MUNGKIN sdr Rafizi Ramli dan gengnya sudah membuat post-mortem secara menyeluruh, adil dan
saksama atas kekalahnnya kepada Nurul Izzah dalam mempertahankan jawatan timbalan presiden Keadilan. Rafizi kalah dengan jumlah undi besar apabila Izzah mendapat 9,803 manakala beliau hanya mendapat 3,866 undi, kira-kira 60.55% undi Rafizi lebih rendah daripada diperolehi Izzah.
Saya tidak mengambil kira apakah berlaku penyelewengan dalam proses pengundi dan lain-lain "kecacatan" hanya berpegang kepada keputusan yang diumumkan Pengarah Jabatan Pilihan Raya (JPP) Dr Zaliha Mustafa di malam selepas Anwar Ibrahim merasmikan kongres, 23 Mei 2025.
Rafizi atau pihak-pihak lain ada alasan atau pun dapatan lain dalam melihat kekalahan besar itu. Ia pro dan kontra mengikut perspektif masing-masing. Bagi setengah orang apa yang berlaku itu mengejutkan, tetapi tidak bagi saya, sebab sebaik berjalannya kempen jelajah Hiruk dan Damai, saya sudah dapat menjangkakan apa yang berlaku.
Bukan sahaja pencalonan Izzah dirancang atur demikian rupa, apabila lebih 200 cabang menyatakan sokongan terbuka terhadap Izzah, tetapi riuh randah dalam media sosial juga turut berpihak kepada Izzah tanpa disedari lawannya. Ada golongan atau entiti yang memain peranan untuk melekakan Rafizi dalam sosial media menerusi kajian dan survey dengan memberi petunjuk Rafizi mengatasi Izzah lebih 80 peratus.
Taktik dan stragegi ini tidak disedari Rafizi dan para penyokongnya. Mereka terlena dengan jumlah kehadiran dikempen jelajah Hiruk yang ramai dan mereka yang menonton secara live juga melimpah ruah. Begitulah sterategi dan taktik dalam politik yang licit, ia memakan dan merebak umpama api dalam sekam. Kerana terdodoi pancingan itu menjadikan Rafizi merasa selesa, terutamanya para penyokongnya. Berlaku over confident.
Saya mempunyai sedikit hipotesis berkaitan kekalahan Rafizi itu. Secara ringkas saya baris atau turunkan disini. Insya-Allah selepas ini saya tidak akan membuat apa-apa komentar lagi berhubung perlawanan Rafizi dengan Izzah ini, kerana ia tidak dapat diterima penyokong Rafizi, dan akan meninggalkannya sebagai sejarah dalam catatan ini.
Ada sembilan sebab atau alasan mengapa Rafizi kalah kepada Izzah.
2. Terlalu percaya kepada janji dan penyelesaian politik, pertemuannya dengan Saifuddin dan Anwar, ini menunjukkan kedaifannya dalam memahami makna politik dan motif disebalik itu. Tidak mengamalkan teori 4C sepenuhnya terutamanya C yang keempat.
3. Gagal mengenali dan menghayati makrifat politik, apabila Anwar mengatakan beri laluan mudah kepadanya, sepatut beliau fahami bahawa dalam politik tidak ada kasihan belas, sebalik ia penuh dengan kepura puraan. Rafizi terperangkap dalam kebaikannya sendiri.
4. Rafizi gagal memahami perasaan kurang senang Anwar terhadapnya, tanpa diketahui dia menjadi persaingan kepada bossnya itu. Kata katanya tidak akan jadi macam Azmin Ali dibaca terbalik oleh Anwar. Sepatutnya dia lebih berwaspada, inilah "politic is the art of the possible".
6. Gagal memahami naratif dan budaya politik orang Melayu. Caranya berpolitik ala ala western tidak sesuai dengan cara dan budaya politik orang Melayu yang perlu memujuk, membodek, bersopan santun, berbudi bahasa. Kadang-kadang politik Melayu juga perlu berpura pura. Jika tidak sanggup hipokrit dalam politik, berhentilah main politik.
7. Mainan reverse psikologi memerangkap diri sendiri, apabila beliau minta ahli menyokong Izzah, dan mengugut akan meletak jawatan sekiranya kalah. Politik ugut tidak disenangi orang Melayu kerana ia tidak berjiwa besar. Walaupun itu hanya reverese psikologi, tetapi tidak difahami oleh ahli dibawah yang sudah melihat pertandingan itu mengundang masalah jadi seruan Rafizi itu agar undi Izzah diterima sebagai benar.
8. Terlalu yakin kepada sokongan dalam media sosial, tanpa mengenal pasti siapa mereka. Sokongan ini memerangkap Rafizi. Angka-angka dan satistiknya menjerat dirinya sendiri.
9. Terlalu mempercayai kepada konsensus dan persetujuan tanpa bertulis. Sepatutnya beliau kekal dengan keputusan awal untuk tidak bertanding dan tidak termakan dengan rayuan Anwar dan Saifuddin selepas menydari sistem pengundian untuk memancungnya. Apabila beliau teruskan juga ia seolah sengaja menerejunkan diri ke dalam telaga buruk.
Kesimpulan. Jika masih ada hasrat untuk main politik, beliau harus tenang, ubati segala luka dan pulihkan semangat soldadu soldadunya yang luka, susun barisan untuk berlawan kembali selepas ini, mahasabah diri dan kenali dan fahami psikologi politik orang Melayu, buang sedikit egois, jadilah manusia biadab untuk berhadapan dengan pertandingan tiga tahun akan datang.

1. Terlalu percayakan kepada kekuatan dan kehebatan peribadi sehinggakan melihat Izzah senang untuk diratah. Rafizi membuat ukuran itu dari segi kehebatannya sebagai pencatur politik, pembina gelombang dan juga sebagai pakar dan pemimpin berpotensi yang disayang dan didambakan. Lantaran wujud perasaan itu menyebabkan Rafizi egois, merendah-rendahkan orang lain hingga semua orang dikritiknya.
2. Terlalu percaya kepada janji dan penyelesaian politik, pertemuannya dengan Saifuddin dan Anwar, ini menunjukkan kedaifannya dalam memahami makna politik dan motif disebalik itu. Tidak mengamalkan teori 4C sepenuhnya terutamanya C yang keempat.
3. Gagal mengenali dan menghayati makrifat politik, apabila Anwar mengatakan beri laluan mudah kepadanya, sepatut beliau fahami bahawa dalam politik tidak ada kasihan belas, sebalik ia penuh dengan kepura puraan. Rafizi terperangkap dalam kebaikannya sendiri.
Sewaktu bertemu dengan Shamsul Iskandar di Pasir Mas, apabila saya diminta mengulas kenyataan Anwar itu, saya katakan kepada Sam jangan percaya dengan kata-kata itu, ia bicara politik memberi pengertian sebaliknya. Akan ada pertandingan. Tunggulah.
4. Rafizi gagal memahami perasaan kurang senang Anwar terhadapnya, tanpa diketahui dia menjadi persaingan kepada bossnya itu. Kata katanya tidak akan jadi macam Azmin Ali dibaca terbalik oleh Anwar. Sepatutnya dia lebih berwaspada, inilah "politic is the art of the possible".
5. Bentuk kempen egois dan biadab, terlalu berterus terang dalam kempen dibenci. Kerana terlalu outspoking sehingga lupa ia kerahsiaan dan strategi parti didedahkan menyebabkan Rafizi dipersoal kebijaksanaanya.
6. Gagal memahami naratif dan budaya politik orang Melayu. Caranya berpolitik ala ala western tidak sesuai dengan cara dan budaya politik orang Melayu yang perlu memujuk, membodek, bersopan santun, berbudi bahasa. Kadang-kadang politik Melayu juga perlu berpura pura. Jika tidak sanggup hipokrit dalam politik, berhentilah main politik.
7. Mainan reverse psikologi memerangkap diri sendiri, apabila beliau minta ahli menyokong Izzah, dan mengugut akan meletak jawatan sekiranya kalah. Politik ugut tidak disenangi orang Melayu kerana ia tidak berjiwa besar. Walaupun itu hanya reverese psikologi, tetapi tidak difahami oleh ahli dibawah yang sudah melihat pertandingan itu mengundang masalah jadi seruan Rafizi itu agar undi Izzah diterima sebagai benar.
8. Terlalu yakin kepada sokongan dalam media sosial, tanpa mengenal pasti siapa mereka. Sokongan ini memerangkap Rafizi. Angka-angka dan satistiknya menjerat dirinya sendiri.
9. Terlalu mempercayai kepada konsensus dan persetujuan tanpa bertulis. Sepatutnya beliau kekal dengan keputusan awal untuk tidak bertanding dan tidak termakan dengan rayuan Anwar dan Saifuddin selepas menydari sistem pengundian untuk memancungnya. Apabila beliau teruskan juga ia seolah sengaja menerejunkan diri ke dalam telaga buruk.
Kesimpulan. Jika masih ada hasrat untuk main politik, beliau harus tenang, ubati segala luka dan pulihkan semangat soldadu soldadunya yang luka, susun barisan untuk berlawan kembali selepas ini, mahasabah diri dan kenali dan fahami psikologi politik orang Melayu, buang sedikit egois, jadilah manusia biadab untuk berhadapan dengan pertandingan tiga tahun akan datang.
Untuk tiga tahun mendatang, Anwar sudah tidak relevan lagi untuk menjadi pesiden Keadilan. Kekosongan itu nanti boleh membuka peluang kepadanya untuk menentang Izzah sekali lagi untuk melunasi hutang kekecewaan kerana kalah itu. Rafizi perlu bersiap sedia dari sekarang bagi menghadapi apa apa kemungkinan tiga tahun akan datang untuk mencabar kedudukan presiden.
Memberi dorongan kepadanya agar keluar parti, atau menjadi Azmin Ali kedua untuk membentuk parti lain adalah sesuatu yang sia-sia dan tindakan itu dilihat dekomposisi (pereputan) beliau dalam politik lebih cepat. Rafizi harus sedar beliau tidak mempunyai kekuatan peribadi seperti dimiliki Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh untuk menubuh parti baru. Tengku Razaleigh yang memiliki ketokohan dan pengaruh besar pun tidak mampu mensurvivekan politiknya apabila parti ditubuhnya berkubur tidak sampai 10 tahun.

Setakat ini hanya Anwar satu-satu individu atau sosok yang mampu survive dalam politik apabila dikeluarkan dari benua parti besar dengan menubuh parti Keadilan. Kenpa, sebab Anwar mempunyai platform yang berbagai, mempunyai rangkaian akar umbi yang sudah lama dibentuk dan ia menjalar ke seluruh dunia. Jika Rafizi mempunyai kelebihan dan aset dimiliki Anwar itu, silalah boleh mencuba.[wm.kl. 6:01 am 26/05/2025]
kajian MSO yg paling haprak Dan patut dibakul sampahkan...nape takut utk Komen pasal penyelewengen yg memang ujud dlm proses pengundian
ReplyDeleteMso xda masa mengkaji penyelewangan, dia penulis politik, geng RR sepatutnya mengkaji tentang penyelewangan itu.. RR kan ppakar p
DeleteBudak bodo ..masuk komen.x suka,jgn baca.
DeleteHei org tua.
DeleteUndi perwakilan yg dirancang itu puncanya.....sbb itu ia di tukar.
Jika undi satu ahli satu Undi hanyut NI.
Itu shja
Tukar satu ahli satu undi ke undi perwakilan adalah perubahan yg dipersetujui mpp selepas dibahas dgn panjang.
DeleteRujuk penjelasan nik nazmi dlm Keluar Sekejap. Antara ia bertujuan utk mengimbangangi negeri yg sgt tinggi ahlinya spt selangor n sabah.
Rujuk pemilihan part pkr 2023 di mana amirudin mb dpt undi yg sgt byk dari 1 negeri.
Jadi perubahan ini utk beri sedikit keadilan kpd tokoh2 dari negeri2 lain yg dh lama dan layak.
Jadi x adil nk guna alasan ni.
Kalau betul ada penyelewengan, bawak bukti ke ros. Or boikot secara besar2an pemilihan tu.
Saya sangat setuju
ReplyDeleteBuang masa baca ni.
ReplyDeleteCara pengundian yang terang2 menipu. Kenapa takut nak buat undi macam dulu, satu ahli satu undi?
ReplyDeleteJika ada penyelewengan dlm sistem pemilihan minta berikan bukti. Jgn buat dakwaan shj
ReplyDeletePada para kedua Sayuti sebut RR perlu bersedia utk bangkit bertanding sekali lagi pada thun 2028,sy setuju.RR bkn hnya melawan NIA tetapi rangkaian d belakang NIA itu lebih penting.
ReplyDeleteKomen sampah.....tiada satu pun diatas yg dapat di terima .....cukup sekadar menjelas kan penipuan dlm proses pemilihan mematikan semua elemen2 9 perkara itu tadi.
ReplyDeleteHmmm. Komen xde nilai
ReplyDeleteSatu peringatan yg sangat baik utk sdr rafizi supaya lebih behati2 dimasa hadapan.
ReplyDeleteRafizi patut belajar bagaimana bermain politik dengan MSO.... Apa yang MSO kata tu saya setuju... Jadi utk penyokong rafizi...... Belajarlah imu politik dengan MSO... Setiap bacaan MSO ada langkah silat ya.
ReplyDeletesetuju..baik melihat masa depan daripada terus terusan menyalahkan sistem.RR jua perlu memahami bahawa cytro cytro di belakang cuma ingin mengeruhkan parti dan membuat pejuang tulen dalam nembencinya….
ReplyDeleteIs lah pakcik.. Tak ada satu pun kebaikan rafizi
ReplyDeletekarangan pentaksub DSAI...mcm ni la
ReplyDeletepakcik kalau tulis aduhai panjang lebar.....tak ada satu ke kebaikan rafizi...
ReplyDeletenampak seperti pandangan tuan MSO tidak berapa tepat (maaf pandangan berbeza).. Kalau di baca artikel politik tuan komen tentang Gapar Baba sebelum ini ada kaitan taktikal gerakan tersebut seperti yang terangkan oleh tuan MSO.
ReplyDeleteKalau dilihat dari sosok Rafizi pula, RR telah dapat membaca (tersedar) mengagak taktikal yang berlaku bermula pada aduan pengundian diperingkat cabang dan rupanya secara sistemik (pinjam sendiri kata-kata presiden PKR) telah berlaku manipulasi secara tersusun di waktu kerajaan masih dalam tempoh baki 2.5thun lagi. perkara-perkara ini lah yang telah dibangkitkan secara tertutup oleh RR dalam mesyuarat Khas Parti (seperti diceritakan oleh beliau masa HIRUK) namun tidak ada penyelesaian.. atau lebih mudah dikatakan tak nak layan sebab memang nk buang RR dan naikkan NI dan RnR secara sistemik.
RR tidak mahu NI menang mudah, alang-alang nak bertanding biar jangan menyerah kalah... nampak seperti ahli parti memilih TP tetapi sebenarnya perancang utamanya berselindung disebalik kata -kata "Saya minta maaf kerana kurang memberi perhatian kepada parti Kita...." (lebih kurang ayat begitulah).. mohon maaf salah dan silap... bersimpati pada yang terbuang dengan cara dihina atas alasan di tolak parti.... pandangan sahaja...
Tuan MSO,
ReplyDeleteMohon coretkan 1 isu berkenaan pengganti terbaik untuk posisi Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, sertakan calon-calon terbaik untuk dipertimbangkan untuk mengukuhkan KABINET PERPADUAN.
1. Dato Husam Musa (cadangan saya Husam Musa, perlu diimport) - AMANAH
2. Dr. Mazlee Malek (PKR)
3. Muhammad Kamil Abdul Munim (PKR)
4. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Haji Dusuki (UMNO)
5. Howard Lee (DAP)
Saya bawak olang hali hali naik kereta maaa... manyak cina talak suka Rafiji...apa pasat ma ?? saya mungkin tahu kenapa.
ReplyDeleteSepenggal je lah..
ReplyDeleteKhutbah Jumaat Doli d'Kayangan rakyat pulak yang panas hati
ReplyDeleteHari ini Jomaat 30 Mei 2025... Aku poie lah semayang Jomaat di senuah mosojid di Kualo Lumpoo sanun... Datang awal sket takot sosak smpi semayang topi Jalan Rayo nnti...
https://vt.tiktok.com/ZSkRJxLWk/
Bopoloh badan cuaco pun paneh badan pun raso angekk sobab cuaco angekk...!! Tup tup donga kuthbah Jomaat pun nak mulo... Ingat kok pasal rayo korban atau cito orang nak poie naik aji ..!!
Permulaan khutbah ajo cito pasal hari jadi hagong yang jatuh pado ari Senin nih haaah.. Isi khutbah pun macam nak bodek Doli Yg d'Kayangan Hagong skg ini... Tetibo ajo laie angekk ati denn...
Apo tak angekk ati den.. dolu sebolom jadi Yg d'Kayangan Hagong beria ia sungguh deh nak poie memburu... Keturunan pemburu kunun..!!
Jho Low sampai skg tak diburudan ditangkap lagi... Asal Type C lopeh, asal Type C sumo lopeh bebas losap kayo rayo lagi...
Macam pantek la kauuu..!!
Sampai sekarang sekor hapah yang diburu lansung tak muncul muncul...!! Memburu dongan taikun Type C nak dapekkan projek 5G billion billion yang dia tangkap.. kanina boto la keturunan pemburu nih...!! Pendatang Kobun Musang King Raub sekor hapah tak ado yang kono tangkap laie... Lotupan paip gas sekor hapah pemaju kontraktor pun tak ditangkap laie...
Melawat kawasan lotupan bukan nak poie memburu pemaju Type C ... Akhirnyo satu lapuran Pulis tak keluar lagi...
Pantek boto lah kan..!! Banyak laie patut kono buru.. hingat kan nak memburu rupo rupo memburu sambil pha chu cheng dengan Taikun Type C... Puiiii la kau...!!
Akhir khutbah ado la di solitkan doa doa Yg d'Kayangan Hagong Selamat sejahtera kunun.. bila nak angekek tadah tangan masa doa di bacokan tetibo duo duo telapak tangan den telungkup kan ko bawah ....
Alahaiii padan muko kau...!! Raso semayang zohor ganti semayang jumaat ari ni lagi sojuk ati... Sampai ke sudah semayang jumaat paneh angekk ati den tak surut surut pasal kununnya si pemburu Doli d'Kayangan ni...dah 2 tahun sekor buruan pun tak hado.... Pantekkk boto la kan
Sekian....
#HelokSemayangZohorTadiDariAngekAtiTakTontuPasal