Friday, June 20, 2025

Pengerusi Keadilan Kelantan perlu tokoh luar

SUSUPAN PAGI


Supardi Muhammad Nur.
SISA SISA perebutan jawatan dalam PKR masih belum reda sepenuhnya. Selepas pemilihan MPP
nasional, kini pembentukan pemimpin negeri pula jadi tumpuan. Jawatan yang menjadi fokus ialah pengerusi negeri, timbalan pengerusi, setiuasaha, ketua penerangan, bendahari dan lain lain.


Pelantikan pengerusi negeri negeri masih belum disusun. Parti mungkin belum reda dengan peristiwa dikongres lalu. Mungkin presiden Anwar sedang menarik nafas panjang mencari akal.


Bagaimana pun pelantikan pimpinan negeri ini sudah mulai hangat diperkatakan.

Di Kelantan sudah timbul pelbagai aksi dan spekulasi. Pengerusi sekarang Supardi Muhammad Nur, yang juga ketua cabang Tanah Merah, katanya tidak lagi diharap untuk terus dilantik jadi pengerusi.


Samsul Iskandar
Supardi mula jadi pengerusi menggantikan Saifuddin Nasution Ismail. Menarik juga Supardi ini kerana memegang jawatan itu dua kali. 

Sebelum ini pernah dipecat kemudian dilantik semula. Pelantikan Supardi mungkin kerana PKR tiada tokoh berkalayakan untuk mengisi jawatan itu. 


Selepas ketiadaan Abdul Aziz Kadir yang menjadi pengerusi PKR Kelantan, belum ada mana-mana tokoh sehebat Aziz yang dapat mengembangkan parti itu dengan agak baik di Kelantan. Saifuddin yang memegang jawatan itu juga kurang bertenaga.


Ada sesuatu yang istimewa kenapa bekas pemimpin pemuda Umno ini Supardi sehingga dilantik dua kali jadi pengerusi. Supartdi menyertai Keadilan bukan dari sejak awal, tetapi di pertengahan, aktif apabila PH berjaya menubuh kerajaan. Itu antara sebab kenapa kemunculan dipertikaikan, kehadirannya seolah-olah mencari peluang baru. 


Kemunculan yang tiba tiba itu ditambah dengan kurang menunjukkan fungsinya sebagai pengerusi menyebabkan dia tidak disenangi oleh beberapa ketua cabang hari ini. Hal ini jelas dan mengejutkan apabila selepas usai pemilihan ketua cabang, ada SD dari kalangan ketua cabang untuk menolak atau memberi masej agar beliau tidak dilantik semula sebagai pengerusi negeri dalam perode akan datang. Kenapa?


Tidak diketahui jelas dan konkrit sebab musbab mengapa Supardi tidak disenangi. Tetapi apabila ada gerakan sampai menyediakan SD bantahan jelas beliau tidak disenangi. Tentu ada hambatan besar. 


Lantaran itu wajar kalau pihak pucuk pimpinan memberi sedikit perhatian dan membuat penyelidikan dalam soal ini. Khabarnya ada enam cabang yang menolak Supardi untuk dilantik menjadi pengerusi. Suasana itu memberi gambaran kalau Supardi dilantik juga ia akan menyebabkan parti bermasalah. Jangan kerana seseorang parti bermasalah.


Apakah masalah itu serius atau ia timbul dari kalangan yang tidak sebulu dengan Supardi sahaja? Perlu diselidiki dan dikenal pasti. Kuala Lumpur wajar mendapat maklumat tepat dari semua pihak agar tidak tersalah lapor. Timbalan presiden baru Nurul Izzah yang dilihat akan menjadi arkitek baru PKR wajar memerhati keadaan ini jika tidak kedudukannya itu tidak membantu parti. Presiden mungkin lorat san sibut dengan tugas kerajaan, maka Izzah perlu berkuat kuat.


Cuma ada cerita kedengaran antara sebab kenapa Supardi tidak disenangi kerana selama memegang jawatan pengerusi gagal membawa perubahan dominan kepada parti. Tidak banyak aktiviti memperkasa parti dilakukan. Penambahan keahlian juga tidak berlaku dengan ketara. Hubungan PKR dengan parti komponen kerajaan, Umno dan Amanah juga tidak begitu memberangsangkan. Malahan pejabat Keadilan negeri juga dikatakan beroperasi di luar Kota Bharu.


Jika masalah ini tidak dapat dituntas, mungkin perlu pihak Kuala Lumpur mencari seorang tokoh lain untuk dilantik jadi pengerusi PKR Kelantan, sebaik-baiknya tokoh dari luar Kelantan. Ia tidak boleh dibiarkan, PKR  perlu mengambil kesempatan dengan menjadi kerajaan untuk memperkuatkan parti tersebut. Sekiranya pengganti sebagai pengerusi itu nanti bukan dari kalangan ketua cabang di Kelantan kerana mereka sudah berpihak, mungkin tokoh luar terpaksa dibawa untuk memimpin Keadilan Kelantan, setidak tidaknya buat sementara waktu.


Sebenarnya tokoh dari luar memimpin mana mana parti di Kelantan kecuali Pas, tidak asing. Umno lama sebelum ini pernah dipimpin tokoh dari luar. Ghaffar Baba dan Mahathir pernah memimpin Umno Kelantan menjadi Pengerusi Badan Perhubungan. Begitu juga dengan parti Amanah, kini parti itu dipimpin oleh naib presiden Amanah Adzly Zahri, beliau orang Melaka. Sebelum ibi Khalid Samad menjadi pengerusi Amanah Kelantan.


Ini berlaku bukan kerana parti parti itu tandus pemimpin asal Kelantan, tetapi sikap dan fiil orang Kelantan payah untuk menghormati orang senegeri dengan mereka bila jadi ketua. Mereka lebih menyanjungi dan menghormati orang luar. Perangai ini sukar dibuang keranan ia sudah menjadi budaya.


Berbicara siapakan tokoh luar Kelantan yang boleh dibawa, ada beberapa tokoh yang dikira layak untuk dipertimbangkan pucuk pimpinan PKR untuk melantik mereka sebagai pengerusi negeri. 


Antaranya ialah Timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar sendiri, naib presiden Amiruddin Shari dan Shamsul Iskandar Md Akin yang kini merupakan ketua cabang Melaka dan juga Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri. Mereka dikira layak dan akan dihormati sekiranya dilantik menjadi pengerusi. Izzah sebagai timbalan presiden sudah tentu akan dihormati sebagai ketua dengan mudah untuk PKR Kelantan ditadbirkan.


Demikian juga dengan Amiruddin Shari Menteri Besar Selangor, sedikit sebanyak kedudukannya menjadikan beliau akan dihormati dan pengalamannya mentadbir Selangor dapat membantu membentuk barisan kepimpinan dan pasukan PKR di Kelantan. Dengan kedudukan sebagai MB Amiruddin mampu untuk menetaskan idea bagaimana untuk parti menjanakan pendapatan. 


Sama juga dengan Samsul Iskandar, yang merupakan pegawai kenana pedana menteri yang sudah dikenali di kalangan anggota PKR dan Kelantan. Hubungan kekeluarga Samsul di Kelantan menjadikan beliau lebih mengenali dan mahir dengan fiil perangai orang politik di Kelantan. Sam mempunyai jalinan persahabatan bukan sahaja saja anggota PKR tetapi parti lain juga termasuk Pas, Umno dan Amanah. Hubungan Samsul dengan orang Kelantan bukan didekad terakhir tetapi sejak awal reformasi lagi.


Mungkin mereka itu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab besar yang dipukul, tetapi untuk sementara waktu mereka dapat untuk memberikan pengalaman pengurusan dan pentadbiran parti untuk PKR Kelantan. Keadilan Kelantan perlu berjiwa besar menyambut mereka sebagai pengerusi. 


Nik Anuar, KC Machang.
Kalau salah seorang dari mereka dilantik ia sebagai lebih daripada untuk menjadi pembimbing dan penyuntik semangat sahaja manakala gerak kerja haruslah dari kalangan anggota PKR Kelantan. Timbalan pengerusi boleh dipilih dari kalangan 14 ketua cabang yang ada kini. 


Supardi sendiri atau pun ketua cabangan Machang Nik Anuar seorang peguam boleh dipertimbangkan. Lain-lain ketua cabang yang mempunyai iktisad dan keperibadian baik seperti ketua cabang Bachok, Ahmad Nazri Mohd Zain boleh juga dipertimbangkan.


Perubahan dan tindakan ini perlu dilakuan sekiranya Keadilan mahu menjadi parti pembangkang terkuat di Kelantan serta agen menyampaikan misi dan visi kerajaan Madani di negeri Cik Siti Wan Kembang. Bukan senang untuk merampas Kelantan dalam pilihan raya akan datang, tetapi kalau Keadilan bersama Umno dan Amanah dapat menyumbangkan dua tiga kerusi parlimen dan sekurang kurang 10 kerusi Dun dikira sudah berjaya. Trims. [wm.kl.8:21 pm 19/06/2025]



Tuesday, June 17, 2025

Usah ambil ringan mimpi angan-angan Azmi

PANDANGAN

PEMIMPIN PH Selangor tidak boleh pandang ringan dengan cita cita PN yang dilemparkan Pengerusi PN Selangor Azmin Ali untuk tawan negeri itu dalam pilihan raya akan datang. Azmin mengira mereka perlu rampas 10 kerusi sahaja lagi untuk menguasai Selangor. Tampaknya Azmi tekad untuk memulihkan maruahnya dengan mengambil Selangor.

Walaupun Azmin seperti bermimpi angan angan dengan harapan itu, tetapi ia ada alasan dan keyakinan tersendiri untuk mencapai mimpi angan angan itu. Perlu diketahui bahawa Azmin pernah jadi MB Selangor dan dia sedikit sebanyak mengetahui ramuan bagaimana untuk goncang Selangor. 

Siapa menjatuhkan Kahlid Ibrahim kalau bukan Azmi? Dan siapa mengagalkan pelan Langkah Kajang yang diilhamkan Rafizi dan Saifuddin untuk angkat Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor. Bukankah Azmin yang kenep projek itu ditengah jalan.

Kenyataan Setiausaha PH Khairuddin Othman yang menyifatkan kedudukan wakil rakyat PN Selangor hari ini bagaikan bueh bueh di lautan suatu kenyatan syok sendiri dan berbahaya kepada PH. Jangan mudah melihat kurang fungsinya para wakil rakyat PN sebagai tanda komponen itu lemah dan akan ditolak.

Walaupun wakil rakyat PN tidak berfungsi dengan baik dan rakyat mengetahuinya, tetapi situasi itu tidak menjamin untuk mengatakan kekuatan PH dalam kondisif dan mantap. Benar, kerajaan Selangor dibawah pimpinan Amiruddin Shaari memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan dan insentif untuk rakyat bernilai berbillion ringgit, tetapi itu bukan boleh dijadikan ukuran dan jamin mutlak yang rakyat akan bersama kerajaan PH.

Rakyat senang dan terima apa sahaja pemberian dan bantuan kerajaan, tetapi mereka tidak boleh dijamin memberikan sokongan kepada pihak pemberinya. Bantuan dan segala pemberian bukan pengikat sokongan.

Apa lagi sudah ada kesedaran atau pemahaman dalam kalangan rakyat, bahawa sesiapa jadi kerajaan mereka kena jaga kebajikan rakyat. Justeru ada sebilangan rakyat tidak mudah terpesona dengan kebajikan kerajaan yang diterimanya. 

Pandangan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa politik khidmat bukan cara terbaik untuk Umno waktu ini. Katanya, kebaikan dalam menyatuni keperluan dan kesusahan rakyat dalam kawasan akan tenggelam jika fitnah kebencian terhadap parti tidak ditangan sebaiknya.

"Ingatlah, politik perkhidmatan tidak lagi menjadi asas untuk mendapat sokongan. Seseorang calon buatlah baik bagaimana pun, tetapi kalau kita tidak dapat menangani fitnah kebencian yang dilontarkan terhadap kita maka kita akan tenggelam dengan fitnah yang lebih dipercayai itu,” demikian kata Zahid.

Memahami kata kata Zahid itu, strategi perperangan kena ubah dengan menyerang fitnah pihak musuh. Fitnah kini dijadikan senjata baru sambil ditambah dengan politik naratif. Politik naratif ialah membina kefahaman politik propaganda dan rivers psikologi sebanyak yang boleh menggunakan kemudahan media sosial dan AI.

Mengambil kira pendapat Zahid yang sudah tentu dibuat hepotis itu, usah merasakan segala bentuk bantuan, insentif kerajaan untuk bantu rakyat secara automatik rakyat akan memberi sokongan.

Yang lebih penting dan utama, tangkis segala fitnah dan rakyat perlu didampingi sepanjang masa. Politik fitnah hendaklah dibenteras secara tersusun dan berterusan dengan disusuli politik naratif.

Wajar kalau kerajaan baik persekutuan dan negeri negeri dikuasi PH membentuk skuad khas untuk melawan fitnah dan naratif itu. Lawan fitnah pembangkang dan banyak bina naratif yang boleh memberi penjelasan sebenar dan jujur kepada rakyat.

Kerajaan Selangor atau PH Selangor khususnya tidak boleh hanya berharap kepada keadaan “bueh bueh dilautan” itu sahaja untuk jamin kemenangan mereka dalam pilihan raya akan datang. [wm.kl 10:47 am 17/06/2025]

Friday, June 13, 2025

Nasihat buat Rafizi dan Nik Nazmi

PANDANGAN

HASRAT Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk melihat Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad berada dalam kabinet harus diterima dengan tangan terbuka dan penuh tawaduk oleh kedua mereka. 

Rafizi dan Nik Nazmi perlu memikirkan hasrat Anwar itu sedalam dalamnya bukan sahaja untuk kebaikan parti, tetapi kebaikan diri, potensi mereka sendiri dan juga kerajaan.

Semalam Anwar berkata beliau berhasrat untuk melihat bekas timbalan presiden dan naib presiden Keadilan itu berada dalam kabinet. Menurut Anwar beliau hanya meluluskan permohonan cuti kedua mereka, tetapi belum menerima pernyataaan mereka ingin meletak jawatan menteri disandang mereka. 

Peluang bercuti Anwar mengharap mereka ambil masa untuk memikirkan tindakan kedua mereka selanjutnya. Saran ini bukan bimbang ketiadaan Rafizi dan gengnya dalam Keadilan melemahkan parti itu. Keadilan yang dibina dengan tiang-tiang utuh dari jiwa reformasi kental dan disokong serambi yang ikhlas dalam perjuangan tidak akan pincang tanpa Rafizi dan genangnya. 

Rafizi dan Nik Nazmi bercuti selepas penat berkempen semasa pemilihan. Serentak itu mereka menyampaikan hasrat melepaskan jawatan menteri dipegangnya sebaik selesai percutian, 16 Jun ini. Tindakan mereka itu sebagai mengotakan apa yang terlepas kata semasa berkempen, sekiranya kalah akan meletak jawatan. Walaupun Nik Nazmi tidak menjanjikan demikian, tetapi sebagai orang baik dan kawan rapat dengan Rafizi sewajarnya dia mengambil sikap demikian. Itulah nilai dan tanda erti persahabatan sebenar.

Kita memghormati prinsip mereka berdua. Prinsip tegas dan konsisten begitulah yang kita ingin dipakai oleh para pemimpin. Ketegasan dan integritilah yang meletakkan seseorang itu dipandang tinggi. Namun dalam politik yang penuh seni, tidak semestinya prinsip itu menguntungkan kita dan baik untuk dipertahankan, melainkan ia sekadar memuaskan jiwa sendiri sahaja.

Bagi saya kekalahan Rafizi dan Nik Nazmi dalam pertandingan itu memberi ruang kepada mereka mencari seberapa banyak hikmah dan mesej disebaliknya. Kekalahan itu peluang mereka untuk mempelajari, mengetahui denai laluan politik. Beliau boleh dan mula mengenali erti politik Machiavellisme yang sudah diketahui tetapi belum dirasai kesan sebenarnya. 

Kekalahan itu mengajarnya erti tikam belakang dan bahawa politik itu tidak boleh dipercayai. Jika beliau memahami apa yang saya kata dan tulis sebelum ini, beliau tidak perlu merasa kecewa dan geram dengan segala ulah dalam politik itu. Sebaliknya kekalahan itu membakar semangat mereka untuk terus berpolitik.

Saya ulang sekali lagi madah saya, “jangan percaya dengan sumpah dan janji orang politik, tetapi usah rasa mustahil dengan tindakan mereka.” Berdasar kalimah ini maka sesiapa yang memasuki dunia politik hendaklah siap siaga dengan segala kemungkinan yang berlaku. Dalam politik kita tidak boleh tidur dalam perut kawan apa lagi lawan.

Hendak tidak hendak, suka atau tidak, baik Rafizi atau sesiapa perlu berwaspada senantiasa, pantang lali atau ralit mereka akan ditewaskan.

Berbalik kepada hasrat Anwar tadi yang mahu mereka berada dalam kabinet, mungkin ia tidak ikhlas dan sekadar basi basi sahaja. Namun Rafizi dan Nik Nazmi harus cekap mengambil peluang itu, menganggap ia suatu kebenaran. Jangan menghitung dan mencari makna keikhlasan dalam politik. Baik bagi Rafizi untuk menyertai kabinet bukan sahaja setakat meneruskan agenda dan progaram dirancangnya, tetapi baik juga untuk masa depan politiknya sekiranya beliau masih mahu berpolitik.

Sekiranya Rafizi mahu menapak jauh dalam politik hatta menjadi pemimpin utama negara suatu masa nanti, beliau harus berada dalam parti politik. Parti terbaik ialah parti yang beliau diami sekarang Keadilan. Ibarat beliau ingin menuju ke suatu destinasi, beliau kini sudah berada dalam kenderaan, cuma masalahnya timbul sedikit keriuhan dalam kenderaan, itu perkara biasa. 

Namun relatif lebih baik daripada untuk turun dan cari kenderaan lain. Rafizi tidak perlu terpesona dengan janji dan sokonagn ramai dalam medsos, itu hanyalah tidak lebih dari bueh bueh dilautan sahaja, kerana bersamanya disertai sama orang dari kumpulan mahu membunuh kariernya. Rafizi kena kenal mana penyokong sejati, mana yang sokong membawah rebah, mana tukang sorak semasa dia di pentas, mana orang yang mengangkatnya ketika panggung roboh.

Menubuhkan parti baru senang diucap, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Parti politik baru seperti sebutir benih (seed) mungkin ia matang, tetapi bila diletak dibumi belum tahu ia bertunas, hidup dan berbuah. Boleh jadi ia akan jadi hampa dan mati beragam. Lagipun Rafizi tidak mempunyai rangkaian global atau sokongan fundmental seperti Anwar miliki dalam soal ini.

Rafizi hanya perlukan sekurang kurang masa tiga tahun sahaja untuk mencapai puncak dalam kerjaya politiknya ini. Justeru beliau perlu sabar menunggu dalam Keadilan dan terus mengukuhkan sokongan akar umbinya disamping banyak mengenali seni dan sepak terajang politik. Beliau harus mengendalikan politik ini yang penuh seni yang punya segala unsur itu, seni bunyi-bunyian, irama gendang dan aksi. Tidak kurang penting juga beliau perlu absord dengan politik Melayu.

Jadilah kekalahan itu untuk menyiapkan tesis Phd politik ala Malaysia dan Melayu. Belajar untuk memahamai hipokrasi, senyum politik, gurau politik, janji politik disamping teguh dengan prinsip peribadi.

Pemimpin negara masa depan khasnya daripada Keadilan tidak ada sosok yang dilihat "paten" jadi pengganti Anwar melainkan peribadi dan karaktor berani seperti Rafizi. Satu hal yang Rafizi kena pelajari mengambil iktibar daripada Anwar sendiri, bagaimana beliau seorang yang tidak peduli apa yang orang lakukan kepadanya. Anwar sejak keluar dari rahim ibu memancur tangisan nyaring beliau terus berhadapan dengan tribulasi kehidupan tanpa menitiskan air mata. 

Berkali kali Mahathir mengeratnya, menyilangnya, namun Anwar tidak pernah kecewa dan putus asa, bahkan apa dilakukan Mahathir itulah yang menghidupkan bara politiknya. Kalau Rafizi merasakan dia dikerat hanya sekali saja apalah sangat ketimbang Anwar yang sudah berkali kali. Politik ini perlu jadi macam gamat seribu kali dikerat, selagi berada dalam laut ia bisa dan mampu hidup dan berkembang biak. [wm.kl. 10:16 am 13/06/2025]


Sunday, June 8, 2025

Siapa akan ganti Rafizi dan Nik Nazmi?

Nik Nazmi dan Rafizi pohon
tinggalkan kabinet.
RENCANA KHAS

SIAPA akan ganti tempat Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad kalau mereka tetap memgambil keputusan untuk kekal dengan kandungan surat permohonan cuti dan perletakan jawatan mereka. 

Saya yakin sebagai pamimpin yang cintakan damai Anwar Ibrahim tidak tergesa gesa untuk menerima permohonan kedua mereka kekal melepas jawatan. Anwar telah menerima permohonan cuti mereka sehingga 16 Jun, tetapi belum mengenai menjelaskan status permohonan melepas jawatan.

Rafizi telah menghantar surat bertarikh 28 Mei memohon cuti sehingga 16 Jun dan akan melepaskan jawatan Menteri Ekonomi pada 17 Jun. Hal sama dikuti oleh rakannya Nik Nazmi akan melepaskan jawatan Menterin Sumber Asli dan Kelestarian Alam. 

Sampai kini Anwar tidak membalas permohonan untuk melepaskan jawatan mereka berdua. Saya yakin Anwar akan biarkan mereka berdua untuk memegang jawatan itu sekurang kurang sehingga atau sampai rombakan kabinet besar besaran setelah tiga tahun usia kerajaan Madani yang dijangka hujung tahun ini. 

Katakanlah Rafizi kekal dengan keputusannya, dan Nik Nazmi setia mengikuti Rafizi, Anwar tidak ada pilihan lain melainkan mencari individu atau pemimpin lain sebagai ganti. Di sini saya tidak fikir Anwar akan segera melantik seorang naib presiden yang baru menang dalam pemilihan baru baru ini sebagai pengganti walaupun dari segi konvensyen parti ia layak.

Ekoran masih ada rasa tidak senang dari kalangan penyokong Hiruk yang masih panas jiwa dan tidak boleh menerima kekalahan kerana dianggap berlaku penipuan, menyebabkan PM akan membuat keputusan yang munasabah, bijaksana dan mendamaikan semua pihak.

Kekosongan yang bakal dtinggalkan Tengku Zafrul Aziz tidak menjadi masalah kerana ia quota Umno. Umno boleh mencari sesiapa saja penggantinya kalaupun tidak untuk memegang portfolio Zafrul selaku menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia itu. Naib presiden Umno Johari Ghani yang kini menteri Peladangan dan Komoditi adalah tokoh layak untuk mengganti tempat bakal dikosongkan Zafrul hatta memegang portfolio ditinggalkan Rafizi itu.

Kalau mengikut amalan parti parti yang berkuasa sebelum ini, timbalan presiden akan dilantik memegang jawatan kementerian penting. Bagaimana pun untuk berbuat begitu Nurul Izzah Anwar yang menang bergaya dalam pemilihan baru baru ini ada sedikit halangan, beliau bukan seorang ahli Parlimen. Jika beliau perlu dilantik juga, maka Nurul Izzah terlebih dahulu akan dilantik sebagai ahli Dewan Negara.

Sekali lagi saya tidak fikir Izzah akan dibawa menyertai kabinet. Anwar tidak sedia menambahkan persepsi nepotisme yang hangat berkumandang kini. Apa lagi semasa kempen Damai, Izzah mengatakan dia bertanding menegaskan ia demi tanggungjawab bukan untuk kepentingan peribadi. Pengakuan itu benar kerana sebelum ini Izzah dikatakan beberapa kali menolak tawaran jawatan kepadanya.

Apabiula beliau bertanding demi tanggungjawab, maksudnya ada hambatan dan keperluan lain kenapa beliau berbuat demikian. Mungkin umum tampak apa ditekan Izzah ialah memang beliau hendak perkuatkan parti. 

Kenyataan Izzah itu ikhlas apabila beliau dilaporkan menawarkan jawatan dalam parti kepada Rafizi selepasa usai pemilihan. Ini menunjukkan Rafizi ada nilai dan aset buat Keadilan. Dan Izzah sendiri masih menghormati persahabatan dengan Rafizi dan melihat pertandingan itu sesuatu yang normal bukan patut didendami. 

Selama ini mungkin kerana Rafizi dan lain lain pemimpin yang dilantik menjadi menteri sibuk dengan tugas dan ganggungjawab menyebabkan parti dan organisasi parti tidak terkendali, terabai, justeru Izzah obses kepada masalah parti. Tindakan Izzah itu jelas merupakan kepekaan tanggungjawab dan masa depan parti.

Molek benar kalau timbalan presiden baru bekerja ke arah itu menampong kecacatan sebelum ini. Keadilan perlu diperkukuhkan bagi memastikan tetap jadi tulang belakang kepada kerajaan Madani hari ini. Kerja dan tanggungjawab Izzah bukan mudah apa lagi apabila beliau terus diejek dan dipersendakan oleh netizen menyokong kumpulan yang kalah, ia suatu cabaran besar buatnya. 

Kemenangannya cuba dinafikan dengan emosi. Mereka melihat Izzah musuh bukan kawan kepada tokoh yang mereka taksubi. Penyokong Rafizi tidak dapat move on. Timbul juga kemusykilan dalam hal ini apakah netizen penyokong puak yang kalah itu adalah dari kalangan musuh kerajaan Madani. Bahawa musuh kerajaan Madani dan musuh peribadi Anwar telah mengeksploitkan sutuasi ini tanpa disedari? Jika mereka seratus peratus orang parti mereka tidak akan terus hanyut dengan emosi kekalahan.

Jadi siapakah yang akan menjadi pengganti tempat Rafizi dan Nik Nazmi itu. Dalam hal ini bukan "ketanggungan" untuk memegang jawatan itu diutamakan. Mungkin sosok yang dirasakan perlu tidak berkeupayaan dan rendah ketimbang Rafizi dan Nik Nazmi. Mereka pengganti itu sekadar untuk mengekal status quo Keadilan dalam kabinet maka mereka perlu diangkat menjadi menteri.

Dua sosok yang saya nampak boleh diangkat dan sesuai dibawa masuk ke dalam kabinet menjadi menteri atau timbalan timbalan, seorang ialah Dr Mazlee Malik yang menang sebagai MPP baru baru ini. Beliau ada sedikit pengalaman sebagai menteri pendidikan sewaktu era kerajaan PH lampau. Untuk itu beliau boleh dilantik sebagai ahli Dewan Negara.

Rodziah Ismail
pelantikannya boleh jadi 
bukti politik matang.
Selain itu ialah ahli parlimen Ampang Rodziah Ismail. Walaupun beliau tewas sebagai ketua wanita, tetapi bukan alasan untuk dia dialpakan. Dengan pengalaman yang dimiliki, pernah menjadi Exco di Selangor dua penggal, pernah menjadi setiausaha dan timbalan ketua Wanita, Rodziah boleh dibawa masuk ke dalam kabinet atau sekurang kurangnya dilantik jadi pembantu menteri.  

Sekiranya Dr Fuziah Salleh yang kini Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dinaikkan pangkat jadi menteri Rodziah boleh jadi timbalan menteri.

Bukan itu saja pelantikan Rodziah ini juga akan memperlihatkan bahawa, Keadilan parti yang profesional dalam membuat lantikan. Selain itu ia boleh dijadikan iktibar kepada ahli parti bahawa jika kamu memenangi jawatan dalam parti belum pasti diberi jawatan menteri, yang penting ialah kredibiliti dan kompentesi seseorang. Tindakan sebegini juga ia boleh mengurangkan nafsu untuk merebut jawatan sehingga sanggup main politik wang.

Ahli Parlimen Sungai Buloh Ramanan Rsmsnkrisnan yang memenangi kerusi naib presiden dan dikecam disepanjang pemilihan boleh bersabar dan bertenang, tidak perlu diangkat menjadi menteri. Keadilan khasnya presiden Anwar kena buktikan bahawa beliau dalam memilih anggota kabinet bukan saja berdasarkan senioriti dalam parti, tetapi kemampuan, intergriti dan kebolehan bekerja serta track record. Paling mustahak pelantikan tidak menjadi masalah.

Bagaimana pun sebaik baiknya untuk memulihkan semangat dan mengharmonikan keadaan Keadilan akibat pertandingan baru baru ini, adalah afdal kalau Rafizi dan Nik Nazmi dikekalkan sebagai menteri, kecualilah mereka tetap bersikeras dengan keputusan mereka maka pandangan dan cadangan ini boleh dilaksanakan. Penolakan Rafizi dan Nik Nazmi itu nanti kandatipun dibuat kerana prinsip, tetapi ia tetap disimpulkan sebagai berprinsip yang tidak mengundang kebaikan kepada parti. [wk.kl. 10:06 pm 08/06/2025]



Friday, June 6, 2025

Sekiranya Hadi Awang berundur, Pas akan bermasalah

 RENCANA KHAS 

Abdul Hadi kerap berkerusi
roda untuk bergerak.
ADA maklumat separa matang dari pihak Pas, bukan dalaman tetapi luaran, bahawa Abdul Hadi Awang kemungkinan akan berundur sebagai presiden Pas. Beliau akan mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan yang dipegangnya sejak tahun 2002, sudah lebih dua dekad itu.  

Perkara ini juga ada disebut dalam sebuah laporan portal berita. Alasan diberikan wajar, kerana masalah kesihatan beliau. Memanglah Haji Hadi dalam usia 78 tahun dari sudut biologi penduduk Asia sudah dikira lanjut, tidak sekuat dulu. Beliau sama usia dengan Anwar Ibrahim. Anwar pun sudah dua kali mengaku dia keletihan dan kepenatan. Katanya dia dilihat laju berjalan, tetapi kepenatannya orang tak dapat merasai.

 

Orang tengok I cepat berjalan, tetapi hakikatnya orang tak tahu…dan sedikit masa lagi saya sudah masuk 80 tahun,” katanya ketika berucap di kongres Keadilan di Johor Bahru.

 

Memang kedua tokoh ini kita sayang dan mengimpikan mereka dapat bersama untuk membawa dimensi baru dalam politik orang Melayu dipasca merdeka. Persandingan mereka berdua memberi signifikan hebat untuk bangsa dan negara. Banyak perkara kepentingan bersama dapat dilaksanakan sekiranya mereka tidak membuang masa dengan masalah-masalah khilafiyah politik. 


Mereka sudah mulakan.


Sebenarnya mereka sudah pun memulakannya, menggerak agenda itu sebelum ini, sejak tahun 70an lagi ketika sama-sama dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Di era awal kebangkitan Islam mereka berganding tangan. Perubahan besar dalam sosial dan persepktif agama di negara ini sudah bermula dan dapat dirasakan. Namun sedikit terkilan perjalanan jihad mereka meruncing di hujung, apabila Anwar menyertai Umno menyebabkan agenda terbantut dijalanan. 

Mereka gagal menemukan titik persamaan untuk mengolah perjuangan (jihad Islami) itu. Jalur perjalanan mereka seperti rel keretapi yang selari dan tidak ada titik temu atau bercantum dihujung. Situasi itu ditambah dek permainan musuh-musuh agama dan bangsa yang tidak mahu melihat mereka berjabat tangan.

Tak mengapa. Bagi Anwar beliau sudah berjaya, kerana sudah jadi PM, setidak-tidaknya cita-cita dan political willnya, sudah berjaya. Cuma Haji Hadi masih diawan awanan lagi. Tanpa jawatan perdana menteri tidak mungkin apa yang diimpikan dapat dilaksanakan. Disinilah suatu kerugian buat presiden Pas itu khasnya, amnya umat Melayu. Setakat ini Hadi hanya dapat merenung bulan tetapi tidak dapat menjamah atau memijaknya.

 

Apabila beliau berundur kerana kesihatan, titik perjuangannya tidak sedarjat Anwar. Impian kita untuk melihat seorang perdana menteri dari “bangsa Islam dan agama Melayu”, (faham elok elok termalogi ini) tidak akan tercapai. Dr Mahathir walaupun dua kali jadi PM (1982-2004) dan (2018-2020) beliau bukan dari "bangsa Islam dan beragama Melayu." Demikian juga Anwar tidak dari rahim bangsa dan agama yang original. Untuk memperolehi sosok sebegini kita mengharapkan ia datang daripada Pas.


Kesan kepada Pas.


Berbalik kepada Haji Hadi, jika beliau berundur ia memberi kesan kepada Pas. Ini masalah bakal melanda parti agama itu. Tidak mustahil kalau Pas selepas ini tidak semampan hari ini kerana masalah kepimpinan. Pas tidak memiliki tokoh spiritual lagi selepas ini. Abdul Hadi adalah tokoh spitual kedua selepas ketiadaan Allahyarham Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

 

Sebagai parti bernuansakan agama yang mengamalkan fahama konservatif, berkonsepkan Quran dan Hadith untuk mendaulatkan Islam ia sangat memerlukan tokoh spiritual yang fakeh mengenai agama. Kehebatan Pas itu selama ini terletak pada juzu itu bukan kepada fizikal perjuangannya, tetapi kepada roh ataupun dasar dan konsep yang ditempanya. 

 

Orang orang seperti timbalannya sekarang ini Tuan Ibrahim Tuan Man, dan naib presiden; Mohd Amar Nik Abdullah, Idris Ahmad dan Samsuri Mokhtar, tidak layak untuk memegang gelar tokoh spiritual. Hatta dalam barisan majlis syura ulama sendiri seperti Mursyidul Amnya, Hashim Jasin belum dapat memenuhi kriteria spiritual. Mereka tidak memiliki pelbagai ilmu sehebat Haji Hadi yang dikaitan sebagai mempunyai keromah dan maunah, bertaraf wali dan sebagainya.

 

Lantaran itu Pas bakal bermasalah selepas ini khasnya dalam mendapat seorang pemimpin yang boleh dihormati semua lapisan ahli atau bukan ahli apabila Hadi sudah tiada. Justeru itu agak liat untuk Hadi meninggalkan jabatan itu untuk memelihara kekuatan Pas. Kecualilah Pas mengubah pendekatan dan berjaya membina pendekatan baru mengubah penerimaan di kalangan ahlinya, daripada obses kepada pemimpin bersifat keulamakan kepada golongan professional.

 

Ada beberapa tokoh professional dalam Pas kini yang punya aura walaupun nilai dan standard mereka tidak setara Hadi, seperti Samsuri Mokhtar, Sanusi Mohamad Noor atau Takiyuddin Hassan atau mualaf Pas Annuar Musa yang juga dibentuk untuk menjadi pemimpin utama Pas. Jangan pandang enteng kesediaan Annuar untuk dibaptis oleh Pas ada motif politiknya. Pertembungan dua puak atau golongan berfahaman agama konservatif dengan profesional tidak dapat dielakkan akan berlaku dalam Pas sekiranya Hadi tidak lagi berdiri ditengah.


Anwar brrsama Hadi suatu masa dulu
dianggap gandingan ideal.
Kini sudah ada kempen dan lobi untuk mengangkat golongan profesional memimpin Pas atasan helah memenuhi kehendak politik semasa. Bagaimana pun cadangan ini kontradik dengan geng ustaz (konservatif) yang tetap mahukan Pas dipimpin oleh mereka bergelar ulama.
 

Profesional yang ada kini adalah saki baki profesionalis yang tidak menyertai parti Amanah sebelum ini. Pas kehilangan ramai tokoh professional, korporat atau teknokrat apabila wujud parti Amanah. Yang tinggal adalah mereka yang bersifat oportunis menempel dijubah dan serban tokoh-tokoh agamawan dan ulama untuk kepentingan politiknya, sedang mereka sendiri masih belum reti mengikat serban dan memakai jubah.

 

Persoalan kini siapakah yang akan menjadi pengganti kepada Abdul Hadi nanti?

Jika dilihat kepada hierarki ialah Tuan Ibrahim Tuan Man kerana beliau adalah timbalan presiden. Namun ada hambatan lain yang ada kepadanya, beliau tidak dianggap sebagai daripada rahim ulama. Tuan Ibrahim lebih sekadar ustaz biasa (motivator) yang pernah menjadi pensyarah di IPTA dan bukan guru ataupun murabbi pondok yang mampu mengeluarkan fatwa dan mengajar ilmu tasauf. Beliau juga selama menjadi timbalan presiden gagal menunjukkan gagasan atau wawasan Islamiknya untuk dibawa ke dalam Pas. Tuan Ibrahim semacam phobia dengan sesuatu.

 

Justeru tidak nampak kalau beliau mampu. Manakala Hashim Jassin sebagai mursyidul am Pas, selain daripada sudah berusia, tetapi tidak ada karismatik sebagai spiritual leader.

Hendak tidak hendak selepas Abdul Hadi, golongan profesional akan mengambil alih pimpinan utama. Dalam konteks ini selain Tuan Ibrahim tentulah tiga naib presiden sekarang ini, Mohd Amar, Samsuri Mokhtar dan Idris Ahmad. Idris sendiri walaupun tidak lekang kopiah namun penguasaan ilmu agamanya tidak seberapa, peribadinya juga jauh untuk digelar sebagai tuan guru yang memilik sifat spiritual leader. Sinikal politiknya juga dangkal kerana itu dia sering diketawakan. Keperibadian ulama tidak terpamer kepada dirinya.

Kesimpulannya, selepas Hadi Pas akan menghadapi masalah untuk memilih seorang pemimpin standing dengannya. Masalah ini dijelmakan sendiri oleh Pas yang obeses kepada peribadi ulama dan cuba mengehelkan golongan professional dengan cuba menjarakkan golongan ini dengan Pas dengn tanggapan Pas parti agama. Pas tetap utuh menjadikan elemen keagamaan dan peribadi muslim sebagai aset politiknya. Lantaran itu saya tidak nampak Abdul Hadi akan mudah untuk berundur pada mutkamar ini selagi tiada tokoh benar-benar layak untuk mengambil tempatnya. 


Jika terpaksa beliau memimpin Pas sambil baring ataupun berada di atas kerusi roda hatta diatas tandu sekali pun akan dilakukan demi untuk menjaga keutuhan Pas. [wm.kl. 4:38 pm 06/05/2025]