Sunday, September 14, 2014

Kurang berangin untuk tengok PRK Pengkalan Kubur

PERNYATAAN                                                                                                 

Kepada penjenguk budiman maaflah kerana tak berblog beberapa hari ini. Sibuk sikit kebetulan buku baru dah siap dicetak perlu diuruskan. Pilihan raya kecil Pengkalan Kubur pula datang menjengok. Kerana sudah hidup dalam dunia politik sebagai pemerhati, walaupun keletihan sempat jengok melihat perkembangan di Pangkalan Kubur.

Pada hari penamaan calon hanya muncul sekejap sahaja, tidak sampai selesai seperti selalu. Entah macam tak ada angin pula untuk mengikuti perkembangan pilihan raya berkenaan. Kebetulan pula kena bergegas ke Ipoh untuk menghadiri mesyuarat Waris yang telah ditetapkan lebih awal.

Kalau ada kesempatan sehari sebelum hari mengundi, (25 September) terasa juga untuk turun sekali lagi ke Pengkalan Kubur. Pilihan raya kecil itu tidaklah semenarik beberapa pilihan raya kecil yang lalu. Tidak ada apa-apa signifiken pada pilihan raya berkenaan.



Dari selayang pandang yang nampak bersungguh berusaha ialah pihak BN kerana ingin mengekalkan kerusi yang dimenangi tiga peganggal berturut-turut itu. Senario yang berlaku dalam PakatanRakyat krisis PKR di Selangor yang masih belum berkesudahan telah memancung minat untuk melihat perjalanan pilihan raya berkenaan.

Bagi Pas pula menggunakan pilihan raya itu untuk menunjukkan kekuatan antara satu sama lain dalam kalangan puak-puak yang ada dalam Pas. Ertinya pilihan raya kecil itu bukan satu kebenaran pilihan raya, melainkan dijadikan gelanggang perebutan kuasa peribadi.  [wm.kl. 10:35 pm 14/09/14]

2 comments:

Unknown said...

Benar pak mso. Kami selaku penyokong Pas & PR khususnya memandang sepi prk ini.

Semoga BN berjaya mengekalkan kerusi tersebut dgn majoriti yg lebih besar berbanding ketika pru13 tempohari.

Meluat & menyampah dengan sebilangan puak2 Pas yg mula besar diri.

Unknown said...

Betul..ramai ank muda skg dh makin mnyampah dn meluat dgn pemimpin2 pas skg ni!