Monday, March 3, 2008

Berita Lewat

Leib 10,000 Banjiri Ceramah Anwar

PILIHAN RAYA umum ke-12 semakin hangat dan panas. Di sekitar Kuala Lumpur rata-rata orang mulai bercakap ada sesuatu yang bakal mengejutkan dalam pilihan raya ini. Apakah harapan dan seruan pembangkang (Barisan Alternatif) yang meminta rakyat melakukan perubahan akan mendapat respon baik daripada masyarakat?

BA begitu bersungguh meminta mandat dan kepercayaan rakyat kali ini. Tawaran BA menerusi manifesto realistiknya mendapat perhatian rakyat khasnya di Kuala Lumpur . Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran orang ramai pada setiap ceramah anjuran BA.
Paling ketara dan jelas ialah ceramah disampaikana oleh Anwar Ibrahim. Di mana sahaja, Wangsa Maju, Sentul, Lembah Pantai, Gombak dan Selayang sambutan hangat dan panas. Angka kehadiran benar-benar membikin kejutan kepada calon-calon BN.

Seperti dimaklumkan sebelum ini semalam di Sri Gombak kira-kira 15,000 membanjir padang kosong di taman berkenaan. Pandang yang sebelum ini ditumbuhi rumput dan semak, menjadi runyai dek himpitan dan diligam oleh orang ramai.
Bukan saja orang Melayu yang sudah semakin rimas dan resah dengan Kerajaan dan Umno, tetapi orang-orang Cina dan India juga menunjukkan sikap positif. Ada setengah terus menjadi pekerja dan petugas parti, manakala yang kurang keberanian hanya menjadi pendengar yang setia.
Di sebuah kedai Cina di Sri Gombak semalam, sambil minum-minum sekelompok masyarakat Cina berusia 50an turut mendengar ceramah Anwar. Gelagak dan aksi ini seakana memberi petanda bahawa semua kaum bersedia memenhui permintaan BA untuk melakukan perubahan.
Sebelum berceramah di Sri Gombak, Anwar terlebih dahulu berceramah di Selayang. Kira-kira 10,000 hadir pada ceramah berkenaan dan hampir separuh katanya adalah orang-orang Cina.
Ceramah Anwar di Sri Gombak malam tadi juga disiar secara langsung oleh televisyen Al Jazera.

Sementara itu Abdullah Ahmad Badawi dikatakan akan ke Lembah Pantai malam ini. Lembah pantai di mana Puteri Reformasi, Nurul Izzah berhadapan dengan Sharizat Abdul Jalil.

Mungkin disebabkan Shahrizat merasakan kerusi Lembah Pantai bakal hanyut dalam pilihan kali ini menyebabkan beliau terpaksa meminta bantuan Abdullah untuk memulihkan keadaan. Pada pilihan raya 1999 ketika negara bergelombang dengan arus reformasi Shahrizat menang dikerusi berkanaan dengan majoriti hanya 1,454 sahaja.

InsyaAllah kalau sempat saya akan melaporkan dari Lembah Pantai malam nanti. [wm.kl 4:45 pm 03/03/08]

1 comment:

  1. Tuan Haji Sayuti,

    Saya tinggal berdekatan Ser Gombak sering mengikuti ceramah pas/keadilan diMelewar antara pemidato DSAI, TGNA,Presiden Pas dll. Tetapi ceramah umum semalam ramai dihadiri org. China dan India. Tak pernah saya lihat sebelum ini. Kalau tak hujan ramai lagi akan hadir.

    ReplyDelete