Saturday, February 4, 2017

Kelantan negerimu negeriku: Ada kebusukan di Pasir Puteh?

NOTA PETANG

Banyak kejadian anih dan pelik berlaku di Kelantan "negermu negeriku" sejak ke belakangan ini. Paling jelasnya selepas ketiadaan Tokguruku Nik Abdul Aziz. Lepas satu, satu perkara pelik berlaku dan terbongkar. Bukan perihal kitab-kitab ilmu yang tidak sempat dibaca Tokguru, ditemui dirak kitabnya, tetapi berbagai bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa dijumpai.

Kematian atau pemergian Tokguru Nik Aziz seakan takdir untuk menjadikan semua penyelewengan dan salah laku dalam urus tadbir itu terdedah. Mungkin kalau Tokguru masih ada ia tidak terdedah, pertama kerana pengurusan masih berjalan dengan teratur, kedua mungkin kerana mereka yang tahu penyelewengan itu tidak tergamak untuk mendedahkannya.

Terbaharu ialah mengenai projek pembinaan pasar baharu di Pasir Puteh Kelantan. Khabarnya ada benda pelik di sebalik projek berkenaan. Saya sudah mendapat beberapa maklumat secara lisan mengenai apa yang berlaku dengan projek berkenaan.

Ada unsur-unsur penyelewengan membabitkan pihak-pihak tertentu yang berkuasa hari ini. Biarlah saya tidak membuka pekung ini dahulu sementara ia mendapat butiran yang tepat dan betul. Sebelum segala-galanya terheret lebih lanjut elok kalau kerajaan pimpinan Ahmad Yakob cuba menyelesaikan secara baik dan jangan membiarkan sehingga apa yang kini masih dalam genggam itu terrelai dan terecer di tengah jalan? [wm.kl. 6:58 pm 04/02/17]

1 comment:

Wan Naza said...

tuan, cuba tgk pasar bandar tasik raja pasir mas. pasar baharu tapi kotor sangat2. sedih tgk taik kucing merata-rata atas lantai dekat tangga, pintu pecah, sawang2. bila highlight ada pemimpin pas kata org ramai yg tak jaga. ada betulnya jg tapi penguatkuasaan x de.