PEMIMPIN PH Selangor tidak boleh pandang ringan dengan cita cita PN yang dilemparkan Pengerusi PN Selangor Azmin Ali untuk tawan negeri itu dalam pilihan raya akan datang. Azmin mengira mereka perlu rampas 10 kerusi sahaja lagi untuk menguasai Selangor. Tampaknya Azmi tekad untuk memulihkan maruahnya dengan mengambil Selangor.
Walaupun Azmin seperti bermimpi angan angan dengan harapan itu, tetapi ia ada alasan dan keyakinan tersendiri untuk mencapai mimpi angan angan itu. Perlu diketahui bahawa Azmin pernah jadi MB Selangor dan dia sedikit sebanyak mengetahui ramuan bagaimana untuk goncang Selangor.
Siapa menjatuhkan Kahlid Ibrahim kalau bukan Azmi? Dan siapa mengagalkan pelan Langkah Kajang yang diilhamkan Rafizi dan Saifuddin untuk angkat Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor. Bukankah Azmin yang kenep projek itu ditengah jalan.
Kenyataan Setiausaha PH Khairuddin Othman yang menyifatkan kedudukan wakil rakyat PN Selangor hari ini bagaikan bueh bueh di lautan suatu kenyatan syok sendiri dan berbahaya kepada PH. Jangan mudah melihat kurang fungsinya para wakil rakyat PN sebagai tanda komponen itu lemah dan akan ditolak.
Walaupun wakil rakyat PN tidak berfungsi dengan baik dan rakyat mengetahuinya, tetapi situasi itu tidak menjamin untuk mengatakan kekuatan PH dalam kondisif dan mantap. Benar, kerajaan Selangor dibawah pimpinan Amiruddin Shaari memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan dan insentif untuk rakyat bernilai berbillion ringgit, tetapi itu bukan boleh dijadikan ukuran dan jamin mutlak yang rakyat akan bersama kerajaan PH.
Rakyat senang dan terima apa sahaja pemberian dan bantuan kerajaan, tetapi mereka tidak boleh dijamin memberikan sokongan kepada pihak pemberinya. Bantuan dan segala pemberian bukan pengikat sokongan.
Apa lagi sudah ada kesedaran atau pemahaman dalam kalangan rakyat, bahawa sesiapa jadi kerajaan mereka kena jaga kebajikan rakyat. Justeru ada sebilangan rakyat tidak mudah terpesona dengan kebajikan kerajaan yang diterimanya.
Pandangan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa politik khidmat bukan cara terbaik untuk Umno waktu ini. Katanya, kebaikan dalam menyatuni keperluan dan kesusahan rakyat dalam kawasan akan tenggelam jika fitnah kebencian terhadap parti tidak ditangan sebaiknya.
"Ingatlah, politik perkhidmatan tidak lagi menjadi asas untuk mendapat sokongan. Seseorang calon buatlah baik bagaimana pun, tetapi kalau kita tidak dapat menangani fitnah kebencian yang dilontarkan terhadap kita maka kita akan tenggelam dengan fitnah yang lebih dipercayai itu,” demikian kata Zahid.
Memahami kata kata Zahid itu, strategi perperangan kena ubah dengan menyerang fitnah pihak musuh. Fitnah kini dijadikan senjata baru sambil ditambah dengan politik naratif. Politik naratif ialah membina kefahaman politik propaganda dan rivers psikologi sebanyak yang boleh menggunakan kemudahan media sosial dan AI.
Mengambil kira pendapat Zahid yang sudah tentu dibuat hepotis itu, usah merasakan segala bentuk bantuan, insentif kerajaan untuk bantu rakyat secara automatik rakyat akan memberi sokongan.
Yang lebih penting dan utama, tangkis segala fitnah dan rakyat perlu didampingi sepanjang masa. Politik fitnah hendaklah dibenteras secara tersusun dan berterusan dengan disusuli politik naratif.

Wajar kalau kerajaan baik persekutuan dan negeri negeri dikuasi PH membentuk skuad khas untuk melawan fitnah dan naratif itu. Lawan fitnah pembangkang dan banyak bina naratif yang boleh memberi penjelasan sebenar dan jujur kepada rakyat.
Kerajaan Selangor atau PH Selangor khususnya tidak boleh hanya berharap kepada keadaan “bueh bueh dilautan” itu sahaja untuk jamin kemenangan mereka dalam pilihan raya akan datang. [wm.kl 10:47 am 17/06/2025]

assalamualaikum wbt
ReplyDeleteIzinkan saya untuk memberi sedikit pandangan dan ulasan berkaitan Usah Ambil Ringan Mimpi Angan-angan Azmin untuk menawan Selangor.Ya ia mungkin akan menjadi kenyataan pada PRU16 nanti dimana 10 kerusi yang diidamkan akan menjadi milik PN.Salah satu sebab yang akan menjadi senjata PN dalam bahan kempen mereka ialah dengan pengurangan seramai 5,000 orang pekerja PETRONAS merangkumi pekerja kelas atasan,menengah dan bawahan.Kesan ekonomi 5,000 orang pekerja ini akan menyebabkan sekurang-kurangnya 25,000 orang isi keluarga akan menerima kesan secara langsung (5,000 pekerja x 5 ahli keluarga). Sayugia diingatkan bahawa 80% pekerja PETRONAS inilah yang menjadi penyokong kuat pembangkang ketika itu dan sekarang telah menjadi kerajaan kerana mereka melihat kebobrokan dan kerakusan rejim kerajaan ketika itu meratah dan menyantap kantung hasil minyak PETRONAS yang sepatutnya digunakan untuk kemaslahatan rakyat. Tetapi kini kerajaan PH yang disokong dan diharapkan menjadi penyelamat dan pemberi harapan telah menjadikan pekerja PETRONAS sebagai galang ganti dan mangsa kononya harga minyak dunia rendah dan tidak stabil demi mendapatkan dividen RM32 billion seperti kebiasaannya tanpa memikirkan 25,000 ahli keluarga tersebut terkesan.Kawan saya sendiri yang berjawatan Senior Manager yang selama ini menjadi penyokong tegar pembangkang yg kini menjadi kerajaan telah termasuk dalam list utk ditamatkan perkhidmatannya walaupun umur beliau baharu 48 tahun.Bayangkan dengan pengalaman bersama PETRONAS selama 23 tahun dan belum mencapai 55 tahun terkesan dengan pelan rasionalisasi PETRONAS tersebut!Pandangan saya usahlah terburu-buru dengan pelan rasionalisasi PETRONAS tanpa memikirkan kesan seperti kehilangan pekerja mahir dalam bidang petroleum,meningkatkan pengangguran bagi umur 45 hingga 55 tahun,kesan kepada kantung ekonomi keluarga sekiranya pekerja adalah penanggung tunggal,tahap kepercayaan kepada kerajaan memerintah merosot kerana tiada usaha utk membantu mereka dan yang paling rugi adalah UNDI bakal-bakal ex-pekerja PETRONAS DAN KELUARGA mereka akan pergi kepada PN.Sayugia diingatkan bahawa hampir 60% bakal ex-pekerja PETRONAS tersebut tinggal dan menetap di Selangor dan mengundi di Selangor.Selamat maju jaya kepada YB Azmin Ali untuk kembali menjadi YAB Menteri Besar Selangor selepas PRU16 nanti!!
Aku pulak tggu penamaan calon dulu. Kalu MB skrg masih akan kekal lepas PRU DUN nnti, aku akan undi calon PN. Khalas.
ReplyDelete