REAKSI
Bukan saja sesuatu yang mengejutkan tetapi ia mengaibkan apabila bekas Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendakwa himpunan Black505 yng memprotes keputusan pilihan raya umum ke-13 lalu dibiayai oleh pihak asing manakala Anwar Ibrahim pula dibantu oleh beberapa pihak khasnya dari Turki, Washington dan Filipina.
Dakwaan Jusuff itu disiarkan dalam sebuah media Penjilat Buntut hari ini yang mementing laporan sebuah protal berita di Jakarta yang mengadakan interviu dengan Jusuf.
Laporan itu juga menyebut Jusuf berkata mungkin bantuan untuk Anwar juga datang dari Thailand dan China. Jusuf dakwa dia mengetahui itu dari rakan-rakan bisnesnya? Iya ke?
Walaupun kenyataan Jusuf itu berbentuk spekulasi dan andaian semata-mata tetapi ia sesuatu yang sungguh keji kerana ia memjantuhkan maruah Anwar dan pengajur himpunan Black505. Jusuf harus sedar siapa dirinya sebelum mengeluarkan tuduhan berkenaan. Persoalannya dari manakah Jusuf mendapat maklumat berkenaan yang tidak disertakan dengan bukti.
Justeru maklumat itu tentu datangnya dari Malaysia juga dan siapakah yang membekalkan maklumat palsu itu kepada Jusuf. Di sini orang boleh beranggapan yang membekalkan maklumat atau 'strategi' demikian kepada Jusuf adalah manusia yang ada dalam 'war room' Najib juga yang diketehui ada hubungan baik dengan oknum di Jakarta.
Sebagai seorang tokoh politik terbilang dan cuba menjadi mediator di antara Anwar dan Najib, Jusuf seharusnya menyelidik mengenai kesahihan maklumat itu. Dengan beliau meratah begitu saja maklumat itu dan dipetik oleh media lain ia memberi gambaran betapa buruknya Jusuf Kalla. Jusuf Kalla boleh dianggap sebagai berua politik serantau.
Tuduhan Jusuf yang berat sebelah itu juga menyebabkan orang boleh mengatakan dia bias kepada Najib. Mungkin hubungi darah beliau sebagai sebangsa, Bugis dengan Najib menjadikan Jusuf mereng dan iseng serta sinting dan apa saja tindakannya sebagai mediator tidak adil dan berpihak.
Ada kemungkinan Jusuf membuat kejutan begitu kerana kecewa apabila usahanya untuk mempersatukan Najib dengan Anwar gagal. Terdengar khabar sebelum ini bahawa Jusuf beriya mahu memperstukan Aawar dengan Najib atas alasan untuk kebaikan agama dan bangsa. Najib dikatakan memohon kebijaksanaan dan hubungan Jusuf dengan Anwar bagi meringan beban politiknya.
Najib tidak sanggup berterusan berdepan dengan ancaman dari Anwar yang memimpin Pakatan Rakyat di mana kalau ia tidak dikendurkan menyebabkan Najib boleh gugur dari jawatannya. Lantas itu Jusuf dikatakan mengemukakan formula agar ada perdamaian di antara Najib dengan Anwar. Adalah difaham perkataan 'perdamian nasional' yang disebut Najib sebaik selesai pilihan raya adalah tajuk rangka damai yang dicipta olehg Jusuf Kalla.
"Frasa perdamian nasional itu adalah bahasa Pak Jusuff, Pak.." demikian kata penutur dari Jakarta kepada saya ketika saya di Jakarta baru-baru ini.
Cadangan itu dipersetujui oleh Najib tetapi khabarnya Anwar menolak kerana ia tidak adil serta tempeng jauh sekali menepati maksud perdamian nasional. Najib mahu kerjasama ke arah kebaikan bangsa dan agama itu hanya dengan Keadilan (Anwar) saja tetapi tidak dengan DAP. Anwar terpaksa menolak kerana DAP adalah rakan Keadilan bersama Pas dalam Pakatan Rakyat.
"Kalau mahu mestilah kerjasama bersama Pakatan Rakyat, bukan terpilih," demikian antara jawaban yang ditutur Anwar. Penolakan berhemat Anwar itu katanya tidak disenangi oleh Jusuf Kalla dan meletakkan usahanya gagal. Katanya Jusuf sangat kcewa atas pendirian Anwar itu.
Mungkin kerana kegagalan dan rasa kecewa itulah maka Jusuf membuat satu kenyataan negatif menuduh Anwar ditaja oleh orang asing. Tjuannya untuk memburukkan Pakatan Rakyat di muka rakyat Malaysia. Jusuf mengetahui bahawa himpunan Black505 adalah atas restu Pakatan Rakyat.
Atas hakikat itu kenyataan Jusuf itu satu pembohongan dan beliau perlu menarik balik. Sebelum anak-anak muda yang terlibat dan menyokong himpunan Black505 melancarkan kempen mengutuk Jusuf elok kalau beliau membuat apologi. Bukan itu saja tindakan Jusuf juga sesuai dengan beliau sebagai seorang mukmin yang mempercayai ajaran Islam Quran dan Hadith di mana si pembohong lidahnya akan dipotong akhirat besok. [wm.kl.6:23 pm 28/06/13] # tanpa edit.
ni jusuf gila orang yang tak pakai akal aje cakap macam orang mereng.ni yang dikatakan Indon bangsat,bukam nak siasat betul2 GOBLOCK
ReplyDeletemaaf tuan mso....kenapa berok ini nak campor urusan politik rakyat malaysia?
ReplyDeleteHubungan UMNO dengan kaum Cina di Malaysia renggang akibat corak kempen mereka. Perdamaian Nasional tanpa melibatkan DAP ni sebenarnya mahu merosakkan hubungan PR.
ReplyDeletesalam tuan,
ReplyDeleteUsah ambil kisah dengan orang indon ini kerana dia pun tak pernah berjasa untuk negaranya, pandangan beliau mungkin hanya bernilai setengah rupiah sahaja di Indonesia tetapi media malaysia mewar-warkan sumber yang tiada bukti yang konkrit.. abaikan.