Thursday, November 8, 2007

Komenter Penjenguk

MINGGU lepas saya menerima satu komenter menarik daripada sdr ZUHAIRY MUZZAFAR dari Serdang yang memberi reaksi kepada catatan sdr ADI ERWAN yang diposkan dalam blog ini dua minggu lalu. Di sini disiarkan tulisan sdr Zihairy tersebut. Mudahan ianya memberi manfaat kepada kita semua dalam usaha kita menegakkan kebenaran dan keadilan di atas muka bumi ini. - MSO.

Reaksi Terhadap Tulisan Adi Erwan
Jangan Bangga Diri Kerana Miliki Sedikit Ilmu Agama

Assalamualaikum,

Saudara MSO pertamanya saya mengucapkan tahniah kepada MSO dan terima kasih atas tulisan saudara dan rakan dalam blog saudara mudah-mudahan kita diberi ilmu pengetahuan yang berguna bagi kita nilai setiap pekara yang berlaku dan memberi panduan kepada kita membuat keputusan yang tepat.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al’Ankabuut: Ayat 2;
“Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengucapkan kami berilman sedangkan mereka belum lagi diuji.” – Surah Muhammad ayat 31.

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik-buruknya) keadaanmu.”

Rasulullah s.a.w. menjelaskan dalam hadisnya yang diriwayat oleh Bukhari, Ahmad dan At-Tarmizi

“ Orang yang paling banyak mengalami ujian (bala’) ialah para Anbiya’, kemudian yang lebih mulia (wali), kemudian yang lebih mulia (ulama), seseorang diuji mengikut kadar agamanya. Jika dia kuat berpegang dengan agamanya maka ujiannya adalah hebat (kuat). Jika agamanya lembut maka ujian adalah mengikut kadar agamanya itu. Ujian akan terus menimpa seseorang sehinggalah dia membiarkannya berjalan bebas di atas muka bumi.”

Ujian dan godaan

Respon kepada tulisan Saudara Adi Erwan Kota Damansara juga sama dengan saya anak kelahiran Kelantan yang menetap di luar. Pada perenggan terakhir, beliau mengingatkan kita dan pimpinan supaya “jangan alpa dengan ujian dan godaan kerana setiap manusia akan diuji pada kedudukan yang mereka berada sekarang” Serta “ kalau Ulama Umno boleh tewas dengan ujian-ujian ini apakah Ulama PAS kebal?

Ia mengingatkan kita semua supaya berhati-hati didalam perjalanan hidup dan pertingkatkan lagi amalan-amalan khusus kerana sebagai insan lebih-lebih lagi jika kita telah diamanahkan sebagai pemimpin kepada parti yang sedang memerintah seperti negeri Kelantan terdedah dengan banyak ujian serta cabaran.

Pas adalah satu-satu parti politik Islam yang terdapat di negara ini dan ditubuhkan dengan menggunakan perkataan Islam pada nama pertubuhannya, ia menandakan pendekatan yang digunakan pakai Pas jelas dan terang halatujunya.

Oleh sebab itu jika berlaku kepincangan didalam pelaksanaannya secara umumnya Islam juga boleh dikaitkan oleh golongan yang memusuhi Islam. Sebagai pendokong jemaah Islam kita mempunyai tanggungjawab berganda menjaga kemuliaannya berbanding dengan kumpulan parti berfahaman sekular.

Surah Al-Ahzab: ayat 21
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rusulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut (nama) Allah”.

Manakala para sahabat Rasulullah s.a.w pula menjadi iman-iman yang soleh dan penunjuk jalan yang betul seperti mana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.

“Para sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu menteladani mereka maka kamu mendapat hidayah. ”

Menghadapi ujian

Sebagai manusia kita tidak terlepas dari ujian dan godaan yang akhirnya akan dinilai oleh masyarakat. Sesungguhnya ujian itu berbagai bentuk bukan sahaja susah sebagai ujian tetapi senang juga adalah ujian. Manusia biasanya berjaya menghadapi ujian susah tetapi gagal bila berdepan dengan ujian-ujian yang enak seperti kekayaan dan kekuasaan begitu juga didalam arena politik.

Kita juga tidak akan terlepas dengan godaan tersebut. Pas juga bukan sedikit mencatatkan tompok hitam didalam sejarah pejuangannya sebagai medan dakwah politik tidak kurang juga, pemimpin mereka yang rebah dan tersungkur di dalam meredah diri sebagai pejuang termasuk juga pimpinan tertinggi Pas ketika itu (Ustaz Nakhaie Ahmad, dll) yang terpaksa membuat keputusan, bila berada di persimpangan.

Laluan apakah yang patut dilalui samada rantau berduri lagi ataupun hamparan permaidani, peluang hanya sekali terlepas ini belum tentu datang kembali.

Al-Anfal; ayat 27:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahuai.”

Antara tanggung jawab besar seorang pemimpin itu yang kadang-kadang sengaja dilupai mendidik anggota jemaahnya sebagai pelapis dan bersedia memberi peluang kepadanya apabila sampai masa yang sesuai. Sepanjang pemerhatian saya yang berada di dalam jemaah ini tidak ramai pemimpin yang sanggup berbuat demikian, ada yang banyak seperti yang dinyatakan oleh Adi Erwan pemimpin yang berkuasa menggunakan kekuasaannya mempertahankan pangkat dan jawatan yang disandang walaupun terpaksa mengorbankan benih-benih yang disemai sebagai pemimpinan parti masa hadapan.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah;
“Sesungguhnya perkara yang paling aku takut berlaku kepada umatku ialah menyekutukan Allah, Aku tidak mengatakan yang mereka menyembah matahari, bulan atau berhala tetapi mereka membuat amalan bukan untuk Allah tetapi untuk keinginan nafsu yang tersembunyi.”

Saudara MSO, saya juga bersetuju dengan apa yang ditulis oleh Saudara Adi Erwan “Ulama tidak semestinya keluaran daripada pusat pengajian Islam ia mungkin lahir dari pengajian tinggi umum tetapi diimbangi dengan pengajian agama.” Sejarah Islam membuktikan kecermelangan Islam apabila umat Islam tidak membezakan “oh ini ilmu ugama, ini bukan ilmu ugama” tidakkah, sejarah mencatatkan ramai ilmuan Islam zaman dahulu yang mereka juga sebagai ahli astromoni, ahli matematik, ahli fizik, ahli kaji hayat yang akhir sebagai ilmuan yang telah mencorakkan ilmu dan peradaban kepada tamaddun dunia di zaman mereka.

Tidakkah semua ilmu yang berada didunia ini adalah sebahagian kecil dari ilmunya Allah s.w.t.?. Apakah bila kita tidak arif sesuatu ilmu tersebut maka kita menafikan keberadaannya sedangkan kita mengtahui?

Pas mempunyai ramai yang berkelayakkan dalam pelbagai bidang ilmu, janganlah kita menafikan peranan orang lain disebab kita hanya mempunyai sedikit kelebihan didalam ilmu ugama khusus. Kita bimbang berlakunya pertempuran aliran ini dan saling kata mengata yang akan merugikan Pas itu sendiri.

“Dan Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk. Dan amal-amal soleh yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.” - Surah Maryam: ayat 76.

ZULHAIRY MUZZAFFAR,
Serdang

[wm.kl 9:00 08/11/07]

No comments:

Post a Comment