tag:blogger.com,1999:blog-6581756336597371243.post6661259858284246384..comments2024-03-24T06:21:22.441+08:00Comments on .: Tinjauan Khasmohd sayuti omarhttp://www.blogger.com/profile/07315672977294393791noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-6581756336597371243.post-71668510508648161582012-04-17T14:10:04.933+08:002012-04-17T14:10:04.933+08:00Salam,
Ceramah mlm semlm mmg kelihatan hambar tan...Salam,

Ceramah mlm semlm mmg kelihatan hambar tanpa secebispun bendera bulan. Sebagai anak jati Dungun, saya terpanggil utk memberi sedikit komen. Rata2 yg hadir mlm semlm adalah ahli PAS. Pada mulanya saya mendengar ceramah itu di tempat peniaga2 menjual makanan yg berjarak lebih kurang 30meter dr pentas ceramah. Alangkah hampanya dgn kemudahan speaker yg di gunakan..."org ganu panggil bunyi mcm kentut dlm kain". Kenapa ini harus berlaku? Sepatutnye speaker yang di gunakan berkualiti tinggi dan mampu menghasilkan bunyi pd jarak yg lebih baik seperti mane ceramah Ustak Nasaruddin Daud(speaker DUN Kelantan)malam tadi bertempat di surau Tuan Guru Hj. Zainal Abidin yg berjarak 2km dari rumah saya, namun sayup2 masih kedengaran suara penceramah.

Skrg mmg agak ketara nampaknya perselisihan PAS/PKR terengganu. Adakah PKR negeri menghalang bendera PAS di naikkan jika majlis itu anjuran mereka? Jika itulah sebabnya amat kebudak2lah sikap pimpinan PKR negeri. Dalam hal pembahagian kerusi, PKR harus beralah demi kekuatan PR. Kerusi yg di tawarkan oleh PAS sudah memadai dgn minoriti ahli yg mereka miliki. DS Anwar dan Cikgu Pa pun satu hal, kenapa sebelum ceramah tak minta bendera PAS di naikkan sama. Persetankan gelagat pemimpin bawahan yg merugikan parti demi menunjukkan keegoan masing2.

Keseluruhannya ceramah mlm td boleh di katakan berjaya. Cuma pada pengiraan saya kehadiran mlm td hanya sekitar 3000-3500 org sahaja berdasarkan pungutan derma sekitar RM9000.
P/s: Tuan MSO nampaknya kena hebohkan aktiviti harian tuan agar senang penjenguk Blog tuan dpt bertegur sapa dan bersua muka ketika tuan hadir ke majlis di negeri penjenguk blog tuan. :)Hishamuddinhttps://www.blogger.com/profile/08588881318221521952noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6581756336597371243.post-39758500131767632252012-04-17T13:59:06.921+08:002012-04-17T13:59:06.921+08:00Salam pak mso..
Saya antara yang berada dicelah2 ...Salam pak mso..

Saya antara yang berada dicelah2 orang ramai pada malam tersebut. Ingat nak bersalam juga dengan pak mso tetapi suasana tak menginzinkan.

Betul, maklumat dari pas kawasan Dungun memang tidak membenarkan pas terlibat dengan PKR. Ini disahkan oleh ahli2 pas kawasan. Sebenarnya dalam hubungan ini kena ada tolak ansur. Pas kawasan telah buat post-mortem untuk PRU 08 dan didapati bilangan undi untuk calon PKR merosot berbanding dun. Tambah lagi dengan ketidak-upayaan jentera2 PKR yang bergantung sepenuhnya dengan PAS.

Wakil2 muslimat seolah-olah sudah serik dengan wakil dari PKR yang langsung tidak berkeupayaan dalam berkempen. Mereka tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' dan jika sekirannya PKR masih lagi mengidam kerusi di Dungun ini alamatnya PKR akan terkial-kial.

Kenyataan dari PKR yang mahukan kerusi yang lebih adalah kenyataan yang tidak cermat pada saya. Kenyataan telah keluar melalui akhbar untuk tatapan umum ini memaksa PAS terpaksa mengeluarkan kenyataannya. Ini bagi menjaga akar-umbi Pas. Jadi diharap PKR dapat 'mengukur langit ini tinggi atau rendah' untuk negeri Terengganu.

Mengenai kehadiran pada malam tersebut, jumlah yang ramai adalah kerana kedatangan DS Anwar Ibrahim yang masih lagi relevan. Jika DSAI bukan penceramah utama, saya percaya nak kumpul 200 orang cukup sukar. Saya akui faktor Anwar lah yang memberikan kehadiran yang ramai.

Jadi untuk negeri Terengganu ini, saya sokong kenyataan Pak MSO pastikan dulu kemenangan baru nak bergasak. Untuk makluman saya bukan pengundi di kawasan Dungun tetapi salah seorang yang pernah mengikuti era reformasi semasa di Universiti. Semoga cahaya perubahan akan bersianr selepas PRU 13 TAKBIR!!johnhttps://www.blogger.com/profile/06275818318999476254noreply@blogger.com