Sunday, June 22, 2014

PKR patut gantung cabang kecoh dalam pemilihan

RESPON                                                                                                      

Kekecohan yang berlaku di tiga cabang PKR yang diarah mengadakan pemilihan semula hari ini sudah cukup bukti untuk parti itu mengubah semula cara pemilihan parti kepada cara lama. Ternyata sistem baru yang diperkenalkan tidak membawa kebaikan bahkan memburukkan imej parti berkenaan.

Pemilihan di tiga cabang hari ini, Kota Raja, Nibong Tebal dan Hulu Langat dilaporkan kecoh. Dalam kejadian itu ada ahli yang cedera, cuba membatalkan pengundian dengan cara memasukkan puting rokok ke dalam peti undi dan menyediakan kertas undi palsu.



Jaminan diberikan oleh JPP sebelum ini, pemilihan semula di beberapa cabang tidak akan berlaku kekecohan seperti sebelum ini kerana akan dikawal rapi ternyata tidak menjadi kenyataan. Kekecohan yang berlaku hari ini juga sekaligus menunjukkan JPP tidak mempunyai wibawa dan mereka terlibat harus mengambil tanggungjawab.

Barang kali cara terbaik bagi parti itu ialah menggantungkan kesemua cabang yang terlibat hingga ke pemilihan periode akan datang. Cara itu adalah tindakan terbaik apabila ahli-ahli di cabang berkenaan masih belum disiplin tidak mahu menjaga maruah parti.

Alasan kekecohan itu disebabkan ada campur tangan orang luar sudah tidak boleh diterima lagi selepas ia diadakan semula. Sebelum ini Penasihat PKR Umum Anwar Ibrahim mendakwa kekecohan dalam pemilihan cabang PKR adalah disebabkan campur tangan orang luar.

Alasan itu mungkin dapat diterima kalau ia berlaku pada pemilihan pertama tetapi bukan pada pemilihan kali kedua. [wm.kl.8:33 pm 22/06/14]

1 comment:

zul said...

MSO, sepatutnta lambung buah dadu je...