melayu tidak memiliki benua seperti China, Inggeris atau Arab. Bangsa Melayu hanya mempunyai tanah sekangkang kera, tetapi memilik nasfsu sebesar bumi Afrika. Itulah bangsa Melayu, bangsa kita. [wm.kl. 8:30 pm 21/07/10]
Assalam Tuan,
ReplyDeleteTahniah dan Selamat kembali ke-tanah Melayu.Saya pun sama macam Tuan terasa loya sangat mendengar isu perpaduan yang di-hidupkan kembali oleh tuan mufti di negeri utara tuu.Jangan lah pemimpin pemimpin kita nii bermimpi siang malam nak berpadu,sedarkah mereka Melayu berpecah belah hingga ke-hari ini angkara siapa??kalau tidak bukan kerana pemimpin pemimpin UMNO sejak lebih 50 tahun lalu yang berebut kuasa dan cantas mencantas di-antara mereka hingga ke hari ini.Lihat saja dalam umno hari ini berpuak-puak,adakah itu bersatu padu.Tuan mufti tuu kalau benar benar ikhlas hendak menyatupadukan orang melayu,cuba lah dalam umno dulu,dalam umno nii ada banyak puak yang sedang bertelagah contohnya puak najib,puak muhyiddin,puak khairy,puak mahadir,puak khir toyo,puak idris jusoh,puak shahidan kasim dan banyak lagi .Niat yang baik kalau tidak ikhlas nanti akan menghodohkan wajah kita.Wassalam
"hidung tak mancung,pipi tersorong2" itulah yg layak utk UMNO. Masih tak reti bahasa.Pinangan dan lamaran dah ditolak banyak kali,terhegeh2 jugakkk..susahlah bila org yg gilakan kuasa ni.Tak faham perkataan 'TIDAK' 'NO' dan ' NNEHI' takkpun 'LAA'..tak nak,tak nak, tak nak.Kemudian suruh mufti pulak yg jadi tukang canang..aduhaiii.
ReplyDeleteSalam Encik MSO,
ReplyDeleteMalam tadi lihat tv3 suku jam 11 malam rancangan soal jawab Lokman Nor Adam dengan Dato Manja Man, sakit hati pun ada nak termuntah pun ada, hai orang umno ni betul la hidong tak mancung pipi tersurong surong,betul la mereka dah umur pendek nampaknya. dah nak bergantung tali hayat, tapi cakap bukan main ahhli dah lebih 3 juta orang,huuu
Pemimpin Pas tak payah lah lawan dengan Mufti tu. Namapak macam jahat sangat PAS lawan dengan Mufti, walaupun Mufti Perak selalu menyebelahi UMNO. Mufti hanya dijadikan alat oleh UMNO untuk menunjukkan PAS tak sukakan perpaduan.
ReplyDeleteWalhal, perpaduan PAS dan UMNO adalah isu lama. Dasar tak sama, PAS berjuang hendak tegak hukum Islam, UMNO nak pertahan teruskan hukum sedia ada dalam perlembagaan, PAS mengutamakan kebajikan rakyat, UMNO utamakan kroni-kroni, PAS mahukan keadilan untuk semua dengan menerima dalam konsep asal DEB, UMNO mahukan kekayaan negara berada dalam lingkungan kroni-kroninya, PAS berpolitik dengan batasan yang ibenarkan syara', UMNO berpolitik sampai sanggup menuduh pemimpin melayu lain liwat tanpa bukti dan direkakan bukti, PAS mahu harta negara ditadbir urus dengan cekap dan telus, UMNO urus harta negara sampai nak bangkrap... Dan banyak lagi.
Habis tu macam mana orang yang kena zalim macam PAS yang yang tidak diberi royalti ketika memerintah terengganu dan kelantan boleh bersatu dengan orang zalim yang sedang membulinya...
Mufti buat-buat tak nampak aje...
Sebaiknya kita katakan, cadangan mufti adalah baik dan kita minta jasa baik mufti untuk mengajak UMNO sama-sama berjuang untuk tegakkan hukum Islam dan menyelesaikan kezaliman yang dilakukan kepada ummat Islam dan rakyat Malaysia secara umum. Tutup buku.
Kalau nak balun, balun UMNO, jangan balun Mufti secara terang-terang...kalau balun secra tersirat tu kira ok lah...
Tak lah kite dikatakan jahat oleh rakyat yang buta politik semasa.
Salam Saudara MSO,
ReplyDeleteRamai orang nak dan dah muntah hijau dengar dan tengok media mainkan isu perpaduan ini. Ia tak lain adalah isu bermusim untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu lebih besar.
Ia tak lain hanyalah mainan suku-sakat dan orang upahan UMNO untuk menaikkan semula imej parti di mata orang Melayu dan usaha terdesak untuk menyelamatkan kapal UMNO yang sudah hampir karam.
Kalau UMNO serius dan ikhlas pasal perpaduan bukanlah dengan cakap berdegar2 itu dan ini tapi kelakuan masih assobiyah pekat dan munafik. Kelakuan dan cakap tak senada. Mulut kata nak ke utara tapi kaki melangkah ke selatan. Tangan kanan bersalam, tangan kiri menampar. Bukan juga dengan bertemu sembunyi-sembunyi dan sorok-sorok dalam kelambu. Ini syok sendiri namanya. Budak-budak bolehlah nak main sorok-sorok.
Untuk pemimpin PAS, usah dilayan sandiwara, drama dan wayang terunggul oleh pelakon2 terbaik di abad ini. Lupakan saja kerana ia akan membuang masa dan air liur.
janganlah dilayan isu perpaduan ini. ianya hanya diketengahkan untuk alihkan perhatian rakyat kepada isu harga barang naik (BN), isu Felda, media PR dan isu Altantuya. nampaknya BN berjaya alihkan isu bila Ppemimpin PAS pun sibuk dok mengulas dan berlawan dengan mufti.
ReplyDeletenampaknya tektik BN berjaya.
dibahagian-bahagian perenggan akhir amat seronok dan juga untuk direnung akan kenyataan itu
ReplyDeletemungkinkah dalam keadaan terdesak begitu suatu hari nanti akan adakah cadangan supaya semenanjung termasuk sabah dan sarawak bergabung dengan Indonesia dan akhirnya membentuk Nusantararaya
bukankah dekad-dekad yang lalu ada idea tentang kewujudan melayuraya itu
apapun segala-galanya takdir Allah belaka....
semoga Allah memberkati dan menyelamatkan kita semua
Salam,
ReplyDelete1. Persoalannya, adakah perbezaan kefahaman politik kepartian semata-mata menyebabkan Melayu berpecah?
2. Kalaupun benar ada perpecahan disebabkan politik kepartian (kes-kes terpencil sahaja saya kira dikalangan rakyat akar umbi), adakah dengan penyatuan parti dapat menguatkan Melayu? Ataupun Melayu itu akan lebih kuat sekiranya masalah muda-mudi Melayu yang terlibat dalam dadah, jenayah, pengagguran dapat diatasi? bukankah orang Melayu akan lebih kuat sekiranya pendidikan lebih baik, amalan rasuah dikalangan penjawat awam dan pemimpimpin poltik dapat dihapuskan?
3. Menyatupdukan orang Melayu melalui politik adlah sia-sia...permasalahan asas orang Melayu adalah lebih penting untk ditumpukan. Apa yang UMNO telah lakukan untuk orang Melayu apabila orang Melayu 'bersatu padu', beramai-ramai memberi kemenangan besar pada PRU 2004? tidak lain hanyalah keselesaan kuasa pada UMNO
4. Perpaduan parti hanya memeberi kepentingan 'survival' politik kepada UMNO yang nazak sekarang dan segelintir pemimpin Pas yang akan dapat jawatan dan habuan!
5. Orang Melayu harus bebas berfikir dalam politik, dan bersatu memilih pemimpin yang akan bawa perubahan, buang saja yang korup.
6. Walaubagaimanapun, Orang Melayu harus dididik untuk menjadi lebih matang dalam politik. Perbezaan politik harus difahami bukan sebab untuk berpecah. Orang Melayu harus fokus permsalahan asas yang menyebabkan Melayu lemah.
7. Macam tuan cakap, soal berpadu-padu sebenarnya macam tahi sahaja!!
Kalaulah benar setulus mulus mufti perak nakkan perpaduan Melayu...beliau tidak layak jadi orang tengah atau menjadi jurucakap...sebab..setiap komen mufti mesti condong memehak pada Umno dan tak pernah ikhlaspun dengan pas..so..layakkah orang macamni nak jadi pengadil atau menjadi orang tengah..menyeru sana sini mangajak perpaduan melayu sedangkan dia sendiri sering membuat pernyataan memecahkan melayu dan sering menyakitkan hati orang pas...orang pas melayu jugak..adilkan tindakan mufti ini? wahai orang yang berakal..fikir lah..mudah je kalau nak fikir macam mudahnya 1+1= budak tadika pun boleh jawab
ReplyDelete