Siapa Sebenarnya Bermian Politik di Sebalik Merdeka de' Everest?
Lokasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Jam: Sekitar 9.30 – 11 pagi.
Tarikh: 7 Jun 2007. MSO
TIDAK semena-mena Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin menjadi iseng dan emosi ketika berucap pada majlis sambutan meraikan kepulangan wira-wira Everest negara pagi ini (7 Jun 2007). Hujan tidak ribut pun tidak, tiba-tiba Zainuddin jadi naik minyak macam kuda jantan tak bertemu bertina bertahun-tahun.
Dengan muka cengeh dan huduh beliau menuduh ada pihak-pihak tertentu yang cuba mempolitikkan kejayaan enam pendaki Everest. Tanpa berani menyebut siapakah pihak tertentu itu, beliau terus memainkan lidah dalam mulut, seakan takut kepada bayangan sendiri dan merasa bersalah atas beberapa kesilapan yang beliau lakukan dalam melayani rombongan eksepedisi berkenaan.
Tidak cukup menghembur tidak tentu pasal semasa berucap beliau mengulangi pula semasa memberi kenyataan akhbar kepada wartawan. Katanya golongan berkenaan sudah terdesak sehinggakan sanggup memperalatkan sukan untuk kepentingan politik?
Katanya puak itu sanggup datang ke airport pagi-pagi lagi untuk mengambil kesempatan atas kepulangan para pendaki itu. Beliau menyifatkan puak ini sudah terdesak.
Zainuddin sedarkah apa yang beliau ucapkan itu atau pun dia sudah terkena sampuk dek batuk clombus yang seperti mana dihidapi Khalid Yunus. Siapakah puak-puak yang beliau maksudkan itu? Apakah kerana beliau dan Azalina datang lewat, maka beliau marah kepada orang yang datang awal. Kesilapan awal yang tidak patut dan menunjukkan bahawa Zainuddind dan Azalina tidak mengambil berat kepada kepulangan pendaki ialah apabila beliau tiba kira-kira jam 9.10 pagi, sedangkan pendaki sudah lama sampai dan melepak di airport. Rombongan sampai jam 6.45 pagi.
Jangan cari kambing hitam
Jadi kalau kita lambat, janganlah nak salahkan orang. Nak tunding orang itu salah orang ini tidak betul dan hanya kita yang maksum dan sempurna.Jangan cuba mencari kambing hitam atas kelemahan, kesalahan dan ketololan kita.
Sesiapa pun yang berada di airport pagi tadi tidak ternampak sekeping pun bendera Pas, Keadilan atau DAP. Tidak tahulah kalau mata Zainuddin nampak bendera Malayisa atau bendera Terengganu itu sebagai bendera PAS, Keadilan atau DAP. Sebab manusia bila sudah dipengaruhi nasfu dan emosi, dia tidak nampak apa, kucing pun boleh bertukar menjadi gajah. Sebab itulah orang macam Zainuddin akan lari lintang pukang tanpa tentu pasal.
Kehadiran pagi tadi tidak sampai 200, kalau termasuk saya dan dua rakan, jadilah 193 orang. Kalau dicampur dengan Datuk Rahman Bakar yang datang lewat jadilah 194 orang termasuk enam kanak-kanak. Yang hadir tidak ada sesiapa melainkan beberapa orang mahasiswa UITM yang datang untuk menyambut kepulangan rakan-rakan mereka baik sebagai pendaki atau pun team research. Selepas itu kakitangan RTM. Ada dua tiga orang budak-budak DBKL yang datang nak sambut kawan mereka yang juga berjaya sampai ke puncak.
Selebihnya ialah ibubapa, adik beradik dan sanak saudara para pendaki. Mereka datang kerana bangga dan rindu kepada anak-anak mereka masing-masing. Mereka semua tidak tahu orang luar yang dikatakan datang awal-awal lagi seperti mana dimaksudkan oleh Zainuddin Maidin itu.
Ternyata Zainuddin mendapat maklumat salah dalam soal ini. Beliau membuat tuduhan itu pakai ikut sedap saja tanpa usul periksa. Mungkin pegawai yang memberi tahu tidak kenal ibubapa pendaki dan waris pendaki dan menganggap mereka adalah orang luar yang hendak ambil ambil kesempatan (dalam soal ini pembangkang) seperti mana dimaksudkan oleh Zainuddin. Kenapa mereka tidak kenal sebab mereka tidak peduli kepada kaum keluarga pendaki. Khabarnya semasa pendaki hendak berangkat dulu tidak ada siapa yang hantar melainkan keluarga masing-masing.
Kenapa tohor sangat pemikiran pegawai-pegawai berkenaan. Kalau ya nak bodek menteri pun biarlah munasabah sedikit. Biar tersaul dek akal, kata orang biar pro sikit.
Inilah kalau orang kata RTM tidak bermutu berbanding dengan TV3 marah. Kata laporan tidak tepat dan sengaja nak burukkan RTM dan macam-macam. Padahal diri kita yang tidak bermutu, tidak kreatif. Kalau kita tidak pandai menari jangan marahkan bumi yang tidak sama rata.
Menjadi kecuh.
Macam mana boleh jadi menteri kalau buat keputusan ikut perasaan, tanpa kaji selidik. Mungkin sebab itulah, keputusan dan tindakan menjadikan Klasik FM sebagai rangkaian nasional oleh Zainuddin Maidin menjadi kecoh. Gara-gara tindakan yang tidak profesional itu, yang disifatkan sebagai mundur ke belakang hampir 90% kakitangan RTM benci dan bosankan Zainuddin Maidin.
Tidak cukup dengan menunjukkan lagak konon akulah yang perfect, Zainuddin juga turut membeli kerja orang pada majlis itu. Tidak semena-mena pula beliau menjadi pembela kepada Menteri Belia dan Sukan, Azalina Said, dengan menafikan Azalina ke Nepal bukan untuk berbelanja membeli batu, tetapi kerana semata-mata nak meraikan pendaki. Ewah...ewah....
Kenapa timbulkan soal Azalina membeli batu di Nepal itu? Ia tidak ada kena mengena dalam konteks ini dengan Zainuddin bin Maidin. Tidakkah apabila ditimbulkan perkara itu menyebabkan ia mula menjadi isu. Nanti lenguh kan Azalina nak menjawabnya. Baik orang tidak tahu, menjadi tahu. Bahaya kalau cuba menebuk guni yang penuh beras dengan paku....
Zainuddin melemparkan tuduhan kononnya pembangkang telah mengedar risalah dan menulis di dalam akhbar nyamuk mengenai Azalina itu. Kenapa tidak berterus terang sahaja? Kenapa penakut dan pengecut. Sebut saja siapa yang menuduh Azalina berbelanja membeli batu di Nepal itu.
Saya ingatkan dalam hal ini Zainuddin jangan cuba menunding jari kepada mana-mana pihak. Apa yang ditulis dalam SIASAH saya bertanggungjawab sepenuhnya.
Kita faham kenapa Zainuddin beriya membela Azalina. Pertama kerana Azalina menteri, kedua kerana dia wanita, dan ketiga kerana Azalina masih belum ada yang punya. Kalaupun Zainuddin ada hati, tetapi bukan begitu caranya nak menawan hati Azalina! Banyak lagi cari lain, misalnya pergi sendeng motosikal berkuasa besar macam Zaid Hamidi pakai tu...
Sebenarnya akhbar nyamuk yang Zainuddin sebutkan itu ialah SIASAH. Saya ada tulis satu rencana bertajuk “Sukaduka di sebalik Merdeka de’ Everest 2007” di dalam rencana itu saya menceritakan kisah-kisah di sebalik tabir yang tidak diketahui oleh orang Malaysia. Kebetulan saya pergi dan saya tahu dan menyaksi sendiri maka saya tulislah untuk dijadikan iktibar dan diberi perhatian. Ikhlas niat saya biarkan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi juga tahu.
Semua gambar di sana saya rakam termasuklah tahi orang Nepal pun ada saya ambil untuk disaksikan oleh orang seperti Zainuddin Maidin itu. Kalau ada permohonan bertulis akan saya kirimkan gambar tahi sherpa Nepal itu kepada Zainuddin, mungkin boleh dibuat penawar agar tidak jadi terlalu panas baran.
Kenapa Zainuddin nak marah apa yang disebutkan didalam SIASAH itu? Dan anihnya kenapa beliau yang beriya menjadi galang ganti untuk menjawab bagi pihak Azalina. Azalina semasa berucap sedikit pun tidak menyentuh mengenai hal-hal membeli batu Nepal itu. Ketika Azalina berucap saya berada di bawah dagunya. Azalina lebih cool daripada Mamak Bedong itu.
Cuma semasa melihat ketika saya menghampiri pentas untuk merakam gambar lebih hampir dan cantik tentunya, Azalina hanya berkata kepada saya (masih tersenyum tapi dah nampak nak marah); “tak baik you tulis perkara tidak betul mengenai saya, berdosa.” Lepas itu mulut dia mukmamumit sambil mengatakan sesuatu kepada Mamak Bedong.
Apakah sempat didengar Azalina atau tidak semasa saya melangkah turun dari pentas, saya sempat melontarkan kata-kata kepada Azalina: “kalau you tidak beli, you bersumpahlah, dan tambah saya, : “nasib baik dalam tulisan itu saya tidak sebut berapa jumlah dan harga batu yang you beli itu.”
Sepatutnya Azalina menjawab dan membuat penjelasan. Tetapi ini tidak, Zainuddin yang melebih-lebih pula. Apakah halnya maka beliau bertindak lebih sudu dari kuah.
Saya tidak mahu memburukkan keadaan sesuai dengan rayuan Khalid Yunus agar ianya tidak diperpanjangkan. Kalau Azalina tidak membeli batu permata, sudah! Tetapi beliau kena jelas dan bersumpah. Soalnya saya tahu kedai mana, di jalan mana dan batu apa yang Azalina beli. Tuan kedai batu permata itu sudah bercerita dengan saya satu persatu. Azalina beli untuk siapa dan batu apa dan untuk dia batu apa? Sapa-sapa nak nombor telefon kedai batu permata itu saya sedia berikan.
Saya tidak nak dedahkan di dalam blog ini, nanti Azalina marah. Saya takut kalau Azalina marah, tetapi tidak gentar kalau Zainuddin Maidin marah. Azalina marah akan jadi bertambah manis wajahnya ini menyebabkan saya jatuh hati! (Gurau) Kalau Zainuddin marah tak mengapa sebab mukanya akan jadi macam muka kerbau balau. Tetapi kalau Azalina bersedia nak mendengarnya saya akan cerita apa yang saya tahu. Gambar kedai tempat Azalina membeli batu-batu itu pun ada saya ambil.
Zainuddin Maidin tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di Nepal. Kalau pun dia tahu mengenai Nepal hanya ada dua perkara saja, gunung Everest setinggi 8,848 meter dan bintang filem bolywood, Manisha Koirala. Itu saja.
Bohong mulut itu bohonglah saya.
Untuk pengetahuan Zainuddin banyak kisah dan cerita sukaduka di Nepal berkaitan eksepedisi itu yang tidak sampai ke Malaysia. Saya tidak akan tahu kisah-kisah itu kalau tidak ada orang yang bercerita dan ada mulut yang berani bercakap kepada saya. Bohong mulut itu maka bohonglah mulut saya!
Bukan itu, saya juga ada mata dan saya saksikan sendiri. Saya ada perasaan saya menilai sendiri. Air mata Zainuddin Maidin dan Azalina tidak menitis di Himalaya, tetapi airmata saya menitis dan bersatu dengan salji di Himalaya. Zainuddin Maidin melihat pendaki dari skren tv sambil makan kacang di sofa imported dari Italy , tetapi saya melihat dengan mata lendir saya sendiri bagaimana rupa dan azabnya ketika mereka turun dari kemuncak menuju ke Nukla.
Begitu juga Azalina tidak tahu banyak apa yang berlaku di Nepal kerana beliau berada di Nepal beberapa hari saja. Beliau tidak tahu banyak apa yang berlaku di Base Camp kerena beliau berada hanya 13 minit 10 saat saja.
Jadi kalau kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya, jangan kita nak salahkan orang. Jangan kita nak marah tidak tentu pasal. Jangan nak dengki dan cemburu kepada orang itu dan orang ini yang lebih rela berkorban untuk agama dan bangsa. Kalau kita tidak mampu, kita bakhil kita sombong jangan marahkan orang. Duduk diamlah di rumah dengan anak bini dan kaum keluarga.
Kenapa Zainuddin tidak hantar timbalannya Zaid Hamidi ke Nepal untuk merai pendaki? Anih, kenapa beliau hantar Azalina sebagai mewakilinya! Pelek. Dalam ucapannya ketika menafikan Azalina pergi ke Nepal untuk membeli belah, Zainuddin kata dia hantar Azalina sebagai wakilnya. Bila Azalina menjadi pembantunya pulak? Bukankah timbalannya Zahid Hamidi.
Itulah sebabnya barangkali Zahid melilau bermotorsikal sampai ke Indonesia, sebab Zainuddin tidak beri kerja kepadanya. Inilah parahnya kalau menteri sudah mabuk kuasa dan gilakan kerja, timbalan jadi hilang punca. kerja bertimbun tidak selesai dan asyik nak buruk dan marahkan orang lain...
Bersambung....
Salam MSO,
ReplyDeleteBravo atas pendedahan ini.Cukup sungguh bukti yang depa ni keluaq negara nk melancong jer..
Mmg keparat betullah puak2 BN ni..
Pak Lah duk lena jer kenapa ni??Buatlah tindakan
mamak bedong tu bukan tau apa...
ReplyDeletemangkok hayun jaa....
azalina tu pon sama jugak...
nie aku nak habaq kat azalina dan mamak bedong tuu...
kalau hangpa betoi2 nak rai kan athelit dan ahli2 sukan kita...'
nuu yg hangpa dok biaq sorang ahli sukan kat sg pasir sg petani di pulau oleh puak2 umno tu apasal...beliau tu dulu wakil negara dalam lumba basikal..aku rasa mangkok dua ekoq nie kalau reti nak cakap pasai penghargaan nah p cari sahabat kita tuu...dah la skrg nie lumpoh..pastu nak mintak bantuan hangpa pulau aja dia awat dah lupa kaa jasa2 di mengharumkan nama negara suatu masa dulu....
p balaci2 umno kawasan sg pasir tu tentu depa tau sapa sahabat tersebut....
org macam nie yg patut hang pa jaga...