Monday, January 27, 2014

Nasib Husam seperti nasib Hang Tuah yang diperintan bunuh

ULASAN ISU                                                                                         

Hari ini Exco Kerajaan Kelantan yang bertanggungjawab dengan amanah untuk membina lebuh raya rakyat Kelantan, Hanifa Ahmad telah memberi penjelasan berhubung tindakan saman dikemukakan syarikat (kontrektor) Dae Hanguru Infra Sdn Bhd ke atas kerajaan Kelantan dengan nilai tuntutan sebanyak RM230 juta.

Husam: Khidmatnya diperlukan.
Antara lain Hanifa menjelaskan seperti dipetik, kerajaan tidak menanda tangani apa-apa kontrak dengan syarikat dari Korea itu dan apa yang ada hanyalah surat tawaran (LOI). Mungkin bagi mereka yang kurang mahir dengan teknikal mahkamah dan perundangan merasa lega dengan penjalasan Hanifa itu. Penjelasan itu merasakan kerajaan Kelantan terselamat dari membayar satu sen pun daripada tuntutan sebanyak RM230 juta itu.

Bagaimana pun bagi mereka yang memahami perundangan, serta seluk beluk mahkamah tentu tidak mudah merasa lega dengan penjelasan Hanifa itu. Secara logiknya saja sudah dapat merasakan bahawa konrektor itu tentu mempunyai hujah dan fakta kemas untuk membolehkan mereka mengemukakan saman. Kalau tidak ada persiapan rapi mereka tidak sama sekali mencabut keris dari sarungnya.

Sebagai syarikat antarabangsa mereka tidak sebodoh atau se'cakduh' itu untuk mengambil tindakan mahkamah. Tentu mereka sudah membuat kajian seteliti mungkin. Pastinya mereka tidak sama dengan sebuah syarikat yang melakukan usahasama ternakan kambing Japnapari bertujuan membugarkan politik PAS beberapa tahun lalu.

Saya mengakui bukan seorang pengamal undang-undang, tetapi mengikut logik, saman oleh syarikat itu valid dan ada asasnya. Seperti mana diakui oleh syarikat itu yang mereka sudah membelanjakan RM5,488,477 untuk urus kerja-kerja awal pembinaan lebuh rakyat berkenaan. Bagaimana dan untuk apa syarikat itu sanggup menghabiskan wang sebanyak itu kalau mereka tidak mempunyai apa-apa pegangan dan jaminan dari kerajaan?

Upacara pecah tanah projek pembinaan lebuh raya itu benar-benar berlaku. Ia dilakukan pada 20 Mei 2012 di Machang. Jarak lebuh raya itu sejauh 68 km dengan nilai RM1.8 billion. Ia dihadiri dan upcara pecah tanahnya dilakukan sendiri oleh bekas MB Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beberapa orang Exco dan wakil rakyat (termasuk yang senget dan sakit ketika itu) juga hadir sama.

Apakah majlis itu bukan boleh dijadikan bukti bahawa kerajaan negeri Kelantan bertanggungjawab dan komited dengan majlis berkenaan? Apakah syarikat Korea berkenaan mengigau dan hanya mengikut telunjuk Husam Musa saja yang menjadi taukeh kepada projek berkenaan, mengadakan majlis gimik pecah tanah itu?

Hanifa mengakui ada surat tawaran (LOI). Apakah pengertian dan maksud surat tawaran itu. Siapakah yang menanda tangani surat tawaran berkenaan? Apakah ianya dibuat oleh Husam Musa atas nama peribadinya sebagai Adun Salor atau sebagai Naib Presiden Pas atau Exco pada masa itu? Atau pun ianya ditanda tangani oleh syarikat Baldah Toyibah Infra ataupun oleh pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)?

Kalau surat itu ditandatangani oleh PMBK atau Baldah Toyibah, maka jelas ianya berurusan dengan kerajaan kerana kedua-dua agensi atau institusi itu kepunyaan Kerajaan. Sudah pasti didalam surat harat itu ada syarat-syarat tertentu, termasuk mungkin juga permulaan untuk memulakan projek itu seperti majlis pecah batu berkenaan?

Yang jelasnya syarikat itu sudah mengalami kerugian. Ia sudah menanggung kos-kos awal memulakan projek termasuk membawa kenderaan pembinaan masuk ke tapak projek. Semua itu dilakukan setelah wujudnya surat tawaran itu. Jika tidak ada surat tawaran itu tidak mungkin syarikat itu sedia menanggung risiko buta. Di sini, soal ianya sudah ada kontrak atau belum, tidak timbul yang pasti ia sudah mengeluarkan perbelanjaan bagi tujuan itu.

Kerajaan Kelantan adalah kerajaan (yang mengaku) berlandaskan prinsip Islam. Ia perlu bertanggungjawab. Kontrak dan juga surat tawaran itu hanya formaliti sahaja menurut undang-undang. Tetapi hakikatnya syarikat itu sudah memulakan kerja. Apabila ia sudah memulakan kerja maka ia harus dibayar secara setimpal. Agama Islam menyuruh setiap boroh dibayar upahnya sebelum keringat kering dibadan. Apa maksud itu? Rasanya semua pempinan PAS Kelantan memahami akan seruan ini. Atau hanya faham dan tahu bagaimana hendak makan komisyen balak dan lombong saja?

Begitu juga kalau ada pihak mengelak hendak meletakkan perkara itu, kerugian syarikat Korea itu atas bahu Husam Musa seorang ia juga tidak betul. Sebagai individu bertindak untuk kebaikan kerajaan, apa-apa masalah perlulah ditanggungjawab bersama. Ia tidak boleh melepaskan tanggungjawab itu dengan mengatakan apa yang berlaku itu adalah urusan Husam?

Siapalah Husam? Saya yakin dan percaya kalau projek itu berjaya, semua orang akan ramai-ramai mengaku, projek itu adalah idea bersama. Mungkin bukan Nik Amar saja, Abdullah Yaakub yang kini menjadi Speaker juga akan mengaku dialah punya idea. Selalu berlaku begitu di dalam politik, tidak ada sesiapa yang sanggup mengaku dan bertanggungjawab kalau sesuatu menimbulkan masalah. Berak di tengah jalan tak ada siapa nak mengaku. Masing-masing akan lepas tangan dan membisu, nak hilang busuk tahi lumur minyak attar. Tetapi kalau sesuatu berjaya, mendatangkan wang dan untung semua akan mengaku, kononnya akulah yang buat akulah yang sokong. Akulah yang itu dan ini. Tahi!

Dan khabar terbaru katanya pihak PAS Kelantan sudah mula kelam kabut selepas kecurnya berita Dea Hanguru SB telah saman kerajaan Kelantan RM230 juta. Mungkin Tokguru Nik Abdul Aziz juga terkejut sama. Ikan-ikan besar dan kecil dalam kolong PAS juga sudah melilau dalam botol untuk mencari dan mengodam sesiapa yang mengungkitkannya. Kenapa? Sabar brother?

Khabarnya ada orang-orang tertentu telah menghubungi Husam agar menyediakan dokumen mengenai projek berkenaan dan bawa ke mesyuarat. Khabarnya hal saman itu akan dibincang dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS bersama Penyelia Dun dalam masa terdekat? Husam Musa diminta memberi penjelasan dan menceritakan kronologinya.

Ahmad tidak boleh elak terhadap apa yang berlaku.
Anih dan inilah sikap 'sagarewa' buruk. Saya tidak mahu membela Husam Musa di dalam hal ini dan tidak juga bermaksud mengatakan dia tidak bersalah. Tetapi suka melihat kepada tindakan dilakukan Ahmad Yaakub sebelum ini kepada Husam yang telah memecat Husam daripada agensi menguruskan pembinaan projek lebuh raya itu. Sebaik Ahmad Yaakub mengambil alih jawatan MB, kedudukan Husam terus digugurkan sebagai Pengerusi Baldah Toiyabah badan yang menguruskan projek lebuh raya. Sementara di dalam dalam hirearki PMBK Husam tidak ada, dia hanya pengerusi PMBK Sawit. Itupun telah dipecat diganti dengan Che Abdullah Che Nawi. Orang-orang yang utama dalam PMBK ialah Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahmad Yaakub dan Mohd Amar Nik Abdullah.

Hari ini Nik Abdul Aziz tidak ada lagi, kekosongan itu diisi oleh Zulkefli Mamat. Kenapa harus menyisihkan Husam?

Di sinilah tindakan Ahmad Yaakub itu boleh dipersoalkan dan ia tidak bijak. Sepatutnya sebelum menyingkirkan Husam dari kedudukan itu penyelesaian tuntas segala tugas-tugas dan urusan projek itu termasuk penyerahan dokumen diuruskan dengan baik dan teratur. Kalau hendak nafikan usaha Husam pun buatlah majlis serah tugas bagi mengelakkan tindak termamah garam di dalam air kopi seperti hari ini terjadi. Kini susudah kerajaan Kelantan disaman RM230 juta baru Husam dicari dan diminta penjelasan.

Apabila berlaku keadaan gawat baru ingatkan Husam. Baru susah payah telefon orang itu dan orang ini minta Husam memberi penjelasan berhubung sejarah projek berkenaan. Nampak sangat perangai jahat dan busuk hati. Apakah kata kalau Husam tidak sedia membantu, menjelaskan duduk perkara tentang projek itu? Tidak menjadi satu dosa buat Husam kalau beliau tidak hadir dan memberi penjelasan kerana beliau sudah dilucutkan segala tanggungjawab. Jadi kalau Husam tidak sedia memberi kerjasama janganlah salahkan dia. Cukuplah dengan apa dilakukan ke atasnya.

Sebelum ini Ahmad Yaakub mempercayai kepada keterangan dan penjelasan Hanifa bahawa tindakan menggugurkan kontrektor dari Korea itu tidak ada apa-apa masalah berbangkit. Itulah sebab dan natijah kalau mempercayai kepada seseorang dan tidak sedia mendengar dan akur kepada permintaan seseorang yang lain. Hari ini bila padah datang ke riba tanggunglah sendiri. Mungkin Ahmad merasakan Husam buruk perangai, tetapi Ahmad juga dengan tindakan itu dua kali lima saja.

Tampaknya nasib Husam sudah jadi semacam Hang Tuan di zaman Sultan Mahmud Shah di Melaka lebih 500 tahun lalu. Sultan atas nasihat orang yang jahat dan busuk hati telah memfitnah Hang Tuah sehinggakan sultan memerintah Hang Tuah dibunuh. Tetapi nasib baik Bendahara Melaka seorang yang berpandangan jauh dan berhemah tinggi. Bendahara tidak akur kepada perintah sultan sebaliknya menyembunyikan Hang Tuah di Hulu Melaka.

Sehingga kebenaran akhirnya tiba, tatkala Hang Jebat mengamuk disebabkan hendak membela atas kematian Hang Tuah, sahabatnya, baru sultan teringat kepada seseorang yang berjasa dan boleh menyelamatkan Melaka. Tanpa sedar Sultan merunggut dan mengeluh kepada Bendahara; "kalulah Hang Tuah masih hidup, tidak begini jadinya Melaka."

Sebegitu mendengar keluhan itu Bendahara yang bijaksana itu menyembah derhaka kepada sultan; "ampun Tuanku, bagaimana kiranya kalau Hang Tuah masih hidup?" Sultan terkaget dan merasa tersindir dengan sembah Bendahara sambil berkata; "Bendahara jangan persendakan beta."
"Ampun Tuanku, Hang Jebat sesungguhnya masih hidup, ampun Tuanku," jelas Bendahara bersulam rasa takut dan garum.

Mendengar itu serta merta wajah sultan cerah dan ceria dan meminta Bendahara segara membawa Hang Tuah untuk mengekang amukan Hang Jebat yang makin menjadi-jadi. Nah, begitu juga nasib malang dihadapi Husam yang digugurkan segala jawatan dan kedudukan kerana fitnah dan salah anggap akhirnya mahu juga digunapakai apabila keadaan sudah terdesak, sesudah nasi hendak menjadi bubur.

Akhirnya dia diperlukan juga bila mana kerajaan berdepan dengan masalah. Husam sebagai seorang pejuang sejati meletakkan pejuangan jauh dari kepentingan diri, saya pasti akan bersikap seperti Hang Tuah itu juga. Dia tidak kesal dan kecewa atas apa yan berlaku. Dia akan memberi kerjasama, kerana bagi seorang mujahid tulen akan melupai segala perbuatan huduh terhadapnya, dan sebagai orang Islam tidak akan ada dendam walau sebesar anak kuman kurus pun didalam hati.

Hendaknya Ahmad Yaakub atau mana-mana pihak yang mengharapkan bantuan Husam bagi menghadapi saman RM230 juta terimalah Husam sebagai saudara sendiri, dan buanglah segala dendam, kebencian dan hentikan adu domba. Buang yang keruh ambil yang jernih kerana kerajaan PAS harus ditegakkan selepas pilihan raya ke 14 kelak. [wm.kl.4:45 pm 27/01/14]

12 comments:

  1. Tuan,

    Kerajaan negeri,PMBK dan Baldah Toiyibbah bukan persatuan gasing kat kampong. Mesyuarat atah wokah jah. Segala urusan semua dajam bentuk bertulis dajam bentuk surat menyurat, minit mesyuarat,laporan-laporan. Dalam urusan rasmi pe4cakapan dan janji mulut tak bol3h pakai.Bahkan terdapat s3bikangan pegawai dan kakitangan yang ditugaskan sepanjang urusan projek ini berjalan.

    Sekali lagi ambo kato, ini bukan persatuan gasing pakoh. Mesyuarat atah wakaf dan keputusan mesyurat tidak dicatat,hanya pakai persetujuan mulut sahaja.

    Pada ambo, segala maklumat mengenai kronologi projek ini ada pada tangan kerajaan negeri,PMBK dan Baldah. Bukak semua maklumat ini dengan bantuan pegawai dan kakitangan terlibat, maka semua orang yang reti ajan faham. Tak perlu kepada Husam.

    Kalau MB,YB Haniffa dan Nik Amar tak faham tengok, boleh minta YB Zulkifli Mamat t3ngok semua maklumat itu. Ambo percaya YB Zulmifli Mamat boleh faham apa yang terjadi dan terangkan kepada mereka.

    LOI bukan kontrak. Ia hanyalah surat menyatakan hasrat secara rasmi yang tidak mengikat mana-mana pihak. Biasanya dalam mana-mana LOI ada perenggan khusus yang menyatakan LOI adalah bukan kontrak dan tidak mengikat mana-mana pihak.

    Jadi pihak kontraktor mesti mempunyai sesuatu dalam bentuk bertulis yang boleh dianggap sebagai kontrak. Kalau tidak kontraktor saja-saja hodohlah, saja nak buang duit samah serial bayar loyar.

    Setakat ini jawapan kerajaan negeri tidak menyakinkan.

    Ambo raso Husam toksoh wat gapo. Semua maklumat ada ditangan ketiga-tiga pihak ters3but. Biarlah puak faqih ugama yang raso faqih semua benda ni mesyuarat puok-puok demo dulu. Melainkan TGNA minta tolong. Tapi buat masa ni Husam tak payah masok campor dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambo setuju sangat denge pandange demo....minta YB Husam jange dok gelenyar hulor tekok kat puak-puak fakeh agama...bila terdesok baru ingat ko hok peranga hudoh nih..tok tahu nak kato gapo...samada MB ni cerdik ko guano? Kalu dok pakai ikut punohsihat...beratla wei....

      Delete
    2. Ambo setuju sangat denge pandange demo....minta YB Husam jange dok gelenyar hulor tekok kat puak-puak fakeh agama...bila terdesok baru ingat ko hok peranga hudoh nih..tok tahu nak kato gapo...samada MB ni cerdik ko guano? Kalu dok pakai ikut punohsihat...beratla wei....

      Delete
    3. betullll guuuu jangan dok tulong puak puak faqeh nih.....shame on you PAS Kelate...supo perangai hok balik nung

      Delete
  2. Saya pun hairan, kenapa pulak perlu minta YB Dato Huzam untuk berikan kronologi? Kan dah ada pengurusan baru yang menggantikan beliau. Kalau beliau bagus, kenapa perlu diganti, in the first place?

    ReplyDelete
  3. sejak nik amar jdi TMB banyak masalah timbul dikelantan. Saya yakin, dgn kuasa Allah ta'ala...jika beginilah lenggok jln pentadbiran Ahmad Yaakob serta dato' mendaliar serta si kitul yang mengelilinginya, maka pru14 nanti..insyallah.....BN akan benar2 menawan kelantan. Anak2 muda serta para perantau rasanya sudah jelek dgn permainan parasit2 yg ada dibatang tubuh MB ahmad yaakob....mereka tunggu masa yg sesuai shj untuk mengajar saf kepimpinan Pas Kelantan era sesudah TGNA.

    bukan taksub pada Husam atau TGNA tapi hakikatnya.....nyata tanpa suluh skrg ni apa yg ada di kelantan....ada yg naik tnpa berjuang dan bsusah payah, besar kepala sudah parasit2 itu.

    tunggu sahaja pru14 nanti kerana rakyat sudah cerdik.

    ReplyDelete
  4. kebodohan pemimpin pas kelantan semakin terserlah. nak buat macam mana pas ni parti pak lebai yang jahil menguruskan dunia dan hanya tahu berdoa jer.

    ReplyDelete
  5. biar rakyat tengok setakat mana hebat puok ulamak yg tidak boleh disentuh ni buat kejo.....tunjukkan kehebatan mu wahai pucuk pimpinan......salam ikhlas dari ambo, anak perantaun yg sayangkan Kelantan..

    ReplyDelete
  6. Di dalam undang-undang komersil, ada satu perkara yang dipanngil 'representation'. Di dalam bahasa mudah, walaupun Kerajaan Kelantan tidak menanda tanggani apa-apa kontrak; 'representasi' yang dibuat juga dianggap sebagai kontrak. Datuk Husam adalah bekas seorang Exco kanan kerajaan. Apa yang beliau buat dan kata semasa perbincangan dulu - boleh dianggap sebagai representasi Kerajaan Kelantan. Sekarang, setelah nasi sudah menjadi bubur; eloklah Kerajaan Kelantan berunding dengan syarikat tersebut. Cari lah penyelesaian terbaik.

    ReplyDelete
  7. Mana penyokong kamu wahai mendeliar dan si kitol ? Bangun dan pertahankanlah.

    ReplyDelete
  8. Sepatutnya TMB Kelantan adalah Husam kerana kebolehan dan jasanya. Nik Amar ada jasa apa?

    ReplyDelete
  9. Mari tengok guano puok2x fakih ni nok bersilat....

    Silat AYMA lawan Tarian Gangnam...

    tu laaa...ore cerdik pandai abiss nyer buang...berat bedo'oh doh loni...

    ReplyDelete