SUSUPAN PETANG
KEMPEN pemilihan dalam Keadilan semakin panas sampai boleh merencitkan peluh jantan.Nurul Izzah dikerumuni kaum Hawa. |
Kedua pihak bertanding menggerakkan usaha untuk memasuki ke selekoh akhir hari ini. Rafizi dan Izzah bersama gerombolan masing-masing berada di negeri bawah bayu untuk menggempur Sabah yang mempunyai 25 cabang Keadilan.
Dilihat daripada hantaran di media sosial, penyokong Hiruk nampaknya lebih agresif ketimbang penyokong Damai. Sesiapa yang mengirimkan gambar kempen Damai dan apa lagi berada di lokasi kempen akan turut di belasah kaw kaw.
Biasalah, sebab lumrah orang dicabar kurang senang dan gelabah apabila dicabar. Orang yang dicabar merasakan mereka tidak bersalah dan senantiasa benar tanpa nampak kecacatan diri dan lagaknya. Bagaimana pun pemerhati atau orang tengah akan menilai atas bawah belakang hadapan disemua sisi dengan saksama.
Selepas kempen menuju ke selekoh separuh akhir bagi di Semenanjung semalam, Hiruk di Kelantan dan Terengganu, Damai di Pahang, ia sedikit telah menampakkan gambaran apa yang akan berlaku. Melihat kempen di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Pahang, sebelum ini kedudukan Rafizi agar terkedepan berbanding Izzah. Page view atau mereka yang like facebook atau live streamyx mereka dan yang berpihak kepada Rafizi lebih tinggi jumlahnya.
Perbandingan angka atau view ini juga turut dijadikan modal kempen dan propaganda menunjukkan Rafizi menguasai kempen.
Tidak menghairankan kalau Rafizi jadi lebih menarik minat kerana hujah dan fakata yang disampaikan dalam pidatonya dalam kempen Hiruk daring. Beberapa fakta dan hujah dibentang menyentuh hati umum, kerana ia bukan saja bersifat dalaman, tetapi di luar parti juga.
Kemeriah kempen calon masing-masing. |
Rafizi mengambil pendekatan menggunakan kempen bukan semata mata untuk meraih undi, tetapi memberi maklumat kepada umum sebagai bekalan hadapi pilihan raya akan datang. Itu sebab kempennya lebih diminati ramai.
Beliau yang suka berteori mengemukakan pelbagai formula sambil mengelak sejarah masa lalu yang dilakukan untuk membela diri, itu tambah menjadi minat orang ramai. Kelebihan itu berbeza daripada Izzah atau kumpulan kempen Damai. Tanggapan penyertaan Izzah sebagai anak Anwar Ibrahim dianggap nepotisme tidak dijelas dengan tuntas. Isu nepotisme dimainkan secara wenang tanpa memahami apa dia konsep atau nepotisme sebenarnya.
Apa lagi sesekali Rafizi ada mencuit nama-nama tertentu dalam ceramahnya tambah menarik minat, menjadi kesukaan orang Melayu apabila soal personal, hal hal dalam kain diungkitkan. Bagaimana pun hal sama tidak kedengaran dan berlaku di pihak Izzah yang menggunakan tema Damai. Tema itu seperti mengikat kebebasan untuk kumpulan Damai bertindak balas.
Bagaimana pun jumlah besar yang menyokong Rafizi tidak memberikan gambaran sebenar apakah kesudahan nanti. Yang mengikut kempennya adalah rakyat bukan terbatas kepada ahli parti. Orang ramai tidak terlibat dengan pengundian. Yang berhak membuat pilihan adalah ahli menerusi talian dan fizikal di Johor Baharu nanti. Semuanya berjumlah 30,000.
Justeru realti itu tidak menjamin Rafizi dan kumpulannya akan mendapat undi banyak. Ini berbeza mereka yang hadir di program Damai boleh dikatakan lebih 90 peratus ahli parti yang berhak untuk mengundi. Mereka ini dipercayai akan cenderong untuk memilih Izzah berbanding Rafizi. Faktor anak Perdana Menteri juga sedikit sebanyak memberi simpati buat Izzah selain faktor feminine.
Sekiranya orang luar dapat mengundi, ternyata Rafizi dalam keadaan selesa setakat ini, dan Izzah sedikit ke belakang, boleh dianggarkan 55 - 45. Rafizi juga lebih popular kalangan lelaki berbanding Izzah, dari kalangan wanita. Ke mana beliau pergi beliau akan dikerumuni kaum wanita bagaikan bintang filem untuk bergambar dan selfie.
Di sini saya tidak mahu bermain teka teki dan berspekulasi pihak mana yang menang. Apa yang hendak diutarakan sedikit rasa bimbang dan peringatan kepada ahli parti itu. Dalam berlawan sesama sendiri ahli Keadilan jangan termakan dengan umpan pihak musuh yang akan menangguk di air keruh dengan pemilihan ini. Provokasi yang keterlaluan, dibimbangi bukan dari agen kempen, tetapi pihak musuh yang menyelinap masuk. Jika ini berlaku parti yang menanggung kerugian.
Berdasarkan pengalaman lalu diharap pemilihan ini nanti, pertandingan antara Izzah dengan Rafizi juga tidak sampai akan merosakan parti. Kita percaya dengan pengalaman dan sejarah lalu ahli cukup faham dan insaf, natijah gara-gara tidak dapat menerima keputusan pemilihan kepada parti.
Pastinya semua itu akan dijadikan teladan dan sempadan demi keuntuhan parti. Dan sekiranya ahli benar-benar mengharapkan presidennya Anwar untuk meneruskan jadi PM sepenggal lagi, tidak ada ruang dan sebab untuk mereka menggagalkannya. Pertandingan ini patut jadikan pemangking untuk memastikan cita cita dan aspirasi itu, bukannya membuka pintu kepada musuh mengagalkannya. Tempur musuh sebenar, hiruk pikukkan musuh. [wm.kl. 5:44 pm 17/05/2025]