tag:blogger.com,1999:blog-6581756336597371243.post5682389461218411650..comments2024-03-24T06:21:22.441+08:00Comments on .: Sebelum Jam 3:00 Petangmohd sayuti omarhttp://www.blogger.com/profile/07315672977294393791noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-6581756336597371243.post-89955397094493316252011-07-15T04:59:20.592+08:002011-07-15T04:59:20.592+08:00Sebagai anak peneroka Felda, saya terpanggil untuk...Sebagai anak peneroka Felda, saya terpanggil untuk memberi komen. Memang Felda kini sudah menjadi konglomerat besar. Tetapi di atas keringat siapakah kejayaan itu kalau tidak jasa dan pengorbanan para peneroka Felda yang berjumlah lebih 140,000 orang di 320 buah tanah rancangan Felda di seluruh negara. Kini warga Felda sudah menjangkau jumlah lebih 2 juta orang tetapi kebajikan dan taraf hidup mereka sudah tidak dipedulikan oleh Felda dan kerajaan UBN. Dengan majoriti pengundi 25 kerusi Parlimen, saya percaya UBN sudah pasti tidak mendapat sokongan warga Felda. Berbagai permasalahan yang dihadapi oleh peneroka dan generasi Felda, tetapi Felda (baca: Najib) membelanjakan berbilion ringgit duit Felda yang tidak menguntungkan warga Felda khasnya dan rakyat negara ini amnya. Ingatlah pesanan Tun Razak, wahai anaknya Najib. Jika lupa, mungkin anda terlucut jawatan dan bercakap sorang diri seperti Khir Toyo. Pada waktu itu anda tahulah bahawa langit itu tinggi!drilyashttps://www.blogger.com/profile/17359030341699497943noreply@blogger.com