Sia-sia Pembangkang Lawan Rashid
MSO
KADANG-KADANG saya kehilangan rasa dan perasaan apabila mengenangkan telatah pembangkang dan Pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman. Seingat saya tidak ada sedetik masa pun kedua pihak ini; pembangkang dan SPR reda daripada perbalahan dan sikap menegak benang basah masing-masing. Kedudukan mereka senantiasa tegang sepanjang masa.
Kalau hendak dikira pembangkang menghabiskan banyak masa untuk berhadapan dengan SPR dan Pengerusinya Rashid. Sudah beribu lali kenyataan dibuat oleh pembangkang membedal dan mengecam SPR. Rashid pula apa lagi tidak dilontar dan diucapkan kepadanya, habis semua bahasa kotor sampai disebut sebagai Rashit - tahi.
Untuk mengatasi masalah itu perundingan baik secara forma dan tidak formal juga diadakan. Itu tidak dikira lagi usaha secara peribadi (personal konteks) dilakukan oleh individu tertentu yang baik dan kenal dengan Rashid. Setengahnya mengakui Rashid baik dan bersedia membantu pembangkang, khasnya Pas.
Tetapi sayang mereka tidak faham mengenai kedudukan dan kapasiti Rashid yang mana antara diri Rashid dan SPR itu dua perkara yang berbeza sama sekali. Rashid adalah manusia dan kawan kepada pembangkang, manakala SPR ialah badan bebas yang dikontrol dan dikuasai oleh Kerajaan.
Janji Rashid
Silapnya pemimpin pembangkang dalam soal ini mereka mudah membuat kesimpulan. Apabila Rashid baik dan boleh diajak minum air dengan pemimpin pembangkang, mereka terus beranggapan Rashid bersimpati kepada mereka. Tetapi ternyata pertemuan dan janji Rashid kepada mereka itu tidak mengubah sikap dan 'kebebasan' SPR yang tidak menguntungkan pembangkang itu.
Saya hilang perasaan kerana hendak kata simpati pun tidak, lucu pun tidak kepada pembangkang mengenangkan nasibnya yang kena main kepada SPR. Tetapi saya rasakan apa yang pembangkang lalukan itu membuang masa saja.
Mereka tidak pernah serit-serit berhadapan degan Rashid. Kalau pembangkang faham mereka tidak patut melakukan apa yang mereka lakukan hari ini. Mereka tidak akan mendapat manfaat apa pun daripada apa yang mereka lakukan itu.
Mengharapkan Rashid bersikap adil samalah seperti mengharapkan polis berlaku adil dan mesra pembangkang, ia sesuatu yang sangat mustahil untuk diperolehi. Pemimpin pembangkang harus faham antara Rashid dan SPR dua perkara yang berbeza. Rashid adalah orang dan kawan manakala SPR ialah suruhanjaya bebas yang dikuasai oleh Kerajaan.
Betapa Rashid simpati dan berjanji untuk membantu pembangkang, siapalah Rashid. Dia hanya makan gaji dan dibayar upah oleh Kerajaan. Lagi banyak gaji dan upah lagilah Rashid harus berbudi kepada Kerajaan. Tidak faham ke?
Penjelasan dan hakikat ini harap dapat difahami dan dimengerti oleh pembangkang. Jangan meminta sesuatu daripada Rashid yang beliau tidak dapat menunaikannya. Kerja itu seperti mengharapkan sisik daripada belut. Kesiankan Rashid sahaja.
Melanjutkan khidmat
Khabarnya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan berarak ke parlimen pada 11 Dismber ini untuk membantah pindaan akta Suruahanajaya Pilihan Raya (SPR) untuk melanjutkan usia persaraan pengerusi SPR. Pembangkang membuat perhitungan cadangan pindaan itu semata-mata kerana hendak melanjutkan khidmat Rashid sehingga setahun lagi.
Kalau desakan Bersih itu semata-mata hendak membantah penyambungan Rashid sebagai pengerusi SPR maka hebatlah Rashid. Kedudukan Rashid itu lebih besar daripada SPR itu sendiri. Tidak semena-mena pembangkang telah menaikkan pangkat dan martabat Rashid. Tidakkah dengan keadaan itu menyebabkan Rashid merasa dia hebat dan wajar kalau Kerajaan mempertahankannya sebagai pengerusi kerana beliau dapat berbudi kepada BN?
Kalau pembangkang sudah dapat mengagakkan yang Rashid sangat diperlukan untuk membantunya dalam pilihan raya akan datang jadi apa sibuk-sibuk membantah dan melawannya. Kerajaan BN tetap akan mempertahankan Rashid.
Justeru pada saya usaha dilakukan pembangkang, menyumpah Rashid dan juga termasuk usaha Bersih berarak mendesak agar pindaan akta SPR itu dibatalkan tidak akan membawa apa-apa hasil. Ia hanya sia-sia sahaja.
Pada saya tindakan paling baik kalau kita tidak percaya kepada SPR pulaukan saja pilihan raya. Jangan menyertai pilihan raya. Itulah protes paling kemundak dan bermakna. Pembangkang perlu mengajar SPR dan Kerajaan. Betapa kalau pembangkang mengambil sikap dan pendirian itu barulah apa yang pembangkang war-warkan kononya SPR tidak adil dan telus menjadi kenyataan.
Tindakan itu juga baru dilihat sebagai rasional oleh dunia. Ini tidak pembangkang hanya tahu mempertikai dan mengatakan SPR tidak adil tetapi dalam masa sama mereka tetap juga menyertai pilihan raya. Menyertai pilihan raya menunjukkan pembangkang setuju dengan SPR. Sikap tidak konsisten inilah menyebabkan orang merasakan protes kepada SPR itu hanya protes olok-olok sahaja. [kb. 10:10 am 07/12/07]
Rashid hanyalah seorang yang di perintahkan untuk membawa SPR kedestinasi yang telah ditetapkan. Laluannya juga sudah ditetapkan. Sesiapa jua yang menerajui SPR, haluannya tetap sama. Destinasinya tetap sama.Lenggang dan lengguknya tetap sama. Selepas ini, pembangkang akan berbalah pula dengan pengganti Rashid, dan akan berbalah lagi denga n pengerusi baru yang lain pula.
ReplyDeleteSebetulnya, Pembangkang perlu berhadapan dengan pemerintah. Berikan tekanan yang maksima. Sekiranya boikot adalah jalan yang terbaik untuk mengajarnya, maka BOIKOT.
Setuju!100% pakat boikot pilihanraya,krn saya yakin walaupun election akan datang mungkin ada pertambahan kemenangan kerusi utk melunakkan pembangkang..namun sistem yg ada skrg masih meyebelahi BN...dan pembangkang akan terus dibuai mimpi...entah sampai bila
ReplyDeletePemimpin pembangkang takut untuk pulaukan pilihanraya. sebab mereka tahu negeri-negri di pantai timur terutamanya kelantan BA masih boleh kuasai. dan mereka yang sudah ada kuasa akan takut kuasa mereka akan hilang.....
ReplyDeleteRashid hanyalah seorang yang di perintahkan untuk membawa SPR kedestinasi yang telah ditetapkan. Laluannya juga sudah ditetapkan. Sesiapa jua yang menerajui SPR, haluannya tetap sama. Destinasinya tetap sama.Lenggang dan lengguknya tetap sama. Selepas ini, pembangkang akan berbalah pula dengan pengganti Rashid, dan akan berbalah lagi denga n pengerusi baru yang lain pula.
ReplyDeleteSebetulnya, Pembangkang perlu berhadapan dengan pemerintah. Berikan tekanan yang maksima. Sekiranya boikot adalah jalan yang terbaik untuk mengajarnya, maka BOIKOT.
December 7, 2007 9:44 PM
***********************************
Saya setuju dengan pandangan anda. Tapi adakah pembangkang khususnya PAS sanggup boikot pilihanraya? jawapan sudah pasti tidak. Kenapa saya kata begitu sebab PAS masih menaruh keyakinan mereka akan menang di kelantan. Kelantan satu2nya negeri di pantai timur yang masih kuat pegangan perjuangan PAS. Orang yang sudah mempunyai kuasa dan kerajaan tidak akan sanggup melepaskan jawatan yang dipegang. Lihat sahaja TUN M. Kalau tidak kerana tekanan dari rakyat dan segelintir pemimpin UMNO saya pasti hingga ke saat ini beliau masih menjadi PM Malaysia.
Kalau tidak silap saya selepas PRU-11 dulu ada usul dari PAS negeri utara tanah air kalau tidak silap saya P.Pinang membuat usul di Muktamar Agung PAS supaya PAS boikot sahaja Pilihanraya. Tak perlu menyertai pilihanraya kalau terang2 dah kena tipu oleh SPR dan kerajaan. Tetapi pimpinan PAS tak setuju dengan usul tersebut.
Jadi rumusannya cara pembangkang sekarang ini adalah seperti (maaf lah kalau kasar) anjing menyalak bukit. Perbuatan yang sia-sia sahaja. Rakyat dikerah untuk mengadakan demonstrasi dan sebagainya. Tetapi lepas itu keadaan tetap sama.
Justeru Kerajaan Lawan BA bukannya SPR (Rashid). Ulasan yang dibuat oleh MSO adalah tepat sekali.