Walaupun tindakan SPRM menahan dan akan mendakwa Lim Guan Eng (foto) atas tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo dan penyalahgunakan kuasa(?) esok mempunyai bukti jelas, dan kalau pun selepas ini Kertua Menteri Pulau Pinang itu didapati bersalah, hilang kedudukan sebagai wakil rakyat, ia tetap akan dilihat sebagai satu tindakan politik.
 Tindakan politik yang rakus dan dianggap sebagai rasis yang akan menjadi sebutan dan mainan sejarah selamanya. Tindakan keatas Guan Eng sebagai kesenimbungan tindakan untuk meleburkan kerjaya politik yang disandangnya. Sebelum ini Guan Eng dikenakan berbagai-bagai tindakan termasuk di penjara. Cuma tuduhan meliwat sahaja tidak dibuat.
Tindakan politik yang rakus dan dianggap sebagai rasis yang akan menjadi sebutan dan mainan sejarah selamanya. Tindakan keatas Guan Eng sebagai kesenimbungan tindakan untuk meleburkan kerjaya politik yang disandangnya. Sebelum ini Guan Eng dikenakan berbagai-bagai tindakan termasuk di penjara. Cuma tuduhan meliwat sahaja tidak dibuat.Tindakan dan sekatan ke atas Guan Eng tidak syak lagi kerana pemimpin pelapis Cina pembangkang ini menunjukkan political will dan keberaniannya yang luar biasa. Tidak sia-sia Guan Eng menjadi anak Lim Kit Siang.
 








