Thursday, November 1, 2007

Susupan Pagi

Lojing Kembali Hijau dan Damai

MSO

SELESAI menyaksikan peristiwa dan aksi spontan kedua pemimpin besar (Tokguruku nIK aZIZ dan Pak Lah) berpimpinan tangan di majlis pelancaran pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) 29 Oktober lalu saya kembali ke Kuala Lumpur. Perjalanan pulang sengaja melalui jalan Lojing - Simpang Pulai Perak. Pemilihan laluan itu untuk menenangkan fikiran selepas beberapa jam berada di Kota Bharu.


Mungkin juga kerana kegembiraan di majlis berkenaan harus dikongsi bersama dengan mendamaikan diri, justeru perjalanan pulang mesti rileks, ceria dan menyenangkan.

Iya kalau ingin membuang habuk dan masalah di kepala lewatilah Lojing atau lalui jalan itu yang tenang dan mendamaikan. Walaupun jalannya tidak lumaya tetapi pemandangan hijauan di sekeliling menjadikan kita seolah melalui atas sekeping tali yang terhampar atas permaidani hijau.

Janggut dan misai

Udara yang segar dan cuacana yang sejuk, tidak memerlukan kita membuka pendingin hawa. Angin di luar bagaikan jejari gadis sunti yang mengelus janggut dan misai si tua keletihan!

Cukup menenangkan dan cukup mendamaikan!

Saya tidak pernah sampai ke Lojing sebelum ini. Banyak keindahan dan kehebatan Lojing diperkatakan. Kedudukan tanah tinggi itu setaraf dengan Cameron Hinglands mulai mendapat pehatian saya apabila timbul kontroversi tidak lama dulu mengenai pembotakan tanah tinggi berkenaan yang dilakukan tidak mengikuti spesifikasi alam sekitar.









Dunia politik budak nakal diberikan gambar yang buruk mengenai Lojing, seolah-olah sikap kerajaan negeri Kelantan macam jin membaham tanah. Kerana terdesak dengan kewangan kononnya Kerajaan meluluskan tanah Lojing kepada syarikat pembalakan secara berleluasa tanpa mengambil kira kerosakan tanah tinggi berkenaan dan alam sekitarnya..

Media masa arus perdana yang menjadi penjilat buntut kerajaan BN/Umno sempat memainkan isu berkenaan beberapa kali, dan ia menyebabkan tidur pemimpin Kerajaan Kelantan terganggu. Orang yang paling kalut dalam kes itu dan mengambil segala langkah bagi menjelaskan ialah Husam Musa.

Kedudukan sebenar

Akhirnya atas kebijaksanaan beliau, panjang akarnya dengan mendedahkan kedudukan sebenarnya, sehingga mengeluarkan peta topo dari stalit mengenai kedudukan Lojing sebenar akhirnya isu Lojing tamat. Orang yang terpesona dengan pendedahan media massa berhubung isu itu akhirnya tahu kedudukan sebenarnya.

Tindakan undang-undang yang diambil ke atas beberapa buah syarikat yang diberikan konsensi tanah berkenaan ternyata yang bersalah melakukan pembersihan diluar batas itu bukannya kerajaan negeri. Lebih memeranjatkan lagi agensi yang dijagai oleh pemimpin Umno Kelantan juga turut sama terbabit dalam melakukan kerja di luar batas itu.

Hari ini tompokan botak kerana pembersihan untuk tujuan penanam sayur dulu kini sudah tidak ada lagi. Botak telah diseliputi dengan kehijauan. Suasana di Lojing kini sudah hijau dan damai semula. Pokok sayur nyang tumbuh subur dan merimbun menjadikan 'rambut' tanah tinggi itu semakin lebat dan menyenangkan.

Apa yang diluahkan oleh Husam Musa bahawa pembotakan sedikit itu sebagai mengorbankan untuk mendapatkan kehijauan yang lebih hebat lagi telah menjadi kenyataan!

Kehijauan di tanah Lojing hari ini seolah-olah tidak ada apa yang berlaku di tanah tinggi itu melainkan racauan orang tertentu sahaja yang tidak senang melihat Kelantan dipenuhi hijauan mendamaikan. Apapun yang tetap mendesah di jiwa saya bila mengenangkan Lojing itu yang benar-benar merasai damai dengan kehijauannya bukan rakyat Kelantan marhean tetapi para taukeh Cina dari Temasik! [wm. kl 8:14 01/11/07]

No comments:

Post a Comment