Wednesday, April 17, 2013

Proses Pemilihan Calon PAS Kelantan 'Berkonsep Kronisme'

MENJOLOK MENTARI                                                                                                                   

Malam nanti PAS akan mengumumkan calon-calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen di Kelantan. Daripada 45 kerusi DUN, PAS bertanding di 40 kerusi manakala 11 kerusi parlimen daripada 14 kesemuanya. Walaupun malam ini PAS mengumumkan calon-calonnya tetapi beberapa calon untuk kerusi parlimen dan DUN sudah pun diketahui awal. Sesetengah kawasan acara 'bergomol' sudah berlaku kerana tidak puas hati.

Zulkefli: Orang yang tukang tulis nama calon.
Bagaimana pun malam ini adalah pengumuman rasmi. Malam ini akan ada air mata gembira dan air mata duka. Malam penuh dramatik. Khabarnya semua calon terlibat sudah dimaklum dan sudah pun diberi borang penamaan calon masing-masing. Sesetengah sudah pun mengambil gambar foto untuk dijadikan poster calon. Jangan mendahului Tuhan.

Proses pemilihan calon PAS kali ini nampak kelam kabut dan berkucar 'wak yah' sedikit. Banyak senget dan congik cadungnya. Rasa tidak puas hati timbul di mana-mana sahaja. Setengah ada yang bertindak menutup pos atau mengancam untuk tidak bekerja sekiranya calon-calon pilihan mereka tidak diangkat sebagai calon. Paling menggerikan ada yang membuat pengakuan akan bertindak keluar parti kalau keadaan tidak diubah.

Perkara ini sebenarnya biasa. Kekalutan pemilihan calon ini sudah menjadi lumrah. Setiap kali pilihan raya, situasi ini akan berlaku. Saya berpengalaman mengenai perkara ini sejak tahun 1978 lagi. Ia bukan saja setakat bertegang leher, tetapi ada yang sampai bertumbuk, memaki hamun dan sebagainya kerana tidak berpuas hati dengan calon.

Itu tidak menjadi masalah dan memberi kesan besar kepada parti. Seorang pejuang dan 'pemerhati' yang tulen akan mengangkat bendera juga akhirnya setelah gelora kemarahan sejuk. Namun sebelum panasnya sampai 100 celcius, zarah-zarah dan kumin-kumin air akan panas meloncat-loncat (mendidih) ke atas.

Kenapakah proses pemilihan calon kali ini menjadi kecoh dan berkucar wak yah? Jawabnya tidak ada sebab lain melainkan kerana berlaku unsur-unsur kronisme dan nepotisme di dalam membuat pemilihan dan penyaringan calon. Ia ditambah dengan sikap munafik mereka yang menjadi anggota pemilih calon; cakap depan lain dan cakap belakang lain. Sikap tidak berterus terang kononnya untuk ambil hati tidak betul dalam hal ini dan inilah menyebabkan timbul kekalutan.

Contohnya ada seorang ahli pemilih calon (Timbalan Pesuruhjaya) menjanji akan membuat penilaian adil, berjanji untuk merujuk atau memaklumkan kepada Tokguru, tetapi ia mungkir. Bukan saja maklumat sebenar disembunyikan kepada tokguru, tetapi Tokguru tidak diberitahu langsung. Tokguru hanya dijadikan rubber stamp, cop sahaja tanpa memaklumkan kepadanya. Apakah kerja seperti ini betul mengikut keadan Islam?

Unsur kronisme di dalam hal ini sangat jelas sehinggakan ia tidak boleh ditutup lagi. Unsur kronisme ini menyebabkan PAS menjadi seperti syarikat anak beranak - syarikat sendirian berhad dan bukan syarikat berhad. Maka itu pemilihan calon dibuat di kalangan anak beranak, waris warah dan ipar duai, biras dan besan sahaja.

Sesiapa yang berseorang diri, hatta bekerja kuat didalam parti dan mendapat sokongan dari peringkat kawasan, cawangan akan ditinggal begitu saja bagaikan tunggul kayu kalau ia tidak ada hubungan diplomatik dengan individu yang memilih calon. Kuatlah 'setara mana' mereka tidak akan dipilih dan dia ajak berjemak berkira.

Ini satu budaya dan perangai di dalam PAS. Penyakit atau perangai di zaman Mohd Asri Muda (Allahyarham) nampaknya menjadi turutan dan ikutan. Budaya memilih calon di kalangan kawan-kawan, anak beranak sendiri mula dipraktikan secara jujur di dalam pemilihan kali ini. Apakah dengan berlakunya keadaan maka ia membungakan kekalahan untuk PAS?

Sebenarnya bagi ahli PAS mereka  tidak ada masalah kalau 'waris warah' yang akan mewarisi takhta itu asalkan berkelayakan dan dilakukan secara adil. Tetapi pemberian peluang menjadi calon itu biarlah adil, tidak pilih kasih atau pun membelakang prosedur biasa. Keharmonian di dalam PAS selama ini ialah kerana tidak ada unsur jahat dan khianat. Ketelusan dan keikhlasan itulah menjadi teras dan spritual kepada PAS.

PAS parti Islam sewajarnya menegakkan prinsip keadilan dan kesamarataan. Sisi inilah yang membezakan PAS dengan Umno. Dalam pemilihan calon dan apa-apa juga aspek keadaan atau pendekatan secara Islam biarlah jujur dan bersih sesuai dengan pengakuan dan syahadat kita terhadap perjuangan yang berpaksikan kepada perinsip Islam.

Perkara ini disebut kerana perkara ini jelas. Ada calon-calon yang dipilih tidak pun berada dalam barisan nama yang dicadangkan oleh PAS cawangan, kawasan seperti mana ditetapkan dan menjadi amalan biasa. Tetapi kerana mereka adalah kroni kepada orang tertentu, tepatnya kepada ahli Dewan Harian PAS yang terdiri dari Pesuruhjaya, Timbalan Persuruhjaya I dan II, Setiausaha Badan Perhubungan maka dia diambil dan dinilai.

Waris dan sahabat handai, ipar duai, biras mereka dibasuh dan dimake-up sebaik mungkin. Dipersembakan kepada Tokguru Nik Aziz sebagai barang persembahan yang indah. Puak-puak inilah penipu Tokguru sebenarnya bukan Umno Barisan Nasional. Merekalah yang menjadi ulat yang memakan PAS dari dalam dengan bersela lendik dan berkopiah putih.

Saya akan senaraikan macam mana calon-calon yang dipilih kali ini ada hubungan relatif dengan individu-indivdu yang disebut di atas tadi. Ada orang yang menjadi pemegang 'jabel' pitis kepada ahli Dewan Harian dipilih menjadi calon, bukan kerana orang itu berwibawa, tetapi kerana hanya menjadi pemegang jabel duit. Al maklumlah saat pilihan raya ia memerlukan duit banyak. Menjadi proxy dalam pemberian kawasan balak, getah klun dan biji besi. Perlu ditegaskan anggota Dewan Harian Dr Mohd Fadzli Hassan iaini Ketua Penerangan tidak diajak berunding langsung dalam soal pemilihan calon ini. Kenapa?

Betulkah cara ini? Memang pemimpin PAS senantiasa memberi ingatan dan pesan, di dalam PAS jawatan tidak boleh diminta. Jawatan bukan matlamat. Tetapi soalnya apakah prinsip itu diguna pakai dengan seadil-adilnya dan menyeluruh? Apakah ia terkena kepada mereka di bawah yang tidak ada god father atau taukeh, manakala yang mereka ada taukeh akan berlaku? Mereka yang rapat dan pernah makan di restoran-restoran lima bintang dengan anggota Dewan Harian diutamakan. Mereka yang melancung ke Marocco, Mesir bersama akan diambil menjadi calon?

Tidak perlu saya menyebut nama-nama bakal calon yang akan diumumkan malam ini yang tidak layak dan sepatutnya diambil menjadi calon kerana beberapa kelemahan. Saya akan bercerita selepas ini macam mana orang tidak dikenali dan diterima oleh kawasan tetapi diambil menjadi calon kerana hanya orang itu pernah berjumpa dengan individu tertentu dan menolong individu tertentu dalam sesuatu urusan kependidikan. Kerana itu saja maka dia diambil menjadi calon. Ditinggalkan nama-nama lain yang selama ini berkorban dengan parti atas alasan kerana ia kroni Yang diPertua Kawasan. Anihnya kenapa kalau orang tidak boleh tetapi kita dibolehkan. Inilah jenis munafik.

Perkara ini selalu terjadi. Suka saya merujuk kepada apa yang berlaku di Tendong dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Hamid Abdul Aziz yang dilantik menjadi penyelia, bekerja keras untuk parti, siang dan malam akhirnya dinafikan begitu sahaja. Arwah Muhamad Daud diambil menjadi calon, kerana apa, kerana dia ada pertalian darah merah dan darah hijau dengan salah seorang ahli Dewan Harian yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS. Untuk menghalakan tindakan itu Hamid dicalit dengan sedikit kotoran. Peliknya calon yang kini menjadi wakil rakyat, jelas 'mengekok' dengan betina diambil menjadi calon? Di manakah keadilan?

Tidak mengapa kita sama-sama dengar pengumuman calon malam ini. Kita tengok dan nilai nama-nama yang diumumkan nanti apakah mereka adalah nama menjadi pilihan rakyat ataupun kerana mereka ada hubungan sulit dengan anggota Dewan Harian. Kalau sebahagian besar nama-nama yang diumum itu adalah kronis PAS akan menghadapi masalah.

Saya memberi isyarat lampu merah, sekiranya tidak berubah selepas ini saya akan menghurai satu persatu. Biarlah kita semua tahu dan tidak ditutup dengan perkataan "InsyaAllah..." Biarlah kita bermain dalam cerah kali ini dan tidak berlindung disebalik gelap. Tidak ada guna kemenangan kalau kemenangan itu bukan atas prinsip keadilan dan kebenaran.

Sepatah kata azimat Tokguru kepada saya; ana akan dikatakan zalim kalau tidak bertindak ke atas kemungkaran berfakta, dan ana akan dikatakan tidak adil kalau bertindak tanpa ada bukti. Atas prinsip itulah kita mahu soal pemilihan calon ini dilakukan demi kemenangan PAS. Amaran juga saya berikan kepada Zulkefli Mamat, beliau harus menggugurkan namanya dari senarai calon di Pulai Chondong. Pengguguran itu nanti membuktikan dia ikhlas dan jujur dan apa yang ada dihatinya sama seperti tergambar di dahinya yang bertanda hitam dan lekok kerana kuat sujud.  [wm.kl.7:41 am 17/04/13]

20 comments:

  1. PAS SUDAH MULA DIRASUK PERASAAN 'GILA KUASA', AKAR UMBI TAK SETUJU DENGAN CALON PILIHAN PUCUK...TAPI ITULAH YANG DISOGOKNYA...LEBIH 30% ADALAH KUMPULAN ANAK-BERANAK. KALAU NIK SEMUA NIK. BUKAN NIK LAIN TAPI NIK YANG ADA KRONI....PKR TIDAK MAHU MENGALAH DALAM BEBERAPA KEADAAN, DEMIKIAN JUGA PAS...MAMPUIHHH!!!

    ReplyDelete
  2. kecuali nik aziz,lain-lain pemimpin PAS dikira lebih ke arah UMNO, kalau tak lebih mungkin sama je! Pemimpin PAS begini mesti hati dia dok ingat kat peluang buat kekayaan dan dunia melebihi dari ganjaran akhirat! betapa hipokritnya pemimpin PAS begini! kalau MSO betul nak cegah benda karut marut seperti dalam UMNO ni< maka sekaranglah masa untuk dedahkan calon PAS dan hubungan dengan dewan harian.....tunggu bila lagi. Saya yakin sikap dan ketidakmampuan bebarapa wakilrakyat PAS untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat secara sama rata tanpa memilih pegangan parti mungkin berpunca dari cara pemilihan yang ikut kronisme dan favouritisme! tugas calon adik beradik ni hanya untuk jaga kebajikan dan kekayaan anak-beranak! Tok guru Nik Aziz perlu tegas dalam hal ini!

    ReplyDelete
  3. Tuan Haji MSO,

    Kubam! jange tak kubam. Piat! jange tak piat. Bongkar! jange tak bongkar. Kerana itulah salah satu cara untuk membetulkan keadaan sebelum hari penamaan calun, demi integriti dan kelangsungan perjuangan PAS yang menjadi harapan umat Islam.

    ReplyDelete
  4. Berterus terang kadang kala baik dan bergantung kepada niat kita.Kadang-kadang berterus terang ini boleh menjadi tidak baik.Tambah-tambah lagi nak tunjuk kehebatan.
    Bagi yang bekerja untuk parti janganlah harapkan selain dari yang Allah dah janji , kalau kita masih campur aduk dengan kehendak diri rosaklah diri.
    Begitu juga dengan komen kita sama saja dengan komen sebelah lagi, eloklah kita muhasabah diri.
    Bagi YB Zulkifli, cakap-cakap supaya undur dah sekian lama semenjak mula menjadi YB lagi.Beliau masih muda dan masih pegang jawatan penting dalam parti, takkan menjadi wakil rakyat yang sudah menjadi satu sebati dengan beliau di tempat sendiri tidak boleh menjalankan tugas dengan penuh keimanan.
    Jadi bagi YB yang tidak terlibat dengan pemilihan ini tak perlulah berkecil hati dan tak perlu beritahu orang kita tidak terlibat dalam pemilihan. Apa niat kita di sini. Ingat Islam itu murni dan tidak elok untuk digossipkan. Wallahualam.Allahuakbar!!!!

    ReplyDelete
  5. Kita marahkan Umno, tapi perangai umno juga yg dicontohi.

    ReplyDelete
  6. Abe MSO, saya dah lama tahu perkara ini. Iaitu sejak pertukaran Ahli Mesyuarat Dewan Harian. Melalui pergaulan saya dengan kepimpinan PAS, saya dah agak apa yang berlaku ke atas senarai PRU13 ni. Dalam seminggu terakhir ni, saya ada sms ke beberapa YB-YB PAS, jawab mereka senarai calun PRU13 haru biru. Susah bila ada babuk yang mengawal Dewan Harian. Ahli Dewan Harian bekerja untuk babuk tertentu.

    Sebagai contoh, mengapa Dato' Nik Amar membuat kenyataan bahawa tidak ada orang yang layak menggantikan Tok guru kecuali mereka yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. Bila pulak PAS meletakkan syarat supaya seorang bakal MB mesti mempunyai pendidikan agama Islam (paling kurang taraf ijazah)? Tidakkah kita telah setuju untuk konsep Negara Berkebajikan? Jadi mana-mana pemimpin PAS yang adil & amanah boleh dijadikan MB. Bila ayat-ayat hanya orang yang berilmu agama saja yang boleh jadi MB, maknanya hanya Dato' Nik Amar dan Dato' Ahmad yaakob sajalah yang layak jadi MB. Ayat ini selalu diperkatakan di dalam kepimpinan PAs Kelantan.

    ReplyDelete
  7. punoh PAS lagu ni tuan... xdo beza dgn UMNO la gini, silalah tuan bagi teguran ikut kapasiti & kemampuan tuan, direct kpd TGNA lagi bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullllllllllllll tolonglah tuan mso tolong inform tok guru...ambo kalu ambo buleh jumpa tok guruku ambo pun akan bagitau tok guru sebab ambo sayang ko PAS dan ambo sayang ko tok guruku...tolong tuan mso tolong ghoyak ko TGNA bagi pihak ambo tolong tuan mso ambo rayu tuan tolong ambo sampaikan suara hati nurani ambo rakyat marhaen yang tiada apa apa kepentingan ini...tolong tuan mso tolong

      Delete
  8. Dalam suasana PR berkemungkinan menang PRU 13,adakah sudah timbul belang mereka yg gilakan kuasa?adakah kerana sebelum ini PAS dilihat tidak mungkin memegang tampuk kerajaan maka ahlinya bekerja ikhlas kerana agama, dan sekarang bila keadaan berubah maka "ikhlas" itu pun berubah juga?
    Harap pak MSO dpt kejutkan pemimpin kanan PAS, kerana adalah amat mengecewakan rakyat jika pilihan mereka sebenarnya mulut buaya!

    ReplyDelete
  9. Saya setuju segala kepincangan yang perlu diperbaiki. Kita ini manusia lemah. Namun PRU13 ini ialah time membuat pilihan antara PR dan BN. Utamakan yg lebih utama. Jika seorang pemimpin yg secara terangan bersekongkol dgn jalan yg mudharat seperti amalan rasuah dan maksiat atau menentang hukum Allah, maka sudah menjadi tanggungjawab sebagai pengundi untuk menolak pemimpin ini. Takut2 akan terpalit dengan 'dosa jariah' yg terus berkekalan asbab pangkahan undi yg salah. Pilihlah pimpinan dari kelompok yg lebih amanah membawa kita taat pada Allah. Jazakallah.

    ReplyDelete
  10. Abang Mat,
    Lakukan lah apa yg terdaya, Asal PAS tidak menjadi buah yg busuk.Berkenaan gambar yg ada hitam legam didahi tu, amba sangat alergik melihatnya.Harap Lintasan fikiran jahat amba dimaafkan.

    ReplyDelete
  11. Abang Mat,
    Lakukan lah apa yg terdaya, Asal PAS tidak menjadi buah yg busuk.Berkenaan gambar yg ada hitam legam didahi tu, amba sangat alergik melihatnya.Harap Lintasan fikiran jahat amba dimaafkan.

    ReplyDelete
  12. Saya ada terbaca di akhbar PB, yang memperkenalkan serba sedikit mengenai Zul Mamat ni semasa PRK DUN Pulai Chondong pada lewat 90an, kalau tak silap saya, akhbar tersebut ada mengatakan bahawa beliau dtg drp keluarga kuat Umno. Hanya beliau yang condong kepada Pas. Tetapi setakat mana betul pun tak pasti sebab yang menyiarkannya adalah media PB.
    Seandainya betul, maka, perangai busuk Umno mmg dah berjangkit kat Zul Mamat ni..

    ReplyDelete
  13. Di bachok mtk tolong sgt2 jgn v pd budak baru marzuk yg terbolas sgt tu..kubang sano sini dok gilo ko jawatan...gilo sgt nampok nak jadi calon sampai hok tua2 pun dia tak berapo nak hormat...ramai lg yg senior2 yg lebih berkaliber dr nya...

    hormat gak sikit pd pimpinan2 yg lebih tua dari kito...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulllllll diburukkan lagi oleh jeng jeng jeng bekas adun jelawat...for your info ramai orang benci dgn keluarga dia...PENCALONAN DIA ADALAH SIMBOL KRONISMA DALAM PAS PUSAT DAN PAS KELANTAN SECARA KHUSUSNYA..KALAU TAK PERCAYA TANYA.......

      Delete
  14. Persoalan yg selalu saya kemukakan kepada Pejuang2 PAS, "apakah yg sebenarnya kita musuhi"??
    Umno hanyalah "bayangan" kpd sifat buruk manusia, so pertanyaan seterusnya "bagaimana klu Umno ada dlm diri kita semua"?
    kenalkah kita n bagaimana cara utk menanganinya?
    Sama2lah berfikir dgn JERNIH,
    n bersama2lah berusaha utk membenterasnya. Tq

    ReplyDelete
  15. Mana2 pati pun kalu dah lama berkuasa akan naik lemak. Lagu kena tukar ini kalilah. Lepas ni akan jadi kel bn malaya pr

    ReplyDelete
  16. Sudoh la...PAS pun nk jadi UMNo...xleh paka lasung..kes bunyi nk jd kerajaan sumo gilo kuasa...berat doh ni...dedah la buwi cerah Tuan MSO...kito xse sekongkol nga maksiat walaupun 5 tahun ke depan...

    ReplyDelete
  17. Tuan mso i share the same view...macam mana nak nak berinteraksi lisan dgn tuan mso?ambo nak share banyak intel point of arguement dgn tuan mso...ambo sanggup kalah pru13 kalau itu penawar buat PAS(KELANTAN)SDN BHD.....HAPUSKAN PETUALANG

    ReplyDelete
  18. Apapun, skg pasukan lawan dah dpt tendangan penalti. Harap2 keeper handal mcm Khairul Fahmi. Kalau keeper dpt save bola, harap2 kapten macam Badhri Razi ghoyak ko coach Bojan tukar player hok buat saloh sampai lawan dpt penalti...
    Kito rakyat ni mcm penyokong jah, ghoyak genamo ghima pun coach tok dengar..

    ReplyDelete