tag:blogger.com,1999:blog-6581756336597371243.post5982846680483930949..comments2024-03-24T06:21:22.441+08:00Comments on .: Kupasan Sebelum Tidurmohd sayuti omarhttp://www.blogger.com/profile/07315672977294393791noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-6581756336597371243.post-10080990874690199262010-01-28T00:30:33.128+08:002010-01-28T00:30:33.128+08:00Assalamu alaikum Tuan. Salah satu tanda akhir zama...Assalamu alaikum Tuan. Salah satu tanda akhir zaman, masjid akan banyak dibina tetapi umatnya tidak mengisi masjid sebagaimana Rasulullah S.A,W dan para sahabat mengisinya. Masjid-masjid tersergam indah dengan binaan yang bersenikan ukiran yang mengkagumkan dan dihiasi pula dengan bahan binaan yang hebat dan menarik. Tak kurang pula masjid yang dilengkapi ddengan alat penghawa dingin dan pelbagai kemudahan elektronik yang terkini. Semua ini membuatkan masjid memang kelihatan gah dan hebat tapi sejauh mana gah dan hebatnya masjid ini benar-benar memperlihatkan gah dan hebatnya umat Islam di karyah masjid tersebut.

Sebenarnya, kita hanya mampu melihat zahir masjid ini sahaja yang gah dan hebat tetapi semakin hebat sesuatu masjid semakin sukar pula untuk kita beramal di dalamnya. Pelbagai ciri keselamatan dipasang lengkap dengan pasukan pengawal keselamatannya seolah-olah masjid bukan lagi tempat yang selamat dan menyelamatkan. Pelbagai kejadian yang menjolok mata dan tidak beradab dan menghina masjid banyak berlaku. Kehilangan kasut dan selipar di masjid juga tabung dan wang masjid yang dalam rantai dan peti besi jangan dikira lagi. Ia sudah menjadi lumrah dan tidak memeranjatkan bagi satu-satu karyah itu. Malah, khaluat dan perzinaan juga pernah berlaku di dalam masjid. Ini semua jelas menggambarkan kegagalan kita meletakkan masjid di tempat yang sewajarnya.

Masjid kini kilihatan tempat kita orang Islam (melayu) bertarung kekuatan kuasa. Pertarungan merabut kuasa di masjid kadang-kadang seumpama pertarungan dalam pemilihan parti politik. Lobimelobi, fitnah memfitnah, buruk memburuk dan apa sahaja tektik diguna untuk mendapat kuasa di masjid sehinggakan tak sedikit masjid yang dikuasai oleh orang-orang yang tidak hadir untuk memnimarah masjid seperti solat berjemaah.

Ekoran dari semua ini, apa yang berlaku hari ini dan beberapa peristiwa sebelumnya memang mengajar kita tentang betapa mahal sebuah masjid yang didirikan atas dasar taqwa. Ia mungkin didikan terus dari Allah agar kita mula balajar erti masjid dan meletakkan masjid ditempatnya kembali. Kalau Rasulullah dan para sahabatnya mampu memuliakan masjid yang dibina hanya dengan pelepah tamar maka sunah itu juga yang kita harus ambil untuk kita membangunkan semula dan mengimarahkan masjid. Kehebatan fisikal masjid yang sama ada dibina dari besi atau kaca dengan peruntukan yang jutaan ringgit mungkin adalah nilai kehinaan di sisi Allah kerana kegagalan kita memartabatkan masjid itu sendiri. Oleh yang demikian, letakkan masjid sebagai sebahagian dari diri kita kerana salah satu golongan yang akan mendapat perlindungan arasy di amahsyar kelak adalah mereka yang hatinya sentiasa berada pada masjidNor Azman bin Sukermanhttps://www.blogger.com/profile/11144595223698249738noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6581756336597371243.post-12357390122644331022010-01-27T21:24:15.413+08:002010-01-27T21:24:15.413+08:00Langkah tegas perlu diambil.Saya bimbang yang mela...Langkah tegas perlu diambil.Saya bimbang yang melakukannya itu adalah pihak yang sengaja ingin melaga-lagakan kaum.Mereka sengaja sabotaj dengan perbuatan itu untuk mencetuskan kekeruhan antara kaum.Pihak berwajib perlu segera bertindak dan menangkap dan menghukum mereka yang berkenaan dengan hukuman yang berat kerana perbuatan itu boleh memudaratkan negara.Perbuatan itu amat jijik.Kesanya boleh membawa rusuhan antara kaum.Kesannya boleh merosakkan keharmonian yang terjaga puluhan tahun yang lalu.Jika tidak bertindak tegas, selepas ini akan ada lagi tindakan baling batu sembunyi tangan seperti demikian.Sekejap gereja terbakar, sekejap surau terbakar, sekejap kepala babi pulak...manusia berhati syaitan akan mengambil peluang untuk melaga-lagakan kaum di Malaysia dalam keadaan ini untuk menimbulkan syak dan curiga antara kaum..Pihak berwajib perlu ajar mereka yang sedemikian perangai cukup-cukup.Jangan berlembut...jangan lagi bercakap berlapik-lapik lagi.Tidak kira siapa pun mereka, kalau bersikap untuk mencetuskan huru hara perlu diajar.Biar mereka reti dan faham.

Saya cukup geram dan sakit hati dengan perbuatan yang boleh membawa kemusnahan yang berpanjangan akibat sikap mereka yang tidak berhati perut dan cuba bermain api perkauman ini.Kepala babi, kepala lembut dan seumpamanya itu adalah memberi kesan yang teruk kepada pihak tertentu.Boleh menimbulkan rasa syak dan was-was antara kaum.Mencegah lebih baik dari cuba mengubatinya.ANAFAKIRhttps://www.blogger.com/profile/04813934746241964364noreply@blogger.com