tag:blogger.com,1999:blog-6581756336597371243.post66721216688040229..comments2024-03-24T06:21:22.441+08:00Comments on .: Ulasan Isumohd sayuti omarhttp://www.blogger.com/profile/07315672977294393791noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-6581756336597371243.post-79574633324444741242011-10-12T21:47:55.812+08:002011-10-12T21:47:55.812+08:00Saya rasa apa yang diperkatakan oleh mso perlu dit...Saya rasa apa yang diperkatakan oleh mso perlu diteliti dan difahami oleh pimpinan PAS. Apa yang diperkatakan oleh ketua DHPP, apa yang telah ditunjukkan oleh DAP dan kenyataan majlis perundingan agama tentang penentangan mereka terhadap hukum hudud hari ini sepatutnya dapat difahami oleh semua pemimpin Islam bahawa kita tidak boleh meletakkan harapan terhadap orang bukan untuk mendokong perjuangan Islam. al Quran dengan jelas telah melihat pertembungan sebenar berlaku sepanjang masa adalah antara Islam dan bukan Islam. Seterusnya kewujudan DHPP dalam PAS sebenar pada saya telah mewujudkan satu lagi ruangan/platform untuk bukan Islam memperjuangkan agenda mereka di samping platform yang telah sedia ada melalui DAP, MIC ,MCA, PKR dan lain. Mereka bersatu dalam memberi tekanan kepada parti/kumpulan orang Islam bagi mendapat apa yang mereka ingini. Fenomena ini amat jelas kelihatan dalam politik malaysia hari ini. Kalau kita benar-benar ingin melihat Islam lebih kukuh di Malaysia, maka kita mesti mencari jalan supaya orang Islam bersatu menguatkan suara/kuasa untuk melaksana Islam, bukan mengharapkan bukan Islam menyokong dan memperjuangkan Islam.wanmathttps://www.blogger.com/profile/10927972018420895897noreply@blogger.com