Saturday, December 29, 2012

Kebanyakan Rumah Di Puncak Setiawangsa Rumah Orang Umno

PERISTIWA                                                                                                                      

Selepas kembali dari majlis meraikan perkahwinan anak Ahli Parlimen Tumpat Kamarudin Jaffar (Saiful Adli dengan Norita Syazana) di Kelana Jaya tengah hari tadi, saya bersama Dr Wan Suhaimi Wan Daud melencung ke tempat kejadian tanah runtuh di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur yang berlaku jam 10 malam tadi.

Runtuhan dilihat dari jalan Jalatek.
Lokasi tempat kejadian itu berhampiran saja kawasan saya yang jaraknya tidak sampai 2 kilometer.

Semalam lagi saya telah mengetahui akan kejadian itu tetapi tidak berapa ada 'angin' untuk menjenguknya.  Tidak seperti biasa, kalau terdengar kejadian seperti itu saya akan 'berunga-runga' untuk mengetahuinya. Tetapi tidak kali ini, kenapa?

Kiri ialah rumah Zulhasnan Rafique.
Khabarnya di situ adalah kediaman orang-orang kaya. Orang bangsawan. Kalau orang miskin dan marhain mereka tidak menghuni di situ. Jadi kalau orang kaya dan bangsawan mereka tidak menghadapi apa-apa keuslitan selalunya pasukan penyelamat yang kebanyakan milik kerajaan akan bergegas segera ke tempat itu.

Bukan saja ambulan yang pakai van atau lori, tetapi helekopter juga mungkin boleh digunakan untuk mengangkut penghuni yang terkepong atau bermasalah kalau diperlukan.

Kerana berfikir (jahat) begitulah maka kejadian itu tidak menjadi sesuatu yang terdesak bagi saya untuk mempedulikannya.

Bongkah simen yang terumpil dan runtuh.
Pagi tadi lagi seorang kawan, Zulkefli Sulong telah menghubung saya menerusi SMS beliau bertanya apakah banglo yang terlibat itu milik ahli Parlimen Setiawangsa, Zulhasnan Rafique. Saya jawab tidak tanpa berselera untuk menyiasatnya.

Semasa berjumpa di majlis kenduri kahwin anak Kamarudin tadi, sekali lagi berjumpa dengan Zulkifli dan beliau sekali bertanya hal itu. Cara dia bertanya seolah-olah beliau tidak yakin dengan jawaban saya bahawa salah sebuah rumah yang terbabit dengan kejadian itu bukan rumah Zulhasnan Rafiqeu.

Tidak banyak cerita sekembali dari kenduri itu saya bersama Wan Suhaimi ke tempat kejadian.

Tempelan simen terkoyak.
Dari atas Jalan Jaletek (flyover) lagi sudah kelihatan kesan-kesan runtuhan. Di puncak bukit Setiawangsa itu tersergam dua buah banglo yang terletak betul-betul di pinggir puncak berkenaan. Di tengah antara dua banglo itu kelihantan kesan runtuhan, dan bongkah-bongkah simen yang terkopel, retak dan menggelunsur turun.

Setelah melihat itu baru hati teruntun untuk melihat dari dekat. Saya tidak fikir kejadian itu seserius itu dan membahayakan. Mungkin kerana tidak ada kemalangan jiwa menyebabkan ia tidak meruntun hati saya untuk segera ke tempat itu.

Sisah runtuhan menutup jalan utama di pinggir bukit.
Seperti dikatakan tadi kerana kediman itu bukan kediaman marhain jadi tidak sesuai dan sepantasnya orang marhain seperti kita untuk segera melihat?

Semasa kami memasuki ke puncak berkenaan, banyak kereta yang keluar masuk. Orang ramai yang datang untuk melihat kesan runtuhan atau melawat saudara marah.

Di kawasan itu kini sudah menjadi seperti kawasan perkelahan. Ia dipenuhi dengan orang ramai, wartawan dan juga pasukan penyelamat. Semua pasukan ada; bomba, polis, DBKL, JKR dan segala macam yang mengawal dan sedang membuat pemamtauan.
Dari kejauhan nampak banglo di atas puncak.

Masa ini runtuhan atau pergerakan tanah sedang berlaku secara perlahan-lahan. Ia berpotensi akan mengalami keruntuhan lebih parah lagi sekiranya hujan lebat melanda. Penduduk berhampiran puncak bukit berkenaan sudah pun dipindah. Pihak berkuasa juga menandakan kawasan yang dilarang memasuki kawasan berdekatan.

Beberapa ambulan siap sedia hadapi kemungkinan.
Siapakah yang mendiami rumah banglo di puncak berkenaan? Menurut seorang penduduk di Persiaran Setiawangsa 1, antara yang menghuni di puncak bukit itu termasuk beberapa orang ahli politik. Mereka, Zulhasnah Rafiueq di mana rumah MP Setiawangsa itu kelihatan dengan jelas terancam dengan rutuhan itu. Rumah Zulhasnah antara dua buah rumah yang terletak di pinggir puncak dan benar-benar diancam bahaya.

Selain rumah Zulhansah terdapat beberapa rumah orang tokoh politik lain. Rumah ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis juga berada dipuncak bukit berkenaan. Bagaimana pun menurut penduduk itu tidak dipastikan apakah Jamaluddin tinggal masih tinggal di situ atau tidak. Selain itu rumah saudara kepada wakil rakyat dari Perak. Manakala menurut Wan Suhaimi rumah bekas ketua Pemuda Umno Setiawangsa Izuddin juga terletak di puncak berkenaan.

Kebetulan rumah-rumah mewah yang berada dipuncak bukit Setiawangsa itu semuanya rumah orang-orang Umno. "Nasib baik rumah saya jauh di bawah bukan di puncak," kata penduduk itu sambil meminta berdoakan untuk kesejahtran beliau dan semua yang tinggal disitu.  [wn.kl.7:01 pm 29/12/12]

17 comments:

Anonymous said...

mangsa banjir cuma dapat rm500,tapi depa ni dapat rm1500,ini tak adil.

Anonymous said...

ghomah hang seghibu aje...ghomah deme sepuluh ghibu.
itu le..beza deme ngan kite.

Anonymous said...

16 tahun dulu saya pernah terfikir apabila melalui bukit tersebut.. Rumah org kaya manakah diatas puncak bukit tersebut?.. Lulus cf kah rumah dgn kecerunan lereng sebegini?... Ah!!! Orang kaya semua boleh bayar.. Tp bolehkah dia membayar nyawa?.. Bisik hati saya.. Bila alam enggan bersahabat dgn kita.. Bila- bila masa sahaja ia akan mencetuskan bencana..

Anonymous said...

Tuan MSO,

Saya tahu kawasan yang tuan maksudkan. Dalam tahun 1994-95 dahulu saya terlibat dalam kerja-kerja tanah bagi kawasan perumahan dihadapan jalan naik kekawasan bukit setiawangsa itu.

Dinding penahan yang runtuh itu ditarah agak curam. Oleh sebab itu satu kaedah kejuruteraan dipanggil "soil nailing" telah digunakan untuk menguatkan tebing tersebut. Banyak teknik ini digunakan bagi cerun-cerun yang curam samada dikawasan perumahan atau dilebuhraya-lebuhraya.

Semasa saya terlibat dengan kerja diatas, tebing ini telah lama siap. Segala sesuatu itu mempunyai hayat dimana ianya boleh berfungsi dengan baik. Satu perkara mengenai kejuruteraan yang melibatkan tanah ia memerlukan kepakaran yang tinggi. Namum begitu, walaupun bidang ini telah begitu maju, sifat tanah tidak sama dengan sifat konkrit. SIfat tanah dalam kawasan sama tidak semestinya mempunyai sifat yang sekata. Ia adalah sesuatu yang semulajadi, tidak seperti konkrit.

Rumah terakhir yang terletak ditebing tebing itu dijual semasa saya masih bekerja disana. Ia telah dijual kepada aeorang arkitek dengan harga RM 1 juta lebih pada masa itu. Inilah rumah yang paling mahal dikawasan itu pada masa itu.

Saya tidak tahu siapa pemilek sekarang bagi bungalow itu kerana saya sudah meninggalkan kawasan itu sejak akhir tahun 1995 dulu.

Untuk makluman tuan, ada sebuah rumah bungalow disitu disewakan kepada sebuah kedutaan asing dengan harga RM 15,000 sebulan. Memang ekslusif sakan kawasan itu.

bat8

Anonymous said...

Itu sudut teknikal. Tp artikel nih melihat dr sudut politik. Ada berbaur....macam2. Kenapa jd cam nih? X bleh kah tinggalkan sekejap politik kepartian dan meletakkan semua kita adalah bersaudara?

mohd sayuti omar said...

Mana boleh tinggal politik dari kehidupan, kerana politik itu tidak terpisah dari agama, itu yang diajar. Agama adalah kehidupan. Lagipun realiti yang tinggal di atas puncak itu orang Umno, orang Pas tak ada, PKR tak dak, DAP pun tak dak. Politik macam bila yang menjadi fenomena sekarang ini, bahkan politik jauh lebih tua dari bola sepak.

Unknown said...

Saudara mso, umno mana paham dia ambik politik suku agama suku...sy langsung tak berminat nak ambik tahu nak runtuh runtuhlah nak mati matilah....memang umno pon on the way nak mampos....

PUSAKA BANGSA said...

Rakyat yang memilih merela masih ada yang menggunakan pelita minyak tanah untuk menerangi pondok mereka tetapi pemimpin yang dipilih telahpun hidup bernewah semewah mewahnya. Terutamanya JJ orang asli yang mengundinya masih lagi ada yang bergelap dan minum air paya dan sungai sebagi air minuman. Tak percaya pergi tengok penduduk OA di kg pinang, kg kerpal, kg merlmau dan lain2 kg dalam daerah rompin. Sesekali biar la neeka merasa keperitan rasa ketakutan dalam hati supaya mereka yang kaya ini sedar bahawa masih ada kuasa lain yang lebih berKUASA.

Anonymous said...

Eeee korang ni bagi komen...... Macam kan korang semua akan sentiasa selamat daripada bala dan bencana Allah. Tolonglah kalian semua tak payah nak mengata begitu. Sesungguhnya saya sangat tahu siapa pemilik rumah yang paling teruk ditimpa bencana itu. Tapi tiada keperluan untuk saya berkata kata disini. Cuma saya rasa sedih dengan telatah dan hati busuk orang2 yang memberi komen termasuklah mso.
Tolong elakkan dari membuat andaian sekiranya kamu sendiri tak tahu.

Anonymous said...

siapa makan cili dia terasa pedas. ke memang puak puak ni biasa kena cili pak MSO

Anonymous said...

salam Tuan MSO, anda pasti kenal dgn Datuk Rameli musa of Ingress Berhad. rumah beliau pun di tepi lereng tersebut. yg pasti beliau adalah penyokong PAS dan PKR. harap rumah beliau selamat

Anonymous said...

mengapa kawasan ini yang dipilih untuk runtuh? banyak kawasan lain lagi yang lebih tinggi dan cerunnya lebih curam lagi?

mohd sayuti omar said...

Yg bertanya tentang Ramli Musa, dia sekarang ini tidak bersam PAS atau PKR sudah setahun lebih. Dia telah bersekutu dengan Umno. Kali bterakhir saya jumpa / tertenguk dia di rumah Ezam Mohdmad Nor. Orang yang rapat dengan Ramli Musa tahu mengenai kehidupannya kini. Untuk pengetahuan juga semalam saya hadir kenduri Kamaurddin Jaafar di KElana Jaya, Ramli adalah kawan baik Kamaruddin dulu. Seseorang bertanya Kamaruddin, tak ajak Ramli Musa ke. Apa jawab Kamaruddin,"hati belum tergamak untuk mengajaknya". Apakah maksud itu. Jadi sah Ramli Musa bukan orang PAS atau PKR. Wassalam.

Unknown said...

Kemah keming MSO

lan said...

Ramli Musa sama2 Mckk dgn dato KJ dulu. Tentu jawapan dato KJ itu memberi tanda yg jelas mengenai karibnya itu

Mengenai tragedi ini, sudah bertahun juga saya tertanya mahligai siapakah itu di atas puncak sana, sering ulang alik LRT dahulu dan tak akan miss melihatnya

Moga ianya menjadi iktibar pada semua, baik yg di atas atau dibawah

lan said...

siapa termakan cili,dia lah terasa pedasnya.. Dalam amanat Hadi tidak disebut pun perkataan Umno :)

AnakSama said...

Apa pun, dan siapa pun di atas sana, saya doakan keselamatan. Moga peristiwa ini menjelmakan hikmahnya tersendiri...