Wednesday, August 15, 2007

Berita Semasa

Melayu Harus Berani - Mahathir.

MSO

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghabiskan masanya selama 3 jam untuk bertemu dan berdialog bersama bloger dan penulis bebas tanah air dalam satu majlis yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pagi ini (15 Ogos 2007).

Majlis berkenaan diadakan sempena kunjungan jawatankuasa Adhoc Prihatin Malaysia (Prima) sebuah NGO yang akan bertindak memantau dan membela hak-hak dan kepentingan orang Melayu terutamanya dalam soal bahasa Melayu, kesusteraan Melayu, agama Islam dan politik bangsa Melayu.

Prima yang digerakan secara Adhoc oleh beberapa orang penulis dan sasterawan; Abdul Muluk Daud, (Dharmala NS), Yahaya Ismail, penulis dan aktivis politik Kamal Amir Kaml Hijar, Penguam, Md Radzi Mustafa, ahli politik Abdul Rahman Othman dan penulis Abu Bakar Ninggal, Prima akan muncul menjadi sebuah NGO berwibawa.

Prima mula aktif sejak beberapa bulan lalu atas keinsafan dan kesedaran beberapa hak dan kepentingan Melayu dicabar atau terabai oleh pemerintah negara yang perlu diberikan perhatian serius.

Sebelum ini jawatankuasa ini telah mengadakan kunjungan ke atas beberapa tokoh pelbagai disiplin ilmu termasuk bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah dan bertukar fikiran dengan tokoh politik berjiwa rakyat berkenaan.

Draf sajak

Di majlis itu juga wakil Prima, Yahya Ismail dan Dharmala NS mewakili jawatankuasa Adhoc telah menyerahkan draf antologi sajak berjudul “Melayu Mudah Lupa” kepada Dr Mahathir. Tajuk antologi itu diambil daripada tajuk sajak Mahathir, “Melayu Mudah Lupa”.

Antologi yang diselenggarkan oleh Yahaya, Dharmala dan Kamal Amir itu mengandungi lebih 100 buah puisi yang meluahkan seribu gelodak rasa dan mengenai kemerdekaan tanahair dan ditulis oleh penyair, saterawan dan penulis dari pelusuk negara.

Antologi itu akan dilancarkan sempena hari kemerdekaan dan semua puisi dalam antologi itu dideklamasikan pada satu majlis khusus yang dirancangkan kemudian.

Dalam majlis berlangsung selama tiga jam itu dan dihadiri kira-kira hampir 200 penulis, tokoh politik, aktivis sosial dan wakil Prowaris itu, Dr Mahathir mendedahkan mengenai rasa kurang senangnnya terhadap beberapa aspek dalam sosial dan pentadbiran negara ketika ini.

Antara aspek yang beliau sebutkan ialah mengenai jenayah yang padamasa ini semakin menjadi-jadi dan meningkat dengan ketara.

Meurutnya, kadar jenayah di negara ini hari ini sungguh membimbangkan sekali. Sehubungan itu beliau menimbul persoalan kenapa mahkamah pula dengan mudah membebaskan pelaku jenayah hanya dengan alasan tidak cukup bukti.

“Keadaan ini menyebabkan ia menjadi pendorong kepada mereka yang ingin melakukan jenayah, kerana beranggapan mahkamah boleh melepaskan mereka jika buktinya tidak mencukupinya.” tegasnya.

Sistem pentadbiran

Sekali lagi pada majlis itu Dr Mahathir masih meletakkan sebahagian daripada kelemahan sistem pentadbiran negara dan masalah yang timbul kini ditangan orang yang berkuasa pada masa ini, Abdullah Ahmad Badawi dan membayangkan beliau telah silap dalam membuat pilihan ke atas penggantinya itu.

"Iya saya mengakui saya yang buat silap dalam hal ini (memilih pengganti), jadi salahkanlah saya, dan kesilapan ini bukan sahaja melantik Pak Lah tetapi Musa, Anwar juga sebelum ini," jelasnya seakan apologitik.

Tanpa menyebut secara berterus terang, beliau menyeru supaya rakyat lebih berani membuat tindakan menurunkan mana-mana pemimpin yang tidak mampu atau pun mengambil berat kepada masalah negara. “Eloklah pemimpin yang menyusahkan negara dan rakyat ditarik turun!,” ujarnya.

Dalam pada itu Mahathir menjelaskan setengah daripada masalah yang menimpa hari ini ialah kerana sikap orang Melayu sendiri yang tidak berani.

“Kenapa orang Melayu dijajah selama lebih 400 tahun, kerana mereka tidak berani melawan raja-raja Melayu yang bersedia pula menuruti kehendak penjajah waktu itu,” katanya.“Samalah hari ini, bila orang Melayu tidak berani melawan Perdana Menteri, (yang dianggap raja) kerana kepentingan tertentu, maka rosaklah negara ini,” jelasnya.

Beliau lantas menyeru orang Melayu khususnya jenerasi muda agar berani bersuara dan membantah apa-apa yang dilihat salah dan boleh memudaratkan negara.

Para penulis blog yang dilihat sebagai berani katanya boleh memainkan peranan ini untuk menegur ataupun mendedahkan kepada umum apa-apa kepincangan yang diselindungkan oleh akhbar arus perdana.

Beliau juga turut menyindir, di sebalik keberanian bloger itu ada juga yang penakut dan hanya menulis diblog orang lain (membuat komenter) untuk menggambarkan penulisan blog tidak berasas dan suka memfitnah pemimpin Kerajaan.

Turut sama hadir pada majlis tersebut, Tun Siti Hasmah Mat Ali, bekas CEO Peroton Tengku Mahallel, Ketua Pemuda Pas, Sallahuddin Ayub, Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar, bekas ahli Parlimen Parit Sulung, Rohani Ahmad, bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Ibrahim Ali. Orang baju merah berpetak-petak bagaimana pun tidak kelihatan! [wm.15/8/07]

No comments:

Post a Comment