Saya menelaah dan menghayati beberapa kali 16 resolusi yang dicapai dan dirumuskan hasil Multaqa Ulamak se-Malaysia yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak Pas. Multaqa atau pertemuan itu merupakan program berkala dewan itu, dua kali setahun. Kekerapan itu berkebetulan pula dengan peruntukan Perlembagaan Pas yang menetapkan parti itu akan membuat pemilihan kepimpinan setiap dua tahun sekali.
Kerana kebersamaan itu menyebabkan ada "syaitan" beranggapan tujuan Multaqa itu diadakan sebagai menjadi platform atau pun landasan bagi dewan itu berkempen memastikan kepimpinan ulama yang menjadi slogan parti agama itu, dan orang yang disucikan kekal dan tidak diganggu oleh kumpulan lain yang juga menghulurkan niat untuk mengembangkan Islam menerusi organisasi bernama Pas.
Mungkin begitulah pentafsiran daripada kaca mata politik. Tetapi beberapa resolusi yang diputuskan serta keadaan dalam pertemuan itu tidak boleh dinafikan ia merupakan wadah kempen atau persiapan menjelang muktamar Pas Jun nanti. Ia diadakan untuk kepentingan segolongan bukan secara keseluruhan demi mengukuhkan Pas.

Kesemua resolusi yang dicapai bersifat ke dalam, (internal) tidak menjenguk ke luar (external) memerhati kepada keperluan yang lebih global sesuai dengan kedudukan Pas sebagai sebuah gerakan siasah Islamiyah dipimpinan ulama bertaraf dunia. Seharusnya golongan yang menganggap mereka ulama, pertemuan itu bukan membahaskan soal-soal dalaman parti, bersifat peribadi, soal syaitan jadian ataupun babi khinzir, tetapi menjenguk dan menerjah lebih jauh ke sudut dunia mencari solusi kepada masalah ummah dan nasib agama Islam sejagat.
Manakala satu lagi resolusi ialah No: 14 mengenai ekonomi dimana Multaqa itu menegaskan pemasalahan ekonomi negara pada hari ini hanya dapat diselesaikan menerusi solusi Islam yang merujuk kepada al-Quran dan Sunnah. Inilah satu daripasa dua resolusi yang terkeluar dari geluk Pas itu pun ia kurang kemas dan mantap kerana tidak ada gesaan proaktif dalam menangani masalah itu.
Manakala 14 lagi resolusi semuanya menitik berat atau menjuruskan kepada masalah dalaman parti agama itu yang nampaknya makin celaru dan haru biru gara-gara berlaku persaingan untuk memanjatkan nafsu masing-masing. Lebih mengilankan lagi hampir kesemua resolusi itu memberi gambaran yang Pas kini dalam keadaan teruk dan parah apabila dalam Pas digambarkan ada syaitan, ahli yang akan termakan babi dan sebagainya.
Jelas kedua-dua resolusi itu dibuat memberi petunjuk wujud pengkultusan (pemujaan ala puja busut) kepada manusia dalam Pas, dan cadangan yang tidak adil dan kejam serta bertentangan dengan hak asasi manusia yang dijamin pelermbagaan kepada ahli dirogol dengan rakus apabila, cuba membentuk keputusan MSU yang bukan badan eksekutif dalam Pas dan pelanggaran kata-kata Preiden sebagai satu kesalahan dan dosa.
Resolusi ini menyerlahkan sikap veto atau pun ada bayangan kuku besi atau meletakkan Presiden (Abdul Hadi Awang) sebagai lembu suci yang senantiasa benar dengan kata-kata dan pandangannya.
Kesimpulannya Multaqa itu, dengan berpandukan kepada resolusi yang dicapai ia bukan sebuah pertemuan atau halaqah perbicangan positif, tetapi satu mekanisme dan tektik kepada lebih menjaga juban serban dan mengetatkan putaran kilas agar tidak terlondeh kuasa yang ada demi survival peribadi dan bukan maslahat perjuangan sejati.
Ataupun kalau akal tidak terjangkau untuk menerjah masalah ummah di seantero dunia, cukup kalau pertemuan itu menyentuh dan mengambil kepedulian kepada masalah banjir di Kelantan dengan memberi pandangan dan idea bagaimana untuk mengatasi kemelut dihadapi banjir, merawat masalah truma yang dihadapi oleh sesetengah mangsa banjir. Adalah baik kalau Dewan Ulamak Pas membentuk satu skuad khas (jemaah) turun ke kawasan banjir membaca doa dan jampi serampah di sana dari menyumpah sesama sendiri.
Mungkin masalah banjir bukan perkara besar yang terhimpun dalam kepala ketuanya kerana banjir di Kelantan terkawal dan ia tidak seteruk banjir tahun 1967. Bagi sang ketuanya, bagaimana jalan untuk mengekalkan kedudukan sebagai MB lebih penting, justeru jalan dan denai perlu dilakukan sebaik mungkin agar Pas dapat berpelukan dengan Umno kerana dengan cara itu rakit pengkalan kuasa akan kuat. Itulah ulama zuhud namanya.
Dari penelitian saya kepada 16 resolusi yang dicapai hanya dua sahaja yang terkesot sedikit daripada menghuraikan masalah dalaman parti, lebih tepatnya memacangkan pemikiran ahli agar melihat ke dalam geluk Pas. Dua resolusi yang terkesot itu ialah, resolusi pertama yang merakamkan ucapan takziah kepada keluaraga Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas pemergian Mursyidul Am Pas itu 12 Februari lalu.
Manakala satu lagi resolusi ialah No: 14 mengenai ekonomi dimana Multaqa itu menegaskan pemasalahan ekonomi negara pada hari ini hanya dapat diselesaikan menerusi solusi Islam yang merujuk kepada al-Quran dan Sunnah. Inilah satu daripasa dua resolusi yang terkeluar dari geluk Pas itu pun ia kurang kemas dan mantap kerana tidak ada gesaan proaktif dalam menangani masalah itu.
Manakala 14 lagi resolusi semuanya menitik berat atau menjuruskan kepada masalah dalaman parti agama itu yang nampaknya makin celaru dan haru biru gara-gara berlaku persaingan untuk memanjatkan nafsu masing-masing. Lebih mengilankan lagi hampir kesemua resolusi itu memberi gambaran yang Pas kini dalam keadaan teruk dan parah apabila dalam Pas digambarkan ada syaitan, ahli yang akan termakan babi dan sebagainya.
Pemeliharaan maruah atau rasa hormat sesama sesaudara Islam, separti dan sebangsa juga tidak dinilai lagi apabila ada perwakilan memberi kritikan bersifat "barbar" dan ia dibiarkan pula oleh para mereka dianggap Imam dan Muraabi yang duduk dalam dewan berkenaan.
Gesaan agar Pas mengambil tindakan kepada ahli menggambarkan Multaqa itu menjadi sebuah mahkamah menghukum pesalah tanpa dipanggil bela diri atau dibuat lebih berdasarkan ilusi dan rasa takut kedudukan dan pangkat hilang. Kalau sebelum ini Pas mengecam perbicaraan tidak adil di mahkamah sekular, sebaliknya apa yang dihukum oleh para ulama terhadap ahli lebih kejam lagi. Fisafah hudud yang didendangkan tidak diambil kira dalam resolusi ini.
Misalnya resolusi bernombor 11, berbunyi; "Bagi memastikan anasir-anasir perosak di dalam PAS berterusan melakukan mungkar di dalam PAS, dewan ulama PAS pusat menggesa pihak majlis syura ulama PAS dan jawatankuasa kerja PAS pusat melalui jawatankuasa disiplin agar mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana pemimpin dan ahli PAS yang terlibat dengan PASMA."
Ia ditekan lagi dengan resolusi No 12 yang menggambarkan dewan atau pertemuan itu tidak dapat mengawal amarah dan menerima sesuatu yang dilontar secara tidak berakhlak, cukup fakta itu saja sebagai sesuatu yang benar. Resolusi ini menjelaskan ia dibentuk dari perasaan dengki dan dendam kesumat bukannya atas perasaan berhikmah jauh sekali ukhwah.

Apa kata resolusi itu: "Dewan ulamak PAS pusat menggesa majlis syura ulama PAS dan jawatankuasa PAS pusat agar menyegerakan siasatan berkaitan akuan berkanun berkenaan terdapat kumpulan dan gerakan yang terdiri dari kalangan AJK PAS pusat untuk menjatuhkan presiden PAS melalui cara yang tidak syarie dan tidak berakhlak dengan menggunakan medium komunikasi whatsapp. Tindakan tatatertib dan disiplin perlu diambil melalui sebuah jawatankuasa khas yang bukan dianggotai oleh AJK PAS pusat dan hendaklah dipantau oleh majlis syura ulamak.
Kedua resolusi ini membayangkan dewan berkenaan tidak berapa tinggi pucuk akalnya dalam politik dan ilmu diplomasinya kian melembah. Perasaan mahabbah, berkasih sayang sesama sendiri atau menegur dengan fatanah juga sudah tidak ada. Ada unsur-unsur keganasan IS telah bersarang dan menguasai pemikiran sesetengah anggota dewan berkenaan. Keadaan ini adalah sangat merbahaya kepada Pas dan mereka inilah yang awal-awal patut dipancung atau digantung.

Sewajarnya sebagai dewan kononnya dianggatoi orang-orang suci, ahli syurga, berilmu, memberi saranan berunsur pendidikan, nasihah daripada mengeluarkan asap dendam agar menyiasat, memecat ahli, tuduhan syaitan dan bimbang dimakan babi khinzir. Sebalik apa yang terpancar dalam pertemuan itu ia tidak ubah sebagai pertemuan golongan jahil agama (kurang tamadun) dan kurang mengerti adat tatasusila tetapi berlagak sebagai fakih agama dan bersopan santun.
Manakala resolusi-resolusi lain yang menyarankan agar ahli beristiqamah dengan perjuangan Islam adalah resolusi yang dangkal kerana ia mengulangi apa yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan. Untuk apa mengulangi atau memplagiat tugas dan tanggungjawab ahli seperti digariskan Perlembagaan parti menjadi resolusi? Apakah kerana untuk menampakkan resolusi itu sepadan dengan perlembagaan parti?
Wujudnya penzahiran lemah minda dan daya fikir siasah ini menyebabkan timbul pertanyaan, siapakah yang merangka resolusi berkenaan? Ia seperti dirangka bukan oleh mereka yang memahami perjuangan parti dan agama sebaliknya oleh mereka yang padat dengan irihati dan dendam. Apakah Ahmad Yaakub yang bertanggungjawab kepada dewan itu sebagai pemangku hanya membaca secara buta tuli? Atau berbini kerana disuruh bukan atas nafsu sendiri? Atau ada cita-cita mahu menjadi lembu suci juga?
Telahan mengatakan Multaqa itu untuk mengejap kedudukan dan pangkat duniawi dipegang golongan itu jelas tercermin dalam reslusi No 6 berbunyi; "Walak dan ketaatan kepada ketua adalah wajib menurut al-Quran dan Sunnah. Punca kepada perpecahan ialah tiadanya walak dan ketaatan kepada ketua.

Justeru, Multaqa Ulamak Semalaysia ll menekankan tentang kewajipan setiap ahli untuk memberikan ketaatan kepada majlis syura ulamak dan presiden sebagai ketua syarie dalam PAS selagimana tidak bertentangan dengan nas Al-Quran dan As Sunnah.
Ahli diperingatkan agar tidak melanggar baiah yang telah diikat antara dirinya dan Allah. Sekiranya berlaku pelanggaran maka ia dikira sebagai pengkhianatan kepada parti."
Ikatan itu dikemaskan lagi dalam resolusi No 18 yang menyerlahkan sikap keakuan dan Tedung golongan ini, berbunyi; "Sebarang bentuk pelanggaran arahan majlis syura ulamak dan keputusan presiden adalah satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS walau apa jua alasan dan sebab yang diberikan serta jawatan yang disandang."
Resolusi ini menggambarkan kata-kata presiden dan MSU sebagai suara keramat atau suara penguasa teratas sekali tanpa lagi mengambil kira ruang dan peluang hak asasi ahli yang dibela oleh adat, budaya dan agama. Pengimplimentasi ini juga akan membawa Pas kepada sebuah parti yang tidak demorkatik kepada ahli dan berfahaman tipus dan rigid.

Resolusi ini juga jelas mengheret ahli menaati pemimpin (Presideng) secara membuta tuli tanpa memberi huraian ciri-ciri seorang ketua sejati seperti mana disyarah dan dipamerkan oleh Nabi Muhamad dan para sahabat menerusi akhlak dan siasah mereka. Mereka meminta ditegur dan meminta mereka ditinggalkan sekiranya mereka tidak taat kepada Allah. Sifat "kluk klik" macam ikan keli dalam besen adalah sebahagian sifat mereka yang tidak taat kepada Allah.
Jelas kedua-dua resolusi itu dibuat memberi petunjuk wujud pengkultusan (pemujaan ala puja busut) kepada manusia dalam Pas, dan cadangan yang tidak adil dan kejam serta bertentangan dengan hak asasi manusia yang dijamin pelermbagaan kepada ahli dirogol dengan rakus apabila, cuba membentuk keputusan MSU yang bukan badan eksekutif dalam Pas dan pelanggaran kata-kata Preiden sebagai satu kesalahan dan dosa.
Resolusi ini menyerlahkan sikap veto atau pun ada bayangan kuku besi atau meletakkan Presiden (Abdul Hadi Awang) sebagai lembu suci yang senantiasa benar dengan kata-kata dan pandangannya.
Kesimpulannya Multaqa itu, dengan berpandukan kepada resolusi yang dicapai ia bukan sebuah pertemuan atau halaqah perbicangan positif, tetapi satu mekanisme dan tektik kepada lebih menjaga juban serban dan mengetatkan putaran kilas agar tidak terlondeh kuasa yang ada demi survival peribadi dan bukan maslahat perjuangan sejati.
Multaqa itu tidak banyak menambah nilai kepada perjuangan Pas yang dilaraskan dengan nama Islam baik ianya dihentikan. [wm.kl. 9: 36 am 23/02/15]
Moga masih ada ulamak yang punyai 'wisdom' seperti Almarhum TGNA..nampaknya ulamak veteran dalam PAS telah dijadikan kuda tunggang oleh ustaz-ustaz yang 'perasan ulamak' dan rakus dengan jawatan, kuasa dan harta. Ustaz-ustaz separuh 'empuk' ni takut tak boleh merasa @ cari makan kalau golongan profesional 'beragama' ni menguruskan PAS secara progresif dan memenuhi tuntutan politik semasa... kepada ustaz ustaz perasan baik...jangan sampai terbelit dengan kain serban sendiri atau terpihak hujung jubah yang penuh tahi sudah la....
ReplyDeleteSdr MSO, Setelah membaca resolusi hasil Multaqa Ulamak se-Malaysia yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak Pas, saya merasa teramat kecewa. Perasaan ini dikongsi oleh kawan-kawan. Kami juga telah membuat keputusan bahawa dalam PRU14 nanti, kami tidak akan mengundi. Kami akan bergerak melalui Whatsapp dan FB agar golongan bukan ulamak seperti kami tidak akan mengundi dalam PRU14 nanti. Saya berada di KL semasa cuti tahun baru cina baru2 ini.Sempat berbincang dengan kawan-kawan dan kita amat bersimpati kepada golongan profession dalam kepimpinan PAS.Yang pasti, kami tidak rela diperkudakan oleh golongan yang mengaku "ulamak" demi untuk mendapatkan jawatan dan kuasa. Sebelum ni pun kami mendapat ilmu agama dari ustaz2 dan guru2 pondok yang tidak menonjol dalam parti PAS.
ReplyDeleteBagi golongan professional, untuk mendapat pengiktirafan professionlism bukan senang. Selain ijazah, mereka perlu ada pengalaman, thesis, mentor sebelum diakui sebagai professional seperti doktor pakar, jurutera dan akauntan bertauliah, dll. Begitu senang Islam memberi pengiktirafan sebagai 'ulamak"?
Sebahagian mereka yang terlibat dalam Majlis Syura Ulamak Pas adalah adalah orang baru dalam parti PAS. Malah ada yang selepas pencen baru aktif dalam PAS. Mereka tidak pernah diuji. Cuba bandingkan dengan golongan professional yang terlibat dalam PAS. Mereka bermula dari
bawah.Banyak pengorbanan yang mereka buat samada duit, harta dan tenaga..!!
Dunia dah akhir zaman, ramai yang mengaku jadi ulamak tetapi ulamak yang hakiki sukar dicari. Wassalam.
Sekiranya mereka yang mengaku ulamak sebagai pewaris nabi, mereka patutlah berakhlak sedikit sebanyak macam nabi juga. Apabila Allah menyuruh nabi saw "fazakkir innama anta muzakkir, lasta alaihim bimusaitir", begitulah juga mereka2 yang mengaku ulamak.
ReplyDeleteBerimankan dengan Allah dan tidak takut dan khuatir. Kerana takut dan khuatir dalam diri itukan bermakna kekurangan iman.
Penghormatan, kasih sayang, ketaatan dan wala sebenarnya tidak perlukan arahan dan paksaan. Lihat pimpinan terdahulu TGNA, Ustaz Fadhil Nor, beliau mendapat penghormatan penoh kawan dan lawan. Mendapat kesetiaan daripada ahli yang berbeza pendapat dan latar belakang. Perlembagaan PAS adalah demokrasi dalam memilih pemimpin. Dato Asri pernah tidak terpilih dalam proses ini. Adakah mereka yang menjatuhkan Dato Asri sebagai Presiden merupakan pembocor kapal atau mereka yang sudah tidak wala ? Kalau ada yang berkempen secara sehat untuk memilih lain pemimpin, itu dibenarkan oleh perlembagaan. Tapi saya tetap memilih TGHA sebagai Presiden kalau diberi satu undi.
ReplyDeletekepimpinan yang semacam ni seteruk atau lebih teruk dari Ayatullah di Iran
ReplyDelete