Boleh Dipercayakah Hishmuddin Hussein?
Saya masih ingat ketika membentang rang undang-undang untuk mendaruratkan Kelantan pada tahun 1978, bekas perdana menteri Hussein Onn (Allahyarham) telah bersumpah di parlimen yang beliau (Umno) tidak bermain politik di Kelantan. Kononnya apa yang berlaku di Kelantan sehingga Kelantan perlu diisytiharkan darurat bukan atas kehendak atau agenda Umno.
Betapa naifnya Hussein Onn dengan sumpah berkenaan. Kalaulah dia benar-benar tidak tahu dan tidak terlibat dengan agenda menjatuhkan kerajaan Pas Kelantan secara jahat, dunia politiknya sudah khianat ketika itu. Sebagai perdana menteri ketika itu mustahil beliau tidak tahu apa yang sedang dilakukan Umno Kelantan. Kalau dia tidak tahu ini bermakna bodoh amatlah Hussein Onn.
Tetapi demi menegakkan benang basah yang direntang Umno Kelantan sehinggakan kerajaan Kelantan berusia 18 tahun berkubur, Hussein lakukan juga walaupun tindakan itu seperti meludah ke langit atau membasuh dubur secara menganggung kaki ke atas. Beliau sanggup mempermainkan sumpah, dengan mengatakan Demi Allah saya tidak bermain politik di Kelantan.
Rasanya yang tidak mempercayai sumpah Hussein Onn itu hanya beruk dan kera saja, tetapi kalau mahkluk manusia yang sihat akal tidak akan mempercayainya dan akan menganggap selama-lamanya Hussein Onn berbohong. Bahawa Umno Kelantan bermain politik di Kelantan, bahkan politik kotor dan gila yang belum berlaku sebelum ini. Ini... kenapa saya mengungkit peristiwa pahit dan keji itu menunjukkan saya tidak percaya dengan sumpah itu - sumpah orang politik.
Hari ini setelah 34 tahun, giliran anak lelakinya, Hishamuddin pula berbuat perangai yang sama. Bezanya Hishamuddin tidak melafazkan sumpah demi Allah tetapi berjanji. Dalam pengertian sebenar sumpah dan janji adalah benda sama, membawa maksud pengakuan yang kononnya jujur, ikhlas dan benar.
Hari ini Hishamuddin berjanji dia akan sedia membantu untuk membolehkan lokasi himpunan lain sekiranya DBKL tidak sedia membenarkan dataran merdeka digunakan untuk Bersih 3.0 pada 28 April ini.
Mungkin sekali lagi keturunan kera dan beruk di zaman ayahnya boleh mempercayai janjinya itu untuk membantu mencari lokasi berhimpun, tetapi tidak makhluk bernama manusia. Sebelum ini pun dia sudah mengatakan perkara yang serupa semasa himpunan Bersih 2.0 dulu. Bukan setakat beliau, abang sepupunya Ha Najib Razak berjanji untuk membenarkan stadium merdeka kepada Bersih 2.0 tetapi apa kesudahannya? Sejarah telah merakam segala-galanya. Bersih 2.0 sampai mengorbankan seorang warga negara Malaysia.
Bukan saja semua pintu stadium dikunci dan dirantai diletakkan ribuan polis dan FRU mengawal disemua pintu masuk. Usahkan untuk masuk, orang berjalan berhampiran stadium pun disembur asid dan dikejar dan dipukul dengan blatan macam pukul anjing gila di Jalan Kebun.
Hari ini sekali lagi janji seperti itu diluahkan menerusi Hishamuddin. Konon dia membenarkan himpunan Bersih - Duduk dan Bantah tetapi tetapi berdalih mengatakan kuasa membenarkan stadium bukan ditangan. Porahhh.... Apa yang sedang dimainkan Hishamuddin ialah untuk pusing psikologi orang ramai kononnya kerajaan hari ini baik? Baik tahi kucing.
Maaf, saya tidak boleh menghabiskan catatan ini kena terjeluak dan benci dengan manusia (Kerajaan) yang munafik seperti ini. Kenapa tidak berterus terang, kalau tidak benarkan katakan tidak dan jangan cuba melencong dan memusing kata-kata dengan hujah pondan. Saya lebih menghormati kalau Hishamuddin bertegas dengan pendiriannya untuk menghalang Bersih. Halanglah.. gunalah segala pasukan keselamatan dan segala macam kelengkapan dan undang-undang yang ada di tangannya.
Walaupun cara itu mungkin kejam dan akan dibenci orang sampai hidup kembali, tetapi orang akan hormat akan ketegasan dan pendirian beliau sebagai seorang menteri dalam negeri. Celabur...! [wm.kl.11:04 pm 22/04/12]
bekeng catatan bos hari ning ...
ReplyDeletekalu sekat pun orang tetap gi jugok,
koho sekat koho parok jadinya.
dato a samad said nampak gagah menganjur bersih
ReplyDeletekita yang muda rasa malu kalau tak pergi
bangla nepal nyanmar filipino akan mengundi..korang tak rasa marah ke ??
hidup pak samad