ISENG ISENGAN
SEJAK malam tadi berlegar rumours seorang hakim berasal dari Terengganu kemungkinan akan dilantik sebagai ketua hakim negara yang baru. Kalau hakim itu dipilih, kalau tidak silap bermakna sudah dua orang hakim berasal dari Terangganu memegang jawatan itu.
Kedudukan Terengganu dalam hal ini sama dengan Kelantan apabila dua orang anak Kelantan dipanggung sebagai ketua hakim negara, pertama Ariffin Zakaria dan kedua Tengku Maimun Tuan Mat.
Salleh Abbas yang merupakan anak Besut dan merupa hakim yang dipecat diera Mahathir dan pernah menjadi Exco kerajaan Terangganu sewaktu Hadi Awang jadi MB, pernah menjadi ketua hakim negara.
Hebat orang Teranggnu dan Kelantan apabila putera puterinya terpilih menjadi ketua haikim negara, memegang jawatan tertinggi dalam institusi kehakiman negara.
Iya Kelantan dan Terangganu tidak panasaran lagi untuk melihat putera kebangaan mereka menduduki jabatan itu. Tetapi tentu ia tidak cukup disitu sahaja. Kalau dari eksekutif, ia, tetapi tidak dari aspek politik. Jawatan tertinggi dalam politik ialah perdana menteri dan timbalan perdana menteri, setakat ini belum ada anak Kelantan dan Terangganu memegang jawatan itu.
Negeri negeri lain (kecuali Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Perlis) sudah merasainya malahan ada yang mengulangi sampai dua, tiga kali. Kedah mencatat sejarah apabila Tunku Abdul Rahman dipilih jadi perdana menteri pertama. Kemudian ia dikuti oleh Mahathir Mohamad menjadi PM yang keempat dan ketujuh, mencatat sejarah juga apabila dua kali jadi Perdana Menteri. Kedah juga merasai puteranya menjadi timbalan perdana menteri.
Kemudian diikuti negeri Johor, dua anak negerinya mejadi PM dan tiga orang jadi timbalan perdana menteri. Hussein Onn jadi PM ke tiga manakala Mahiaddin Yassin jadi PM ke lapan. Sebelum Hussien dan Mahiaddin, Musa Hitam juga pernah jadi TPM.
Negeri Pahang juga merasai hal sama, apabila Razak Husein jadi PM kedua dan anaknya jadi PM ke tujuh. Sejarah tersendiri berlaku disini apabila dua beranak jadi PM. Tidak cukup setakat itu saja Pahang menjadi negeri pertama memiliki tiga orang PM dan timbalan perdana menteri. Ismail Sabri Yaakob adalah PM ketiga dari Pahang dengan sejarah menjadi PM paling pendek tempohnya.
Sebuah lagi negeri bertuah dan ikut merasai puteranya jadi PM ialah Pulau Pinang apabila, Abdullah Ahmad Badawi jadi PM ke lima dan Anwar Ibrahim sekarang ini jadi PM ke-10. Kedua-dua mereka juga pernah jadi timbalan perdana menteri.
Dimasa akan datang, kita berharap PM akan datang dari Kelantan dan Terangganu pula selepas ini. Buat masa ini belum nampak siapa anak Kelantan dan Terangganu pertama akan jadi PM. Sebelum ini ramai mengira Tengku Razaleigh Hamzah bakal jadi PM dari Kelantan memandangkan populariti, kedudukannya dalam parti serta kepakarannya dalam ekonomi. Tetapi tidak menjadi.
Begitu juga dengan Teranggnu, ada angan angan untuk melihat Wan Mokhtar Wan Ahmad berdasarkan populis dimilikinya. Tetapi beliau yang berlatar belakangkan agama, tetapi diberi kesempatan. Begitu juga denga Hadi Awang, kekutan partinya Pas, dan juga poplaritinya beliau sebagai agawaman dilihat ada potensi. Namun nampaknya Hadi senasib dengan Wan Mokhtar. Mereka bukan material perdana menteri, lebih layak jadi penceramah.
Demikian juga di Kelantan, Husam Musa yang pernah mnduduki barisan pimpinan tertinggi Pas dan penampilannya di Kelantan menampak beliau punya bakat hebat untuk diangan-angan ke situ. Husam menyerlah sebagai pemimpin dengan gaya dan kehebatan tersendiri. Namun takdir politiknya beliau terpaksa berpisah dengan Pas, menjadikan harapan dan impi itu kabur.
Hari ini baik di Kelantan dan Terangganu tidak nampak sosok yang layak untuk di arah ke situ. Rafizi Ramli anak Terangganu tetapi membesar di luar tidak sangat dilihat mewakili Terangganu.
Bagaimana pun sekiranya Terangganu ingin memilik seorang calon PM di masa depan mungkin boleh mengambil Rafizi sebagai sosok untuk jadi pemimpin masa depan negara. Bagimana pun di Kelantan selepas Husam sudah terkeluar dari musim, belum ada yang dapat disetandingkan dengan Rafizi di Terangganu. [wm.kl.11:54 am 17/07/2025]
No comments:
Post a Comment